Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Tuesday, August 09, 2011

++mulut busuk time kawin!!++

 
 assalamualaikum~

bila nak dekat kawin ni macam2 tips aku dapat dari kawan2 setugas kat sekolah.sometimes ada yang kelakar pon ada,but still acceptable.hehehe.
ada yang bagi petua macamana nak dapat anak laki or perempuan..
err.aku agak konpius kat sini...jantina anak kita boleh tentukan dari skang ke??
kot la ada penjelasan saintifik kan..tapi encik ilebiu tak pernah plak cakap..atoiyai..

ok.soalan untuk orang yang belum berkahwin.

korang pernah terbayang tak macamana majlis korang nanti??
pernah tak terfikir makan minum korang time tu mesti akan jadi kelam kabut??kebanyakan pengantin mesti cakap..

"ah..time hari kawin nanti memang tak sempat nak makan.sebab time tu sibuk gila2 kot..."

murid2...apa akan terjadi kalo seharian membiarkan perot kosong dan tak makan selama sehari suntuk???
meh sini.aku soal.aku jawab.muahah!

jawapannya adalah...
gas2 beracun akan mula keluar dan menghasilkan

MULUT BUSUK or MULUT BERBAU!!


ramai yang tak sedar akan hal ni...masing-masing perasan yang mulut sendiri umpama air wick ala2 ambi pur...kenyataanya~sendiri yang interpret.;p
bau ikan siapa yang tahu!hahaha.

jadinya..kalo tanak diri sendiri malu pada hari yang menggembirakan tu..aku cadangkan korang sediakan gula2 mint or hacks.rasanya ia akan membantu kira untuk mengurangkan bau2 yang kurang menyenangkan.

jadinya untuk bakal2 pengantin..
sediakan payung sebelum hujan.

babai~

thanx for reading this entry..:D



Friday, August 05, 2011

++checklist menjelang perkahwinan++


assalamualaikum~
 
persiapan :
1. pakaian

ini antara yang terpenting antara semua...sebab pakaian kita pada hari majlis lah yang membezakan kita dengan hari2 yang lain..nama pon raja sehari kan.ok.untuk tema akad nikah.aku amik warna putih cream..kalo korang pernah tengok cerita CHINTA lakonan fasha sandha tu..haa...pattern dia ala2 yang tulah.:))
while baju sanding plak aku amik warna putih turquoise..itu tema kenduri kami...n kalo boleh seminggu sebelum kawin tu kena g fitting sekali lagi..kot2 la dah terkecik ke lepas poser...muahah!

2. Goody bag for guests

yang ni memang mak aku sepenuhnya yang buat ngan kawan2 dia..sebab aku agak sibuk kat ipoh.setiap kali balik, aku banyak settle kan keje lain.terpulanglah samada korang nak letak dalam tu makanan kering such as kuih2 tradisional or etc.korang boleh gak letak muffin or chocolate..(itu kalo orang yang berbajet lebih laa)


3. kad kawin

nak kawin kena pastikan semua kad dah siap diedar.kang ada yang nangis sorang2 sebab tak ramai yang datang.ahahha!naya weyh!;p
n jangan lupa dekat orang2 penting.terutamanya korang yang baru keluar dari IPG nih..jangan lupa invite pensyarah sekali taw..mesti dorang berbesar hati kalo terima kad jemputan...


4. borang-borang yang perlu

A. permohonan kahwin
  • BORANG JAIPk2
  • BORANG JAIP k2A
  • KAD PENGENALAN - pemohon n 2 orang saksi
  • sijil kursus kahwin
  • surat permastautinan
  • keputusan saringan HIV
  • surat kebenaran mahkamah (kalo wali hakim)
  • surat akuan bujang (nak memastikan korang bukan suami/isteri orang.heheh)
 
5. barang-barang hantaran 7 berbalas 9
 
  • set minyak wangi - settle
  • set tali pinggang n wallet - settle
  • kasut - settle
  • kemeja n tali leher - settle-
  • sirih junjung
  • kek
  • buah-buahan
  • halwa manisan
  • coklat
6. MUA - make up artist

ada yang prefer amik make up artist dari not so perempuan..sebab dorang memang mahir bab2 make up neh.n salah sorangnya tu aku lah!haha.


7. photo-G

korang kena pilih photographer yang betul2 profesional kalo korang nak hasil yang terbaik.perkahwinan sekali seumur hidup...jadi, nak jugak abadikan gambar2 kenangan dalam keadaan yang terbaik.kan?kan?*lashbatting.aww~*
errr..nak buat gaya ape ye nanti..?dalam kepala otak ala2 arabian night..ntahla jadi ke idak.;p
silap2 haribulan kang jadi kuch2 hotak hang..kuikuikuik.


