Showing posts with label mummyhood. Show all posts
Showing posts with label mummyhood. Show all posts

Tuesday, March 14, 2017

++mekna and her update++

Assalamualaikum.

hampir setahun tak menulis blog which was one of my hobbies..now hobi mekna 'belek' anak.hehehe,
alhamdulillah..dari satu..bertambah dua..and now dah ada tiga orang anak.
serius macam tak percaya!

rasa macam nak aktifkan kembali blog yang dah lama bersawang since mesti ada yang nak tau perkembangan terkini mekna.(ada ka???...bluweeekk!!)
*muntah hijau*

ada banyak nak kena buat bila nak aktif blogging.
FIRST! nak kena tukar header. no more cik puan husna sebab mekna dah tau 'cik puan' hanyalah untuk mak J. Allahu..punyalah kurang pengetahuan am.huhuhu,
it's ok.i will change it slowly.

im still staying in Perak and this year is my 6th year and yet still handling my kids alone due to PJJ.huhuhu. everytime berduka..bermuram durja mekna mesti cepat2 kenang adik2 junior dan kawan2 sejawat yang tinggal berasingan dengan pasangan dan anak2 untuk bertahun tahun lamanya, dugaan mereka lebih besar jika nak dibandingkan dengan mekna. :)
alhamdulillah...mekna dan suami hanya bersebelahan negeri ja,cumanya kerja dia yang menyebabkan kami susah berjumpa. harapnya ada rezeki buat kami sekeluarga untuk EGTUKAR kali ni.aminnn..~


Tuesday, August 09, 2016

++kembali TER UPDATE++

assalamualaikum..

pergh..punyalah lama mekna tak update blog..bertahun gaklah kot..haha.serius rindu sangat nak corat coret kat sini..

now anak dah dua orang.sepasang.hihihi.
alhamdulillah..Allah bagi rezki dengan cepat untuk pengubat kesunyian..:)
now mekna dah ada bisnes sendiri tau..
nak tau apa??kena sentiasa alert dengan update dari blog ni ya.

love u all.
bai!

Friday, February 27, 2015

++mumsluv for pretty mummies:) ++

Assalamualaikum..

dulu2 masa bersalinkan anak pertama susah betul nak cari baju nursing yang cantik dan murah.kalau ada sekalipon mesti design dia macam plain atau nampak outdated..huhuhu!bercinta betul kalau nak g mana2 sebab kalau pakai baju biasa, susah betul nak selak bagai..last2 anak mesti mengamuk. skang ni tak dah tak susah nak cari baju menyusu untuk para mommies. banyak butik yang menawarkan baju2 nursing friendly..tapi butik yang betul2 menambat hati is MUMSLUV.COM

menggila aku tengok baju cantik2 dari butik ni.macam2 ada;  blouse, modern kurung and jubah!:D 
baju2 yang ditawarkan ni sangat selesa tau.yang tak menyusu anak pon boleh pakai..bukannya orang nak cek baju kita pon kan..tehee~

cer scroll tengok pic kat bawah ni..


nursing kurung - ainy (dah dekat2 nama aku dah tu)


nursing dress - marissa


nursing blouse - myra

nursing blouse - mysara

I can tell u that material yang digunakan untuk buat semua baju kat atas tu tersangatlah BEST dan TERBAIK..dan yang paling penting tak payah susah2 nak iron..kerja aku dah bertambah mudah dengan adanya baju2 dari MUMSLUV..sebelum ni malam sebelum masuk kerja keesokannya mesti aku dah kena iron baju siap..skang ni lepas basuh baju..keringkan..sangkut dan bila2 rasa nak pakai boleh terus pakai.;)
sampaikan suami tanya, baju untuk laki yang tak payah ada ka??ceq jawab...kena tunggu orang buka DADSLUV.com la pulak..bahahahah!

untung para ibu skang..boleh tampil bergaya dan dalam masa yang sama memudahkan kerja..:)
suami ceq pon suka ceq pakai baju2 dari mumsluv sebabnya kain tak jarang, sejuk, lembut, dan tak mengikut bentuk badan..sesuai untuk muslimah.

korang takkan rasa menyesal kalau beli,malah bila dah start beli mesti rasa nak beli lagi dan buat koleksi. 

kurung modern pertama yang beli from mumsluv.dah cuba terus jatuh cinta.:)


terus cuba beli blouse plak..:)

 kemudian beli jubah/dress plak..hehe.


and the latest in the house is MYRA blouse in green.:) i have this in blue too~;D

and now aku dah ada lebih dari 10 pasang baju pelbagai pattern dan design dari MUMSLUV.
so.bagi yang nak mendapatkan baju yang superb ni boleh terus g ke..

mumsluv.com (nursing wear)

p/s: ini bukanlah iklan berbayar ke apa..tapi just nak kongsi benda yang bagus dengan semua.
skang ni ada buat promosi..up to 65% sampai tengah malam ni.tunggu apa lagi..klik dan selamat menjamu mata!hehe

Sunday, February 22, 2015

++ragam anak2++

Assalamualaikum


tantrum dengan haiqal macam dah sinonim plak..kengkadang aku sampai naik give up nak melayankan dia punya perangai.huhuhu.selagi boleh sabar aku bersabar..tapi kalau darah dah mendidih memang suara aku boleh tinggi sampai satu baris rumah boleh dengar.hahahah!dah nama pon cikgu kan..suara yang kuat tu macam anugerah plak.kikikikiki.;p

aku jadi marah bila aku ngah sibuk layankan adik melalak time tu lah dia nak minta dukung and angkat..macam2 hal..kadang2 tu aku dah dukung dia bawa turun dari bilik..tapi sengaja dia naik 3, 4 anak tangga dan start melalak minta aku rescue.huhu..acaner tu??? tak dinafikan haiqal ni memang sangat manja..setiap masa dok panggil mama je..ibarat mama tu dimulut dia ja..tu yang kadang2 aku jadi tak sampai hati.-____- 
jadi kalut dan ribut tau bila nak handle kehendak dua2 orang anak serentak.yang hannan plak dah pandai merap..tak bole tinggal kalau nak p toilet, masak or mandikan haiqal..makin besar ni tido makin kurang..serius agak huru hara.
apa yang aku boleh buat, ikut petua orang bagi..amalkan baca surah..pertingkatkan kesabaran..layankan je kerenah anak2 dan macam2 lagi.
good luck to me!

