Showing posts with label ikan dilaut asam didarat. Show all posts
Showing posts with label ikan dilaut asam didarat. Show all posts

Tuesday, March 14, 2017

++mekna and her update++

Assalamualaikum.

hampir setahun tak menulis blog which was one of my hobbies..now hobi mekna 'belek' anak.hehehe,
alhamdulillah..dari satu..bertambah dua..and now dah ada tiga orang anak.
serius macam tak percaya!

rasa macam nak aktifkan kembali blog yang dah lama bersawang since mesti ada yang nak tau perkembangan terkini mekna.(ada ka???...bluweeekk!!)
*muntah hijau*

ada banyak nak kena buat bila nak aktif blogging.
FIRST! nak kena tukar header. no more cik puan husna sebab mekna dah tau 'cik puan' hanyalah untuk mak J. Allahu..punyalah kurang pengetahuan am.huhuhu,
it's ok.i will change it slowly.

im still staying in Perak and this year is my 6th year and yet still handling my kids alone due to PJJ.huhuhu. everytime berduka..bermuram durja mekna mesti cepat2 kenang adik2 junior dan kawan2 sejawat yang tinggal berasingan dengan pasangan dan anak2 untuk bertahun tahun lamanya, dugaan mereka lebih besar jika nak dibandingkan dengan mekna. :)
alhamdulillah...mekna dan suami hanya bersebelahan negeri ja,cumanya kerja dia yang menyebabkan kami susah berjumpa. harapnya ada rezeki buat kami sekeluarga untuk EGTUKAR kali ni.aminnn..~


Thursday, January 15, 2015

++cabaran 2015++

Assalamualaikum..

lama betul tak bercoret apa2 kat blog usang ni..bila buka tadi pon masih ada lagi yang sudi komen kat entri2 sebelum ni.sedar tak sedar hari persekolahan dah nak habis minggu pertama.huhu.betapa cepat masa berlalu,dan harini jugak baru prasan yang tinggi anak teruna ceq dah nak sama paras pinggang mama..-____- 
secara tak langsung ia menunjukkan I'm growing old lagi setahun.huaaa~tsssk! wondering how Encik suami masih lagi nampak awal 20-an..faktor genetik plus hati bersih mungkin!??kikikiki.but serius kalau dari jauh aku nampak dia pimpin tangan haiqal macam abang adik okeh.hahaha!sampaikan ada sekali tu aney kedai mamak siap tanya dia macamni..'adik ka....???' *krik..krik..krik...*
a'ah..adik lah sangat kan..adik ada dua orang tu..laki pempuan.;p

*******************

tahun ni bermula dengan semangat dan feel yang sangat berbeza dari tahun2 sebelum ni.aku harap tahun ni aku dapat buat yang terbaik untuk sekolah dan anak2 didik.in shaa Allah.selain tu, apa yang dapat aku rasakan, aku semakin matang dalam menghadapi sesuatu perkara dan lebih peka terhadap orang2 sekeliling terutamanya dari segi percakapan.kerana mulut badan boleh binasa. I've learnt a lot since the first day working as a teacher til today..you cannot please everybody to like you and accept you for who you are, but you can give your best in everything you do to show who you really are..;)

*********************

aku masih lagi memegang jawatan sebagai guru bahasa inggeris dan guru kelas tahun 2..seronok budak2 kelas aku knowing that their teacher is still their class teacher for 2015..hehehe. cuma bilangan bertambah sedikit berbanding dulu.ada hikmahnya la tu kan..lebih sedikit jumlah murid lebih senang fokus kat permasalahan depa.maklumlah murid2 with low ability need extra care and attention. depa ni macam diamond tau..kalau betul cara asuhannya tak mustahil depa boleh jadi lebih berjaya daripada orang lain satu hari nanti.I do pray hard for them and tak pernah sekali kali aku pandang rendah keupayaan mereka.love them so much. cuma nakal sikit tu adatlah bagi budak2 kan.:D

selain tu title ibu kepada dua orang anak tersandang sejak tahun lepas lagi.now hannan is getting smarter while abang haiqal is getting clingy..huhuhuhuh.kadang2 bila dua2 buat perangai serentak dan nangis kuat2 aku pon rasa nak menangis sama.hahaha!sometimes benda yang buat depa menangis tersangatlah ridiculous! sebagai contoh, bancuh susu untuk haiqal, then letak straw siap2 dalam botol susu.itu pon boleh buat dia mengamuk tau.sebabnya dia nak ambik straw sendiri dari dalam laci dan letak sendiri dalam botol.(FYI, HAIQAL MEMANG JENIS MINUM SUSU GUNA STRAW SEJAK UMUR SETAHUN) di kebanyakan masa aku menguruskan rumah dan anak2 sendiri..suami makin sibuk lately..ditambah pula dengan new hobby (cycling) so aktiviti semakin bertambah..;( I can't complaint sebab itu hak dia..mungkin tu ja cara dia untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja..who knows?? seeing him happy makes me feel ok. cumanya tulah,ada satu perasaan terbuku di hati tapi tak terungkapkan.(wah!dah macam ayat novel ja).simpan sendiri dalam hati..mengadu dengan DIA saja..hmmmm..

