Showing posts with label mummy-to-be. Show all posts
Showing posts with label mummy-to-be. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

++selamat bercuti!!++

assalamualaikum..


bagi yang duduk terengganu, kedah and kelantan mesti tengah berseronok-ronok kan?sebab kamu2 semua dah start bercuti..jelesh ok!dan kami yang masih ada sehari ni menunggulah dengan penuh kesabaran..tak gitu hana a.k.a miss sunshine??:) 

so, korang2 yang gojess balik bila????aku balik sabtu petang sebab kena tunggu encik suami abis keje dulu..esok dia kena oncall sabtu baru balik..he has to stay at the hospital for more than 24 hours..kasihan~ after keja kena datang ipoh plak amik bini dia kat sini..ahad keja semula..olooo...tak sempat berpoya2 kat jusco.(nak beli bag baby sebenarnya even bag dah ada...*drooling eyes*) huhuh.I really2 appreciate apa yang encik suami buat.nampak kesungguhan dan bertanggungjawab..thanks my hubster..kalo ikot hati memang tanak menyusahkan suami..balik sendiri pon takpe..before aku sarat, biasanya pas jumaat je terus cabut balik putrajaya..TAPI.....keadaan skang tak sama macam dulu..nak balik boleh, with 2 options..samada balik naik bus atau train..THE MAIN PROBLEM IS~ dua2 aku tak lalu nak naik skang ni.bhahahah!dahla keadaan aku la ni tunduk bawah pon dah tak nampak kaki sendiri!(menunjukkan dah sarat le tewww~)
aku yakin, encik suami confirm tak bagi aku naik kenderaan awam dalam waktu2 sarat cenggini...tehee`=D

oh ya.encik suami dah aturkan temujanji untuk buat scan 3D...tak sabar rasanya nak tengok baby H..:))
mudah-mudahan baby sihat seadanya dan yang paling penting cukup sifat..aminn..~
dulu2 masa zaman tak reti kan, slalu cakap ngan encik suami nak buat scan 4D..rasa macam ipod plak..ada 3D and 4D..hehe.rupa-rupanya scan 4D takde dalam term pon.yeke....baru tau..~

huh.tak boleh nak merapu banyak2 malam ni..ada banyak paper yang cue untuk disemak..huhuhu.
jaga diri ye kawan2.

selamat malam~





++mama yang tembam.teheee~:D++

assalamualaikum..

hehe.before g sekolah sempat lagi posing kat rumah.
34 minggu dah...:))

bai~

Tuesday, May 22, 2012

++consultation for free!!++


assalamualaikum...


sometimes macam fun gak bila ada kawan2 yang minta tolong untuk tanyakan pendapat mengenai hal2 kesihatan pada en.suami..secara tak langsungnya aku pon dapat belajar benda yang baru.


*********
kawan tanya---> aku dengar ---> tanya suami ---> suami explain bla..bla.. ---> aku terangkan balik kat kawan ---> the end.

*********

sebenarnya kan korang, sebelum aku ni paling malas nak makan ubat...paling malas nak berpantang...paling malas nak ikut waktu untuk pergi check up dan seumpamanya. pas kawin je ngan suami skang (eh.ada ke suami dulu????ngahaha!) segalanya berubah macamtu jek.SEBAB~en.suami sangat particular pasal hal2 ni..terpaksa rela I walaupun waktu tu I sangat2 penat..wuu..wuu..wuu...~ semua kena ikot time dengan betul. tak boleh lambat2..pernah sekali terlupa nak g check up sebab sibuk sangat dengan hal sekolah, then klinik call suami since they couldn't reach me at that time..pastu suami terus call aku balik and dapat 'ceramah' free u olsss..
isi kandungannya, "kesihatan diri kena jaga jugak sayang..mana boleh amik ringan pasal ni..kesian kat baby...mama dia asik sibuk je..abis baby macamana?pasni abang nak sayang set alarm or whatever macam tulis note tampal kat dinding ke ape ke..janji sayang tak lupa dah untuk g check up ok..?"

er...noted...hihi.

masa petang tadi plak, dalam hujan lebat syahdu (sedap kalo dapat tido) suami call..dia baru balik dari keje time tu. tanya pasal hasil pemeriksaan pagi tadi..so, aku pon bitau la dia bla..bla..bla..itu ini..aku ada gak cakap yang nurse tu explain kat aku pasal simptom2/tanda2 nak bersalin...terdengar dia gelak hujung2 call..then dia tanya aku soalan cepumas.

yang aku tau tanda2 nak bersalin rasa sakit kat perut...yay!100% tepat.hikhikhik.


"apa dia simptom2 nak bersalin tu???cer cite kat abang..abang nak dengar.."

"laaa..abang kan dah tau..buat apa sayang nak terangkan balik"--ayat nak selamatkan diri.

"abang lupa laa..." --confirm mengada nak test aku.

dengan penuh yakin ilmu yang tak berapa cukup ni aku pon cite la kat dia pot pet2 panjang berjela..

tau apa respon dia???