bai~

Sunday, October 12, 2014

++come on~I can do it++

Assalamualaikum..

sejak melahirkan anak kedua ni aku perasan kat bawah dagu ada double chin sampaikan bila ambil gambar kena snap dari angle yang betul untuk sembunyikan dagu terlebih tu.hahahaha!(living in denial) kalau naik berat badan memang akan nampak kat bahagian muka dulu..hukhukhuk. to be honest aku memang tersangatlah berselera makan skang ni..kalau makan nasi, selagi tak penuh pinggan memang tak sah.hadoilah..

even ada yang tegur aku masih lagi nampak sama seperti sebelum mengandung dan bersalin..tapi hanya aku je yang tau badan aku..tak sama taw!especially tang perut dan muka..tssskkkk..tsskkk...*sambil kunyah kerepek ubi* jadinya apa yang aku buat, aku google kekdah2 yang boleh diguna pakai untuk kembali langsing.cewah!!hahaha. antaranya..

1. bersenam


sampai jadi macamni..

oeeemmmmjiiii...!!!!I am so jealous seeing this woman's belly..totally flat hokey..korang hadoo???kikikiki

2. minuman kempiskan perut



3. pil / supplement untuk kurus



4.losyen panas



6. diet / reduce carbohydrate or sugar intake

maksudnya kena kurangkan makanan berminyak, bergula dan kurang makan nasi..banyakkan makan sayur sayuran dan minum air kosong banyak.. in shaa Allah cepat turun.


yang paling penting jangan makan malam!!!!

*******

tapi kan...among of all the tips shared above jujurnya belum ada satu lagi yang betul2 aku praktik..hahahaha.sebabnya waktu makan aku memang tak menentu..kadang2 tu kena tunggu anak2 bertenang dulu baru aku makan..huhuhu.plus, I LOVE TO EAT SUGARY FOOD..cakes, chocolates, nasi, cookies etc  etc..huhuhu.semua tu aku PANTANG...yakni pantang nampak.-_____-

apa yang aku cuba buat skang ni adalah bersenam..even dengan anak2 pon boleh bersenam..(sambil mengenang waktu bujang dulu2 ikut kelas aerobik) 
plus, aku dengan suami dah buat pakatan paksi even tak cukup lagi satu pihak untuk cukupkan korum.kami tanak makan malam..kalau nak makan pon kena ambik yang ringan2 saja.macam crackers, oat or buah buahan.nak makan berat2 kena sehari je sekali. itu pon sebelum malam.iye2 je aku cakap kan..hahahaha!belum cuba belum tau.kena betul2 determine.

wish me luck! biar sentiasa cantik di mata suami dan dalam masa yang sama jaga kesihatan.:)

p/s: skang tengah tunggu nak guna satu produk.Im not gonna reveal the product now..just wait an see...kalau berkesan baru aku share kat blog ye.

selamat berhujung minggu semua!!love u all.

Wednesday, August 27, 2014

++jom masak dan makan!!++

Assalamualaikum..

hola..hola.kak olaaa...eh!*hihi*.hi semua..:) starting entry pon dah boleh agak aku dalam mood gumbira kan.hikhikhikhik. seharian muka moncong sebab merajuk dengan encik suami.konon2nya..yalah..sapa suruh dia lupa ambik aku kat sekolah kan?melangut aku menunggu kedatangan suami yang tak kunjung tiba..uhuhu.tak guna gak merajuk lama2 sebab bukan kali pertama terlupa ambil.tapi dah berkali kali.sepatutnya aku tak payah nak ambik hati dah.hakhakhak!patutnya aku lebih bersyukur suami willing nak hantar aku dan anak2 walaupun aku boleh drive sendiri.dia cakap dia jarang ada masa untuk isteri dan anak2.so dia nak ambik peluang tu untuk bersama kami..so sweet~

semalam masa tinggal bertiga je dengan anak2, tetiba dapat call dari kak ola (colleague) nak datang hantar makanan kat rumah..pucuk dicita ulam mendatang!hahah.sapa yang tanak kalau makanan tu datangnya dari air tangan dia..in shaa Allah rasanya sedap! kak ola ni kawan sekolah yang paling rapat dengan aku kat sekolah..orangnya kelakar, havoc n baik ati..sangat respect dengan dia sebab semua benda dia boleh buat.baik dari memasak, menjahit, make up orang, deco rumah, dan macam2 lagi.u just name it..apa yang dia tak boleh buat???kagum okeh dengan orang cenggini. all in 1 gittew~

semalam dia bagi donat kayu manis (cinnamon doughnut) n pizza..fresh from oven lagi..dia macam tau2 ja yang aku suka makan bun or sticks yang ada cinnamon flavor. sebelum ni kalau nak makan bun or sticks perisa kayu manis aku mesti g kat auntie anne. dia punya cinnamon sticks memang mabelesss! lepas ni takyah susah2 nak g beli dah..rasa nak makan tempah aja kat kak ola..boleh kakkk???hahahah!aku tanya resipi nak buat donat kayu manis tu tapi katanya dia main campak2 je bahan..perghh~orang kalau dah hebat masak main campak2 or pejam mata pon makanan boleh jadi sedap..;D

terus terang aku cakap aku kalau balik sekolah aku mesti jadi blur nak masak apa..tanaklah masak the same menu setiap hari.kang jemu dibuatnya..so, kalau nak dapatkan idea memasak aku akan terjah ke blog kak ola untuk dapatkan resipi..banyak resipi yang dikongsi kat blog dia..kalau lah mampu rasa nak try buat semua..tapi apakan daya.aku ni mommy yang sibuk..teringin nak masak benda2 yang complicated.tapi masa dan keadaan tak mengizinkan..huhuhu.

