Wednesday, July 31, 2013

++permohonan cuti berganda++

assalamualaikum...

bulan2 puasa ni ada2 je perkara yang menguji kesabaranku...fuhhh..memang kena bawak bersabar dan bertenang..kalau tak dah bawak bertendang dah kot.ahahahah! aku memang tak larat nak bercakap dah..makin banyak bercakap ngan nada suara tinggi makin kering tekak dibuatnya..baik aku simpan suara.heh.

seperti yang diketahui semua cuti approved.cuma yang tak berapa bestnya sehari sebelum raya..then raya kedua nak kena balik dah..agak2 ada perasaan eksaited tak nak berhari raya? boleh tak kalau aku request kat encik suami nak extend bercuti kat kampung..hehehehehe.alah..kalau balik ipoh nanti takde sapa..cek gak sedih sengsorang..orang lain sibuk beraya aku dok melangut kat rumah..ah, kesian sangat bunyinya kan..?
so harini nak masak SEDAP-SEDAP!!! kat encik suami supaya hati dia cair.so bolehlah mohon cuti lama sikit.hikhikhikhik.takpun, perlukah aku mengarang surat buat encik suami macam aku bagi kat HOD tu?????-___-.





++masalah nuffnang++

assalamualaikum..


blog updated.ada sedikit pembaharuan..my blog dah menjadi tersangatlah simple...dulu2 masa ada blog punyalah eksaited letak macam2 sampaikan sekali tengok macam blog kanak2 pon ada.hahaha!itu duluuuu~sekarang I kan dah jadi mak2..haruslah change layout yang sesuai dengan sifat keibuan kan..*muntah!*

tapi yang menjadi masalah sekarang ni kan, aku tak boleh nak letak ads nuffnang dalam sidebar and also between post.dah macam2 cuba tapi tak boleh..keluar blank page jek.ada sapa2 tau macamana nak kembalikan iklan di blog?please help me ye kawan2..
tq.


Tuesday, July 30, 2013

++bagaimana persiapan raya korang??++

assalamualaikum..

alhamdulillah..surat kepada HOD (head of department) membuahkan hasil!LOLZ!!;p
suami dapat bercuti selama 3 hari..ok la tu kan???hehehe.bermaksud malam raya baru kami sampai kampung halaman..syukur~mudah-mudahan perjalanan selamat dan dilindungi olehNya..

selalunya kalau bercerita pasal hari raya mesti benda yang sama akan disebut2 
#eg:
 - baju raya
- kuih raya
- raya di mana?
- persiapan rumah : langsir, sofa, etc
- duit raya
- menu hari raya

kalau tanya aku apa persiapan yang dah dibuat..certainly aku akan jawab tetttt!!hahaha.40% je.memang takde apa yang dibeli sangat..untuk tahun ni aku beraya secara besederhana je..kuih raya tempah sikit2.tu pun nasib baik pengasuh haiqal ambil tempahan (actually she's good in baking cakes and and making cookies) cuma takdan nak promote kat blog ni je..huhuhuh.then baru tahun ni aku tempah baju raya.tema: kuning u olss..hihi.tahun lepas tak berapa nak beraya sangat sebab masa tu baru habis pantang...mood nak raya pon tak berapa..cer bayangkan..baju raya pon takde!apetah lagi kuih, kasut raya dan sebagainya.usahlah ditanya (tapi sapelah nak tanya hal taun lepas kan??haila meknaaaaa....kalut mung!)

rasa agak pelik plak sebab tahun ni ada rumah sendiri untuk menyambut raya..(rumah sewa)..fyi, dolu2 encik suami kita jauh....sorang kat putrajaya, sorang kat ipoh..sudahnya sambut raya kat kampung je..hihi.

nanti aku update persiapan raya kat rumah ok?
kalau korang ada cerita menarik tentang persiapan raya korang. mehlah share kat sini
sharing is caring.caring is loving.

till then,selamat berbuka puasa semua~!
 jaga diri hiasi peribadi..bai~

Monday, July 29, 2013

++surat minta cuti kepada ketua jabatan.harapnya dapatlah...++

assalamualaikum..

currently im not so happy right now...down sangat wehh..huhuhu.I was told by my husband last couple days that chances to get few days off for this coming raya is quite slim..dahla tahun ni turn beraya kat sebelah aku..ya Allah..rasa sangat berbelah bagi.nak balik pon takkan nak tinggal suami sorang2 plak beraya kat ipoh kan..to be exact beraya di hospital..tapi tahun ni jugak abang and family nak beraya kat kedah..so inilah peluang kami untuk berjumpa adik beradik setelah sekian kalinya tak bersua..hurmm..
suami penting, keluarga pon penting..cuma kalau ikut tahap kepentingan tu rasanya suami lebih perlu diutamakan..