"sayang punya explanation tunggang terbalik lah..meh abang terangkan ikut urutan ye...hehe"

see????LUPA lah konon kan...aku dah agak mesti dia nak uji ilmu aku punya..huhuhu.sudahnya petang tadi aku dapat ilmu free mengenai tanda2 nak bersalin..thanks abang..senang sikit bila ada orang yang 'tau' pasal hal2 ni..

aku sangat2 bersyukur bila dapat suami yang sangat concern pasal kesihatan isteri dan anak.walaupun kadang2 tu rasa diri ini terlalu dimanjakan plak..
jadinya kalau korang2 ada sebarang kemusykilan or nak minta pendapat sebelum g klinik/spital untuk berjumpa dengan doktor, bole je drop comment or email terus kat aku..mana tau dapat membantu.sedikit sebanyak dapat buat amal dan menambahkan ilmu..wallahualam~:)


p/s::kadang2 rasa kelakar bila tengok gelagat masing2..en suami dengan perangai dia,,aku dengan cara aku..walaupun kami berbeza tapi kami sama dari segi hati dan perasaan antara satu sama lain..sekian~:D


++check up++


assalamualaikum..

balik sekolah tadi rasa mengantuk sangat...sepanjang2 dalam kereta nak balik rumah tak terkira banyaknya berapa kali aku menguap..huhu.panas sangat harini..badan plak terasa sangat letih sebab semalam tido tak cukup..actually hampir setiap malam aku susah nak tido nyenyak..ditambah plak dengan cuaca panas, sarat dan malam2 plak asik rasa nak ke tandas..adoiyai..bila masa nak tido lena??kadang2 bila tengok encik suami tido dengan nyenyaknya rasa jelesh plak.huhuhu..takpe..berkorban demi anak tersayang...apa jua sanggup ku redah..fulamak!ayat~=p

pagi tadi keluar g check up kat klinik desa berdekatan dengan rumah..Alhamdulillah..rasanya takde apa yang membimbangkan buat masa ni sebab hb dah normal..syukur sangat2..sebelum ni hb asik merah je..last2 encik suami bagi obimin and doktor suh makan 2 kali sehari plus minum susu tepung untuk ibu2 mengandung banyak2..aku rasa sangat serasi dengan dumil mama, DUMEX..rasa dia memang sedap berbanding dengan susu2 lain yang aku pernah rasa.that is why aku bole minum susu sampai 3-4 gelas sehari pon takpe...teeheee~
sudahnya jenuh encik suami nak kena belikan banyak2 setiap bulan.ilebiu hubby!;p

cumanya masa check up tadi berat aku dah berambah kepada 60kg dengan ketinggian 162cm..is it normal????risau gak aku..last couple weeks berat aku baru 58..dalam masa 2 minggu naik 2 kilo..sepatutnya seminggu hanya 0.5kg je..nak kata makan banyak pon takdela sangat..skang ni malam memang kurang makan sebab aku takut mengah and tak boleh tido je..oh ya!!!~now I know!! aku rasa semua ni mesti berpunca daripada aku yang suka mengunyah sambil buat keje..hehehe.kompem! aku tak boleh kalo buat keje tanpa makanan..bagi aku ia sangat memboringkan!dalam bilik ni memang sentiasa ada stok makanan terutamanya biskut and cokelat..terapi terbaik untuk menenangkan fikiran adalah dengan memakan cokelat...I loike~

p/s::agak2nya baby H lahir bila ye?cukup tak 40 minggu..?banyak tanya kawan2 kebanyakannya bersalin sebelum sampai waktu EDD..so.dalam cuti sekolah ni memang kena stand by siap2 lah..kalo 2 minggu ni tak beranak gak maknanya aku kena balik ipoh untuk seminggu dululah..tengoklah macamana nanti..

selamat minum petang kawan2!
babai~


Sunday, May 20, 2012

++set bersalin, baby's stuffs dan sayangilah suami anda..:)++


assalamualaikum...

sedar tak sedar baby dah nak masuk 34 minggu which means tinggal beberapa minggu lagi untuk deliver..nervous!setiap hari mesti akan belek barang2 baby yang dah dibeli and cium2..hehehe.kemaruk betul mama ni kan? kalau betul lah jantina yang dikatakan, rasanya kami dah ada nama untuk baby..hehe.nama yang sangat simple and mudah untuk disebut..mudah-mudahan baby membesar menjadi seorang yang bermatlamat sesuai dengan nama yang diberi.insyaAllah..

dari pagi tadi sampai skang dok survey set bersalin apa yang paling bagus untuk ibu berpantang nanti.dalam banyak2 set bersalin, rata2 sebut produk nona roguy, leesa confinemum, jamu mak dara, sendayu tinggi, mustika ratu dan orang kampung.sebab aku tak pernah try kan, jadinya taktau nak pilih yang mana..pening kepala eden..huhu.

nona roguy..senang nak dapat kat tempat cheq kat kedah nun..

menarik kan packaging dia??tambah2 nenek vogue kat sebelah tu menambahkan lagi keyakinan..:)

antara brand yang mahal.mungkin sebab kualiti bagus.

orang kampung..ermmm.packaging macam kurang menarik.tapi katanya produk ni bagus.entahle..