haaa..nilah rupa donat kayu manis tu..


 for further recipi kindly visit her blog..
http://dapurola.blogspot.com/

korang akan dapat pelbagai resipi menarik yang patut dicuba..antaranya..


kuetiaw kicap masam manis pedas



pengat pisang


puding roti


kuetiaw ladna

itu baru sikit..ada banyak lagi..cuma kalau nak letak semua takut penuh page.hikhihik.

k lah.nak tidokan anak2..selamat mencuba.dah masak jangan lupa bagi I rasa ok!babai~

Sunday, August 17, 2014

++status daku sebenar++

Assalamualaikum..

we had our lunch today at aeon station 18.asalnya g sana nak pegi beli buku.tapi apakan daya.takda rezeki plak..buku yang dicari dah out of stok.:(( tak apalah.nanti nak try p usha kat tempat lain.usha????wuish~lama betoi tak guna perkataan tu.ihihi.dulu2 kalau sebut ja rasa key ell habis!kahkahkah!entah napa harini dua2 anak meragam.tak enjoy rasanya keluar tadi.timing salah kah???hurrmm..maybe mama ayah kacau waktu tidoq anak2 tu yang depa upset.terus menjerit2 dalam mall..-___-

sesampainya di rumah..I got a message from fb..it was from one of my schoolmates.menyatakan yang dia terkejut  knowing that I am still a wife to my husband.dia terkejut aku pon lagi terkejut ko..hahaha.rupa-rupanya ada salah faham dengan marital status aku.nama blog CIK PUAN HUSNA..biasanya kalau orang yang bekerja di bank akan classify 'cik puan' as a divorcee..kus semangat~nauzubillahiminzalik..sungguh aku taktau pon pasal tu.nasib dia explain..kalau tak sampai ke sudah aku anggap nama blog aku ni ok jaa...aku letak nama ni pon sebab at first nama blog aku CIK HUSNA..then after got married nak tukar nama blog ke PUAN HUSNA rasa macam tak best plak bunyi nya..macam blog formal and so akak2 gittewww~hkhikhikhik..so after getting some opinions from friends and readers, mereka cadangkan untuk letak title CIK PUAN HUSNA..ahaaa...~daripada situlah aku guna nama blog ni sehinggalah sekarang..thanks ye awak sebab bagitau pasal ni..harapnya lepas ni readers jangan salah faham naa..kami masih bersama dan dikurniakan dua anak..pray for our happiness berkekalan selamanya.aminn~

**********

-->takda kena-mengena dengan status:

harini anak aku si hannan asyik menangis jaa..actually asyiklah melalak since jumaat haritu.risau aku dibuatnya..dah cek perut tapi tak kembung pon.habis dari kepala sampai ke kaki aku belek kot2 ada yang sakit..dia asyik terkejut then melalak.huhuhu.dahla encik suami takda kat rumah..selalu anak2 meragam kalau ayah depa takdak kat rumah..jenuh aku nak handle sengsorang..mencabar dan dalam masa yang sama menguji skill aku sebagai seorang ibu..cewahh!jadi mak pon kena ada skill ka??hahah.lepas maghrib tadi baru dia tido elok..biasanya aku jarang angkat or dukung dia kalau kat rumah.letak atas mat/tilam dia then dia akan main n tido sendiri..sejak dua hari ni asal letak je melalak..masuk buai pon melalak..semua serba tak kena,aku nak solat pon jadi kelam kabut..huhu,mesti orang yang lalu depan rumah sangka yang budak kecik ni dibiarkan melalak..padahalnya aku ni dok pujuk sambil dukung jalan satu rumah..huhuhu!habis makanan aku takdan nak simpan jadi isi..kalori2 dibakar dengan exercise secara tak langsung..hailah anak...

harapnya malam ni hannan tido dengan elok memandangkan esok aku kena bekerja..dan kebetulan suami kerja shift pagi..kesian sangat aku tengok dia menangis..penat rasa.suara pon dah tak keluar hujung2 tu..hmm..jap lagi nak buat seperti apa yang dipetua mengikut cara Islam.

baca surah al fatihah, ayat kursi, surah an-nas, surah al -falaq dan hembus ke ubun2 anak.buat sebanyak 3 kali.kalau dia still menangis lagi lepas tu bacakan azan ke telinga kanan dan iqamah ke sebelah kiri telinga anak..in shaa Allah..semoga Allah lindungi kami sekeluarga dari anasir2 yang tak baik.




Friday, June 20, 2014

++cerewet atau dispilin??++

Assalamualaikum.

sejak kecik lagi aku memang dilatih supaya buat apa2 pon mesti kena habiskan dengan kemas.aku mesti akan merungut bila mak paksa bangun awal pagi sebelum jam 7 (even hari cuti), then kena sapu sampah luar rumah even aku rasa porch rumah tu takdalah berhabuk bersampah sangat..then kalau makan apa2 sekalipon kena pastikan tak tumpah atas meja dan mesti makan kat dapur ja. kalau nak bersantai tengok tv tak boleh nak berbaring-baring depan tv..nanti mak aku mesti tegur.."duduk macam takdak pungkoq ja.." bila diingatkan semula semua tu memang lawak sangat. dan kalau korang nak tau mak aku memang terkenal dengan sifat perfectionist nya dengan tag line everything must be in place.

