Showing posts with label jalan2 cari makan... Show all posts
Showing posts with label jalan2 cari makan... Show all posts

Wednesday, January 08, 2014

++diet rosak 2014++

Assalamualaikum..

macam rajin plak update blog lately..hikhikhikhik..padahal skang ni mak encik takda keje nak buat.lesson plan untuk minggu ni settled. then BBM tinggal nak print je kat rumah..kat sekolah bukan takda printer, kami dah beli asing (guru2 KSSR) but then dakwat tak buat hal plak..asal print je mesti abis berbelang-belang gambar..
dah tu, kalau print gambar binatang semua dah nampak macam kuda belang warna warni.hahaha!

alhamdulillah, tahun ni kantin sekolah dah ok.tukar tokey lain starting from 2014. ingat nak diet lah kan...tapi kalau dah semua makanan yang dia masak sedap2..rosak lah diet cikgu2 sekolah cenggini.kuikuikuikui;p
setiap kali aku turun ke kantin, menu yang aku santap bukan satu je..mesti ada sampingan macam2.semua aku nak makan..hehehe.dah tu, orang ni cakap makanan tu sedap, orang situ cakap makanan ni sedap..nafsu aku apa lagi...memberontaklah!

nak tengok gambaq terkini chek ka????
tapi malu nak buh kat sini.sebab tembun la..
nanti aku tempek untuk mengubat rindu pembaca..*muntah*


Monday, November 11, 2013

++jenjalan yok!++

assalamualaikum..

sejak dari berkahwin sampailah anak nak masuk dua orang, aku tak pernah rasa nak pergi jenjalan makan angin or g honeymoon.so, bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua tahun ni my husband plans to bring us one family to Dubai..
rasa teruja dan dalam masa yang sama terharu pon ye gak sebab tak pernah g sejauh itu.luar negara yang aku pernah jejak kaki hanya brunei dan thailand.lain dari tu memang tak pernah..
actually plan ni pon asalnya dari keluarga mertua gak.sebab kebetulan ayah mertua keje kat sana dan mak mertua duduk sekali.inilah peluang kami untuk jengok negara orang sementara ibu ayah masih ada kat sana.
dari segi penginapan dan pengangkutan dah save cost.:)

so, insyaAllah by the end of this Nov kami akan berangkat ke sana satu family.
hopefully muhammad haiqal akan behave dan beradab sopan sepanjang perjalanan nanti.7jam tuu...
mau kena sedate sikit bagi dia tido sepanjang jalan.hehehe.tengoklah macamana.
kena ikut khidmat nasihat doktor juga..

oklah.nak goreng keropok lekor tengganu dulu.
babai.
take care kawan2.
salam..



Monday, March 19, 2012

++nak cendol...:((++


assalamualaikum...

sepanjang pregnant aku takdelah plak nak makan benda pelik2..nak kata mengidam sangat pon tak.biasanya kalo teringin nak makan mesti makanan tu yang biasa2 jek..senang nak cari.hehe.contohnya yogurt..coklat (eh tu pon dikira gak ke?) memang takde thrill langsung.;p somehow harini lepas je balik dari latihan action song terus shoot g ipoh jaya timur semata-mata nak cari cendol..keinginan nak makan cendol membuak2.rasa macam gigih gilaakkk g cari sampai ke sana~adakah ini yang dinamakan sebagai mengidam...? cerr korang bitau aku sikit...

tapi kan...sayang seribu kali sayang...semua tempat yang aku g tutup...takde jual cendol.sedih~:((
puas pusing...tapi takde..nak g sampai bandar jauh sangat...lagipon masa tu tak solat asar lagi...lagha plak kang..
feeling down sesangat.takde mood nak buat keje malam ni..nak buat lesson plan apetah lagi...(alasan jaaah!)
aku jadi malas nak buat semua.badan lemah and tetiba je rasa nak demam.rasanya aku dah kena penangan demam cendol kot.

semoga hari esok lebih baik dari harini..
adalah kot rezeki aku untuk makan cendol..perhaps so~

 

slurrrpppppp~hurmmm...serius aku nak makan cendol,wuaaaaa!!!!


Friday, March 16, 2012

++pulut inti++


assalamualaikum..

badan cepat penatlah skang ni..buat keje sikit dah termengah-mengah.tak fun langsung ok...:((
maybe perut dah lebih tinggi dari dada tu yang semput tuh.hakhak!

pagi tadi masa odw g sekolah sempat tapau beberapa jenis kuih untuk 'anak2' action song.untuk diri sendiri aku beli pulut inti.tapi waktu rehat tak sempat makan.so,balik dari sekolah tengahari tadi baru berkesempatan makan pulut with 'tahi itik'.. ntahla korang faham tak apa jenis makanan yang aku cuba sampaikan.

never mind.sampai je rumah terus makan pulut tuh.taksampai 10 minit dah rasa dizzy and sleepy...siap mata boleh terpejam beberapa kali kot depan laptop.teruknya!! tapi hati berkobar-kobar nak buat keje.
ibarat orang mengantuk disorong bantal aku g kat katil...amik port tepi sekali (konon2nya nak tido kejap jelah and senang bangun) and zzzzzzz~

rasanya macam tido kejap jek..rupanya nak dekat 2 jam gak ah..abislah makin gemokla aku macamni..pas makan tido..bangun tido makan lagik!buruk sungguh perangai mummy sorang neh.
baby jangan ikot k..amik perangai hat elok2 ja..teheee~:D kalaulah encik suami tahu pasal aku asik tido pas makan mesti kena bebel..dahla dia tu jenis cergas jek..tak reti nak kenal mengantuk even sepenat mana sekalipon..kadang2 kesian aku tengok dia..balik keje lewat.pas mandi and solat + makan, terus buat reading sampailah pukul 12 lebih..nak kena bangun pagi pukul 5.50am..
bini dia yang tak buat reading ni yang tido awal..hahaha!isteri solehah penyeri rumah tangga...;p



benda ni yang buat aku tido!syuh2!pasni jangan dekat ngan aku dah...TDDMKA#






Thursday, March 15, 2012

++mamak ganja++


assalamualaikum..