mustika ratu..beg dia comel lah.dahlah aku senang terpengaruh dengan benda2 comel...du...du..du...T__T

tanak memanjangkan pening kepala tu, aku pon keluarkan satu2 barang baby yang kami beli semalam before encik suami pulang ke putrajaya..and again aku cium bau semua barang tu...terus rasa naluri keibuan makin menebal..:)

bedding set..encik suami nak sangat colour ni sebab dia kata comel and ada cute cartoon printed on it.

baby bath set

changing mat 

ahaa..yang ni pon encik suami pilih sebab dia kata baru sesuai dengan gender baby..ehehehe.ada gambar kete, bus, lorry and fire brigade.

ops.this is mine.of course!

baby wipes.

lotion and baby oil..rash cream nanti ayah dia sediakan sendiri.:)

pengepit untuk amik botol after rebus basuh botol baby.sebelah tu bottle brush.

nursing pad pakai buang...

set baju.senang beli yang set instead of buying one by one..

banyak benda dah ada skang ni..cuma tengah tunggu breastpump medela freestyle je yang diorder direct dari US..maybe we have to wait for a couple weeks to get that stuff..hopefully tak deliver lagi lah time tu.huhuh.

all in all, bajet persiapan new born baby ni boleh tahan gak eh..kalah musim perayaan..semalam sempat lagi cakap dengan encik suami dalam kereta...

"abang..semua barang untuk baby kan...barang untuk ayah and mama dia takde pon harini..eh.tapi ayah dia at least ada gak (sambil merujuk kepada dua album besar untuk dia)."

"ala..sayang..baby kan orang baru...kita ni macam2 dah ada..dia baru nak mula...apa salahnya kita berbelanja lebih sikit kan..." bercakap penuh pujukan dan comel.ahaks=p

sebenarnya aku tak kisah pon nak beli barang untuk baby..saje2 je ngengada cakap macamtu.hehehe.alkisahnya, sebelum tu aku nak capai gak sebarang dua untuk diri sendiri..tapi disebabkan nak balik cepat and mengejar masa aku lupakan je niat tu..sempat lagi muncung dengan encik suami before hantar dia balik naik bus.bukan apa..bayangkan bas pukul 7.45..then maghrib 7.25..aku cadangkan kami solat kat station bus je..senang.takdela terkejar2..tapi dia berkeras nak solat kat rumah jugak2.dia tanak aku solat sorang2 kat surau stesyen bas tu.risaukan keselamatan aku katanya..FYI, surau dia dok hujung bangunan..agak creepy gaklah.
sudahnya, kami solat kat rumah je...termengah2 aku solat..huhu.then cepat2 pakai tudung g stesyen..sebab tu aku mencuka je muka.hahaha.penat beb rushing2 neh..dahla perut besar..mana larat nak jalan laju2..but still dia tanya, aku jawab selembut yang mungkin...tak sanggup nak cakap kasar2 ngan suami..huhu.

sepanjang dalam kereta aku diam je sebab mengah punya pasal..*dalam hati gila punya rasa berdosa sebab buat muka macamtu ngan encik suami* 
kami sampai bus station tepat2 waktu je...tak sempat parking proper.cuma parking kat tepi2 je.then dia cepat2 keluar kete and aku amik alih tempat driver...orang yang jaga parking tu dah bising giler suh alihkan kete..sabaqlah!!!hisyh..tak nampak ke kenderaan berat nak bergerak pon susah.;p
sampaikan suami babai pon aku tak sempat nak toleh...nak alih kete punya pasal.

sedih sangat2 bila tak hantar suami dengan keadaan yang relax dan tenang.I HATE TO BE IN RUSH!!!!aku park kete kat tepi jambatan sambil tunggu sampai bas dia bergerak..pastu dia call...time tu gak aku minta maaf banyak2..as a wife tak sepatutnya aku tarik muka dengan suami.berdosa ok..bukan apa, risau sangat takut dia terlepas bas.dahla harini nak kena keje  kan....plus, kaki aku tak larat nak bergerak laju macam sbelum ni...harap dia faham..
alhamdulillah..biasanya hal2 macamni tak berpanjangan pon..aku tak suka merajuk2..rasa gelisss melisss plak.hehehe.


to my friends out there..

senang je nak buat pahala sebenarnya...do respect ur husband.jangan sesekali tinggi suara or melawan cakap dia..tambah2 kalau dia suruh buat benda baik.tu je..take care.
dan sayangilah suami anda..:))





++dua dalam satu++

*last nite punya entri..tapi tetido before sempat tekan button publish.hehehe*

part 1#

assalamualaikum...

getting fresh after taking a cool shower just now..rasa lembik lutut2 harini sebab seharian berjalan mencari barang baby ngan encik suami..guess what??aku dah pass hadiah kat encik suami last night after fetching him from the bus station..yay!he arrived at 10pm.it was quite late gaklah..but I'd waited for him patiently..I brought him to da nearest food stall to have our dinner together..:)
apparently the stall gave us bad service..sabor jelah...nasib baik makanan sedap..selamat ko..kalo tak..~ --sila sambung sendiri--

as we reached home,we directly went upstairs cause I could not wait for any longer to give him the 'thing' ting ting..:) as we got in the room, I asked him to sit next to me while looking into his eyes deeply with full of love..at the same time I drew the sweetest smile ever on my face..