8.penginapan untuk kawan2 n saudara mara.
untuk kawan2 yang duduk jauh seeloknya kita sediakan penginapan supaya sempat berehat nanti..kesian...(ikot kemampuan)

seriously kawin ni kita tak boleh nak bajet cukup2 je...mesti akan ada lebih punya selagi tak sampai ke tarikh sebenar perkahwinan ..sekarang ni pon kos dah nak dekat 20K..tapi aku tak mengharapkan perkahwinan yang grand...aku cuma nak kemeriahan masa perkahwinan je nanti..so.kawan2 sudi2 kanlah datang ye...:)

Thursday, August 04, 2011

++mengada-ngadakah?++


 assalamualaikum~
last weekend when i was in my hometown i bought a new gadget..n kebetulan my virtual bestie cik hana cute a.k.a miss sunshine pon ada share benda yang sama kat new entry dia..sila2 p jenguk..:) its about a gadget as a hantaran yo!:D
thanx to encik ilebiu for da sponsorship..cant wait for da day..after that i can use it for my daily work.yeay!!

at first aku dah jadi sangat confius bila encik ilebiu tanya apa yang aku nak untuk hantaran nanti..
antara yang tersenarai dalam kepala otak time tu:
1. notebook (mesti pink or white)heheh


 
2. smartphone or android n absolutely not iphone.tak minat ah.


 
3. keyboard yamaha.
 
 
 
pastu bila aku fikir2 balik.kalo aku beli keyboard..takkan nak letak seketul besar tu atas dulang hantaran kan?
it may look funny!nak phone?hurm...benda tu bila2 masa aku boleh sendiri...then notebook?
err.quite cool gaklah.sebab notebook kita nak pakai dalam tempoh masa yang lama.lagipon aku punya laptop ni dah berzaman aku guna..kesian dia.asik kena lenjan je buat kerja itu ini...
nasib baik dia bertahan.tak meragam bukan-bukan.kalo tak masak aku.hoho!;p
memandangkan laptop aku ni masih lg tiptop.aku cadang nak pass over kat ayah aku je.
bole dia bukak youtube n dengar ceramah2 agama.
sebelum ni tunggu anak2 balik baru boleh pinjam laptop kitorang nak surf internet..sian dia..



kat kaki ada nota::
kalo aku mintak tv plasma mesti lagi super cool kan???hahaha.peti ais ke...at least benda2 tu ada value dia yang tersendiri.n of course kita akan mengadap benda tu setiap hari..pastu bila setiap kali guna je...mesti teringat balik kisah2 perkenalan kau dan aku.*MUNTAH!!!*

Saturday, July 09, 2011

++design bunting mana yang paling cun????++



assalamualaikum~

yahoo!!bunting hampir siap...hehehe.kecoh je macam benda tu dah siap print bagai.eksaited plak pas encik ilebiu bitau orang yang buat bunting tu hantar email nak tunjuk hasil akhir sebelum dicetak...:)
apa2 pon, kitorang kena buat pilihan betul2 sebelum di gantung kat jalan before majlis perkahwinan nanti..




design sebenarnya sama je..cuma designer main ngan warna je...
aku yang amik major seni pon tak buleh nak fikir mana satu yang elok.sebab banyak lagi benda lain aku nak buat.haha!ampesss batang tebu betol!LOL;p

kat kaki ada nota::
seharian arini siapkan kad kawin.i mean isi kad dalam poket dia..then baru masuk sampul.banyak step.but sangat berpuas hati dengan design tu.thanx encik ilebiu...:))


Tuesday, June 21, 2011

++mencari keseronokan diri++

assalamualaikum..

bila nak tulis entry ni rasa nak bergenang air mata..huhuh.rasa macam nak tumbuk bantal kuat2 sampai bantal tu lembik.wuu~wuuuuu~baru je lepas cakap dengan encik ilebiu pasal hal2 perkahwinan.kadang2 aku rasa dia tak faham pon tentang apa yang aku nak..in fact dalam masa yang sama dia cuba memahami aku dan menyelami perasaan (maaf.ayat dah macam ayat novel sikit)
baru skang aku sedar.kami tak ubah seperti pasangan dalam cite cinta gila..
sorang ke kiri..sorang ke kanan..
sorang ke depan..sorang ke belakang.

dan aku mengaku anak yang tengah sememangnya agak degil (akula tu..)
kalo dah kata nak hitam...macamana sekalipon mesti nak warna tu gak.tak boleh nak main tukar2.