******************************

besides, tahun ni aku dan suami ada target yakni nak kumpul duit sebanyak mungkin dan nak hantar ayah mengerjakan haji seperti mana yang diidamkan oleh ayah sejak dulu..ayah ngan mak bukannya orang yang senang. meniaga kecil-kecilan ja..kalau tak berniaga memang income 0. so ayah memang takda simpanan dan akaun tabung haji langsung sebelum ni..memang dah jadi tanggungjawab aku sebagai anak dan suami sebagai menantu untuk bantu ayah capai cita2 dia pada umur yang dikira agak lewat untuk daftar haji. sedih bile mengenangkan nasib ayah dan mak.semoga Allah permudahkan urusan kami untuk bantu ayah jejak kaki ke tanah suci..aminn..! jadinya aku dah bertekad untuk tidak boros @ membazir..

apa2 pon cabaran yang bakal mendatang, aku harap Allah beri aku kekuatan dan kemudahan semoga segala apa yang dilakukan jadi menjadi senang. doakan aku ya kawan2..:)






Sunday, August 17, 2014

++status daku sebenar++

Assalamualaikum..

we had our lunch today at aeon station 18.asalnya g sana nak pegi beli buku.tapi apakan daya.takda rezeki plak..buku yang dicari dah out of stok.:(( tak apalah.nanti nak try p usha kat tempat lain.usha????wuish~lama betoi tak guna perkataan tu.ihihi.dulu2 kalau sebut ja rasa key ell habis!kahkahkah!entah napa harini dua2 anak meragam.tak enjoy rasanya keluar tadi.timing salah kah???hurrmm..maybe mama ayah kacau waktu tidoq anak2 tu yang depa upset.terus menjerit2 dalam mall..-___-

sesampainya di rumah..I got a message from fb..it was from one of my schoolmates.menyatakan yang dia terkejut  knowing that I am still a wife to my husband.dia terkejut aku pon lagi terkejut ko..hahaha.rupa-rupanya ada salah faham dengan marital status aku.nama blog CIK PUAN HUSNA..biasanya kalau orang yang bekerja di bank akan classify 'cik puan' as a divorcee..kus semangat~nauzubillahiminzalik..sungguh aku taktau pon pasal tu.nasib dia explain..kalau tak sampai ke sudah aku anggap nama blog aku ni ok jaa...aku letak nama ni pon sebab at first nama blog aku CIK HUSNA..then after got married nak tukar nama blog ke PUAN HUSNA rasa macam tak best plak bunyi nya..macam blog formal and so akak2 gittewww~hkhikhikhik..so after getting some opinions from friends and readers, mereka cadangkan untuk letak title CIK PUAN HUSNA..ahaaa...~daripada situlah aku guna nama blog ni sehinggalah sekarang..thanks ye awak sebab bagitau pasal ni..harapnya lepas ni readers jangan salah faham naa..kami masih bersama dan dikurniakan dua anak..pray for our happiness berkekalan selamanya.aminn~

**********

-->takda kena-mengena dengan status:

harini anak aku si hannan asyik menangis jaa..actually asyiklah melalak since jumaat haritu.risau aku dibuatnya..dah cek perut tapi tak kembung pon.habis dari kepala sampai ke kaki aku belek kot2 ada yang sakit..dia asyik terkejut then melalak.huhuhu.dahla encik suami takda kat rumah..selalu anak2 meragam kalau ayah depa takdak kat rumah..jenuh aku nak handle sengsorang..mencabar dan dalam masa yang sama menguji skill aku sebagai seorang ibu..cewahh!jadi mak pon kena ada skill ka??hahah.lepas maghrib tadi baru dia tido elok..biasanya aku jarang angkat or dukung dia kalau kat rumah.letak atas mat/tilam dia then dia akan main n tido sendiri..sejak dua hari ni asal letak je melalak..masuk buai pon melalak..semua serba tak kena,aku nak solat pon jadi kelam kabut..huhu,mesti orang yang lalu depan rumah sangka yang budak kecik ni dibiarkan melalak..padahalnya aku ni dok pujuk sambil dukung jalan satu rumah..huhuhu!habis makanan aku takdan nak simpan jadi isi..kalori2 dibakar dengan exercise secara tak langsung..hailah anak...

harapnya malam ni hannan tido dengan elok memandangkan esok aku kena bekerja..dan kebetulan suami kerja shift pagi..kesian sangat aku tengok dia menangis..penat rasa.suara pon dah tak keluar hujung2 tu..hmm..jap lagi nak buat seperti apa yang dipetua mengikut cara Islam.

baca surah al fatihah, ayat kursi, surah an-nas, surah al -falaq dan hembus ke ubun2 anak.buat sebanyak 3 kali.kalau dia still menangis lagi lepas tu bacakan azan ke telinga kanan dan iqamah ke sebelah kiri telinga anak..in shaa Allah..semoga Allah lindungi kami sekeluarga dari anasir2 yang tak baik.




Thursday, April 03, 2014

++hadiah buat mak ayah++

Assalamualaikum..

Alhamdulillah harini ayah dah boleh guna kereta baru..yay!!!!aku pon punyalah excited sampaikan ntah berapa kali aku call depa.hahaha!
tercapai gak hajat untuk tengok ayah bawak brand new car walaupon kereta tu biasa-biasa ja.selama ni kami tak pernah merasa untuk naik kereta baru macam orang lain since daripada kecik. dulu2 ayah cuma mampu beli kereta second hand. tapi tu pon kami sekeluarga dah cukup seronok sebab boleh bergerak ke sana ke mari.  

first time ayah beli kereta tahun 1998. masa tu aku baru nak masuk darjah 6. sebelum ni kami nak ke mana2 naik bas, basikal or motorsikal ja.tak macam orang lain.but aku bersyukur sebab ayah dan mak datang jugak ke sekolah naik kereta buat kali pertama aku masa result UPSR keluar dan terus celebrate makan tengahari kat restoren.;) waktu tu kalau makan kat luar rasa hebat sangat dah walaupon makan kat restoren biasa2 ja.jarang merasa makan kat luar sebab mak kata nanti membazir..

first car: toyota corolla KE30 warna krim.