surat kepada majikan suamiku::

dear ketua jabatan yang baik hati lagi budiman..
bolehkah kiranya jika tuan izinkan kami beraya anak beranak dengan penuh gumbira di samping keluarga dan sanak saudara di kampung halaman kami?
tahun ni giliran kami beraya di kampung saya (kedah)
ada banyak sangat juadah yang bakal dihidangkan masa hari raya nanti. untuk makluman tuan, kedua-dua kami ni kuat makan sebenarnya.haha. mak saya siap beritahu yang dia nak masak rendang ayam feveret dan serunding ikan!tambahan lagi ada ketupat palas yang sangat menggiurkan..sapa boleh tahan dengar kan?
lagi satu..kami dah sediakan duit raya untuk anak-anak buah yang ada di kedah&penang.
kalau kami tak balik maka rugilah mereka yang menunggu kepulangan kami.hikhikhik.
oleh itu, amat molek sekiranya tuan boleh memberikan kerjasama di tahap maksimum..kalau dapat bercuti direct 4-5 hari lagi bagus!haha!
saya berjanji kalau tuan bagi suami saya bercuti, insyaAllah saya akan bawa balik ole2 dari kampung halaman..tuan sebut je tuan teringin nak makan apa..insyaAllah saya akan bawakan.hehe~
oklah tuan, rasanya sampai sini dahulu surat saya kepada tuan.
fikir-fikirkanlah dan timbang-timbangkanlah..semoga tuan sekeluarga sentiasa diberkati oleh-Nya..

SELAMAT BERBUKA PUASA & SELAMAT HARI RAYA TUAN!:D


p/s:just for fun only!babai~:D




Tuesday, July 23, 2013

++pearl haya and me++


Assalamualaikum..

Selamat hari ahad..sedar tak sedar bulan ramdhan dah hampir menginjak ke pertengahannya.sayang je rasanya nak habis bulan al karim..huhu.

dulu pernah ada post mengenai aku dan fa***da...there's no more fa***da and me right now...it's now been me and pearl haya..:) segala-galanya bermula bila encik suami menegur secara ikhlas,
"cantiknya sayang pakai tudung macamni..ayu je..abang suka tengok.."

dan kebetulan masa tu aku baru nak cuba berjinak-jinak dengan tudung pearl haya..satu yang bagus mengenai encik suami tersayang, dia takkan cakap secara direct yang dia tak suka aku pakai tudung jenama fa***da..cuma dia once pernah tanya.."sayang tak rasa pelik ke pakai tudung ni...?tak rasa macam singkat ke?selesa tak? " masa tu aku jawab ok je..selesa je..sebab aku memang suka awning fa***da yang bila dipakai terus ngam je ngan muka..but aku sepatutnya sedar yang tudung tu memang cantik tapi singkat...uhuk2..:((

so, one day kami jalan2 kat area seksyen 7 shah alam..masa tu just nak beli botol susu untuk milk storage..kebetulan pearl haya just selang beberapa pintu je dari kedai baby tu..then encik suami tanya..
"sayang..tanak singgah ke?"
dalam hati sapelah yang tanak singgah..tapi memikirkan harga tudung yang agak ehem2 terpaksa senyumkan je..
masa tu aku dah dapat hint dari dia..'UBAH SELERA'
"ok.kalau sayang berkenan tudung2 kat situ macamana?abang belanja k" hahaha.selambe je cakap ngan dia macamtu..so, kami pon masuk..kedai pearl haya tu memang selesa.ada disediakan couch di ruangan hadapan untuk para suami berehat while si isteri sibuk memilih tudung yang berkenan di hati..haha.i loikeee!

tiba2 dalam sedang pilih tu ada satu tudung yang sangat memikat hati...aku pon amik and tunjukkan pada suami...dia cakap.."test lah dulu.tengok labuh ke singkat tudung tu..."
ok.SAH! memang suami suka tengok aku pakai tudung yang labuh...:))tapi aku sangat terharu dengan cara dia 'menegur' menerusi 'pujian'...terima kasih suamiku...

since from that day, I determine to stop buying scarves from fa***da..and slowly change it to pearl haya..alhamdulillah..berbelanja lebih sikit untuk kelihatan menarik di mata suami...:)

p/s:
untuk pengetahuan semua..terdapat banyak design yang cantik dan pelbagai jenis saiz dan labuh..jadi pelanggan boleh memilih dengan mudah..(ini bukan iklan berbayar ye..)
here are my collections of PH. love it so much!





paling kiri :bersama owner butik pearl haya ipoh (silver haya gallery) and model rasminya yang super duper cun!
he loves me wearing this scarve PH netto:)

sesuai dipakai di mana saja!





