Saturday, January 11, 2014

++kantin baru semangat baru++

Assalamualaikum..

permulaan sekolah tahun ni aku kira sangat baik..sebab yang pertama, aku masih dapat jadi guru kelas tahun 1 (aku memang minta because I love kids so much) kedua, bakal mendapat baby baru soon..:) yang ketiga, rasa macam ada satu semangat baru yang nakkan buat sesuatu dengan baik, aku rasa lebih organize, tak serabut dan gembira..dan akhir sekali kantin sekolah dah bertukar tokey..

selama dua tahun aku suffer dengan servis kantin yang agak so-so..rasanya bukan tahap so-so dah tapi peratus OK tu hanya 30-40% cenggitu..boleh bayangkan tak macamana keaadaanya..?so, bila dengar bestfriend aku dari sekolah dekat cakap tokey kantin dia akan berpindah ke sekolah aku, menjerit-jerit kecil aku dibuatnya..YES!YES!!!no more makcik R..yang baru adalah makcik M...hehehehe.aku memang selalu dengar orang dok puji masakan kantin makcik M. aku sendiri pernah makan makanan makcik M before this masa aku tinggal dengan Amy dulu..hehe.sedappp~

last year aku jadi malas untuk turun makan kat kantin..kalau g pon mesti untuk minum2..tang makan tu samada suami aku belikan makanan bungkus dari luar atau aku masak dari rumah untuk buat bekal..sampai macamtu sekali..cikgu2 lain pon ramai yang tak turun makan..dorang rela makan dalam bilik guru..masing2 bawak bekal dari rumah atau beli..kadang2 tu aku kesian gak kat makcik R..merungut nape ada yang tak makan kan kantin dia..aku ni jenis yang tak reti nak cakap apa yang berlaku sebetulnya..kang kalau aku bitau tak pasal2 kena fire dari makcik tu.ahahaha!sebab ada pernah sekali masa aku tak tempah makanan daripada kantin untuk jamuan akhir tahun kelas, dia punyalah marah kat cikgu2 yang tempah kat luar..yang jadi mangsa untuk dengar bebelan dia adalah aku!!dan aku adalah antara cikgu yang tak tempah kat dia.bahahahaha!
sorry sangat makcik R..aku terpaksa dengar luahan dan keluhan anak-anak kelas yang nak rasa makanan lain dari yang pernah dorang makan di kantin sekolah...maybe dorang pon jemu dengan masakan yang sama..so, dorang mintak aku menu lain..nampak?budak2 pon pandai memilih apa yang terbaik tau.

hujung tahun lepas semasa hari pendaftaran tahun 1 merupakan first day aku merasa makanan dari kantin baru. memang tak mengecewakan!sedap~
then hari mesyuarat kokurikulum, one of our administrators ada buat jamuan kesyukuran..pon tempah makanan daripada kantin baru..dia punya rendang ayam yang dimakan dengan pulut kuning tu memang tersangat marvellous!

sampai arini aku terbayang-bayang kesedapan pulut kuning aritu..nak tambah makan tapi kang nampak macam orang kebuloq plak kan..hihihiks.;p
bila perut happy, mesyuarat pon jadi tenang dan gembira..:)

hari jumaat haritu plak pentadbir sekolah seorang lagi buat jamuan..*semoga murah rezeki kalian*
menu:nasi ayam THORBAIK~


semua cikgu turun makan..kantin jadi sangat meriah..dan ada yang tapau(beli) untuk dibawa balik..aku tak pernah tengok keadaan macamtu setelah sekian lama aku berkhidmat di sekolah sama..
rasa seronok sangat tengok cikgu2 enjoy makan makanan yang disediakan..alhamdulillah!
kadang2 encik suami pon akan datang sekolah to have breakfast with isteri tersayang..habis pecah rahsia bila dia datang..mana taknya, makanan yang isteri ambil punyalah banyak!hahaha~

semoga makcik M dapat teruskan menjaga kualiti makanan dan kebersihan kantin sekolah..

p/s:ingatkan nak control amount makanan yang diambil starting from 1 jan 2014..tapi nampak gayanya my diet totally ruin..agaknya cikgu2 lain pon rasa yang sama macam aku gak.haha.masing2 bila makan menambah-nambah.;p

nanti I ols tempek gambar kantin baru okeh?babai~
salam..


No comments:

Post a Comment