 
kebetulan sebelum misi jalan2 cari makan g jumpa cik leha dulu kat ipoh swimming club..seronok!:)

aku taktaula dah berapa kali aku makan since pagi sampai petang..
cuma dapat disimpulkan aku dah makan mi goreng, roti canai, nasi lemak, roti(bun), and nasi GANJA...
hah?!!nasi ganja????
giler apa makan benda yang me'lalok' kan...

relax...jangan glabah..
sebenarnya orang je panggil nasi tu as nasi ganja..because once korang dah makan, korang mesti nak makan lagi..ketagih kot!memang marvellous..actually it's kinda nasi kandar..cuma yang membezakannya adalah kuah kari dia yang sangat best!aku pon baru first time g makan kat situ ditemankan ngan cik amy..
sampai je sana around 1.30pm aku tengok manusia dah beratur panjang...dah risau dah sebab takut takde tempat duduk untuk makan.tapau tak best...takde feel ah.
seyes ramai!kedai dia dahla cenonet.kecik jek.
tapi orang berduyun-duyun nak g situ semata-mata nak makan nasi kandar dia.terbaik ah!

 
ni pandangan dari luar kedai..dia tumpang kedai cina..

 
pandangan dari hadapan kedai..mamak tuh sempoi jek meniaga pakai kain pelekat.

 
orang beratur sampai ke belakang jalan..punyalah ramai..pelbagai kaum dan bangsa ada


 
tadaaa~!nilah nasi ganja tuh...try arr...memang sedap.

--FYI. semua gambar adalah ihsan dari carian google--

cukup2 lah cerita pasal makan2 harini..dah naik boncet perut aku..(padahal kalo tak makan pon memang boncet dah.wakakaka!sengal)

skang baru sampai rumah dari keluar makan dengan cik amy, leha and mr afiq..
semua tu kawan2 semaktab.tak sangka boleh jumpa time2 gini.kebetulan dorang ada tennis tournament.jadinya kesempatan yang ada bawak dorang keluar makan..tu pon makan dekat restoren nasi lemak ayam kampung..MAKAN LAGIK!hahaha.nanti aku buat review pasal restoren tu ok.?



sape2 yang jalan2 kat ipoh ni jangan lupa cari kedai nasi ganja tu.
rasa sekali pasti nak lagi.
babai!


Wednesday, January 18, 2012

++saya merupakan seorang isteri,guru dan merangkap bakal ibu..harap maklungg!!!++



assalamualaikumm..

just got back from having lunch with cik amy even though i know it is already late in the afternoon but still got to call it as 'lunch'..actually i've had my lunch back at school...but i coudnt resist to eat egg noodle once i've stepped into oldtown white coffee..makanan tu memang feberet aku ever since!!hew2..so.aku makan tengahari buat kali kedua dan bermaksud juga untuk harini saja aku dah makan 5 KALI!!!!!!OMG!!!!aku taktau apa kena dengan aku..since aku pregnant makan memang banyak.ok2.tipu.memang aku makan banyak dari sebelum kawin lagi.hehehe.


keluar je dari oldtown cik amy cakap dia nak tapau dominos pizza which is next door to da restaurant..dalam hati...*hurmmm..makan lagi ke?*
so.cik amy minta tolong aku orderkan pizza tu memandangkan aku pernah makan cheese burst sebelum ni..untuk makluman.even nama dia cheese burst tapi takdela banyak cheese pon..iklan je over taw.buat orang terpengaruh jek.terutamanya orang macam aku.T__T dang! nasib baik rasa pizza dia tu sedap..

nak take away pizza kena tunggu 15 minit..so.kitorang tanak tunggu macam tunggul kat situ and decided pergi ke kedai kasut sebelah pintu lagi..aku nak cari kasut yang tak tinggi n lembut kat bahagian tapak kaki.pendek cerita sesuailah dengan ibu mengandung kannn..ntah kenapa, harini ada promotion kat bata taw.kasut BATA COMFIT beli dua cuma dengan harga rm68 jek.kalo beli satu rm 59.90...konpius kejap dengan harga tuh pasal murah gile~nyesal plak beli kasut kat primavera aritu dengan harga rm150.keselesaan lebih kurang sama jekkk..ini siap dapat dua okeh.doesnt matter lah pasal brand ke ape ke.aku jenis tak kesah.janji selesa dengan kaki..

ok.back to a story.alkisahnya...pas puas bershopping kat kedai kasut, kami pon g balik kat dominos pizza tuh nak amik pizza yang dah siap..masa nak amik tu..aku macam pelik sebab amoi yang jaga kaunter tu tersengih-sengih macam kerang busuk..

here was our conversation just now..

"ermm.dah siap dah pizza saya?"

"nama cik husna kan..?"

"ye saya..."

"kejap ye..."

"ok"

"ni pizza cik..."

"eh...?nape ada 3 ni??saya order satu je.tu pon pizza yang paling kecik je.saya tak order banyak2 neh"

"ouh.yang lain tu free ya miss.."