bila aku makin besar aku tak sedar yang aku dah jadi mirip mak.(50%) dari zaman belajar lagi sampai lah ke zaman kawin mesti akan ada orang tegur, cerewet lah, kemas sangat lah dll. mana nak tumpah kuah kalau tak ke anak sendiri kan.????I bet masa awal perkahwinan mesti suami aku agak STRESS sebab ada2 ja yang dia buat serba tak kena di mataku.ololololo~kesiannya suami I ols..nasib baik dia kental dengar leteran manja si isteri. hehe.aku hanya akan bebel kalau balik kerja letak kunci kereta, dompet, jam dll kat rak tv or atas coffee table, sangkut baju dan seluar yang dah pakai sampai penuh penyangkut baju..bagi aku kalau dah pakai baik terus letak dalam mesin basuh or raga baju dan berpuluh-puluh lagi ragam..kalau nak disenaraikan sampai muka surat 14 pon tak habis.bahaha~ 

aku punya pesen, kalau dah ambik barang tu sila lah letak pada tempat asal balik. kalau barang tu teralih sedikit sekalipon aku boleh tau. haaa~scary tak dapat wife cenggini???hihihi.tapi aku tak terus melenting bila suami buat benda2 yang aku senaraikan tu..aku akan slow talk cakap dengan suami untuk ubah cara tu takut anak akan ikut perangai kita bila dah besar nanti..masa yang paling sesuai untuk tegur adalah bila mood dia baik..takpon waktu nak tido..kita, kalau nak anak disipilin dan kemas kita mak ayah kena jadi contoh yang terbaik untuk mereka.baru menjadi. Alhamdulillah..suami aku jenis yang sangat bertolak ansur..memanglah susah nak ubah benda yang dah jadi kebiasaan/rutin. tapi kalau tak ubah langsung sampai bila pon takkan berubah bukan??aku selalu pesan, kalau nak rumah sentiasa kemas kita jangan start sepahkan or create suasana yang kita tanak tengok..:)

sekarang ni aku tersangatlah bersyukur sebab mak dan ayah dah mendidik aku dengan baik.segala apa yang disuruh buat masa kecik dulu memang ada manfaat untuk aku..dan sekarang ni pon kerja rumah jadi lebih mudah sebab suami banyak membantu untuk meringankan beban..Alhamdulillah!and now, I am a happy wife and mother.

cerewet itu adakalanya perlu..tapi janganlah sampai keterlaluan..contoh; time tetamu datang time tu la kau nak kemas rumah..haa..yang tu over sangat plak kot.macam tak hormat orang plak..esok2 orang dah tanak datang rumah kau.padan muka.
sekian..

p/s: tempat telur dalam peti ais jangan diletak coklat/gula2.

++ku sahut cabaran!!++

Assalamualaikum..

amboih!tajuk harini kemain lagi kan..dah boleh buat tajuk filem ala2 KL MENJERIT.kihkihkih!
harini dah genap 5 hari aku kat rumah sendiri.bersyukur ya Allah sebab sepanjang ketiadaan aku kat rumah, suami banyak bantu untuk pastikan rumah berada dalam kedaan bersih dan kemas..cuma ada certain area yang perlu sentuhan isteri.macam dapur, dining hall and ruang tamu.hehe.agaknya suami pon faham apa yang isteri suka dan tak suka.Alhamdulillah.thanks suami.

pada awalnya kami plan nak bawa haiqal balik skali.tapi mak tak bagi plak sebab dia suruh aku habiskan pantang dulu..mana taknya masa kat jitra haritu pantang ada peluang or kita terlepas pandang memang dia akan kacau adik..awal2 tu memang lah dok cium2 kepala adik, last2 adik tu dapat penangan gigi abang kat kepala.gila tak cemas???hahahah!nasib baik sikit.adoiyai..anak oh anak..sementara nak tunggu dorang besar memang kena berdepan dengan semua ni.lagi FUN sebab aku ibu bekerja dan suami plak memang busy orangnya.alah..takpa..small matter jah.(ayat sedapkan hati sendiri.hihihi)

dok rumah mak ayah memang selesa habis.sebabnya ada orang tolong masakkan, ada orang tolong belikan apa2 yang kita nak..ada orang tolong jagakan anak dan jangan terkejut , masa hari ke 30 aku dah start keluar bawak kereta okeh,hahaha!memang adalah mulut2 yang dok bercakap yang aku tak berpantang sangat..derr..aku keluar pon aku pakai bengkung n stokin..makan still pantang..apa salahnya kalau badan dah rasa sihat dan segar kan..bawak kete auto bukannya kerja berat pon..kadang2 tu aku keluar bawa anak sulung jalan2 ja..but dalam kereta jela.hehehe.sian sangat dia..

masa aku suarakan kat mak aku yang kami nak bawa balik haiqal.muka mak memang lain..dia cakap TAK BOLEH.titik.takut nanti tak sempat nak buat kerja rumah or dalam erti kata lain, KALUT. padahal aku tau. mak memang sayang sangat dekat haiqal dan susah nak renggang dengan cucu dia.nak dekat 3 bulan dia duduk dengan tokma dan tokwan. mestilah sedih tiba2 nak berpisah kan..dahla malam2 kalau nak tido haiqal mesti tarik tangan dua2 orang tu ajak masuk bilik tido dengan dia.plak tu nak berpeluk ja.aku cakap la kat mak aku.kalau tak bagi peluang kat aku untuk take care both of my kids, bila lagi nak praktis jadi busy mom kan??hehehe.in shaa Allah boleh buat punya~(cakap dengan gaya cocky) cuma aku kena banyak berkorban lah..terutama dari segi masa dan tenaga. pastu mak siap cabar aku mampu ke tak nak buat semua kerja I mean masak, kemas rumah, bekerja dan jaga anak sambil gelak2..I take ur words mak..cause I know I can do it..some more, mak siap cakap dia akan datang buat inspection bila2 masa ja.jangan masa tu rumah macam haunted house sudahlah..hahaha!I ols is takutnya!;p
mak..mak...ur daughter has grown up lah..im not a little girl who used to depend everything on her parents.felamak..~bukan main lagi mekna speaking..hakhakhakhak.