itula sebenarnya yang membuatkan kami way special.:))

nak cakap lebih2 kang jadi lain cite plak.aku tanak hal2 remeh cenggini jadi isu besal.tak cool lah macamtu kan. semua orang ada perkahwinan impian yang dorang dah angan2 kan sejak kecik lagi..time zaman kita main kawin2 di mana aku selalu jadi mak(mencik taw!!) yolah.aku dulu kan gumuk+hitam.oh.teralih cite plak.tai pu chi~
tapi bila angan2 tu tetiba direntap..mak tersentap tau nokss..huhuhu.:(
jangan sekat keseronokan aku..
apa yang aku mahukan adalah kegembiraan menjelang perkahwinan.masalah yang datang tu cuma dugaan dari-Nya.

everybody deserves to feel da excitement of their dream wedding.n so do i..:)


 kat kaki ada nota::
tak sangka masa benar2 cepat berlalu..lebih kurang 2 bulan kami akan disatukan...minta-minta segalanya dipermudahkan oleh-Nya..nak p cari keseronokan jap.yippeee~!!!!:D

Tuesday, June 14, 2011

++betul ke dah sedia nak berkahwin??++

PERHATIAN::GUYS!DO TAKE NOTE FROM THIS ENTRY.:)

assalamualaikum~

rajin plak malam ni aku nak menaip entry kedua dalam keadaan internet yang asyik dok reset connection.ceit!ampess...dahla dalam kepala otak ni banyak cerita nak kongsi.satgi pas lama sangat dok peram kompem lupa..haisyh~takleh jadi neh.perlu ditulis gak.

tadi encik ilebiu call,dia bitau kad kawin dah siap.alhamdulillah..minggu depan boleh amik n start edarkan. skang ni pon aku ngah cari masa yang sesuai untuk buat pre-wedding photoshoot.masa skang ni memang sangat2 lah pack plus ekonomi yang baru nak belajar jadi lebih stabil. nguehehehe.biasalah, awal2 keje memang memerlukan perancangan yang sangat teliti untuk membina keluarga bahagia.ecewaahhh!!aku ke tu??;p

actually aku nak share pasal satu ceramah yang aku pernah dengar sebelum ni kat radio setiap pukul 2pm siaran radio kedah.fm.ehem2..bukan aku yang sangat klasik ok.but radio kat rumah tu cuma hidup bila ayah aku pasang.dia memang suka dengar..anaknya??wa fikirlah sendiri.hikkksss..kadang2 je aku tumpang dua kaki.kalo tak salah aku tajuk ceramah aritu pasal tanggungjawab suami.gile aaahhhh...tajuk pon macam nak bikin gempak jek.lalalala~
sememangnya aku dah sedia maklum yang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan menyediakan tempat perlindungan(rumah n jadi pelindung) dan pakaian yang secukupnya dan sebagainya.sure korang pon tau gak pasal ni.but ramai yang keliru tentang kedudukan suami isteri yang masing2 mempunyai kerjaya yang tersendiri. sampaikan ada sesetengah yang berpendapat bila isteri dah kerja, maka suami tak perlu bagi pocket money setiap bulan untuk si isteri memandangkan si isteri tu dah ada sumber kewangan yang kukuh. baginya tanggungjawab dia dah lepas dengan membayar sewa rumah, kereta or segala bil yang sampai kat rumah.S.A.L.A.H konsep ok.kalo korang takde bini pon korang still kena buat semua tu kan??kan?kan???;p
menurut islam..
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

  Riwayat Ibn Majah
 Huraian
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
akan ada orang yang cakap, "ahhh~kalo macamni..botaklah kepala suami..nak kena bela bini n anak2..bayar itu ini.." or rasa tak puas hati sebab nampak seakan-akan menyebelahi pihak isteri/perempuan. korang kena fahamkan betul2 hadith kat atas tu..isteri kan amanah Allah..kena jaga sebaik yang mungkin.dan isteri pula, mentang2lah ada kemudahan macamni,jangan nak amik kesempatan nak jadi kaki cukur ye..NO~NO~NO~sebab apa2 yang jadi pada suami nanti tempiasnya kena kat korang gak kan..renung2kan~:)
dan menurut ceramah tu jugak..jika si suami izinkan isteri keluar bekerja, nak diikotkan minyak kereta n duit poket p kerja tu pon si suami kena tanggung..please jangan salah tafsir entri ni plak.
senang cerita..islam ni kan agama yang memudahkan semua..si isteri BOLEH membantu meringankan beban si suami dengan membantu apa yang patut..macam bayar bil letrik ke..bil tepon ke..ianya dikira sebagai sedekah kepada si suami..besar pahalanya nanti..:) awas.harus diingat,jangan terlebih baik plak yek..contohnya::
"ala..takpe la bang..ayang dah ada duit.takyah bagi pon takpe.duit rumah, bil2 kat rumah semua ayang dah bayarkan."

mulianya hati..maunya laki lari dari tanggungjawab biar kita tanggung sorang2 mau????

lepas je dengar ceramah tu, aku jadi kesian kat encik ilebiu.terus aku text dia..