Saturday, July 20, 2013

++make over++


assalamualaikum...

rasanya dah lama tak tukar design blog..macam bosan plak bila tengok..last tukar masa pregnant 3 bulan dulu..and now anak dah setahun okeh...bagi sesetengah orang mungkin ok je ngan layout sekarang...but not for me.need to do something to change the look of my blog.hooo~semangat2!

babai..

selamat berbuka semua..

++pakar cinta.com++

assalamualaikum...

selesai bersahur dan menjalankan perkara wajib, terus turun bawah untuk mengemas rumah..anak tido kena pandai2 bahagi masa untuk menjaga kebersihan rumah..kalau anak tido, aku pon tido alamatnya rumah akan jadi macam reban ayam..;P

masa nak start lipat kain (selonggok tinggi weh!) tiba2 terpandang laptop.entah kenapa boleh skip plak dari lipat kain and menghadap laptop dulu..aku memang jarang sangat online fesbuk guna laptop..aku prefer guna handset je..bukan apa..kalau ada gambar scaryyyyyyy~*ittew penakowt sebenarnyeww.blueerkk!!* at least takda lah aku nak terperanjat dan lemah semangat kan.hahahahah! tutup gambar scary tu dengan jari kelingking pon dah tak boleh tak nampak..kalau guna laptop..sekali keluar gambar yang mengejutkan...opocot!terus terkejut dan terpelanting laptop nanti sape yang susah????aku gakk....

okeh.merepek lebih..back to our main topic..pernah dengar tak pasal blog pakarcinta.com????alaa...yang nama pemiliknya tengku faris tengku khalid (nama dia macam watak novel kan?hihi) aku baru tau yang sebenarnya pemilik blog yang famous amos tu rupanya adik junior dari maktab yang sama..memang sangat2 tak disangka yang dia boleh establish sampai macam tu sekali...siap kena temuramah dari macam2 stesyen tv, majalah and suratkhabar?profail yang hebat! dan aku sememangnya yakin sekali yang kejayaan takkan datang bergolek macamtu sahaja tanpa ada usaha dan tawakkal kepadaNya.tahniah kepada adik faris!:))


paling menarik perhatian ada caption yang tertera di atas blog menyatakan "Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai Allah..."

blog pakarcinta.com ni bukan blog jiwang karat yang kita selalu tengok sekarang nih.pengisiannya lebih kepada unsur nasihat dan renungan yang boleh dijadikan iktibar menurut pandangan Islam, cara penulisannya matang dan terdapat pelbagai kisah2 menarik yang pasti sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri mengikut hukum syara'.. blog tu bukan dihadkan kepada husband and wife je tapi juga boleh dijadikan individu sebagai medium untuk mendapatkan pandangan mengenai kehidupan sebagai seorang muslim. subhannallah~sangat2 kagum sebab ada anak muda yang mampu untuk menarik ramai pembaca sampai macmani sekali..sesungguhnya Allah maha pemudah, dan DIA akan memudahkan urusan hambanya yang berusaha untuk berkongsi betapa indahnya agama Islam..


so ladies and gentleman, kalau ada yang masih belum jenguk blog tu, sila2 kanlah singgah..once dah singgah pasti akan terkesan di hati anda semua..

ok..selamat berpuasa..

bye!

Thursday, July 18, 2013

++tempat menarik untuk berbuka puasa++

assalamualaikum...


lega sikit bila si kecik ni tido..so dengan amannya boleh berblogging.setiap kali aku nak update entry mulalah dia menyendeng kat sebelah bahu then pelan2 je jari halus dia naik kat atas keboard laptop nak tekan button2 keyboard sekali..aishh..pantang sungguh!
dahla satu laptop dah out penangan kena campak ngan haiqal!siann ayah...terpaksa beli laptop baru..kali ni kami lebih berhati2 tak bagi dia sentuh gadget2 penting.

baru2 ni kawan2 skelas(IPG) yang dok area utara ada ajak berbuka puasa sama2.tapi tak sure kat mana.tukang plan si apiz..and dia ada tanya kat mana tempat2 best untuk berbuka..dengan senang ati aku cakap no 3*, hala pulai jaya **, ******, simpang pulai perak.hehehehe!amacam?best tak cadangan aku???boleh main masak2 ngan kaum isteri..:P maklumlah masing2 dah berumah dan bertangga kan..and ada diantaranya dah nak jadi mummy daddy..oh,bestnye nak sambut kedatangan orang baru!hihihik.
teringat plak zaman pregnant dulu2..:D

sayang sangat kat budak kecik sorang neh..rasa cepat je masa berlalu..tengok2 dah besar..


he tends to do whatever we as parents do..haha.
so, nak buat pape kena beringat..or...sendiri yang menyesal nanti..hikhikhik.