tokwan and cucu..besar2 pon nak berdukung lagi . masa ni mak ayah, adik bawa haiqal jalan2 penang dan rasa naik ferry..:)

so dalam 5hb ni in sha Allah aku balik jitra semula sebab nak buat majlis berbuka serta aqiqah aina hannan. then memang nak bawa balik terus anak teruna tu. hopefully everything goes well as planned. bukan sengaja nak rampas happiness haiqal di kampung.tapi I need him here to accompany me whenever his dad is away for doing his duty. tak sanggup lagi berpisah lama2 ngan dia. even dah ada baby baru haiqal tetap jadi baby yang pertama di hati. malam2 bila tengok barang2 mainan yang dia selalu main before tido hati rasa sebak..tengok rancangan favourite dia hi 5 mesti sedih..setiap masa tertanya condition dia kat sana even aku tau yang parents aku takkan biar cucu kelaparan, selekeh dan sebagainya..they are such good care takers. 

hmm..all in all.can't wait to reunite again as one family..then we shall see what's going to happen in my family once haiqal is here with us.will update about it later.hehehehe.pray for me to handle everything as what a mom should do..aminn~

Wednesday, May 28, 2014

++turun berat badan dengan cepat selepas bersalin++

Assalamualaikum..

ada diantara readers yang taktau aku pernah gemuk sebelum ni..berat hampir mencecah 60kg masa lepas SPM dulu..then bila masuk maktab slowly berat turun antara 51-52kg dengan sendirinya.adakah disebabkan pertambahan usia??ntahla..haha.cuma bila lepas kawin dan ada anak sorang berat makin turun plak..sebelum mengandung aina hannan berat aku 48-49kg.susah sangat nak cecah angka 50. memang orang asik tegur kurus sebab tinggi 162.5cm.tapi disebalik berat tu depa taktau yang aku kuat makan..hikhikhik!FYI, berat last masa bersalin pon 61.5kg.kira tak nampak naik sangat pon.siap ada kawan baik tegur kalau dari belakang tak nampak macam pregnant pon.cuma kalau tengok depan macam &%#&$*.gahahahah!

nak tau cara mekna turun berat badan dengan cepat lepas bersalin????haaa~nin dia rahsianya!hehe.

MENYUSUKAN ANAK SECARA BERTERUSAN.
aku ada masalah awal2 nak menyusukan anak.asik luka ja kat bahagian tu..sakit bukan kepalang.tapi memang dah berazam nak menyusukan anak secara exclusive so tahankan juga sakit tu.huhu.ramai ibu yang stop menyusukan anak sebab nipple luka.once kita stop susukan anak, maka production susu juga semakin kurang..that is why susu kering. kebaikan menyusu anak (direct breastfeeding), rahim kita cepat mengecut.secara tak langsung, perut yang menggelebeh lepas beranak dah makin rata.:) selain tu gak, berat badan akan cepat turun kerana badan kita bekerja kuat untuk produce susu seoalah-olah kita sedang workout selama beberapa jam.

jangan takut untuk makan banyak semasa berpantang..makan banyak dapat menyumbang untuk menghasilkan susu yang banyak dan membantu untuk memberi tenaga.then minum air secukupnya.aku faham, kalau ikut pantang tradisional, nak minum air ada sukatan, then makan tak boleh bertambah.so makan nasi kalau rasa nak makan lebih letak nasi banyak2.sebab kalau tak cukup tak boleh tambah dah. itu menurut apa yang mak aku cerita dulu2..lauk plak ikan masin atau ikan bakar.sayur takda kuah..memang totally kering. suami selalu question, kalau tak minum air banyak macamana susu nak keluar???and I totally agree with that. cuma makan tu janganlah melampau-lampau..apa yang aku maksudkan dengan makan banyak tu, mengikut keperluan badan.jangan makan kurang dari apa yang badan kita perlukan.

LOSYEN PANAS.
aku sangat suka pakai losyen sejuta khasiat daripada produk ANUGERAH..rasa hangat dan berangin (mint) bila apply kat kulit. best! everytime pas mandi aku akan make sure aku sapu losyen kat bahagian badan yang dikesan ada lemak degil.heheh.paling penting sapu kat bahagian perut, peha, pinggang,punggung dan tapak kaki..insyaAllah dapat membantu untuk membakar lelemak.:)
lepas sapu losyen terus pakai bengkung...pergh.memang terbaik.kesan dapat dilihat seawal minggu pertama.

JANGAN MAKAN LEWAT MALAM.
menjadi kepantangan aku kalau makan lewat malam semasa berpantang.I will make sure waktu makan last sebelum maghrib. tu pon bukan makan nasi..but makan biskut or roti sekeping dua. kalau lepas maghrib aku just minum kopi halia or susu.that's all.:)

MAKAN JAMU.
kalau anak ada jaundice dinasihatkan jangan ambil sebarang jamu atau ubatan panas terutamanya kalau ibu tu breastfeed anak. kalau anak minum susu FM korang nak makan lebih daripada jamu pon takpa.hehe.macam aku, anak kena kuning nak dekat 2 minggu. so, baru 3 hari start makan jamu keluaran ANUGERAH..plus, aku ada beli jamu tradisional kat mak bidan yang menngurut badan aritu. insyaAllah pengambilan jamu pon membantu untuk mengurangkan berat badan.
tapi perlu diingatkan, kalau ibu ada masalah darah tinggi JANGAN MAKAN. membahayakan kesihatan.

so far itu ja yang aku amalkan sepanjang berpantang selain dari mengurut, bertungku dan lain2. alhamdulillah dalam masa 2 minggu lepas bersalin aku dah dapat berat badan ideal.:)

jangan malas untuk menjaga badan sendiri.bukan apa, mak selalu pesan, orang perempuan ni kena jaga badan. sebab badan nak pakai lama..secara tak langsung bila badan sihat dan cergas dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga..insyaAllah.