waktu zaman sekolah dulu aku tersangatlah kurang keyakinan diri..nak2 bila dah menginjak ke sekolah menengah.dapat plak masuk sekolah elit..huhu.waktu tu ayah cuma bekerja menjual kuih dan nasi lemak. duit berniaga tu 100% sumber pendapatan kami sekeluarga.pencen takdak sebab ayah bukan kerja dengan government. kalau ayah tak sihat, memang tak berniaga la jawabnya dan income tak masuk untuk hari cuti..jadi pendapatan bulanan terjejas. hurmm..
setiap tahun dan setiap kali waktu kutip yuran sekolah aku mesti aku antara orang yang akhir bayar. kadang2 yuran bayar sikit2. rasa macam nak letak kepala bawah meja bila cikgu tanya..
"ainul..kamu sorang ja lagi yang belum bayaq yuran bla..bla..bla.."
-____-

jadinya masa sekolah dulu2 aku cari duit poket sendiri. kebetulan jiran depan rumah berniaga bawang2, ikan bilis dan ikan masin kat pasar malam.setiap kali sampai stok bawang or ikan bilis, aku akan pegi rumah dia untuk ambik upah buang kulit bawang and kopek ikan bilis(buang perut) seguni bawang=RM4, 10kg ikan bilis=RM6. selain tu, jiran sebelah rumah plak buat kuih. sehari dia jual 10-12 jenis kuih.jadi waktu cuti sekolah aku akan amik upah kelim karipap, buat ketayap dan kuih cara. sehari dapat RM3.
jadinya duit yang aku kumpul tulah aku guna untuk beli barang2 yang teringin macam orang lain. 
duit biasiswa yang aku dapat plak aku share dengan parents untuk beli barang2 dapur, beli basikal dan keperluan sekolah yang lain.Alhamdulillah walaupun tak semewah dan sesenang orang lain tapi kami selesa.

teringat dulu, aku bersungut nak makan kat mcD.tengok iklan macam2 kat dalam tv. ada bigMac lah.Happy Meal lah.budak2 hingusan macam aku waktu tu memang senang terpengaruh.hu..atas dasar kasih parents kat anak2 depa bawak kami adik beradik makan kat mcD. bila tengok price list kat board mak termenung.semua dirasakan mahal kecuali Mc Egg..RM1.70 je sebiji..so, mak and ayah cakap kami boleh order McEgg je.air plak beli 2 gelas dan kongsi sesama. rasa macam down sangat bila tak dapat Big Mac mahal!:( sau benda at least,orang lain makan mcD kami pon makan ye dok??hehe.

skang ni menu ni dah takda kat mcD.

masuk 2nd year degree kat maktab ayah upgrade kereta lain.
pic ehsan dari google.

jujurnya mak ayah bukanlah orang yang senang.but they are the best parents in the world.bersusah payah membesarkan kami semua. now aku dah ada kerja sendiri, ada gaji dan keluarga sendiri. Alhamdulillah, Allah telah menghantar seorang hambaNya yang sangat baik untuk bantu kami sekeluarga.thank u husband!love u so much!
seboleh-bolehnya aku cuba provide apa yang kurang untuk parents aku. berkat doa mereka buatkan aku dapat hidup selesa macam skarang ni..syukur ya Allah..sob..sob..sob..

nak tau model kereta yang aku cerita awal2 tadi?

tadaaa~!
brand new saga sv in brown!:D

sungguh rasa nak nangis bila tau akhirya ayah merasa drive kereta baru sendiri.
u deserve this ayah.

p/s: hargailah ibubapa anda. tanpa mereka, takkan ada kita kat dunia.

Thursday, February 20, 2014

teraniaya@menganiaya?

Assalamualaikum..


pelik dengan perangai sesetengah orang..asik nak menampakkan diri teraniaya
padahal memang diri sendiri yang buat pasal.haisyh..bengang je!
even aku dengar macam2 cerita tapi aku tak hadam cerita tu bulat2 since aku tau benda sebenar dan aku nampak dengan mata kepala sendiri
but diri dia masih tak sedar kot.yang orang lain dah tau dan masak dengan perangai dia.
hurmm.
semoga menjadi iktibar untuk diri sendiri.
mana yang elok dijadikan teladan.
yang buruk dijadikan sempadan buat diri agar tidak hilang pedoman.

sekian.
warta berita untuk hari ini.
bai~



Wednesday, February 19, 2014

++wahai lelaki..tolonglah..++

Assalamualaikum.

fitrah dan sifat seorang wanita/perempuan memang dilahirkan sensitif, mudah tersentuh dan emotional.
kenapa bukan lelaki????kerana sememangnya kita dah sedia maklum yang perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.jadi dia mudah terdorong oleh nafsu.


isteri ni sebenarnya banyak fungsi dalam rumahtangga..pendek cerita multipurpose. semua benda dia nak kena buat dalam satu masa. dia kena pastikan yang makan pakai anak suami terjaga..iron baju suami, masakkan untuk suami anak, kemas rumah dan sebagainya..malam plak terpaksa berjaga bila anak meragam terutamanya bagi yang ada anak kecik..bila masa untuk tido dan berehat???So, TOLONGLAH FAHAM.

kadang2 setiap wanita ada kemahuan dia sendiri.nak2 dia bekerja dan ada duit sendiri. suami memang takda hak atas duit isteri. kalau dah suami sekat dia nak beli itu ini, tak merasa la dia nak cantik, bergaya , macam wanita2 lain..kalau dah tak bagi isteri beli barang keperluan guna duit sendiri, toksah bagi keje.kan senang?
jadinya wahai para suami, TOLONGLAH JANGAN SEKAT KEHENDAK ISTERI.
 
nak bini yang sebelah kiri atau kanan??

setiap isteri atau wanita mengharapkan pasangannya agar dapat memahami perasaan dia.terutamanya waktu BULAN MENGAMBANG a.k.a PEOD. mood memang akan mudah swing..so TOLONG JANGAN CARI PASAL.teheee~


ramai lelaki yang buat2 tak faham yang orang perempuan ni perlukan pertolongan di rumah..jadi ringan2 kan tulang anda untuk membantu..tolong jagakan anak waktu isteri masak ke..tolong basuh pinggan ke..tolong basuh baju ke..dan tolonglah apa2 yang patut asalkan dapta meringankan beban kerja isteri. kalau susah sangat nak tolong dari segi kudrat, paling senang adalah TOLONG JANGAN SEPAHKAN RUMAH..aku rasa semua perempuan nak rumah mereka berada dalam keadaan kemas dan bersih.supaya bila masa kawan2 dia atau sape2 datang rumah takdalah segan sangat dengan tetamu kan..
nak2 dapat plak bini yang cerewet macam aku.hahahaha!habis semua aku nak buat..cuci toilet, masak, sapu dan mop rumah, buat keje sekolah online, lipat baju...last2 aku yang terkelepet kepenatan sebab nak semua dalam keadaan ok..at least sedap mata memandang.hehe.