"salam..abang betul ke dah sedia nak jadi suami?besar tanggungjawabnya tau..."

lama gaklah nak menunggu dia reply..almaklumlah.dia kan ngah keje.aku plak dok umah je..

respon dia positif je.macam agak yakin dengan apa yang dia nak buat lepas ni.hehe.bagus.nampak dia dah ready nak jadi encik suami.~


kat kaki ada nota::
tu pasal lah kalo nak kawin, orang lelaki terutamanya kena betul2 kukuh dari segi kewangan n kerjaya serta bersedia untuk menjadi ketua sebuah keluarga..laki kena bela anak orang taw..ahaa~

kalo ada salah maklumat mengenai entry ni harap dapat diperbetulkan.terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, June 06, 2011

++akad nikah elok dibuat sama hari ngan kenduri or hari yang sebelumnya??++

 

assalamualaikum~

beberapa hari dok rumah ada discuss pasal perjalanan akad nikah n kenduri nanti.at first memang nak buat akad nikah pagi (sama hari ngan kenduri) sebab alang2 buat sehari terus.senang...orang yang nak datang pon takdela susah2 nak datang 2,3 kali kan..sekali jalan jek.

sumber pic::uncle google.tenkiu~

tapi perancangan asal tu terpaksa dibuat perubahan atas beberapa sebab..

1. kalo akad nikah sama hari ngan kenduri, takot nanti pengantin kelam kabut nak tukar baju sanding n tukar make-up.the fact is, make up untuk akad n sanding mana sama.biasanya make up yang natural n lembut lebih sesuai untuk akad nikah while time sanding make up perlu di tambah lebih tebal..menurut cakap bakal make-up artis aku a.k.a teh; lebih elok kalo akad dibuat hari sebelumnya.sebab nanti takot pengantin tak fresh.yelah..masa dok akad tu kepala otak dok risau fikirkan masa yang suntuk untuk salin pakaian n tukar make-up untuk persandingan.letih tuh...nanti kalo muka i tak cantik sape nak jawab???kahkahkah!monyok je sepanjang bersanding sebab letih...oh no!!it shudnt be like that perhaps!

2. biasanya kalo dah akad, kompem2 keluarga pengantin akan ikot sekali g majlis akad.(akad kat masjid ye) jadinya kat rumah takde sapa yang nak tunggu.susah bukan?kang mesti ada orang yang nak tanya itu ini. contohnya::
"goody bag untuk orang2 marhaban yang mana satu?takot tertukar ngan doorgift untuk keluarga pengantin lelaki plak.."
ahaa~situation nya lebih kurang macamtula..kadang2 hal tu tadelah besar mana pon.boleh decide n setel sendiri.but lumrah orang2 kita kan...suka bertanya.;p

3. kalo buat dua hari yang berlainan, at least kedua-dua pengantin takdela penat sangat kan..pas akad masing2 boleh balik tempat menginap n berehat sementara nak menunggu hari kenduri pada keesokannya.

4. orang marhaban biasanya akan datang pagi2..kalo aku akad nikah pagi tu kan, takkan aku nak lalu lalang depan dorang plak.sebabnya nikah kat masjid.kompem kena keluar masuk rumah nanti.uisyh..sangat tak manis bukan?

apa2 pon.hal ni masih lagi dalam perbincangan antara kedua keluarga.kalo boleh kami tanak membebankan keluarga sebelah pengantin lelaki yang terpaksa datang 2,3 kali kan.kesian la plak.hurmmm.yang mana yang rasanya baik kami ikot je.asalkan memudahkan kedua-dua belah pihak.tak gitu??awww~heheh.

mata still tak ngantuk.tido banyak sangat hari ni sampai naik berpinau mata aku.huahua!nak cover balik tido yang tak cukup masa g kelantan konon.ehehehe.dalam kete takleh tido beb.takot sesat.hahaha.

dat's all for today..have a goodnyte peeps!

thanx for reading this entry..babai!salam~;D

kat kaki ada nota::
buntaq memang pemandu yang sangat berhemah.mahu berkenalan??heheh!