"sayang...nape pandang abang macamtu??"

"saje nak tengok muka suami tersayang yang sangat2 dirindui...salah ke??"* holololololo~*

"macam ada hide something je.."

"hehehehe.yup!memang ada something pon~" --sambil sengih2 macam kerang busuk..

slowly I took out the birthday present from my wardrobe..he was just watching at me with a puzzled expression..like.."ape bendela bini aku nak buat nehhh..." some sort of that lah..hehe..

"happy belated birthday abang!!!!!!!!" joget2 gedik while handing the gift to him..haha!

he seemed very surprised at that time...I wish I could capture his face yang nampak tercengang-cengang but happy seolah-olah nak senyum ke tanak nih..hihihi.

aku rasa macam satu kepuasan bila tengok orang tersayang gembira..when they happy, that makes me happy too..alhamdulillah...my husband loves the watch very much.syukur..

sayang seribu kali sayang...harini aku ada LADAP kat sekolah.nak dekat pukul 1 baru habis..kesian kat encik suami terpaksa tunggu sorang2 kat dalam bilik guru.nasib baik aku bekalkan dia ngan biskut, air and notebook.so dia boleh layan movie while waiting for me to finish the program.tapi pon, kompem bosan punyalah menunggu.lebih 4 jam woooo~

selesai je LADAP kami shoot ke tesco untuk tengok booth baby yang baru bukak kat sana..tengok2 barang kat situ takdelah banyak mana..plus, salesgirl tu macam taktau pape bila orang tanya pasal certain benda..tension!last2 kami tak jadi beli barang2 kat sana..terus gerak g foodcourt isi perut dulu...pas solat zohor kemudiannya baru gerak g aeon jusco, station 18..memang nak g sana sebab suami nak potong tali jam..alang2 dah sampai sana, tunggu apa lagi terus naik atas cari barang2 baby sekali...rasa macam tengah dalam pertandingan mileage je sebab kami bergerak punya laju g sana sini...sekali aku terpandang cermin, cara aku jalan macam mak penguin plak.muahahaha!

banyak juga memborong harini...


beli bedding, baby toiletries, towel, disposable nursing pad, baby wipes, baju baby lagi, after bath mattress, pencuci botol susu, matenity loops dan bedak&losyen semua tuh.penuh troli dengan barang2 baby..hehe.geram tengok barang2 baby yang comel2..tak sabar nak tunggu si kecil lahir..:)
pasni cuma nak cari set lepas bersalin.. 


part 2#

kalo boleh nak celebrate birthday encik suami sekali..but unfortunately we did not have enough time to do that like what I'd planned before..poor hubby..I thought he would go home tomorrow afternoon.I was totally wrong..his bus was at 7.45 tonight..tu pun dia balik ke shah alam dulu...masa kami banyak terbuang kat aeon station 18..yang jadi lama sangat tu sebab pekerja fossil tu dah rosakkan tali jam waktu dia potong tali...last2 kami mintak dia tukar dengan jam baru lah.sape nak pakai jam baru but calar2 and kemik2 kat bracelet dia kan????jangan bagi muka...we pay for the good item only..bukannya barang yang rosak..aishh.macam2 hal.

apa2 pon minggu weekend depan aku akan berusaha untuk buat sesuatu untuk encik suami.
at least throw a small celebration party at home pon jadilah..baru ada kenangan kau dan aku..iye dok??teheee~=D

p/s::happy sangat sebab dah order medela freestyle.thanks to encik suami sebab bersusah payah untuk dapatkan terbaik untuk isteri dia..semoga murah rezeki ye sayang..

Thursday, May 10, 2012

++macamana nak potong kuku kaki++


assalamualaikum...

aku jenis yang menjaga kuku...pantang tengok kuku panjang sikit aku akan rasa rimas dan menggelejat nak cepat2 potong..sebab aku tak suka tengok kuku aku melekat kotoran yang bukan2...geli~even basuh macamana sekalipon tetap rasa kuku ni kotor..

aku takde masalah bila nak potong kuku tangan..biasanya aku akan potong seminggu 2 kali..antara hari Isnin, Khamis atau Jumaat..ikut sunnah kan...:)
TAPI!!!!masalah besar skang ni adalah amat susah untuk aku potong kuku kaki...nak tunduk pon tak lepas taw..sedih!=( asal nak potong kuku kaki je mesti mengeluh dulu pasal kena amik masa yang agak panjang untuk trim kuku 10 jari kaki ni...pernah mengadu ngan encik suami pasal masalah ni.tau apa jawapan dia..