keje aku kat rumah dah makin ringan sebab suami rajin tolong basuh dan sidai baju..tang lipat tu memang aku tak bagi sebab satgi jadi lipatan kuih plak.bahahah! Alhamdulillah dapat suami yang menyenangkan hati..:)

Monday, January 27, 2014

++mind your words++

Assalamualaikum..

aku dah berazam tahun ni nak kurang tengok fon during in school...tapi takdala buat taktau terus.sebab kadang2 ada call penting daripada parents ke..pejabat ke..kecemasan ke..so far aku dah berjaya kurangkan untuk benda2 yang tak penting.yeayyyyy~!!!*joget2*
tamat bab 1.

bab 2.
baru je lepas tengok satu video pasal sorang perempuan yang mengamuk sehingga mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar..dengan bangganya boleh upload video dia tu dalam facebook.tujuan apa???ntahlah.untuk memalukan orang yang dimarah tu ke or maybe nak bagi kesedaran kat orang ramai gamaknya..kesnya macamni, ada orang tinggalkan kucing dalam kereta dalam cuaca yang agak panas.tingkap plak tertutup rapat.of course takda ventilation yang baik untuk kucing tu.orang yang dok luar pon peluh berbakul-bakul, apatah lagi kucing yang terkurung dalam kereta tu kan..ololo..kesiannya.


sambung...
caring girl tu tunggu je sape owner kete tu datang sebab risaukan keadaan kucing tu..dah boleh nampak dengan jelas yang niat caring girl tu memang sangat murni.sayangkan kucing.but after waiting quite some time owner kete tu tak kunjung.so apa yang dia buat adalah pergi buat announcement kat bahagian information counter supaya owner cepat2 datang ke kereta dan tengok keadaan kucing tu.dalam waktu tu mungkin peluh dia dah habis basah satu badan kot..itu yang buat dia bertambah HOT..bukan hot gorgeous tu..heh.

20 minit kemudian barulah owner kete tu datang..
setibanya owner tu (dua orang ladies) ke kereta dia, terus caring girl tu SEMBUR depa dua orang..terkebil2 akak tu kena jerit depan2 muka..sambil marah sambil rakam.haa..elok sangat la tu kan..sepanjang MAKIAN tu berlangsung ntah berapa kali dia sebut BODOH...BAB* dan macam2 lagi kata2 makian..dari aku respek kat minah tu terus aku rasa annoyed by her action..awal2 tu dah macam angel..nak selamatkan kucing kononnya..tapi cara dia tu tak kena lah.
kalau u pandai sangat, janganlah nak sesuka hati membodohkan orang..I think it's better to say nice words rather than saying harsh words..u boleh marah dorang..but please MIND YOUR WORDS..jangan sampai orang lain dengar terus rasa nak SEMBUR kat u skali..ahaaaa..~


ok.ini adalah pendapat aku..
nak ke link video tu???
nah.aku tempek sini dan korang nilaikan sendiri..

https://www.facebook.com/photo.php?v=10203281512828724&set=vb.1536846191&type=2&theater

p/s:yang ladies dua orang tu pon satu hal..yang p tinggal benda hidup dalam kete tengah panas tu buat apa???taktau ke rakyat malaysia ni mempunyai keprihatinan yang sangat tinggi..kan dah kena bertingkek-tingkek..lepas ni beringat..jangan lagi buat benda yang sama..gamak nak g mana2 toksahlah bawak kucing tu skali.elok je tinggalkan kat rumah.bebas berlari sana sini..ok?

Sunday, January 05, 2014

++ujian second preganancy++

assalamualaikum..

cukup 1 jam haiqal tinggalkan mama sorang2 kat ipoh...sob..sob..sob...;(
ayah keje..lewat malam baru balik..terasa sangat sunyi kat rumah..hurm.selalu mesti dengar riuh rendah suara dia yang skang ni memang banyak cakap.
actually haiqal ikut tokma n tokwan balik kampung.
semuanya pon untuk kebaikan bersama..

mungkin ramai yang taktau..untuk second pregnancy ni macam2 ujian yang diberikan..tak sama dengan masa mengandungkan muhammad haiqal dulu..benarlah orang kata, setiap anak lain2.tak sama..jadi kami redha dengan ujian ni.cuma minta kawan2 doakan semoga semuanya dipermudahkan hingga ke proses kelahiran nanti.

anak yang sedang membesar tambah2 lagi anak lelaki memang lasak..once dia tau yang mama ada baby lain dia akan nak perhatian yang lebih lagi..dalam masa tu macam2 dia buat untuk dapatkan attention.tapi nak salahkan anak pon tak boleh sebab dia taktau pape..masih tak faham proses mengandung ni macamana..for all he knows, mama is going to have another baby soon.
till now masih lagi bleeding..non stop..huhuhu.

oh ya mungkin ramai yang taktau lepas je balik dari dubai haritu aku mengalami bleeding (macam first day period) sehingga membuatkan aku cemas dan risau. terus gerak suami dan dia bawak ke hospital sg.buloh bahagian kecemasan, kemudiannya aku dirujuk ke bahagian wad bersalin untuk berjumpa dengan doktor o&g for further check up.hurmm...nasib bleeding tak berlarutan haritu..just for few hours..then stop.
masa scan doktor kata baby ok..alhamdulillah..dan tak kena tahan wad..(nasib baik)
so kami terus balik dan berehat sebelum memulakan perjalanan balik ke simpang pulai.

hari sabtu adalah hari pendaftaran tahun 1 sekolah.manakala isnin dan selasa ada mesyuarat kurikulum&kokurikulum..aku pergi seperti biasa.dalam hati masih risau kalau turun darah lagi..huhuhu.
alhamdulillah..hari berlalu tanpa sebarang masalah..