Thursday, June 02, 2011

++persediaan terbersar menjelang perkahwinan++

 
assalamualaikum~

ehem2.even jam dah menunjukkan pukul 3 petang.but aku still tak mandi lagi.ermmm..errmm..ehem2!dun get me wrong.aku bukannya malas nak mandi ke ape ke.but baru je lepas operasi rumah secara besar-besaran (mengemas)
nak dekat 2 minggu rumah aku serupa tongkang pecah.berselerak gile!!serabut aku tengok keadaan rumah sendiri masa sampai hari ahad baru2 ni.rupa-rupanya rumah tengah renovate.fuuhhh~
aku rasa nila persiapan yang paling besar sekali untuk kenduri kawin.semangat betul aunty lina n uncle hamid mencantikkan rumah kecil kami ni.
apa2 pon, thanx ayah n mak.:))


rumah dah siap di renovate 2 hari lepas.but nak mengemas tu betul2 makan masa.sebab mak aku ni jenis miss perfectionist.macamana sekalipon dia nak keadaan rumah tu jadi macam asal.jenuh gaklah aku nak menyapu, mengelap, mengemop lantai, menyusun meja kerusi.n kali ni mak aku bagi sepenuh kepercayaan untuk menyusun atur kedudukan barang2 dalam rumah.terbaik ahhh!i loike!!

aku memang suka bab2 menghias n mengemas.sampai je rumah petang tu terus aku capai kunci kete ayah n keluar beli cat.alang2 rumah dah kosong.baik cat terus.senang.aku rasa dah macam minah indon yang agak ranggi sikit sebab mengecat sambil pakai seluar jin.bhahaha!nak cepat punya pasal kan...daripada membazir bayar upah orang, baik kitorang adik beradik cat rumah sendiri.puas hati.:))

k lah..nak sambung mengemas bilik.ade sikit2 lagi nak buat nih.babai~

jaga diri semua.
thanx for reading this entry..:)

Saturday, May 28, 2011

++banyak plan++


 
assalamualaikum~!
yeah.akhirnya tiba juga masa yang ditunggu-tunggu.it's school holiday yaww!!:))
banyak benda aku nak buat time cuti nanti.
memandangkan cik amy n her family akan berangkat ke tanah suci esok malam.makanya aku mengambil alih menjaga kucing di, ateh sepanjang cuti ni.
my pleasure cik amy!!sure balik kedah nanti ramai yang berebut nak main ngan dia.hehe.

plus.cuti nanti nak g kl n kelantan..nak beli barang2 kawin n nak attend kenduri classmate aku.encik deli.waahhh.dah besar dah ko ye deli.nak kawin dah ha...sebut pasal besar ni teringat plak statement sengal abang aku petang semalam.memang hampeh orang tua tu.ade ke patut dia cakap cenggitu kat aku.

aku rindu kat anak buah aku.jadinya aku call pon bapak dia tanya kabar budak kenit tu..sekali ko tau ape dia jawab???

"aleesya ok ja...dah nak masuk tadika dah pon"

(`-_-)
 
apekah??!!

nyesal aku call abang aku.better aku call kakak ipar.senang n seronok sikit bersembang.huhuhu.cakap ngan along aku ni macam cakap ngan kucing.tade perasaan.asik nak serius memanjang..huh.

macamana nak bahagi masa yea?nak g kelantan mesti makan masa 2,3 hari...then nak kl lagi..2,3 hari paling koman..adoila..nak tinggal rumah lama2 pon tak boleh.sebab cuti ni parents aku mintak tolong kemas rumah.maklumlah,rumah baru pas renovate.banyak benda yang perlu dibuat..mak aku ni semangat gila buat itu ini sempena dengan kenduri aku bulan 9 nanti.risau plak aku.kang ada yang flat time kenduri sebab over-exhausted.harrruuuuuu~!!!
mintak2 la dijauhkan semua tu..


kat kaki ada nota::
dalam masa yang sama, rasa lega yang amat sebab benda2 penting untuk kenduri banyak dah settle.cuma 'ongkos' je yang tak settle lagi.harharhar.kan seronok kalo ada orang sponsor kawin macam mawi ekin tuh.takpon macam pemenang pertandingan gerbang cinta tu ke...*usah nak mimpila...*

Wednesday, May 25, 2011

++perasaan orang nak kahwin++

 

assalamualaikummmm~

 lagi beberapa hari lagi nak cuti sekolah..yaayyyy!!dan ini juga bermaksud hari perkahwinan semakin dekat.sobb...sobb...sobbb..eh.patutnya yes!yes!yes!*over taw*
-____-

orang selalu tanya aku, 
"ape perasaan husna skang ni??yelah...tak lama lagi kan nak kawin..."

errrr...
blur kejap nak jawab macamana.huhu.
 then sengih2 macam kerang busuk.;p

terus terang aku cakap..sampai saat ni aku tak rasa pape lagi..even nervous ke ape ke..aku rasa biasa je.bila balik umah buat preparation pon aku rasa biasa.seronok tu memanglah seronok.cuma takdela sampai terlebih eksaited.i dont know.maybe perasaan tu tak sampai lagi.agaknya lagi sebulan nak nikah baru rasa nervous.huahua!