"huh??????free???"
(sambil dalam kepala otak dok mikir sengsorang..apesal arini aku nengok banyak yang buy one free 1...maybe dominos pon ngah buat promotion kot...)

amoi tu dok terjenguk2 kat dapur...macam ngah nengok seseorang sambil tersengih-sengih.kat dapur tu aku tengok semua pekerja laki.yang perempuan jaga kaunter depan.

"takpe miss..arini ada orang belanja u...thanx for coming k..enjoy ur meal.."

"errrrr...k.thanks.."

aku pon keluar sambil muka konpius..sampai jek kat pintu..cik amy hairan napa aku bawak banyak pizza.ordernya 1 je tadi.tapi yang dapat 3..aku pon citela kat dia...tergelak2 dia..siap cakap kat aku..

"len kali...ko tunjuk sikit perot ko tuh..kasik tau dorang yang ko tu pregnant..hahaha."

sebelum makan pizza tu terkumat kamit mulut memasing baca doa..takut gaklah kan..haha.macam kelakar pon ada..muka aku ni tak macam orang dah kawin ke?SEDIH!
n tadi maybe sebab pakai baju kurung.so perut yang makin membesar tu tak berapa nampak sangat..padahal dah 4 bulan dah.hurmmm..


what to do..have to act more mature i guess..pfffttt~



Wednesday, January 04, 2012

++mengidam kuah durian++



assalamualaikum...

bangun pagi terasa malas je kaki nak turun katil.biasanya ada orang kat sebelah yang perlu dikejutan setiap hari.tapi hari ni encik suami yang kejutkan aku bangun.huhuhuhu.masih lagi rasa sedih bila memikirkan kedua-duanya terpaksa duduk berasingan kerana tuntutan kerja.hewwww~*rasa macam buat karangan novel plak.haksss!;p*
tapi seyes.memang sedih ouh...dahla ngah pregnant.kalo bole nak la suami ada dekat2 ngan kita.so senang sikit nak mengada-ngada ngan dia bila nak makan itu ini.hehe.

aku ada satu kemusykilan yang nak dikongsikan ngan korang.macamni..sebelum ni aku memang pantang bau durian.bukan pantang jumpa nak makan tapi tak boleh bau langsung sebab busuk sangat.apatah lagi nak makan kan..hahaha.memang jangan haraplah.tapi harini balik je dari sekolah aku ada terbau satu bauan yag sangat menusuk hidung.sampai ke dapur aku cari bau tu..cari punya cari rupanya abah ngah buat kuah durian..perrghh..ntah nape aku rasa macam teringin sangat nak rasa.bau macam sedap(memang totally berbeza dari sebelum mengandung)
aku diamkan je benda ni.sebab semua orang tau yang aku memang tak makan durian.
kalo mak aku tau abislah~hahaha.cumanya aku belum lagi rasa durian tu macamana.cuma bau je membuatkan aku teringin nak makan.


sumber::google

abang....!!!!nak makan kuah durian...wuaaahhh...
perlu makan sesegera yang mungkin.hiskk.

Wednesday, June 29, 2011

++besar sikit dari boxer je++


asslamualaikum~
last week aku keluar ngan cik amy n friends.rasa macam lama plak tak g outing.every weekend ade je keje yang nak settle.so.kami sama2 amik peluang ni untuk berlibur n berseronok.:))
teringat plak time keluar sama2 ngan kawan2 serumah..rindulah~srooootttt~!!*tetiba sebak*

alang2 dah keluar, kami tengok muvee sekali cite KL gengster.perghhhh...mantap siot cite tuh.masa tayangan pon rasa macam kejap je.bukan nak kondem filem2 melayu sebelum ni.tapi nilah kali pertama aku tengok filem aksi yang betul2 real...part aaron lawan ngan adiputra.memang terbaik wookk!!
sambil tengok sambil terjerit2 kecik punyala sokong hero menang.hahaha.ntah pape ntah.

paling tak boleh blah bila part sheera iskandar masuk rumah pakai hotpant (seluar pendek nak mampus) tetiba kami terdengar ada mamat blakang kitorang cakap macamni.

"mak aih.seluar dia besar sikit je dari boxer aku"

kahkahkahkah!!!lawak kot!
terbahak2 aku ngan cik amy gelakkan mamat tuh.selamber die jek..


Saturday, May 21, 2011

++outing ngan former classmates++

assalamualaikum~
setelah masing2 membawa haluan diri mengikut tempat posting yang telah ditetapkan, semenjak itu gak kami dah tak pernah jumpa dan keluar sama2 like we are suppose to do few years back.
semalam wakudin call aku..dia cakap boringlah tak buat pape kat sini (ipoh) since first time posted in here.jadinya dia pon ajakla aku n cik amy keluar..cik amy takleh nak join arini sebab dia ada program kat sekolah..at first aku macam berat nak g.takot takde geng.bila dah diberitau keluar ramai2 aku jadi ok sikit..tak jadi hal pon.cumanya aku kena inform kat semua.termasuklah encik tunang n mak abah kat sini.i have to get their permission dulu ok.bukan simply n blah gitu je..itu memang nak kena mintak pelempang namanya.*ambuih.exaggerated sungguh* padahal encik ilebiu tu orang yang lembut n penyayang.oh yeah.errk?olololololo~ ;p
awalnya memang nak tengok cite nur kasih da movie.tapi bila sampai jusco.tengok2 tiket sold out sampai ke malam.kesudahannya kami beli tiket cite pirates of da carribean 5..ok what???abang johnny depp kan ada.haruslah tak mengecewakan i kan.kan.huhik..;p
 --abang johnny depp memang ensem.tapi encik ilebiu saya laaaggiiii ensem.hakhakhak!puih!--
wayang start pukul 3.30.so before masuk cinema, kitorang g shopping n isi perot dulu kat pizza hut.situ je yang tak ramai orang..yang lain penuh dengan manusia!!yelah.takkan penuh ngan kucing plak kan?waddehel..T___T