hari khamis dah mula sesi persekolahan 2014.
faham2 jelah kalau baru buka sekolah ni banyak benda nak kena buat..tambahan pula aku kena pegang tahun 1 dan mengajar tahun 4...jadinya blok kelas berlainan..tahun 4 di tingkat atas sekali.memang ada rasa sengal2 kat bahagian bawah perut.terus g pergi toilet.sekali tu check memang ada spotting (tompokan darah). so i told my husband about this and he brought me to do scan and check up kat klinik daerah. sekaligus jumpa doktor..nasihat yang sama diterima..
harus mengurangkan pergerakan dan jangan buat kerja berat..dalam hati dah risau, kalau tak buat kerja kat rumah, maka anak dan suami mesti terabai makan, minum, mandi, pakai.
aku tanak macamtu..as a mother and a wife, tanggungjawab tetap tanggungjawab.
haiqal memang suka wrestling dengan ayah..kalau ayah g keje, mama yang akan jadi mangsa.
huhuhuhu.kadang2 tak sempat nak elak dia dah lari menerpa kat mama.huaaa..~senak perot...

kebetulan pula, suami kepada pengasuh anak masuk ward -masalah jantung. pengasuh terpaksa temankan suami di hospital for moral support. kesian sangat kat dia...ujian besar untuk mereka sekeluarga..harapnya abang latef (suami pengasuh) cepat sembuh dan menjalankan kehidupan seperti sediakala..amin..
cumanya masalah haiqal takda pengasuh..terkial2 gak nak cari sapa boleh jagakan haiqal.nasib ada opah dekat2 ngan rumah yang sanggup jaga haiqal sehari..the next day, encik suami keje petang, so pagi dia jagakan haiqal..we need to think afterwards..sape yang nak jagakan haiqal lepas ni?hurmm..
lepas fikir masak2 kami terpaksa minta tolong mak ayah jitra untuk jagakan haiqal buat sementara..kebetulan haiqal ngan tokma tokwan memang ok..harap2 dia tak meragam sangat nanti..dalam masa yang sama aku harus fikir kesihatan diri sendiri..buat masa ni aku kena berehat dari buat keje berat2.harap2 bleeding yang dialami akan berhenti.

cuma mama jela yang rasa sedih terpaksa berpisah buat sementara dengan anak kesayangan..after 10 minutes dia naik kereta ngan tokma n tokwan aku dah meleleh2 air mata..
yelah..suami selalu sibuk kat hospital.sunyi sepi mesti terasa..diala yang selalu temankan aku setiap hari..even penat macamana sekalipon bila tengok haiqal depan mata, aku rasa semangat dan kuat.

semuanya demi kebaikan bersama..
ya Allah, kuatkan semangat ku ya Allah..
peliharakanlah anak-anak ku dalam jagaanMu ya Allah..
kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ku..
berikalan kemudahan dalam segala hal kepada kami sekeluarga..

amin..ya rabbal alamin..~

i love u my son..behave well k..
nanti mama balik ambil haiqal..

Tuesday, November 26, 2013

++cabaran datang berkursus++

assalamualaikum..

while others are talking to their spouse and kids through phone, I just do nothing.just looking at the laptop with empty feeling.what am I gonna do..? 
my son has slept already with his tokma and tokwan..tonight is the second night he sleeps with my parents..mama is away and ayah also not around..pity son..hopefully he's doing fine in jitra..:((

kalau nak dibandingkan dengan orang lain, ada orang yang lagi teruk keadaanya daripada aku.sakit merindu adalah perkara biasa bagi seorang ibu yang bekerja.bukan aku sorang je yang berkursus dan berjauhan dengan anak tapi ramai lagi yang terpaksa meninggalkan anak kecik demi kursus ni. yang paling membuatkan aku rasa semakin bersemangat bila ada ibu2 muda yang masih dalam pantang (hari ke-27 dia dah datang sini)..sorang2 datang naik bas daripada kelantan dengan luggage yang agak banyak..beg pakaian, laptop, bekas untuk simpan susu dll. cekal sangat adik tu..have to call her adik because she's just 25.
 bila dah buat kursus kat pulau mesti la kena datang sini naik bot/feri..cer korang bayangkan adik tu kena bawak beg banyak2..heret sampai ke jeti..pastu nak naik feri bukan senang..ada kena panjat turun tangga..ya Allah..semoga Allah permudahkan urusan dia..

selain itu, ada yang datang berkursus dalam keadaan anak warded kat spital..macam2 lagi lah yang aku perhatikan sepanjang nak berkursus di langkawi.jadinya aku rasa tak patut aku merungut..sepatutnya aku redha je kerana kursus ni pon melibatkan masa depan..

ok lah.esok nak kena bangun awal..another 3 days more to go..
chaiyok!!mama husna and baby boleh!

doakan kesihatan kami ye di sini..semoga dapat menyempurnakan kursus dengan jayanya..

nite all..
selamat malam kesayangan mama..
good night my dearest hubby.love u both.

Wednesday, August 28, 2013

++facebook status++

assalamualaikum..