cumanya perasaan aku kat encik ilebiu makin kuat..hahahahaha!!aku tau mungkin ada yang gelisss bila baca statement nih.tapi percayalah.i am so in love with him.*blushing*
cuma malu nak tunjuk depan2 dia..well.i ni kan pemalu orangnya.onyonyonyoooo~muntahhhh!!

kat kaki ada nota::
kad kawin dah start dicetak.hooray!kalo sape nak attend my kenduri, do leave ur address ok.babai~

thanx for reading this entry.love u ols~

Friday, May 20, 2011

++kad kawin dah siap!yeay!++



assalamualaikum~

yay!!!!hooray!!akhirnya kad kawin dah siap diedit setelah beberapa kali buat pembetulan.
apa2 pon before printing, kita kena recheck banyak kali takot ada perkataan yang tersalah tulis ke..nama tersalah eja or what so ever.jadinya bagi mengelakkan segala kesulitan berlaku, aku n encik ilebiu pon buat semakan demi semakan sampaila akhirnya kami berdua puas hati..alhamdulillah.after refining wee cards for several times settle jua akhirnya.rasa tersangatlah lega.feeewwhhh~
skang ni cuma tinggal benda2 yang kecik2 je.
such as goody bag, barang hantaran ada 1-2 lagi yang tak settle.then door gift.pelamin, khemah, baju sanding, baju akad nikah, MUA (make-up artist), photographer, semua tu dah siap ditempah.n again alhamdulillah..mungkin juga dah jadi rezeki aku sebab semua tu dalam harga yang sangat special..kebetulan mak andam n make-up artist tu kawan mak.saya sangat suka!!:D

untuk jemputan kawin nanti.insyaAllah lebih kurang 1500 panggilan je..kali ni my parents tanak buat banyak sangat.dorang nak buat simple but meriah..takot jadi macam dulu masa along aku kawin.panggilan jemputan lebih kurang 3000++..memang hectic sangat time tu.tak menang tangan aku buat keje.dahla time exam week plak tu..takpe..abang bukannya ramai pon.ada sorang tu je..

starting from now on.aku nak buat senarai pendek untuk nama-nama jemputan.aku bajet dalam 1 kad lebih kurang 3-4 orang yang datang.
skang ni kena rajin2 balik kedah.at least setiap kali aku balik ada benda yang boleh dibereskan.takdela kelam kabut sangat nanti.oh,i hope so~

DAANNNNNNN~skang ni aku cuma terfikir untuk spa n facial treatment.well.muka nak masuk gambar time kawin nanti haruslah licin n cantik.bab2 ni kita takleh nak kedekut.harus mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk kelihatan cantik.errrr..bab tu..kena join venture ngan encik ilebiu lah.mesti dia pon nak aku kelihatan cantik.muahah!*evil laugh*

oh.wait for a second.im thinking of putting back my lovely fiancee's picture at the sidebar..olang itu manyak bising wooo when he found out that there was none of his pic pasted on my blog..tehee~
it's not about marketing strategy ok...(u get what i mean) ;p


dah.jangan komen lebih2.aku pon jadi malu2 kucing*haktuih* bila tengok nama sendiri kat kad kawin tuh.unbelievable!!!!

mode:tersipu-sipu malu.




T___T

bye!

--thanks for reading my entry--

Tuesday, May 03, 2011

++terima kasih jakel++


assalamualaikum!!

baru je sampai dari kedah ni.berkematu bontot aku duduk lama2 dalam bus.muahaha!! (18SG) perjalanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang 2 jam setengah untuk terpaksa dilanjutkan menjadi 5 jam setengah..gilosss!!jalan jam teruk sangat2..driver pon bawak slow memandangkan keselamatan penumpang perlu diutamakan.dahla aku ni jenis yang paranoid sikit...pfffttt~
alhamdulillah.aku selamat sampai ke destinasi yang ditunggu2.

sepanjang 3 hari bercuti.aku manfaatkan masa yang ada ngan keluarga tersayang.PLUS.aku gunakan kesempatan yang ada untuk membeli keperluan sempena perkahwinan aku nanti.hikkss..i loike!!
dalam previous entry aku ada cite yang aku takde pon lagi baju untuk akad nikah kan??walhal,baju nikah encik ilebiu dah siap dah pon.lembabness..T__T
trend skank ni, kita tak semestinya guna baju warna putih untuk akad nikah.ade je orang guna warna2 pastel yang lain for their solemnization ceremony.n yess.cantik je aku nengok.memandangkan parents aku are more to conventional style, dorang lebih suka tengok kalo aku kawin pakai baju putih.fine.accepted.as long as it is nice.so.masa hari ahad tu aku g jenjalan area gulati's.hunting for baju akad nikah. ingatkan nak cari kain je.sekali sampai kat pacific.sibuk beli barang lain.huhuh.jauh gile terpesong.ahakss!!:P