Tuesday, May 27, 2014

++nama anak perempuanku+++

Assalamualaikum..

anak ngah tido so kita gunakan masa ni sebaik baiknya.wehew! terasa hidupku semakin mencabar bila anak dah masuk dua.huhu.paling mencabar dengan perangai abang yang semakin sukar difahami since dah ada adik ni.mama ngan ayah sabar ja tengok kerenah anak.

nama yang diberi untuk anak kedua kami AINA HANNAN BINTI MUHAMMAD FAKHRI.

pada asalmya memang nak letak satu nama ja..tapi suami cakap macam pendek plak nama tu.at least letak lah nama pangkal bermula dengan huruf A. baru sama dengan mamanya.AINUL HUSNA...hehe.pening gak fikir nak letak nama apa bermula dengan A.tak ready pon nak letak dua nama.lari dari plan asal.haisy! last2 aku suggest letak nama AINA. sebab maksudnnya lebih kurang dengan AINUL...yakni mata.see.trademark kami anak beranak kan kat bahagian mata..baik abang dan adik sama ja mata besar.;p .
HANNAN means kesayangan. sejak dari dulu lagi aku berkenan sangat dengan nama ni. rasa macam ada aura lembut bila sebut nama tu.

dengan nama yang dah dipilih..harap sangat agar my little princess membesar jadi anak yang solehah, baik budi bahasanya, fasih baca Al-Quran, bijak dan bakal ahli syurga..aminn~

alamak.time to bf baby.tiba2 plak terjaga,bai~

Saturday, May 17, 2014

++set berpantang dan penggunaan bengkung++

Assalamualaikum..

masa bersalinkan anak pertama aku agak pening nak pilih set bersalin nak pakai nanti..survet bagai nak rak tapi sampai beranak satu pon tak beli lagi.haha!last2 mak mertua yang belikan set bersalin  ibu halimah JAMU MAK DARA..kalau tak silap harganya lebih kurang 300 macamtulah..set ni datang sekali dengan beg.so senang korang nak simpan lepas korang habis guna.dia punya tablet jamu kemain banyak...boleh tahan up 4 months lepas bersalin kalau tak silap.


haritu ada terfikir nak guna set berpantang yang moden sikit ala2 omputeh, tak lain tak bukan shaklee.banyak review yang bagus2 aku dapat daripada hasil bacaan daripada internet and beberapa testimoni..kawan2 pon ada bagi good feedback after using set tu. masalahnya bila dah bersalin ni takda plak terfikir nak beli set tuh.kenapa??ntahla.aku pon tak pasti.cepat benar berubah fikiran.

lepas 4 hari bersalinkan chek mek, aku still tak beli mana2 set berpantang..chek mek plak hari2 kena bawak g klinik sebab dia ada jaundice/kuning..tapi takdalah sampai kena tahan ward. bacaan jaundice dia masih lagi bawah photo level.Alhamdulillah dari day 4 sampai ke harini bacaan jaundice dia semakin hari semkain menurun.ada petuanya..nak tau???nanti aku share dalam next entry ok.:))

on the way ballik dari klinik check kuning, kami sempat singgah kat toko jamu. macam2 jenis jamu dan set berpantang ada dijual.suami pening nak pilih yang mana satu. last2 dia datang balik kat kereta dan siap ambil beberapa gambar untuk aku buat pilihan.antaranya

set bersalin anugerah

set bersalin d'herbs ----> terlajak laris!

set bersalin jamu jelita.

mak ada pernah mention pasal set bersalin jamu jelita..tapi aku macam, eh!tak pernah dengar pon jenama ni?? terus taknak. set d'herbs plak aku reject awal2 lagi sebab tak berkenan dengan datuk terlajak laris tu.(boleh???) hahahah! hasilnya, aku minta suami belikan set bersalin jenama anugerah..nampak macam ok dan ala2 islamik gitu..;p
so far aku tak makan air herba or jamu2.sebab suami cakap selagi kuning anak tak turun paras normal, jangan makan benda2 panas.kang tak pasal2 kuning anak naik.dahla menyusu badan.skang ni aku just apply losyen panas pada bahagian perut dan part badan yang rasa menggelebeh lepas bersalin haritu. seronok sangat guna losyen sejuta khasiat ni.tak melekit.once dah sapu terus meresap masuk kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. more over, bau losyen tu sangat best.ala2 apple hijau gitu..sedap ja pakai..:)  untuk minyak panas plak aku sapu kat bahagian degil macam peha, punggung, dan perut untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak2 degil.


aku tak pakai losyen dan minyak panas macam tu ja..lepas sapu semua tu aku akan pakai stokin dan bengkung. jangan terkejut kalau tengok bengkung aku lain dari yang lain.aku pakai ikut keselesaan badan. nak tau bengkung apa??

II

II

II

V

nin dia!

produk cosway..julian jill waist trimmer.

tak kuasa aku nak pakai bengkung badan yang berikat2 sampai ke punggung tuh.aku dah serik pakai masa anak pertama dulu..memang seksa bila hang rasa nak terkencing or nak p toilet.kalau gatal terpaksa tahankan jaa...dahla nak ikat ambik masa yang lama..mak tak sanggupp!

sudahnya ada sorang kawan mak ni yang agak moden gak.dia suggest kat aku untuk try bengkung kat cosway.actually it's not bengkunglah but boleh diguna pakai dengan konsep yang sama. just tarik ketat2 then zaaaapp~! mudah bukan?memang trimmer ni tak selebar / besar bengkung tradisional, jadinya kalau korang nak trim bahagian punggung boleh beli dua trimmer.satu untuk bahagian perut dan satu lagi untuk bahagian punggung..

bengkung yang aku pernah guna dulu...pic:ihsan dari google.

hajat di hati pada mulanya nak beli bengkung moden macamni..


tapi bila tengok harga..masyaAllah! 
terus tak jadi nak place order.tehee~
takpalah..ikut pada kemampuan la kan..