kitorang order yang set banyak.sebab tau semua ngah lapar n need extra foods to be eaten.rasa macam risau gak takot makanan tak abis.sebab yang ada cuma 4 orang jekk.siap ada side order beb.lantaklah.makanlah puas2.bukannya selalu dapat keluar sama2 macam harini.yang kelakarnya semua makanan yang kitorang order takde berbaki sikit pon.LICIN!!!hebat!makan ramai2 memang dapat menaikkan nafsu serakah terhadap makanan.aku rasa boleh buat record peribadi weh.mana taknya tadi aku boleh habiskan 3 keping pizza kurang dari seploh minit.biasanya kalo 1 pon aku makan nak dekat 10 minit.huahuahuaua!macam orang kebuloq!buruk lantak sungguh.padahal before tu aku dah makan nasi 2 pinggan plus roti telur n sup bebola semangkuk besar.

-muka gembira kat pizza hut-

--nila cikgu wakudin.single n available.berminat?PM me okeh?hehehe--

--first pizza--

--second pizza--

tu tak termasuk lagi bolognese meatballs yang super yummy tuh.tak sempat nak amik gambo.pasai tak sampai 5 minit makanan tu cerah.kahkahkah!

all in all,segalanya menarik harini..cite best!outing best.cuma yang tak bestnya takleh nak bergambar banyak2.bateri kamera encik wakudin abis.sedih..wuu~wuu~.T__T
baru nak feeling2 model.posing2 ayu gitu.awww~paangggggGG!sedar diri mekna.


k lah..tu je nak cite arini.
thanx for reading this entry.babai.take care.
jaga diri hiasi peribadi...:))



Thursday, May 12, 2011

++terasa diriku seperti di BOMBAY++


assalamualaikum~

 tenghari tadi kami makan kat oldtown lagi.rasa macam selesa plak lepak kat sana sebab suasananya tak sesak sangat.plus.aku memang penggemar mi+sup wantan.tehee..arini siap order 2 mangkuk sup weyh.haha.itu namanya makan dengan penuh nafsu serakah.haisyh.jenuh laki nak membela aku pasni.pasai aku makan banyakkkk.tapi tula...semua jadi akai(akal)..haktuihhh!akal la sangat kan..muahahaa!!;p

ok.tanak cite pasal tu sebenarnya.but nak cite pasal weekend baru2 ni after balik dari pengkalan hulu, on last sunday we decided to go for lunch @ PAKEEZA restaurant..it is located somewhere in ipoh.dun ask me for da details because i will answer u nothing.BLURRTT~nama je selalu jalan2 kat ipoh.tapi still tak hafal2 lagi jalan kat sini..pelupa teruk.bukan ape.banyak benda lain aku kena hafal weyh.such as nama budak2 sekolah,tugasan2 sendiri n macam2 lagi lah.rasanya dalam kes aku ni masih boleh dimaafkan for being forgetful.LOL.;p

masa mula2 nak g pakeeza, cik amy ada pesan.makanan kat situ agak cozzy.jadinya kami kena standby cash money lebih sikit.in case kalo makan terlajak ke ape ke at least ada gak back up kan..kali ni giliran kami plak yang kena blanja mak abah.hehehehe.our pleasure...:))

JOM REVIEW!!!*drumroll*

difahamkan makanan kat pakeeza kebanyakkannya indian style..which means curry is da main course of the restaurant.setibanya kat sana.."mana satu kedai pakeeza neh??"
--dari luar memang tak nampak exclusive pon--

selangkah je masuk sana...waahahhhhh!!rasa macam kat bombay lorh.i loike!!
selalunya kalo lepak kat kedai mamak, aney2 yang keje kat situ mesti stok gelaphampirserupamacamkopicapgantang..tapi stok kat sini putih2 melepak+ensem.bak kata orang, india ada dua bahagian which is india utara n selatan.maksudnya yang keje kat pakeeza mesti india utara.pasal muka dorang macam saif ali khan.cerah dari aku plak tu.dayyummm~

sebelum apa2 haruslah amik gambar sendiri dulu kan..hekhekhek.peace to da world~


cik amy with her parents

 mak n i

abah n i



n now turn gambo makanan plak.tengok gambo sendirik banyak2 pon boleh bikin migrain taw.huahua.

 ko nampak tak tuh???highlight of da day...KARI KEPALA IKAN.wuhuuuu!!

kari dal telur goreng.ntahlah.aku pon tak sure nama betul benda alah ni ape.huhuhu.

 ayam bermasalah.MASALA.

percaya atau tak, kesemua lauk-pauk kat atas tu licin!!!!angkara siapakah?ermmm,ayam tu memang nampak sedap.tapi aku tak usik langsung.sebab aku tak berapa minat sangat ngan ayam.aku cuma tala kat kari kepala ikan n curry dahl with scramble egg tu jek.sedap kot.hahaha.


secara keseluruhannya, makanan kat situ memang best ditambah plak ngan lime juice yang teramat lah masyuk..aku makan bertambah-tambah.bukan nasi.but pinggan ok.saje je nak kasik gempak sikit.pfft~
hopefully pasni aku leh makan kat sana lagi.n kali ni nak try cheese nan tandoori.harga dia pon takdela mahal sangat.just nice.