"meh sini kaki sayang...abang tolong potongkan kuku ok?"

errr...takpelah...aku takut...~rasa macam tak harap plak orang potongkan kuku kita..malu pon ada gak..teheee...=p


kalo lah potong kuku kaki sesenang gambar di atas kan mudah..


sekadar berkongsi pengalaman dengan korang.

take care semua...~

Tuesday, May 01, 2012

++kesihatan on off++


assalamualaikum...


alhamdulillah..selamat sampai dari KL ke ipoh..terima kasih banyak2 kat keluarga mertua terutamanya ibu and ayah sebab susah payah tolong hantarkan menantu sampai depan rumah..syukur...:)

lately kesihatan tak berapa nak baik...terutamanya when it comes to night.mesti susah nak tido malam..badan akan rasa panas semacam dan kadang2 kaki kejang tak semena-mena..dahla bernafas macam baru lepas lari 100m...tercungap-cungap..sampai kena tinggikan bantal 2,3 baru ok sikit.tu pon still tak berapa nak selesa.kadang2 kesian kat encik suami.terpaksa bersabar melayan kerenah isteri mengandung..huhuhu.

semalam aku mc untuk sehari.T__T.
a day before, aku ada mengadu kat encik suami yang perut macam keras semacam and kaki sakit macam tarik/kejang..aku pon taktau sebab apa jadi macamtu.encik suami dah risau semacam.biasanya ahad petang aku dah bertolak balik ke ipoh dah.tapi oleh kerana keadaan aku macamtu, suami suh hold dulu and tak bagi naik bas.takut jadi apa2 dalam bas..:((
tapi serius, kaki aku sangat sakit bila kejang..wuuuu~wuuuu~pastu mula question diri sendiri..."what is happening to me actually????"
masa tu dah terbayang my little baby inside..tawakal tu alallah je..berdoa supaya takda apa yang berlaku pada kami berdua..
so.keesokan hari before encik suami keluar bekerja pagi2 buta lepas subuh, dia dah tinggalkan kad yang tertera nombor kecemasan sekiranya ada apa2 yang berlaku.dia memang sangat2 risau kat aku...and again, pity him.sentiasa tak tenang teringat anak bini dia sorang kat rumah.

hari Isnin pagi buat check up..teorinya, kaki aku sakit sebab kedudukan baby yang tertindih saraf kaki..pastu masalah anemia..menyebabkan aku pening, tercungap-cungap and badan terasa lemah semacam jek.as a result, aku dinasihatkan oleh doktor..(bukan doktor peribadi naa..dun get me wrong) supaya tak buat keje berat2..then buat masa ni jangan dok naik turun tangga sangat..kalo boleh takyah ajar PJ..tapi macamana tak ajar PJ plak kan?sape nak ganti aku?iskkk..bab tu susah sikit..aku tak berani nak janji..time doktor cakap aku ok je..dalam hati mana dia tau yang aku terpaksa deny and refuse.susahhhnyaaa~tetiba rasa berbelah bagi..

sebenarnya aku rasa serba salah sangat kerap cuti hari Isnin..kadang2 bukan rancang atau sengaja..ada2 saja hal time ni.sedih ok!dok rumah pon teringat anak-anak murid aku.mesti dorang heran mana teacher dorang pegi..I'm so sorry kids..doakan untuk teacher ye..semoga dipermudahkan segala urusan dan dipelihara kesihatan kami berdua.aminn~

Thursday, April 26, 2012

++which one is the best?++


assalamualaikum...

badan rasa macam lemah je masa dok karang entry nih.(sebab banyak tido siang agaknya.tehee~) banyak benda nak story mory ngan korang tapi taktau nak cite pasal ape dulu...oklah..harini nak review pasal brand susu yang aku pernah try sepanjang pregnancy.

masa mula2 dapat tau yang aku pregnant memang tak terfikir nak beli susu langsung untuk diri sendiri.sebabnya aku ni bukannya jenis yang rajin sangat nak bancuh and minum..kalo milo takpe gak.=p
first time beli susu masa lepas kenduri hana a.k.a miss sunshine..pas je kenduri hana, encik suami and I went to giant seksyen 13 untuk cari barang dapur before balik ke putrajaya..masa dok pusing2 cari barang tu, tetiba terlalu kat kaunter jual susu...and ada promotion susu ENFAMAMA..so, encik suami ajak berhenti jap..and sempat dengar salesgirl tu membebel panjang pasal kebaikan and faedah2 susu..aku memang macam malas nak dengar since memang takde minat nak beli pon.but encik suami insist untuk give a try..aku cakapla, nape nak beli susu tu sedangkan banyak lagi susu lain yang harganya jauh lebih murah and content susu pon tak banyak beza sangat. then encik suami suruh aku try dulu susu enfamama..pasal harga takyah risau janji aku dapat yang terbaik.wawawawow~tetiba feeling cerita cinta korea yang sweet2 tu.hehehehe.




first susu yang aku minum..:)) perisa vanilla..seyes susu ni memang sedap owh..cuma harga dia mahal among others..tin dia takdelah besar mana.cepat habis plak tuh.huhuhu.kalo setiap bulan nak maintain macam kesian plak kat encik suami..*padahal encik suami langsung tak kisah*

lepas susu enfamama abis, encik suami tanya kalo aku nak maintain dengan susu tu lagi..tapi aku nak cuba plak susu ANMUM since orang cakap susu tu pon bagus...banyak gak review pasal anmum.
so.aku pon belila......nak tau apa yang jadi??