Thursday, May 08, 2014

++dengan cepat++

Assalamualaikum..

quick update

harini balik sekolah naik kebas dan sakit satu badan dibuatnya.rehat kejap kat rumah beberapa minit then keluar g check up kat hospital pantai..ni first time aku buat follow up kat private. masa haiqal dulu langsung tak pernah jejak tempat berbayar;p mana taknya semua suami yang buatkan (kat putrajaya) 
sampai ja kat rumah tengok2 semua baju baby termasuk booties, mittens, barut dan lampin suami dah basuh.terus hilang penat dan senyum sorang2.;)

harini kandungan dah masuk 37 minggu..cantik sangat kalau tarikh lahir baby sama ngan ayahnya.15.5.hehe. masa check up tadi doktor cakap baby dah fully engaged. memang dah masuk laluan..in anytime daripada skarang aku boleh deliver..berdoa sangat pada Allah supaya permudahkan urusan bersalin anak kedua..

apa2 pon, mohon jasa baik kawan2 untuk tolong doakan aku dan baby ya...:)

babai~


Tuesday, May 06, 2014

++nama yang baik 'H' untuk bayi baru lahir++

Assalamualaikum..~

I'm writing this entry alone without the presence of my son by my side to accompany me .*crying* usually when I turn on my laptop he will sit on my laps.then his little fingers will be on the keyboard too, trying to push all the buttons as he could type an entry too.haha!btw, he's already in jitra with my parents. I sent him back to kedah last weekend and he's doing well with them. Alhamdulillah..

mukadimah tanak kalah weh..nak speaking meaking aja!;p

awalnya kami dah bersepakat nak letak nama hadif untuk anak pertama.sebab dah tau jantina dari awal lagi.kononnya hadif tu bermaksud bermatlamat..then bila dah lahir, mak angkat aku kat kedah call.dia tanya nak letak nama apa???so, bitau ja nama hadif..dia diam kejap after kami bitau nama baby.musykil gak waktu tuh.macam ada something yang tak kena.then baru dia cakap.sebenarnya nama tu taak sesuai untuk dijadikan nama pon.buku2 nama yang dikeluarkan kat pasaran skang ni kebanyakannya datang dari indonesia.depa ni main letak ja maksud tanpa memperdulikan ketepatan makna pada nama..kami adalah salah satu parents yang terpedaya lah kiranya..mak angkat aku tu dok mekah lama kot dan sangat fasih bercakap bahasa arab.even sampai skang dia cakap arab dengan anak2 dia..tengok tv pon channel 111.hahaha! awal2 haritu tanak tanya..haa..padan muka.nasib tak register lagi nama tu.

macam jadi isu plak bila nama tak sesuai..dalam masa 3,4 hari kami dok pening pilih nama apa plak yang sesuai untuk baby bermula dari huruf H.ada tanya pendapat ummi..(mak angkat kedah).dia punya cadangan nama:

HUSAM
HUZAIFAH
HUSSIN
HASSAN
HANIFAH
HASNAN
HASBULLAH
HABIB
HARRAZ
HISYAM
HASYIM
HAMID
HAMMAD
HAMZAH
HADI
dll..

kesemua nama tu memang confirm ada maksud..dan memang dalam bahasa arab yang tepat..cuma kami rasakan macam tak berapa nak kena plak dengan baby.nama ni tak boleh buat main2. sebab kita nak guna seumur hidup.orang panggil kita tu ibarat doa tau..kalau boleh janganlah terlalu taksub nak letak nama panjang2 bagai or fancy sangat sampai berbelit lidah last2 panggil nama pendek je..contohnya; marissa..nama panggilan yang lekat..marry ke..rissa ke..kan??jadinya kami memang awal2 dah set nak letak nama anak pendek dan ringkas untuk disebut. selepas perbincangan dengan semua ahli keluarga belah mertua dan keluarga aku..maka terhasil lah nama muhammad haiqal.biarlah nama tu orang kata tak moden.dah banyak orang pakai..tapi kami lebih pentingkan makna. Alhamdulillah.selepas semua setuju, suami terus pergi register nama anak dengan perasaan lega.

untuk anak berikutnya, let's say lah perempuan kan..kami cadang nak letak nama bermula huruf H gak.senang..semua anak sama huruf pangkal.sama dengan maknya nanti..hewhewhew! nama aku HUSNA.

antara nama yang tersenarai dalam carta..

HANNAN
HANI
HASNA
HAYA
HADIRAH
HUMAYRA

ntahlah..itu baru cadangan nama.selagi baby belum keluar selagi tu takda nama lagi yang diberi..insyaAllah jika diizinkan Allah dapat anak perempuan plak kali ni nama2 yang bold tu akan diberi.:)

p/s: skang ni memang menunggu masa untuk deliver ja..minta jasa baik kawan2 untuk tolong doakan untuk diri ini..semoga Allah permudahkan laluan untuk bersalin nanti dan diberi kesihatan yang baik dan kesempurnaan tubuh badan pada anak yang bakal dilahirkan.aminn~

Sunday, May 04, 2014

++checklist majlis aqiqah, berendoi dan birthday++

Assalamualaikum..

pertama kali kami sepakat nak adakan majlis aqiqah, berendoi dan majlis hari lahir serentak. masa muhammad haiqal dulu, just buat kenduri aqiqah kat masjid je.kebetulan waktu tu aku dalam pantang.so suami tanak menyusahkan aku.dia plan buat kat masjid ja.insyaAllah untuk anak kedua ni, kami bercadang nak buat kenduri kat jitra plak. kali ni nak buat sekali dengan birthday ayah dan abang haiqal:)

selepas berbincang dengan suami dan mak ayah, here's the checklist yang aku rasa perlu ada dalam majlis tu nanti.