tengok tang tajuk tu macam boleh buat tajuk pidato ataupun karangan PMR kan.sebab taujuk itu sangat HOT.hikhikhik.semenjak dua menjak ni aku asik panas telinga  dengar orang bercakap tanpa isi.maksudnya percakapan lebih kepada merapu merepek niang rapik.#mulut tahap longkang.kalau merapu dalam blog lain cerita lah kan, hihi.i ols lah tu..;p.
sapa tanak baca pon cheq peduli ape kan..haaa..ini masalahnya bercakap hingga buat orang terasa, terkecik hati..tanpa menjaga batas dan adab tatasusila..adoi.pening kepala dibuatnya.*mata ke atas tanda annoyed*

sebagai contoh..kita selalu meluahkan perasaan kita kat dalam facebook mahupun dalam blog. friends list korang katakanlah ada 1000++..pastu korang ada marahkan sorang daripada kawan korang..pastu p tulis laguni..
" bo*** punya orang! kalau tak pandai tu janganlah buat2 pandai.menyusahkan hidop je!"
(#ini contoh je k)

ape.ko dah pandai sangat ke sampai boleh membodohkan orang???hahahaha!setakat pandai nak merampuih kat status facebook ape lah sangat~apa pon tak boleh!;p kita ni secara sedar atau tak sedar suka sangat guna facebook sebagai medan untuk melepaskan perasaan marah dan geram kita. kadang2 kita nak habaq kat tak suka orang tu dan nak block..
contohnya...~
"haisyh..napelah dot dot ni dok menyemak kat dalam friend list I..sorry dot dot..I terpaksa delete u..kenang daku dalam doamu."
*okeh.ayat yang last tu aku saje menambah sendiri.hikhikhik*

jap.yang ni aku confuse kejap...nak block orang perlu ke nak canang bagi semua orang tahu????
hang nak delete dot dot tu dari friend list hang, terus buat jelah..takyah susah2 nak up status macamtu kat facebook..ini salah satu status yang buat aku sakit jiwa.hohohoho.

budak2 yang baru nak up zaman le nim pon boleh tahan gak fe'elnya.jiwang sesungguh!tengok budak yang buat video janji bagai tu udahle,berani kan??kadang2 aku plak yang naik meremang baca status yang depa up..contohnya..

"sesungguhnya ku tak ingin yang lain selain dirimu sayang...kau membuatkan diriku berada di awangan...aku berjanji akan setia mencintaimu selama-lamanya.."

ohsemnya janji2 manis dia..padahal baru tingkatan 1 atau 2 cenggitu..agaknya kalau aku mati idea nak tulis ayat jiwang apa kat encik suami bolehlah minta idea kat depa ni kot.eh??
kot ye pon nak bercinta dik non, make sure u dah mampu beli spender sendiri...hahahah.ini spender pon mak ayah yang belikan lagi..*drooling eyes*

macam2 lagila yang aku baca kat status facebook orang...kadang2 aku pon ada gak yang tulis merapu2..tapi kalau boleh tu janganlah up status yang boleh menyinggung perasaan orang yang membacanya..
sekalipon kita marah dengan seseorang, better tulis direct kat orang tu secara private.tak pon jumpa terus ke..senang..tak yah nak kecoh2 satu malaya..secara tak langsung orang boleh judge u dari segi percakapan u tu..hurmm..renung2 kan ye..

k lah..nak g mydin jap.nak beli bendera hias kelas..SEMANGAT!
babai~

jaga diri hiasi peribadi.
salam.

Thursday, August 01, 2013

++akibat kurang kasih sayang dan didikan++

assalamualaikumm...

tersangatlah bengang harini..dahla tak boleh berbuka puasa dengan sempurna sebab haiqal nangis nak tido waktu berbuka tadi..dia ni jenis kalau nak tido kena main2 ngan dia dulu then barulah nak pejam mata..huhuhuhu.(`-_-)

aku ada masalah besar dengan budak yang selalu melepak depan rumah..FYI kawasan rumah aku ni betul2 berhadapan dengan padang.so memang port yang baik untuk loitering while wasting times.disaat aku menaip entri hati tersangatlah marah bercampur geram..sekian lama dah bersabar dengan kerenah depa..huh!
most of them terdiri daripada budak sekolah menengah..rata2 dari form2-form 5.

boleh dikatakan 70% daripada jumlah budak2 sekolah menengah datangnya daripada sekolah aku..
boleh tengok kedudukan sekolah kami (menengah&rendah)

nilah kedudukan sekolah kami..padang yang memisahkan antara dua bangunan sekolah.

aku rasa bukannya depa ni taktau yang aku ni merupakan salah sorang guru kat sekolah sebelah..hari2 lalu sekolah depa.dan, setiap kali aku balik rumah setiap petang mesti budak2 tu dah ada depan rumah..melepak!yang tak boleh blahnya tu, bukan setakat budak2 laki je melepak.budak perempuan ada join skali..kadang2 aku tengok dalam 10 orang budak laki ada 1,2 budak perempuan..haiyaa.taktaula nak cakap apa..aku boleh nampak dengan jelas apa depa buat thru my sliding doors.aku tak kisah kalau depa melepak setakat bersembang or tak mengganggu orang..bab mengacau hidup ni yang aku marah sangat..

lepas je maghrib tadi a group of the kids came as usual..mula2 dengar sembang biasa2 je...lama2 aku dengar bunyi lain plak dah...main mercun betul2 depan rumah aku.dahlah haiqal nak tido..beberapa kali dia terjaga bila dengar bunyi mercun meletop. depa ni stok main mercun bola rasanya.bunyi kuat gile!last2 aku geram aku keluar rumah.aku buat2 nak angkat towel.walaupun towel tu baru je dijemur kejap tadi. kalau nak diikutkan takdan nak kering pon.huahua.aku tengok je sorang2 muka depa...memang sah.ada diantara depa tu bekas anak murid aku.cuma depa ni bila lalu depa buat tak heran jaa..

kadang2 ada je benda2 pelik depa ni buat...ada satu hari tu kan, aku balik dari sekolah then tengok ada motor penuh depan rumah sampaikan aku nak parking kete masuk dalam pagar rumah pon susah..rupa2nya budak2 tu tengah nak bergaduh..siap ada penyokong bagai lagi..pastu aku terdengar.."tunggu apa lagi...tumbuklahhh!!!!" cer korang bayangkan, depan cikgu pon masih boleh cakap macamtu..mana p respek hangpa ha budak2??masih lagi nak teruskan bergaduh.tak faham sungguh aku..slow2 je aku turun kete..buat2 belek surat dalam mailbox..macam2 lagilah aku buat.saja nak duduk depan rumah lama2.nak tengok apa depa nak buat..at the end tak jadi bergaduh pon..semua gerak balik one by one..haha.dalam hati.." awat hangpa tak gadoh?tadi bukan main lagi dok lawan gertak"

another incident, mungkin ada diantara korang yang taktau aku ada mengajar tuisyen disebelah petang untuk tahun 1,2 (english). sekali tu ada ustazah sekolah aku hantar anak dia datang tuisyen kat rumah..pastu dia tegur la budak2 yang dok melepak depan rumah sebab budak2 ni memang pernah mengaji dan belajar dengan dia masa sekolah rendah..
ustazah : " kamu tingkatan berapa dah sekarang?"
budak : dengan muka selamber toyaaaa dan tak pandang ustazah dia jawab "ntah!"
aku yang dengar dia cakap masa tu rasa nak bagi pelempang je laju2.padahal ustazah tu tanya elok2 kot..siap dengan senyuman lagi...sekali dibalas macamtu skali..sentap wehh!