aku boleh plak taktau yang susu ni ada dua perisa..perisa susu original and perisa cokelat. aku main bedal je time beli susu ni..huhu.terbeli plak perisa original..pas first try je, bluweekkk!!!!tak sedap!!!aku rasa nak muntah~disebabkan taknak membazir, aku berjaya abiskan susu ni sekotak dengan bantuan milo..heheheheh.pastu tobat tanak beli dah.


currently aku minum susu kat atas ni ha...DUMEX MAMIL MAMA perisa coklat..yang ni memang SEDAP!!!!!!.harga dia sedang2 je..skang ni aku dok kumpul bantal kecik free gift setiap kali beli susu ni..hehehe.cute sangat~

comel kan bantal tuh???
so, kalo naik bus, aku akan bawak bantal ni sekali untuk letak bahagian pinggang supaya tak lenguh.
sangat membantu..:))



rasanya aku takkan tukar susu lagi kot..akan stick dengan brand dumex je..rasa sesuai plak ngan anak tekak and badan...kawan2 kalo nak try susu, tengok pada kandungan dulu ye..sometimes susu ada yang manis and yang biasa..tak semestinya susu yang mahal tu terbaik, kadang2 jadi mahal sebab brand je..selamat mencuba!:D




Monday, April 23, 2012

++persiapan untuk my baby++


assalamualaikum...

dah beberapa kali ter'miss' check up kat klinik sebab sibuk sangat dengan latihan action song..
poor my baby..mama janji esok mama g klinik ye sayang~:))

dalam kepala otak skang ni sibuk dok fikir nak beli barang apa untuk persiapan menyambut kelahiran si kecil..
stakat skang baru beli pakaian...yang lain2 macam barut, after bath mat, baby's cot, bedding, breast pump and etc belum beli lagi..baru survey2 je..encik suami janji minggu depan kalo dia datang ipoh, dia nak beli semua2 barang tu..weekend lepas cuma sempat buat calculation tentang harga barang2 baby je..baru tau rupanya barang baby ni mahal jugak..huhuhu.bedding saje dah nak dekat 200++...pump dah beratus-ratus..aiyaaaa~mama kena kurangkan shopping lah macamni...takpe.demi baby mama sanggup cut down my budget on online shopping.tehee~:D

antara barang yang kitorang survey..

1. bedding 

ada tanya pendapat kakak ipar, lagi elok kalo bedding yang diperbuat daripada material kapas/kekabu..baby akan lebih selesa dan peluh pon boleh meresap dengan baik ke dalam material tu..good suggestion..cuma kats sini aku taktau nak beli benda tu kat mana..banyak yang dijual kat kedai jenis span biasa which is panas and tak berapa berkesan untuk menyerap peluh.hurmmm...


2. barut baby/baby binder

yang ni penting pas kita sapu minyak kat perut baby kena pakaikan barut terus untuk mengelakkan baby kembung...mana nak beliiiiii??????????????

3. breast pump

rasanya akan pakai yang ni dulu kot.dah baca review pasal avent nih..dan kebanyakannya cakap ok.tak sakit.so.I'll give it a try..

4. pampers

kena start beli dari skang sebab encik suami cakap baby masa awal2 kelahiran kena kerap tukar pampers about 7-8 couches a day..bayang kan sebulan???hahaha.baik beli awal2..

ololo~comelnya baby tu tido~

5. nursing pad

mula2 blur gak nak kenapa nak pakai benda alah ni..tapi encik suami ni macam tau banyak benda pasal persiapan baby..termasuk nursing pad.bila kita dah bersalin, air susu akan tak berhenti-henti mengalir.jadinya kena ada benda yang jadi penahan supaya baju tak basah kat bahagian tooot~ada faham??


6. mattress/ cot-sheet

yang ni pas mandi and nak pakaikan baju baby wajib kena ada..:)

7. baby bottles


encik suami insists nak beli yang ni..kalo ikot aku, nak beli botol yang fancy2 and bercorak.cute sikit ghopenye..macam yang sebelah kanan tu haa..hehehe.


8. baby care

set of blue...yelah, takkan nak beli warna pink plak kan...tak sesuai okehhh!


9. pakaian baby





my encik suami prefer beli baju baby jenis front opening untuk menjimatkan masa bila mana kita nak salin pakaian baby..dia tanak baby menangis melalak lama2 time salin baju...yelah2...ikot sajelah cakap dia.

mittens

booties


stakat skang pakaian takde masalah pon.alhamdulillah..rasanya cukup kot beli baju sikit2..baby kan cepat besar~:))


aku rasa macam ada banyak lagi benda kena sediakan..kawan2 ada tak cadangan or nak share pengalaman masa bersalin anak pertama dulu..kalo ada, jangan segan2 tinggal komen ye...tq..:D




Thursday, April 05, 2012

++semput++


assalamualaikum...

alhamdulillah...baru2 ni check up and everything seems to be alright i guess..cuma hb and berat badan je yang jadi masalah kali ni..doktor tanya..