kain kat gulati's boleh tahan cantik2.harga pon.herrmmmmppphh...sangat2 'berpatutan'.hahaha.masuk je kat sana.aku pon mula melilau cari apa yang patut.ada satu kain lace nih.cantik sangat.sekali survey harga..Gulp!!'cantik sangat' harga dia.hahaha.pastu mak cakap,relax dulula...jalan2 n tengok2 harga dulu.kalo rasa ok.terus amik.takyah nak pening2 fikir.last2 aku keluar kedai tak beli kain untuk diri sendiri.but beli kain siap2 untuk mak aku warna turqoise.sekali sekali beli kain mahal untuk mak tak salah bukan?she deserves it..:))

jadinya hari ini kami keluar lagi untuk cari kain untuk baju akad nikah..kali ni kami ke jakel.ahaa..masuk sini best.sebab layanan pekerja2 kat sini memang tip top.kita yang pada mulanya tak jadi beli terus rasa berlembut hati nak beli itu ini.bahaya!hohoho.kain2 kat sini memang tak dinafikan,cantik2.juling mata aku tengok kain dia.banyak sangat.tetiba aku ternampak ada satu kain lace yang sangat2 menarik minat aku..slow2 aku jalan n g kat kain tu.masa dok belek2 kain, dalam hati,,"i think i've found my target"..fabric:lace.seyes sweet gile corak die. pastu g tanya harga kat akak yang jaga section lace tuh.kebetulan plak ada diskaun..menggeletik2 seronok bila tau harga dia takdela mahal sangat macam kat gulati's.yay!!jom tepok tangan.

kain dah jumpa.design baju plak???
ahaa..~good question!*ang tanya paihtu ang jawab.paleotakhang*

kalo boleh aku tanak la baju yang terlalu sarat sangat untuk kain nanti.sebab nak pakai sekejap je.then alang2 nak buat,design tu biarlah kita boleh guna lagi lepas ni untuk g function ke ape ke.kalo sarat2 sendiri yang malu nak pakai afterward. so.jangan membazir ye kawan2..jom review contoh2 baju kawin.

no 1 : sangat simple.tak berapa nak menyerlah.maybe sebab semua putih kot.kalo beads tu warna silver or gold mesti lagi cantik.
no 2: menarik.cuma aku tak berapa nak minat dengan baju kurung moden pendek.not my type~

no 3: wuhoo~transparentnya!!ini bukan untuk akad nikah..ini untuk lain nih.bhahahah!ops*
 no 4 : kompem cantik.this is my type..simple yet nice to look at..

--all da pictures shown are from pakcik google.tenkiu uncle..--

untuk harini aku berjaya dapatkan kain yang memenuhi citarasa untuk baju akad nikah nanti..alhamdulillah~dah boleh tempah la after this.hopefully everything is going well as what i've planned with my family.

gudnyte all~:))


Wednesday, April 27, 2011

++behind 18sx scene++



assalamualaikum!!!!


tadi sempat jenguk blog kawan semaktab...miss sunshine..
it looks like we're having a same prob which is to shrink our hips n bottoms.nak tulis perkataan a** macam tak gamak plak kan..so.rasanya bottoms tu agak bersopan sikit kot perkataannya.heheh.

ramai yang cakap aku dah cukup kurus..(yeke???) n nak buat ape lagi nak kecikkan badan kan..
but, tahukah anda bahawasanya ada part yang menyakitkan mata aku..errrghhh.!!setiap kali tengok cermin mesti tak puas hati tang part tu.rasa nak hiris then buang lebihan2 daging n lemak2 kat situ.errkkk??sadisnye bunyik.
rasa diriku seperti J-Li..bukan J-Lo.huahuahua!

cutting baju dah curve macam patung ni pakai...tapi adakah si pemakai tu dah cukup curve???
ku pikir la sendirik..ngeheheh..

pattern baju sanding lebih kurang macamni..cuma warna n pattern je lain sikit.credit to blog darkbatman.com untuk baju kawin yang super cantik nih.

so.memandangkan duit takde nak pegi slimming centre ke ape ke jadah semua tu..
cara yang paling senang is to do a lot of workouts n exercises,ceaaahh~KONON*
memang skank ni ngah join kelas erobik...
1....2....3....dan lagi....1....2...3....4...ewahh!
 hahahahah!
tapi takdela seperti yang anda fikirkan..ianya tak seseksi tu yek kawan2.mantap gilo buttocks mereka2 di atas tuh.apehal ngan aku ni ha??asik cakap pasal buntuit je arini.sangat kurang sopan.haisyh..anak sapa la neh.!!;p

starting from now on..i have to focus doing my weekly routine..
no more excuse.nak cantik kena rajin berusaha.

yeaaahhhaaa!!!!!!!!!!!!!!!!chaiyok!!
 babai semua.nak p kelas erobik dah ni..i lap u!!!