kalau nak diikutkan macam2 lagi depa ni buat..cuma tak terluah je kat sini.terlalu banyak...hampir semuanya menyakitkan hati.huhuhuhu.
aku taktau lah apa yang depa dok fikirkan..yang aku perhatikan depa ni memang dah takda rasa hormat kat kawasan jiran tetangga kat sini. tak boleh ditegur langsung plak tu..masa aku mula2 pindah sini, jiran dah siap warn pasal budak2 tu..kalau boleh jangan sound or marah depa..nanti ada ja benda tak elok depa buat kat kita.

jiran sebelah pernah kena baling telur busuk..habis penuh depan rumah..tak pasal2 kena cuci.then, jiran selang beberapa buah rumah pernah tegur depa pasal depa suka dok ramp motor kuat2.dahla motor stok bunyi macam motorbot.marah tak kalau malam2 pon dok ramp???haruslah bengang kan??sehari selepas ditegur, tengok2 cermin kereta dia pecah kena baling dengan batu besar..hurmmm..apa nak jadi dengan budak2 sekarang ni..
pantang ditegur nak melenting..yang hairan, macamana depa boleh dapat motor sorang satu sesenang mcamtu jek..parents tak kisah ke???

pada pandangan aku, budak2 ni mungkin kurang perhatian dan kasih sayang gamaknya..sebab tu jadi macamtu..mudah2an Allah membuka pintu hati masing2 untuk kembali ke jalan yang sepatutnya..aminn..


p/s:bila dah jadi mak2 ni..perasaan sensitip over plak.ahahaha!semoga kita semua diberi hidayah olehNya dan seterusnya menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya..
salam..:)

Tuesday, April 30, 2013

++aku dan seni ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan.ecewah!++


assalamualaikum..

baru sebentar tadi tanjat beruk sebab terbukak news feed facebook pastu ada gambar mayat berjalan kat indonesia.+&***%%%!!!.ntah betul ntah idak wallahualam..Allah Maha Mengetahui..
that is why aku suka akses fesbuk guna phone.so kalau ada gambar peliks2 takdela tanjat sangat kennn..hohoho!

sekarang ni dah tak sesibuk macam minggu2 menjelang pertandingan action song..dah boleh menarik nafas lega.aku tak pernah nak share video action song..tahun ke3 terlibat dengan pertandingan ni baru tahun ni aku rasa nak kongsi ngan readers semua what I have been doing for this while..selalu bercerita jek pokpek2 pasal action song.tapi tak pernah pun tunjuk video kat uols kan...meh sini.rapat2kan sikit muka korang kat laptop memasing..nah.tengok sendiri hasilnya..hihihi.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MD1KlZHOzCE

aktiviti seni memang dah jadi feveret sepanjang zaman...sejak dari kecik lagi aku dah terlibat secara langsung dengan aktiviti2 yang sewaktu dengannya..ingat lagi tiba2 cikgu sekolah aku (back in brunei) appoint aku untuk jadi tekong nasyid..masa tu aku baru sedar rupanya boleh gak aku menyanyi ye..eh?hahahaha!
then tubuhkan pasukan nasyid kat sekolah menengah sebab masa tu pasukan nasyid sekolah hanya suam2 kuku.terus jumpa ustazah nak masuk sesangat..but then masa tu ustazah cakap dia dah ada team sendiri..but aku insist nak masuk gak.so untuk menjadikannya adil aku dan rakan sepasukan dalam nasyid kami bagi cadangan untuk buat pertandingan dalaman terlebih dahulu.then pemenang boleh wakil sekolah untuk pertandingan nasyid..ko ada berani wat gittew keewww~hahaha!itu menunjukkan minat aku yang mendalam terhadap muzi mendorong aku untuk buat macamtu..alhamdulillah!!my team came first and did manage to represent our school in nasyid competition.

masa maktab plak aku lebih cenderung dalam bidang tarian tradisional.first time dengar ada audition tarian kat maktab..aku memberanikan diri untuk try..dan berjaya!happy hati tidak terkata wehh..2 tahun berturut2 jadi wakil maktab dalam tarian sehingga ke peringkat kebangsaan.best sangat!dalam masa yang sama aku dipilih untuk masuk dalam pasukan gamelan maktab..yang ni pun best gak.sebab aku boleh dapat extra income.kalau kami dipanggil untuk buat persembahan, biasanya masa konvokesyen  lah...kami akan dapat lebih kurang 200+- untuk student dikiran banyaklah tu..bukannya susah pon..hihihihi.:p selain dari gamelan aku masuk koir..ahaa.sebut pasal koir ni trus teringat pensyarah koir aku pernah nak kenenkan aku ngan anak dia..hahahahahaha!memang satu kenangan yang tak boleh lupa.tapi Allah Maha Kuasa, jodoh ajal maut semua di tanganNya..rupanya soulmate aku adalah suami aku yang sekarang...love u dear..:)
ini adalah sebahagian dari gambar2 yang ada dalam simpanan aku sehingga sekarang,semuanya tentang aktiviti seni..layannnzzz~

masa rehearsal gamelan kat taman tamadun islam, KT.

bersama team gamelan IPG KDRI. #wearing baju rasmi gamelan

*testing baju tarian.yang epicnya, baju ni ihsan dari muzium kalau tak silap aku.hahaha.kalau zoom dekat2 memang leh nampak kesan lubang sana sini..

inilah bajunya..tapi tudung tu abaikan..nama pon testing aje kenn...yang penting outfit tu kena ngan badan.

choir MAKSAK..rasa macam stewardess plak time ni.kuikuikuik.:P

banyak lagi pic aktiviti seni aku untuk menunjukkan my passion towards any kinds of arts.:)
tapi cukup sekadar ini saja dulu.bukan untuk riak.jauh sekali membangga diri sendiri.cuma nak share kecintaan aku kepada dunia seni...

selamat bercuti semua..
#alfatihah kepada arwah pensyarah Encik Wan Razak yang banyak membantu dalam kegiatan seni di maktab.semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.