"u diet ke?"

hehe.takdelah..memang makan macam biasa..and rasanya makan berkali2 ganda banyaknya adalah..rasa macam tak percaya plak berat tak naik2..encik suami kata maybe penimbang rosak kot.hahahaha!denial!;p tapi at the same time aku pon rasa macamtu gak.macam tak logik plak kalo diikotkan perot makin besar and sepatutnya berat pon makin bertambah.tak giteewww~*gediks.ahaks!*

skang ni nak buat keje macam agak terhad sedikit..cara jalan pon tak sama macam dulu...*ala2 model.MUNTAHHH!!!* cara jalan skang agak mengengkang sikit.hahaha!encik suami selalu gelak..sampai hati taw..sob..sobs..sobs..bukan apa..nak stabilkan badan haruslah perut memacu sedikit ke hadapan kan..then jalan plak takkan nak terkepit2 kan..kang ada yang tertonggeng sebab tak balance..;p
sebenarnya masalah terbesar skang ni adalah shortness breath membuatkan aku rasa semput je..huhuhu.nak duduk kena sandar.sebab rasa macam perut penuh semacam..makan lebih tak boleh.mengah sangat..pas makan banyak ko akan rasa macam baru lepas berlari 100m.tercungap-cungap..hahaha..kalo berdiri kurang semput sikit.sebab keadaan berdiri tak menekan perut..huuhuhu.tapi takpelah..asalkan baby bahagia dalam perut, mama dia redha jek...:)

taktaulah experience ibu mengandung yang lain macamana...kalo ada boleh share story,,:)
oklah.nak berkarya jap..lagu action song yang baru tak siap lagi.
babai~




Wednesday, March 28, 2012

++my little baby++


assalamualaikum...


just wanna share my feeling about my precious little baby..time flies so fast~and now my baby has grown bigger..(6 bulan setengah dah...alhamdulillah)
skang ni memang baby aktif sangat bergerak dalam perut..dulu boleh rasa sikit2 je..skang ni sampai boleh nampak perut bergerak2 everytime dia berubah posisi or kicking or kung-fu-ing...hahahahah!what a wonderful moment as a mother. walaupun pergerakan semakin terbatas..jalan kalah charlie chaplin...nafas cepat semput..tapi..aku sangat bahagia..pray for me and my baby ok..:))

and now my baby can see!:))



Thursday, February 23, 2012

++saya makin gemukss!!sekian++


assalamualaikum..

baru pas makan n ngah tunggu makanan turun sikit then baru g mandi..
aku perasan skang ni badan makin naik sebab selera pon dah makin membabi buta..huhuhu.(ada ke ayat macamtu)
ada orang cakap normal untuk ibu mengandung.tapi masalahnya takkan jadi normal kalo berat badan naik mendadak.
encik suami tersangatlah risau sebab haritu masa trimester week badan keding sangat..dalam masa 3 bulan cuma naik 200g.apa celoopppppp???
skang ni naik berkilo-kilo...dasat betul.sampaikan aku rasa seram sejuk naik atas penimbang.
bukan apa..kalo berat badan naik mendadak takut suspek kena kencing manis jek.

last buat check gula dalam darah masa pregnant 3 bulan..masa tu gula sangat low = hipo..
hb = low..
berat badan pon = low..

bila dah ok, makan pon ok jek...segalanya naik mendadak..fuhhh semangat!

sebelum balik dari putrajaya baru ni,bersungguh-sungguh encik suami pesan suh jaga makan..jangan makan nasi malam2..makan benda yang berkhasiat macam buah-buahan ke..oat ke..biskut gandum ke...masalahnya skang ni aku duduk dengan orang.apa yang orang masak, itu yang aku makan.takkan nak demand lebih2 plak kan?kang orang kata besar kepala plak...huiysh..tanaklah macamtu.
nak beli buah n benda2 alah semua tu takde tempat nak letak...*ok.tanak cite kenapa aku cakap macamtu.tak baik*

perut makin ke depan...buntuit plak makin ke belakang.adoila..bila jalan rasa menonggek semacam jek nak balancekan badan punya pasal...arrghhh..!!!!rasa macam tak percaya bila tengok diri sendiri kat cermin.hahaha!
kadang2 sedapkan hati sendiri...ouh.takpe..biasalah ibu mengandung postur badan macamni.hehehe.

so.buat masa ni aku nak alihkan tumpuan aku kepada benda lain.kalo boleh tanak fikir pasal hal kegemukan aku.
banyak benda aku nak fokus tambah2 keje yang makin menimbun kat sekolah..faham2 jela.bulan MAC ni banyak pertandingan yang akan diadakan.akut terlibat secara langsung untuk melatih budak2 aku.
minta2 semuanya berjalan dengan lancar..

p.s: berharap sangat baby dalam perut ni sihat dan baik je seadanya..mama sentiasa doakan yang terbaik untuk baby.mmuah pipi kiri dan kanan.:)

cerr tengok aku betul2..haaa..nasib baiklah gambar ni diambik separuh badan jek.kalo tak..kantoi i dh bergendut sana sini.kihkihkih.babai!