- seekor kambing  
- ayam goreng untuk jemputan yang tak boleh makan kambing
- jemputan : 150pax
- burdah/marhabban 
- sticker untuk goodies
- decoration buai
- jemput ustaz untuk tahnik
- kurma, air zam-zam 
- baju baby  
 - jubah mama, ayah dan abang haiqal
- khemah/ cater 
- candy buffet dan kek 

rasanya kek untuk birthday haiqal dan ayah kali ni takdalah nak fancy sangat. cukup sekadar kek yang  simple dan sedap dimakan.tumpuan utama adalah lebih kepada majlis aqiqah sebenarnya..yang2 lain tu selitkan sekali sebab dah alang2 nak buat kenduri kan..

antara pilihan decoration untuk majlis berendoi nanti:



kalau boleh memang nak buat sehabis simple yang boleh.

untuk candy buffet plak, itu masih dalam perancangan samada nak buat or tak..bergantung kepada budget dan kesesuaian nanti..kalau buat pon apa salahnya kan..comel..:)

simple yet cute.

itu saja yang sempat difikirkan buat masa ni..insyaAllah ada apa update nanti aku letak kat blog ye..:D

Saturday, May 03, 2014

++susu keluar sebelum bersalin++

Assalamualaikum..

terasa sunyi bila anak takda kat rumah nak buat sepah dan buat kecoh..but I will make sure that I call him 4-5 times per day..at this time suami dah selamat sampai ke dubai agaknya leaving me alone down stairs..aku tak boleh nak tido lagi sebab rasa perut dok mengeras ja.huhuhu.semua serba tak kena.

masa awal2 bersalin dulu aku memang takda susu langsung..sampaikan at one point rasa macam dah give up dan nak bagi susu formula ja kat anak.but suami tak pernah putus asa,. dia ada ambil seorang mak bidan dari hospital putrajaya untuk urut badan supaya terbuka laluan susu.siap berurut dalam kereta lagi after bidan tu abis bekerja.:) bidan tu cakap insyaAllah susu aku banyak but laluan tersekat dan kena urut untuk melancarkan pengeluaran susu badan..aku iyekan jelah..taktau nak respon apa sebabnya takda pengalaman..

lepas 3 hari diurut oleh mak bidan tu, susu masih tak keluar lagi..masa tu haiqal memang minum susu NAN 1.mak mertua belikan..risau anak kelaparan tak minum.thanks ibu..rasa nak nangis sangat bila tengok anak nangis kelaparan dan maknya plak tak berdaya nak bagi susu..sampailah satu hari tu..(hari ke-4 kalau tak silap) aku dok cuba untuk urut sendiri tiba2 susu terkeluar..ya Allah..rasa macam nak menjerit! terus cuba untuk susukan haiqal..alhamdulillah! Allah bagi peluang kat aku macamana perasaan seorang ibu yang dapat menyusukan anaknya..
aku dapat rasakan perasaan kasih dan cinta makin menebal bila kita tengok anak kita while breastfeeding..syahdunya waktu tu.

ambil masa berjam2 gak nak bagi dia biasa untuk menyusu badan..bila dah berjaya BF, susu makin banyak.sampai aku kena pam after susukan haiqal.kalau tak pam siaplah hang..confirm bengkak punyalah.bila cita pasal bengkak susu aku jadi macam traumatize sangat..hampir demam aku dibuatnya menahan sakit yang amat.

sebelum aku bercerita panjang lebar lagi..aku nak kongsi hasil bacaan dan penerangan daripada encik suami slaku doktor peribadi.tapi aku just tanya secara umum dan takda nak mention to anybody..just pengetahuan yang rasanya boleh di share bersama.

kadangkala ada ibu hamil yang dah mula keluar susu pada usia kandungan 7 bulan or lebih awal dari tu.tapi jangan risau..ianya tidak mendatangkan masalah besar kepada kandungan or ibu. bermakna laluan susu korang dah ada dan senang lepas deliver baby nanti dah boleh terus menyusukan anak.:) anggap ia sebagai satu kelebihan yang orang lain takda. but perlu diingat, susu yang terhasil tu adalah mengikut usia dan keperluan bayi dalam kandungan.tak sesuai nak buat ebm/stok susu simpanan.

ibu yang keluar susu awal tak digalakkan untuk memerah susu terutamanya bila usia kandungan dah mencecah 7bulan.sebabnya dikhuatiri nanti akan berlaku contraction atau kelahiran bayi premature. sebolehnya kalau susu dok keluar, elok pakai breast pad ja. nanti lelehan susu yang keluar tak kena pada bra atau baju.selain tu, ibu hamil tersebut boleh urut secara perlahan-lahan untuk keluarkan susu kerana dikhuatiri susu akan bengkak..apa2 pon kalau nak lebih yakin lagi, pergilah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat selanjutnya mengenai apa yang perlu dibuat apabila susu keluar sebelum melahirkan anak..hehe.:)

sekian daripada doktor/misi tak bertauliah ni.

Photo: Dapat gak jumpa cik enol...
latest pic of me @36weeks.
sebelah tu my bff since skolah rendah lagi. she's a doctor and pregnant too~:D

p/s::
kali ni nak berazam untuk susukan anak hingga dua tahun then nak buat stok ebm banyak2.we'll see what's going to happen then.heheh.