Friday, July 27, 2012

++berita gembira++

Assalamualaikum.. 

Minggu ni kami relax2 lagi.. malas nak fikir pasal macamana nak packing barang2 kat putrajaya ni..barang2 baby je dah separuh lori rasanya. Hahaha.Punggah! 

Next week baru nak start kemas barang sikit2..cabaran sungguh nak pindah di bulan puasa nih.. oppss!! Lupa plak nak habaq, suami chek dapat tukar ke ipoh.yeay ~~!!alhamdulillah.. no more traveling every weekend after this.. ni namanya rezeki anak.. syukur sangat2..kalau nak dikira, agak susah kalau ada anak kecil tapi mak ayah duduk berasingan.. kesian kat baby.. weekend baru boleh jumpa ayahnya.. harap2 bagi yang dalam situasi yang aku sebut, bersabarlah banyak2..yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu kita.. ok?  

Semoga dengan perpindahan suami ke ipoh dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.. amin: )))


,

Thursday, July 26, 2012

++anak dan ayah sama jek!part1++

Assalamualaikum.. 

Baby ngan suami ngah sedap tido but aku sebok berjaga update blog.. kena pandai curi masa beb.. kalo tak boleh berkulat blog ko tak di update. Hahahah!aku kan supermak *takde sape nak claim aku cemtu, so sendiri2 panggil takpe kot*
Actually baru lepas masak je nih then nak tunggu pukul 5 baru nak kejut suami bersahur.

Sepanjang aku berjaga tadi, tetiba je baby ngan ayah dia gelak terkekek kekek tapi dalam keadaan mata tertutup.. dahlah timing gelak tu serentak.. kalau bukan bulan pose seram makkkss.. -_-!
Adakah dorang mimpi benda yang sama?????? Kot ye Mimi best pon ,nape tak ajak aku join sekali??sentap! 


Wednesday, July 25, 2012

++err,tak sedap!!++

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah masuk hari ke 5 kita berpuasa..dan sepanjang 4hari lepas aku cuma masak nasi dan masak sayur jek..lauk2 encik suami yang belikan. Dah nama pon keturunan penang mari (En.suami ) dia memang suka beli masakan mamak. Masa hari first dia beli lauk kat bazaar, memang nasi sepinggan tak habis woh. Padahal nasi yang diletak tak banyak mana pon..dia cakap lauk kat bazaar tak best dan tak berapa nak sedap sangat.. disebabkan aku ngan suami bergilir gilir makan since si kecik ni time orang makan dia pon nak makan sekali, aku makan agak lewat sikit.. dalam pukul 9.15pm
.tu pun lepas baby H tido.huhuhu. Aku pun amiklah bergedil sebijik ngan ikan bakar yang encik suami beli.. ngap je bergedil tuh hampir tersembur nasi dalam mulut aku.. masam!!!! bergedil apa yang masam sangat neh??? Then aku perasan bergedil tu macam berair sikit..so,I guess bergedil tu basi dah kot.. hurmmm.. mati selera aku nak makan..: ((

bukan sengaja nak membazir but seriously tak boleh nak makan lauk2 tu..kesian,terpaksa dibuang..baki nasi yang ada tu aku gorengkan je semua. Puas hati.. barulah encik suami makan.. kesian kat dia.. 

The next day,encik suami terus g mamak je beli lauk..mama berbuka aku tengok bukan main laju lagi dia makan.. siap tambah nasi lagi tau!! haha!! Actually dia memang suka kari.. macam aku cakaplah awal2 tadi..penang mari kannn.memang tak boleh lari.. Hehehe. 

P/s: tahun ni rasa takde semangat membuak buak pon nak shopping raya macam tahun2 sebelum ni.. mak2 memang macamni eh????

++bz memanjang!!hah,rasakan!++

Assalamualaikum.. 

Makin bz rasanya hidup aku lately. Si kecik tu bukan main susah lagi nak tidokan dia.. slagi dia tak tido slagi tu aku tak boleh nak buat keje.. sometimes aku biarkan je dia merengek rengek sebab dia ni jenis yang tak boleh letak untuk main sengsorang.. kena ada orang teman or dukung dia baru senyap.. susah la kalau macamni.. orang mengasuh pun susah nak jaga dia.. aiyoo.. ni baru anak sorang..dah kelam kabut semacam..kalau dua tiga orang macamanalah gamaknya.. huisyh!! Takleh daku nak imejin.. hew hew.! 
cabaran tuh!! ~

Anak dan encik suami dah tido.. Aku je sebok update blog guna enset ..actually aku baru je lepas masak nasi goreng untuk sahur nanti since suami request nak makan yang tu je.. tido memang tak kan cukup buat masa skang sementara nak tunggu dia besar sikit..huhu. 

Alhamdulillah.. syukur sangat dapat suami yang memahami dan prihatin. Kengkadang tu aku kesian sangat kat encik suami sebab tak dapat layan dia dengan sempurna since kena layan Baby at the same time..I mean makan minum suami macam agak kureng sikit .apa2 pon aku cuba buat yang terbaik untuk suami dan baby H.. 
Barulah dapat bentuk keluarga bahagia..hehe. 

K lah.. tu je nak luah.. 
Nak tido dulu.. 
Good nite peeps.. 
Selamat berpuasa!! 

Saturday, July 21, 2012

++bonus berganda++


Assalamualaikum.. 