Wednesday, February 22, 2012

++tolong faham..++



assalamualaikum...

makin hari dugaan makin mencabar kehidupan ni.macam2 dilema ditanggung ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak.hurmm..

orang berbudi..kita berbahasa..memang itu yang patut kita amalkan..tapi kena bersesuaian dengan keadaan gak kan??

kadang2 aku taktau nak terangkan macamana keadaan aku skang ni.but seriously im getting tired day by day due to my pregnancy..tho' physically i might look energetic n looks like im not pregnant..but the truth is, i am not that strong..sometimes people just don't get it.
they just know how to get me to do this and that without realizing my circumstances..

i hope they cud understand my condition..IM TIRED....
hello...~can somebody help me to tell them that I'M PREGNANT!!!!????

--i guess this picture can describe the best--

Thursday, February 16, 2012



assalamualaikum..

i dun know why..but today i am so happy and in a really good mood..so.nasib baiklah anak2 murid sekalian.haha!kalo mood aku tak baik memang aku nampak depa besaq kecik besaq kecik ja..
maybe it is due to something related to FRIDAY..
oh yeah..time has been really nice to me.really fast approaching to meet friday.alhamdulillah..:))

n this week my dear hubster has made a promise to me..
he said he wanna bring me to SOGO..hikhikhikhik!!i loike!!dah lama tak keluar shopping taw.
tapi taktau lah larat ke tak nak berjalan dalam mall tuh.keadaaan skang tak sama masa sebelum mengandung..
badan cepat letih and mengantuk.jalan sikit je dah mengah n penat...


nak tau apa encik suami cakap.?

"ooo...ajak jalan2 kat park untuk breeze walking tanak..penat lah..sebu lah..tapi ajak g mall laju aje.."

hehe.feeling g mall tu lain..boleh jamu mata tengok barang2 dijual.kalo kat park ada ape je???orang dating ramailahh.pastu tempat tuh panas..takde aircond.amboih.memang demand sungguh ibu mengandung neh.nasib baik dapat encik suami yang memahami.

kat taman nilah yang encik suami nak sangat bawak aku g...pu..pu..pu..T_T

encik suami ni kan..sometimes aku naik hairan dengan dia taw.dia ni jenis yang cergas tak kira lah malam tu cukup tido atau pon tak..pas oncall/post call boleh dia ajak g sana sini.aku plak yang naik risau kat dia takut dia mengantuk or letih nak drive.huhuhu.

apa2 pon..memang hati melonjak-lonjak nak g shopping sabtu nih..dalam masa yang sama leh ngedate ngan encik suami.hooray!ermm.kalo diikotkan date dengan baby skali la kiranya.miahaha!setiap kali aku balik putrajaya jek mesti baby bergerak aktif 2 kali ganda dari kebiasaan.heran sungguh aku.maybe dia pon eksaited jumpa daddy dia kot.who knows..:D

dating with my chenta hati..*blushing*

Tuesday, February 14, 2012

++tau jantina secara tidak sengaja++



assalamualaikum..

last entry ada bitau pasal nak buat check and scan kat encik suami..n alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.masa buat scan dah boleh nampak dah the growth of my dearest baby boo..mintak2 sampai ke akhirnya dipermudahkan.aminnn..:))

my encik suami memang sangat eksaited bab scan2 neh.mentang2lah dia boleh buat sendiri so kalo boleh memang setiap hari dia nak tengok baby dia bergerak dalam perut nih.T__T
last time we did da scan was back in putrajaya.. I could see my baby moving actively in my tummy.patutlah aku rasa bergelodak semacam jek perut nih.lasak betul dia waktu orang nak tengok dia.hahaha!perkembangan stakat ni memang positif..syukur sangat..

--my 20 weeks little fella--

one of da doctors which is my hubby's colleague asked me whether I would like to know the gender of my little ones..at first I was..."errr...nak tau ke bang???ke nak surprise jek???"
he seemed like not giving any answers to my question..he just grinned n smiled back at me..inside my heart I whispered..
"alaa..ni mesti dah nampak n tau jantina kan...sebab tu dia buat derk jek bila aku tanya dia.caih..mentang2la bini dia ni tak reti bab2 medical kan..jahatnya"
{mood::geram}

then when he saw my face turned to grumpy face..acted like i had to endure the wrath , suddenly he opened his mouth and started to speak..

"betul ke sayang nak tau gender baby ni...?"

so what did I respond??

"mana boleh abang sorang je yang tau..sayang pon mestila kena tau macamana sekalipon..tak baik taw simpan sorang2..haaaa~"

finally he reveals about our baby gender..
n the moment I knew about it..I felt like crying..it was really touching..

The mighty Allah is simply the great...He has listened to our du'a n facilitates all our affairs from the beginning of the marriage until now.I am so blessed and really grateful for all gifts given by Him.thanks to all who always pray hard for us. may Allah bless each one of u too..


kat kaki ada nota::
to cik puan hana.soon to-be a mommy..please take care of urself hardly..do not think trivial thing that will affect ur emotions.be strong..as a pal from far,I would love to see u happy with ur loved ones.
to cik loy..soon to be a little bride(perhaps very soon..amin.hehe) always updates ur bloggie so from that i will know the latest news of u..stay steady.
and last but not least.whoever read my blog...keep reading my entry tho' my blog is not updated in a long time.will try my best to update my blog from time to time..

with lots of love..mmuaahhh!