*menitik air liur*

gudnyte everybody..

thanx for reading this entry!:)

Wednesday, May 11, 2011

++penangan laksa rebung++


assalamualaikum~
Alhamdulillah.arini boleh berfikir secara waras tho' hidung tersumbat after 2 days trip to pengkalan hulu.cuaca kat sana panas kering macam cuaca sebelah siam.pastu malam hujan rintik2.mana taknya kami ni dilanda kedemaman.uuuuuuuu...~
kat rumah semalam aku ngan cik amy bersin siap boleh buat echo lagi.bersahut-sahutan.pasti hidung memasing dah rupa clown dah.merah dowh.bhahahah!
ok.fine.tak lawak pon.bluweeekkk;p

tetiba teringat kelazatan laksa rebung kat sempadan siam nun.sedap sehingga tak dapat nak menjilat mangkuk.malu ngan budak2.kang dia cakap cikgu buang tebiat sebab makan tak senonoh.huahuahuahua.
 --bersama anak-anak didik di betong, sempadan malaysia-thailand--

--dari kiri (cik amy, kak nita, n cik not so gojesss..) kak nita orang yang bertanggungjawab memperkenalkan laksa rebung kepada pihak rombongan--


puas aku google dari siang sampai ke malam (over taw) semata-mata nak cari gambo laksa rebung.huhu.tapi hampa.silap aku tak snap gambo aritu.nikmat makan punya pasal sampai lupa hal2 lain.huhuhu.taipuchi.T__T

oleh sebab aku mengidam sangat nak makan laksa rebung.tengahari semalam aku ngan cik amy lepak makan kat oldtown sebagai ganti.n seperti biasa, wantan soup dia memang tak mengecewakan.jadila...at least dapat gak makan benda berkuah2 semata-mata nak amik feel makan laksa rebung.insyaAllah, ada rezeki nanti aku nak g sana n makan puas2.sekali pekena 2-3 mangkuk ke..baru feel ye dak??kan?kan??hihihi.

k lah...nak g minum pagi dulu...
GTG..
babai~

thanx for reading this entry!

Monday, February 28, 2011

++meeting my loved ones++



assalamualaikum...jawab.jangan tak jawab.hehe.lama betul tak update blog.asik2 busy jek.plus line internet plak takde kat rumah.so kalo nak online pon kejap2 jek.tu pon kat sekolah if ada masa free lah.bila dah masuk dalam real life of being a teacher ni baru rasa penat..bukan letih bekerja ke ape ke.but penat menjerit kat budak2 dalam kelas..kalo suara slow kang budak yang duduk kat belakang tak dengar plak.adoi.darah tinggi aku dibuatnya..pening to da max.

last weekend i went to KL...sesaja je g..sebab kebetulan ayah angkat aku (rumah yang aku stay skank ni) ada meeting kat sana.so.alang2 ada kat sana kitorang serumah ni mengikut sekali lah.heheh.pantang diajak ok!!n minggu lepas jugak aku bernasib baik sebab masa tu encik ilebiu cuti weekend.yay!!ada chance lah nak jumpa..buat pertama kali aku g kl dari ipoh naik train laju.tak sampai 2 jam dah sampai kl..pening kepala aku dibuatnya.bukan sebab kelajuan train.but train tu jalan mengundur...sampai2 kat kl central terus rasa melelong n nausea..huhuh.so unusual..

sampai je kat kl central aku ngan cik amy shopping dulu sementara menunggu abah abis meeting.ada la dalam 2 jam lebih menunggu kat situ..rambang mata tengok barang2 kat sana.kalo dapat gaji lagi best.huahua.bole pokai duit aku.haha. sementara menunggu abah sampai.aku sempat contact ngan encik ilebiu tanya dia free ke tak malam tu.kalo ada free nak jumpa...(kalo boleh lah..) n he was willing to come over just to meet us..best!!even jalan sesak malam tu pon dia sanggup redah dari putrajaya ke hotel seri pacific nearby bangunan PWTC..kitorang sampai kl pon dah pukul 9 lebih..then nak siap2 nak keluar lagi.

lepas 10 minit sampai hotel.encik ilebiu call bitau dia dah ada kat lobby n waiting for us to come down..kelam kabut aku bersiap malam tu.al maklumlah...muka letih..harus dicuci kasik fresh dulu.tang jerawat n kulit gelap tu dah takleh nak buat ape dah memandangkan aku baru abis train budak2 netball..mujur dorang muncul johan among 13 teams.alhamdulillah..dah tak heran ngan warna kulit n bengkak kat kaki.malam tu gak encik ilebiu jemput kitorang n bawak kitorang g jalan2 plus makan..asalnya nak g dinner kat restoren rebung kat area bangsar tu..unfortunately da moment we arrived there, the restaurant had been closed.takde rezeki namanya..tapi yang bestnya..kebetulan jumpa ngan uncle rosyam noor.dia pon lepak kat rebung..boleh tahan gak uncle rosyam bila tengok depan2..lagi ensem dari tengok dalam tv..heheheh.tapi pon lagi ensem my dearest encik ilebiu.hoi...!!hahaha.gatai!!

after that, we went to dataran merdeka n bintang walk.saje je nak amik angin malam..bukan senang nak jumpa ngan yang tersayang...bila dah ada peluang ni la perlu digunakan sebaik-baiknya..thanx sayang!!
seperti biasa.aku ngan encik ilebiu memang malu alah..huhu.aku pon taktau sampai bila perasaan malu nak hilang...adoi..sangat tak best kat situ..



alamak!!!soalan ujian tak siap lagi!!lupa!!!!
babai.bersambung~




malam tu kitorang just lepak kat kedai mamak pelita,bangsar jek..