Firstly, selamat menyambut ramadhan al mubarak.. semoga di bulan mulia ni bersamalah kita tingkatkan amal ibadat ye..: )

tahun lepas berpuasa sebagai cik husna yang asik ronda bazar ramadhan je ngan cik Amy setiap hari .. pastu dapat bonus raya terus habiskan g shopping ngan gegirls kat kl..wuahh, best betul sampai terlupa kejap yang lagi beberapa hari aku akan jadi isteri orang..huhu..rasa sedih plak bila diingat kembali kenangan2 dengan orang yang rapat ngan kita. Sobss ~
Rindu ngan Amy..

Tapi Allah gantikan kesedihan tu dengan kegembiraan berganda. Tahun ni, first time aku berpuasa dengan suami dan sekali gus bergelar sebagai cik puan husna.. yang paling tak sangka skali, puasa kali ni diserikan lagi dengan si kecil.. rasanya macam dapat bonus berganda..hoho. alhamdulillah.bersyukur sangat.. 

Oh ya.. berpuasa menyebabkan breast milk kering tak? Risau gak sebab baby kuat menyusu.. huhuhu.. 

Wednesday, July 18, 2012

++cranky baby++

Assalamualaikum..

Susahnya nk cari masa terluang untuk update blog.. huhu. Ni pon curi2 masa update pakai fon.Lepas je habis tempoh berpantang, baby jadi cranky sangat.. sikit2 nak meragam..adoiyai.sebelum abis, ni nak dengar suara pon susah. as a momma memang aku tak patut merungut since ini memang tanggungjawab aku..tapi tulah,, penatnya ya Allah.. 

Berat badan makin menyusut and now berat sama dengan waktu aku belum kawin dulu2..semua ni hasil daripada berjaga malam. oleh sebab baby meragam dan susah aku nak buat keje siang2,kami terpaksa beli buaian..ingatkan ada buaian lena la dia tido dalam tu. Rupa2nya tak jugak.. bila enjut je buai tu memang dia pejam mata and tido. Elok je aku lepas enjutan tu mula lah dia asah vokal..huahuahua.

Baru aku sedar bukan senang nak besarkan anak. Macam2 ragam kita layankan.anak kan amanah Allah.. macamtu jugaklah mak ayah kita kena tempuh untuk besarkan kita..

Sekian.. 


Saturday, July 07, 2012

++have to find babysitter++


assalamualaikum...

lagi beberapa hari je lagi aku akan habis berpantang.yay!!tak sabar nak p jalan ronda2 shopping mall.hahah!amboih~tak sedar diri anak dah ada,tapi feeling berdua lagi dengan suami..OMG!*
hoh, ayat atas tu over jek..actually skang ni apa2 hal mesti fikir anak dulu..dalam kepala otak dok asik ingat dia je even dia dok depan mata..rasa tak percaya tu still ada lagi..kadang2 bila bangun pagi je "eh.ada baby tergolek kat tepi ketiak akulah..!"
pastu bila gosok2 mata and picit2 pipi baru sedar.."ololololo...anak mama..comeynye dia tido"
hikkss=P

bila sebut abis pantang sedih pon ada gak.yelah, sebulan lebih dok rumah family.rasa macam masa sekolah dulu2..tak stress langsung..cuma apa yang membezakan suasana kali ni adalah aku balik bawak anak..I'm so old~huhuhuhu.
ada mak, ayah and diktam membuatkan aku rasa tenang..dorang ni jenis yang tak berkira sangat dalam apa2 hal.I mean, keje aku jadi senang untuk uruskan baby..kalau lah mak ni dok satu daerah je ngan aku, memang aku hantar je haiqal kat dia..confident sikit bila mak jaga..my mum ni memang cerewet bab2 kebersihan rumah.baby pon dia jaga rapi tau.sebelum ni dia pernah mengasuh anak orang, tapi tak lama.sebab fai

aku jadi risau bila nak kena tinggal baby kat babysitter..sometimes kita taktau hati budi orang macamana kan..
aku takut sangat kalau orang yang jaga anak kita tu jenis buat lebih kurang je..maksudnya tak babysit dengan baik.boleh paranoid aku dibuatnya.ke aku yang terlebih over risau????
korang2 yang bekerja macamana cari orang nak jaga baby ek?apa ciri yang korang tengok???

Wednesday, July 04, 2012


assalamualaikum...

after 'googling' to find some information about the right way of breastfeeding baby makes me feel more confident to breastfeed my haiqal exclusively..alhamdulillah..susu makin banyak even after menyusukan baby..biasanya it takes some times to collect breast milk.huhuhu.bagaimana caranya?

have u been heard pasal petua untuk banyakkan susu dengan memakan campuran kismis, madu, dan badam??
ahaa..baru2 ni mak belikan kopi MASAD yang memang mengandungi semua ingredient yang diperlukan dengan tambahan habatussauda'.
baru dua hari cuba instead of drinking anmum lacta dah ada tanda2 positif selepas 2 kali pengambilan kopi tu.tak berani nak cerita lebih2 since it is too early untuk menceritakan kesan2 nya.let me try for a week, then I'll let u know ok.:))

baby Haiqal skali minum nak dekat 5 oz skang ni..aku pun naik takut tengok dia minum banyak2.takut dia muntah je.huhuhu..so far, he's doing good..syukur..

baby mama cepat besar ye..semoga jadi anak yang soleh dan bijak..aminn..

cer tengok si bam2 ni tido..abis muka kena tempek dengan bedak sejuk.ni kerja tokma dia la ni..haha!