Monday, April 25, 2011

++nape yag jadi designer baju kebanyakkannya dari golongan not-so-so??++


assalamualaikum~

taktau nak describe macamana happynya perasaan aku minggu ni..
first sebab dapat jumpa dengan orang yang tersayang.second,ehem2...agak private untuk diceritakan kat sini...rasanya korang leh agak kot..;))

perasaan agak bercampur baur masa g kl.sebabnya ni first time aku shopping barang2 hantaran ngan encik tunang.seronok even aku agak blur2..destinasi pertama masa sampai kl, kitorang g semua house.sebab nak settle down kad kawin.menggigil tangan aku nak isi form..before ni, aku asik tengok kad kawin orang jek.but, kali ni aku yang kawin.pelik lah!!rasa macam lain plak..
ok.takpe.yang penting.settle satu bab.keesokannya aku shoot g shah alam.sebab encik tunang book baju sanding kat sana.masa dok lalu2 kat butik pengantin tu kan,,ternampak ada satu wedding dress yang yag sangat cantik.memang kenala ngan taste aku selama ni..dalam hati...
"cantiknya baju kat patung tuh...kan best kalo sanding pakai baju tuh"

i didn't expect that the white wedding dress wud be mine...

tetiba masa langkah kaki masuk kat butik tu, 

"mana satu tunangnya?"
tanya akak yang not so akak tuh.hiks..
haissyh.kak, takkan ko tak pasan yang mana satu kot kak...asal?mentang2 aku lilit shawl n pakai rama2 kat kepala.dia ingat aku ni budak sekolah gamaknya.HINSS!
hello kak..saya ni dah jadik cikgu sekolah tawww...skang ni gaya tak terbatas kat budak2 sekolah je k..i pon bole..hihihi.;p

lepas encik ilebiu perkenalkan amu ni as her fiancee, terus dorang tanggalkan wedding dress kat display dummy tuh suh aku pakai..OMAIGOD!!!takkan baju tu kot???baru je dok berangan yang aku pakai baju tu.ya Allah..masa tu rasa macam nak jerit kuat2 je.suka!!!!!!!!!!!!memang sangat2 tak sangka yang citarasa kami sama..
memang baju macamtula selama ni yang aku nak..
sebelum ni dok tengok2 gak pattern tu kat majalah.it was liked 'dream comes true..'
but, macamana design baju tu, biarla jadi rahsia..tunggu sampai tiba harinya ok?

yang kelakarnya,baju akad nikah my encik ilebiu dah siap.
aku punya belum lagi..even kain pon baru nak cari..susah la nak jumpa yang betul2 berkenan kat hati.huhuh.
pastu survey baju akad kat butik2 pengantin..sekali dorang bagitau harga..
MAK AIH!!!sampai 1500++ untuk baju pengantin perempuan sahaja.isk2..awatla mahai sangat.kalo lagu ni..cek pakai baju kelawaq jela kawin nanti.huahuahua..
takpe.balik kedah dulu..mana tau ada jumpa yang lebih berpatutan harganya.kan?kan?

tapi dari apa yang aku perhatikan, ramai pereka baju kawin ni terdiri dari 'gentle'man..
dorang memang hebat sangat bab2 design baju n buat perhiasan perkahwinan.hasilnya memang superb.
bagi pendapat aku..orang macamni, naluri dorang lebih berkecenderungan untuk jadik pempwan.sebab tu dorang lebih arif about what a girl wants n what a girls needs..
k lah..nak p mandi sat.after seharian dok sekolah dari pagi sampai petang, baru skang ada kesempata...badan dah bau tungkik dah ni.buhbye!!:D

Tuesday, March 29, 2011

++my wedding checklist++



menjelang perkahwinan mesti banyak benda kita nak kena buat.
semalam pegi survey harga baju sanding kat butik kawin.ya Allah..tengok baju kawin kat sana rasa macam nak kawin skank gak.hohohoho*ops!
over taw i~;p

credit to miss suhana suid for willing to share some infos about da wedding preparation.
p/s::babe.thanx tau.sangat2 membantu ok.:D


so.here is da things that i have listed:

1. door gift
2. set hantaran + barang hantaran
3. tempah baju akad nikah
4. find a photographer
5.pelamin
6. baju sanding +tudung
7. make up artist
8. HIV test
9. find a new wardrobe 
10. invitation card
11. guest lists
12. manicure+pedicure
13. spa+facial treatment

ermm...ada pape lagi tak yang tertinggal ek?
huahua.susah gak nak kawin ni kan?
harus kena betul2 prepare.


kalo ada pape tambahan or idea yang berlainan, sila tinggalkan komen ok.tenkiu peeps!!