Saturday, January 22, 2011

++meriah betul kenduri kawin zaquan adha n ayu raudhah++






aku akan update gambar2 majlis kenduri kahwin ayu n zaquan lepas ni.sebab skank ni aku mengantuk sangat2...penat bergambar sakan n makan kat sana.ahaha.dasar belaan memang macamni..;p

goodnyte!!

Thursday, December 09, 2010

++gambar bercerita..++



petang semalam perempuan di bawah telah keluar bersama keluarganya untuk menyelesaikan segala urusan bil streamyx, bil air..n semuanya lah.makanya sebelum pergi beliau pon bersiap n berposing seperti demikian..
peace u olz~


setelah selesai membayar segala bil2 cik ibu suh kami fikir nak makan kat mana.kebetulan masa nak bayar bil dok ulang alik kat kawasan yang sama mencari parking..tetiba anak perempuan pasangan di bawah berkata..."best gak kalo makan pizza kan?sedap woh...lama tak makan..." *padahal baru makan bulan lepas ngan cik dena.hikhikhik.lama hangguk ko*


mereka akur dengan hasrat hati anak perempuan mereka.jadinya mereka pon melangkah masuk ke pizza...si mak..."mak nak cut fries n sweet & spicy chicken wings..pizza mak takmo..hangpa order la apa yang hangpa nak makan.."
bab order ni memang mak jangan risau..si anak perempuan memang pakar dalam hal2 ni mahupun si anak lelaki..tetapi malangnya si anak lelaki tiada dalam rentetan gambar sebab dia terlalu gelap.sampaikan tak nampak.muahahaha.eh.bukan2.dia sebenarnya pemalu yang amat sangat.peace~=D


encik ayah menunggu pizzanya sampai dengan gembira sehingga menampakkan barisan gigi originalnya yang putih melepak itu..tadaa~tengokla pizza yang di order..hehehe.super supreme memang menjadi pilihan tetap ditambah dengan extra lava cheese..:)) n satu pan Hawaiian pizza..(tak sedap oh perasa ni.wekk;p) 


setelah makanan sampai...encik ayah mengambil gambar anak perempuannya seperti di bawah..seperti biasak..da daughter memang gila kamera..(but ikot keadaan n kesesuaian lah)


sekian...^__^


Thursday, November 25, 2010

++do not judge a person by his/her profession...hehe++


seronok plak guna notebook adik aku buat macam harta sendirik.nguhehehe.ala..adik aku tu jenis redha orangnya.tambah2 when it comes to me, myself n i..oh.sangat cool bukan to have a lil bro like him?;D
pernah tak korang rasa rendah diri yang teramat sangat bila surrounded by high-standard people?here's da story..baru2 ni cik dena a.k.a my bff ajak keluar g makan.so.i just followed her n she asked me to decide which place to go for having dinner.then we decided to have pizza.me like pizza very much!!yummy2!
the last time i went to pizza restaurant was with my darl lil sis a.k.a cik ummi fatihah..*rindunya~*
while looking for da parking cik dena called her friends n asked them out to join da dinner together.her friends agreed n we waited at da pizza till they arrived..
as they stepped in..terus terdetik.ouh.geng doktor gak rupanya.for all of sudden aku rasa macam segan..but i managed to cover up my nervous very well.ceaahh~but inside HANYA ALLAH JE TAU..hahaha. 
for me golongan doktor ni ada dalam kelasnya yang tersendiri n im pretty sure some of us would say that they are high-standard people..
waktu tu terasa diri sendiri ni kerdil sangat compared to them.*my confident level had decreased down to da bottom*
 padahal dorang tu sempoi abes kot.kelakar nak mampus.ahaha.sangkaan meleset.dorang ni pon manusia biasa macam kita yang nak ada life macam orang lain. time dorang cite lawak aku nak gelak lebih2 kang nampak macam over plak kan.sebabnya sumpah lawak siot.so.biar gelak pecah dalam perot.hoho.
yang aku plak gelabah tak tentu pasal mula2 bukan apa.malu dowh berdepan dengan orang2 macamni.cakap pon macam keretapi tanah melayu berhad jek.plus aku cakap ntah pape time tu.deym~i didnt know what were they thinking about me at dat time.lantaklah.hahaha.after few minutes baru boleh 'in'.cool..
actually i wanted to snap their pics so i cud put it in my blog.
tapi disebabkan malu tak bertempat punya pasal sendiri yang padan muka.i only got a pic of dena..huhuhu.jadila..better have something than  nothing aite?
for me.that nyte was totally awesome.i really enjoyed hanging out with them especially dena.
thanx a lot dena for bringing me along..:))

nak ngorat?sila lulus ujian daripada lembaga penapisan cik husna dulu ye..orang yang baik hanya untuk yang baik2 juga..:))

Friday, November 05, 2010

++ermm...nak makan...++



tadi selak2 buku apa yang patut dibaca..baru baca few pages im starting to get sleepy..huargh..nantoknya.dahla tido arini terganggu ngan jiran aku yang ngetest motor 'macamvirago' tuh..
kalo aku ni macam cite p.ramlee tuh dah lama aku hayun motor die kat atas bumbung umah.ahaa..pastu pakat2 dongak tengok kat atas ok.
huh.


pagi tadi bangun jek tido ngat nak buat nasi goreng sebab tengok nasik semalam macam ade lagi.baru je nak amik...tengok2.alaa~basi plak.banyak plak tu...tak pasal2 membazir arini...isk2..terus teringat mangsa banjir yang tak cukup makanan.isk2..mekna..mekna..pembaziran tu adalah sahabat setan..terpaksa buang,huhu.babai nasi basi.so.terus ubah plan.menu pagi ni bihun goreng ala2 mekna je..masak pon main campak2 je dalam kuali.*bajet expert la kunun2*
hahaha..only my housemates know how it tastes.
sedap ke tak sedap ke belakang kire...yang penting perot konyang.lol;p


baru tadi send msg kat encik ilebiu..tanya die kat mana n watpa..guess what?he's watching a muvee rite now.ceit.mentang2 la keje separuh hari disebabkan raya dia...wakakakaka.if he reads this mampusla aku kene pancung..hohoh.
die memang kaki muvee sampaikan aritu die call aku n tanya nak tengok cite ape..aku plak yang jadik tukang suggest.padahal dalam hati jelesh tahap gaban.haih.tak buleh jadik nih.hantar balik umah mak i skank gak..skank gaAAkkKKKK~!!


*******



waduh2...aku dah kata.time hujan jek otometik perot mesti lapar.pastu dengan tak semena-menanya tetibe teringin nak g makan kat hotel sri malaysia..makanan kat situ not bad..bawaan budak agaknya.huahuahua*dussyhhh!*
previous weeks ago...i went to da restaurant n i had a plate of penang char kuew teaw..quite tempting n tasty..
plus.i ate it with cool beverage which was a glass of strawberry smoothies.pergh...menitik air liur beb.
nak ajak sape ek..?syarat nak g sana mesti kene bawak n blanja aku sekali.wahaha.
its a must!


--muka gatai or muka nak makan?konpius2...dua2 pon boleh bai..--


--while waiting for my char kue tiaw...--


--muka puas hati dapat strawberry smoothies.terbaeklah.sedap!--


Saturday, October 30, 2010

++makan untuk hidup...++


ingat nak tido kejap petang ni..dahlah sedap dibuai angin sepoi2 bahasa.macam nak hujan tak hujan jek.tapi time nak tido teringat plak.dah nak dekat asar.orang kata tido pas asar tak elok.buleh mengundang kepada kegilaan..kegilaan aku ni satu jek.HIM.yeah.HIM.ececeh.*gatai*

semalam n arini memang hari makan2 untuk seisi umah aku..
makan je kejenye..dari pagi sampai ke tengah malam.makan untuk hidup takpe...jangan hidup untuk makan sudah.hancuss nanti.biasanya orang kalo lagi nak dekat exam tak lalu nak makan.tapi terbalik lak.aku lagi rasa nak makan.muahahah!
penat otak dow..fikir nak study celah mana.celah batu?celah tingkap?or celah bantal yang kemudiannya diiringi dengan irama ZZzzzz...ntahlah labu..

bila teringat aku makan semalam..bersyukur sangat sebab ada rezki dari Allah.orang lain tak cukup makan.tapi aku ngan kawan2 aku terlebih makanan.Alhamdulillah..asalkan jangan dibuang n dimuntahkan balik sudah..tak baek gitu..

ni kronologi makan2 aku semalam n arini...ke nafsu makan korang same je ngan aku?ala..takpe kalo ngaku pon.buleh geng ngan aku nanti.set!;p

1) pagi g breakfast ngan housemates..aku makan roti canai telur banjir.bai (bachaa) kat kedai tu dah sedia maklum dah.asal nampak ke muka aku mesti die tau dah aku nak order ape.pas makan roti canai amikla sikit kuih2 ape yang kene ngan anak tekak nih.before balik meninggalkan bai kedai tu...aku sempat lagi bungkus nasi kerabu untuk makan tengahari..hehehe.malas nak keluar dah.

2) belum sempat tenghari perot aku dah keluarkan siren lapar.nenong..nenong...lapaaarrr.....grrr....nenong...nenong..weeew..ngehehe.tanpa membuang masa.terus melantak.licin!sedap tol nasik kerabu kedai bai tu.tak sia2 kawen ngan orang terengganu.

3) pastu dalam kul 3 macamtu..aku rasa macam teringin sangat nak makan something.kebetulan plak cik ika wat air teh cicah ngan biskut..ape tunggu lagi??ngaaap lagi.hoho.

4) masa ngah study...secara tetibe mata aku ternampak sesuatu.apakah itu ya?oh ya...rempah soto...dalam hati berbisik "sedap gak kalo pekena soto nih.bihun ade lagi kat rak makanan"...pas asar siap2 kemas meja belajar n terus g dapur lancarkan misi..hehe.before maghrib dah buleh makan ramai2...memang terbaiklah i tell u!makan soto letak cili kicap banyak2.plus sambal bilis yang sememangnya pedas.meletop!suka2! meh nak kasik sikit petua.kalo nak kasik kuah soto lagi sedap n pekat..boleh rebus kentang n then lecek kentang tu sampai lumat.pastu masukkan dalam kuah yang mendidih.:))


masa solat maghrib semalam rasa termengah-mengah plak.kenyang sangat makan macam2.huhuh.jangan ditiru aksi ini ye kawan2.sumpah buruk!muahaha!


arini...
pas subuh terus g dapur n buat lempeng makan ngan sambal sardin yang dihancurkan..balance sambal ikan bilis semalam yang aku buat pon still ade lagi..layan~
pas makan lempeng makan soto plak.haha.sayang.baek habeskan.tak sia2 aku masak.jadik rezeki kami sampai ke harini.tak membazir...baru tadi je aku makan nasik rasanya...ni rasa macam lapar plak..err...aku g makan dulu ye kawan2.babai...lebiu~



Monday, October 18, 2010

++tak boleh ke kalo serve elok2?++


bab 1 ::takde air.deym~
tension aku bila tetibe bekalan air terputus.dahla tak bagi notis ke ape.kalo tak buleh la gak tadah2 air ke hape ke..dahla kat umah ni ade 7 kepala...kalo dah 7 kepala faham2 jela ade ape..masing mesti ade hajat nak buat pape yang patut kan.hisyh.nyusahkan tol.:((

bab 2 ::outing pixs
petang tadi dik hafiz antar pendrive yang berisi gambar2 kitorang masa g outing kat mesra mall, kerteh.
dalam tu gak die selitkan video montaj few weddings in kl..semua vid tu produced by manggistv.com.
memang style abeslah die punye presentation..rasanya kalo kite hire die suh buat video memang berbaloi-baloi.cecewah.promote plak.jadinya sape2 yang nak kawin dalam masa terdekat ni buleh la singgah kat web tu ye..enjoy watching da videos:))

bab 3 ::dinner@pizza
masa ngah belek2 gambar kat kerteh tuh...ade ternampak pic kitorang kat pizza.terus macam orang mengandung mengidam kitorang nak makan pizza..yeah...pizza...here we come..!!;D
laju gile cik nuri bawak kete arini.kalah drifter m'sia i tell u..ahaa..mesti lapa...kan?kan?hehehe.
sampai je sana tinjau2 nak duduk kat meja mana..last2 kitorang dapat sit kat depan sekali menghadap pintu masuk.tempat2 yang strategik untuk diduduki dah reserved.alahai...potong stim tul nak makan taw..
takpelah.better have something than nothing kan?
pizza kat giant KT ni rasanya macam dah canggih sket ngan pemasangan gadget yang ade 3 buttons...button CALL, BILL n CANCEL. jadinya bila kite nak order ok konon2 nya lebih mudah ar..picit je butang tu..then waiter akan datang amik order.nak cite nih...bukan nak condemn ke ape ke.but ini kenyataannya.huh.
kalo korang rasa nak makan pizza gila kentang kan..rasanya baik korang cancel jek niat korang tuh.bukan kat semua pizza restaurants k.kawan2 aku tadi sampai bengang tengok gelagat pekerja-pekerja kat pizza tuh.berbulu tol mata nengoknya.kalo orang laki panggil cepat jek datang,..kalo pempwan..terus jadik sipot sedut.
actually yang serve makanan tuh semua waitress.takde laki..laki keje kat dapur.nak tunggu amik order pon terpaksa tunggu lebih setengah jam.mak aih..kalo aku ade anak.rasanya sempat anak aku masuk darjah 1.hins.hins.
masalahnya ape gunanya pasang gadget tu kalo tak berfungsi?tol tak?
bila dorang lalu tepi meje, kitorang panggil.but die buleh wat2 tak dengar.bukan sekali.banyak kali.hello cik kak...tak nampak ke kitorang yang besar gedabak kat meje duk tunggu hang amik order?
isk2...after more than 30 minutes barula buleh order.ingatkan dah amik order ok la kan..rupa2nya lagi teruk.
meja makan takde piring.sup tak sampai.air pon lambat.bende2 gitu besenya akan sampai dulu.sebab sup tu tinggal nak taruk letak dalam bowl jek.takkan tu pon susah..?pekerja bukan main ramai lagi.tapi hampeh~
muka sorang2 tak manis langsung.muncung depa tu rasanya buleh ikat kot.salah ke kalo cakap elok2 ngan customer?hey.kitorang datang nak makan.bukannya nak tengok muka hang masam macam orang kene sembelit.kitorang nak makan.faham tak nak makan?
makanan sampai memang lambat gile...cik nuri buleh beli belah kat bawah n naik atas tengok2 makanan still tak sampai lagi.yang ade cuma garlic bread.mati selera sekejap.mende alah tu memang aku tak minat nak makan.aku suka pizza jek.tehee~dasar perot MPKT memang takleh makan ringan2.harus kene carik something heavy to be swallowed.
nak dekat sejam gak dok menonggeng kat pizza tuh baru makanan sampai.gilak!sumpah lapar gile...perot dah berbunyi2 lagu hiphop bagai dah.cik wani memang dah buat muka sesumpah yang nak sumpah pekerja2 kat situ...
satu2 die hantar...piring..sudu...tisu..

cite tak habes setakat tu jek...aku bukan ape..tak puas hati ngan cara layanan pekerja2 kat sana.dah tau lambat,wat la cara lambat.takyah la nak buat kerek kan.kang aku panggil ko punye supervisor baru taw.sengal tol!
nasibla pizza tu sedap.kalo tak hangin sampai balik aku dibuatnya.
betul la orang tua2 kata..kenyang perut gendut senang hati...aku setuju sangat!
feeling marah tu terus ilang zaasss~macam kete need for speed.hehehe.


ape2 pon..ingatla waiters n waitresses..jangan dibuat customer macamtu..nanti susah korang nak cari makan kalo kene pecat..ahaa..~sape nak menjawab tuh?renung2 kan..~