# undi tu undi gak..cuma nak pesan tak payah over sangat nak pokpek sana sini..undi kan rahsia.simpan dalam perut memasing udahle..:))

# kerjaya guru semakin mencabar..yet its getting fun..love teaching so much!

Tuesday, November 13, 2012

++dengki sampai mati++


assalamualaikum...

aku sangat sedih dan marah bila ada orang yang cuba memporak perandakan keluarga kami yang dibina hampir 30 tahun..selama ni ayah dan mak dah banyak bersabar dan berkorban demi menyelamatkan keluarga..huhu.Allahuakbar..sungguh besar kuasa-Mu ya Allah..sehingga sekarang masih utuh lagi ikatan mereka sebagai suami isteri..alhamdulillah..
yang aku tak faham..orang yang dengki tu tak abis2 nak pedajal orang lain..sampai ke tua tak boleh nak tengok orang lain bahagia..agaknya ko memang dah takde keje eh???*buat muka garang sambil tunjuk penumbuk* sampai sekarang memang taktau la sape punya angkara..tanak tuduh sesapa..sebab nanti kalau salah tuduh jadi fitnah..cuma aku tak sanggup tengok mak ayah aku sengsara dari mula kawin sampai sekarang..tapi aku yakin Allah tu maha pelindung..apa2 perkara yang terjadi sekalipon adalah dengan izin-Nya..semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dari hasad dengki sesama manusia..

aku berdoa semoga orang yang takde hati perut tu kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat..

kepada kawan2..jaga diri k.
jangan biarkan diri terjebak dengan permainan syaitan..semoga dirahmati Allah semuanya..

babai..
(sedikit tenang selepas sesi meluahkan perasaan kat blog.:)))


Wednesday, October 24, 2012


assalamaualaikum..

the workload is killing me..like seriously..makin dekat dengan tarikh cuti sekolah makin terasa beban untuk menghabiskan keje2 yang perlu disiapkan dalam masa terdekat neh..dah mula rasa cabaran bila dah ada anak..rasa macam aku ni kecoh lebih jek..macam.."ek elehhh...anak baru sorang pon nak rasa kelam kabut..kami yang anak berderet ni ok jek..heh." *ok.dialog hanya rekaan minda aku sahaja.harap maklungggg*;p

bersyukur sangat bila tengok haiqal dah makin ok.selsema tu pon dah kurang..agaknya aku pulun sangat hisap hingus dia sehari semalam sampai hidung pon bau macam bawang putih sikit..miahahaha~!!loqlaq sangat aih!tapi memang betul pon.semalam aku makan nasi goreng banyak taruk bawang putih woooo~hehehe. esok sekolah dah start bercuti.so.its time for me untuk siapkan keje tertangguh..:) dan esok petang plak nak gerak balik shah alam untuk beraya bersama family mertua..hopefully perjalanan esok dipermudahkan dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju.amiinnn~

p/s: menikmati puding roti dan kek red velvet yang super sedapp...thanks to kak imah a.k.a babysitter haiqal sebab sudi bagi rasa..hehe.tak sangka she's good in baking and pastry.pasni kalau ada jamuan ingat nak tempah je kat dia.senang..dah tau rasa semuanya sedap...:))

take care semua..mmuahh~!!




Monday, October 15, 2012

++tak sukalah!!++

assalamualaikum..

orang tua2 kata tak baik benci sesama manusia..dalam Islam pon cakap benda yang sama..masalahnya skang ni,aku ada memang tak boleh nak hadap muka orang tu pon.kalau boleh nak pandang pon tanak lepas apa yang dia buat kat aku..grrrrr....GERAM!!!asal tengok je muka dia rasa macam nak smash je ngan something.hahahaha!aku pon tak faham kenapa boleh jadi sampai macamni..ke aku je yang pandang dia macam muka orang mintak penampo???!uisyhh.bahaya sungguh mata aku ni.boleh plak main tafsir2 tengok muka orang then categorized muka orang tu muka orang baik, then muka orang ni MMP (muka minta pelempang)

sebenarnya aku pon tak suka benci2 kat orang nih. berusaha sedaya upaya supaya dijauhkan perasaan ni.rasa berdosa sangat2.huhuhuhu:(( I TAK SUKALAH!!!!!!

Friday, May 25, 2012

++kursus waktu orang bercuti dan kenduri kendara.haisyh!++


assalamualaikum..


feeewwhhh...~!baru sampai rumah dari menghadiri taklimat kursus kissm..huhu.aku tengok tak ramai kawan2 seangkatan yang sama condition dengan aku..masing2 yang datang rasanya tak pregnant..kot ada yang mengandung pon maybe kandungan baru2 lagi.so.masih sempat lagi untuk berkursus awal bulan 7 ni..hurmmm...pas je dengar yang JPN akan buat kursus 3-5 julai ni terus rasa down.yelah..waktu tu kompem2 aku takleh nak g..sebab dalam pantang.wuuu~wuuu~.:(
dorang buat kat pulau pangkor plak tuh..wuaaa~!nak ikot!!!!

disebabkan frust awal2 ingatkan tak dapat nak buat kursus tahun ni..aku tak salin sangat apa yang ditaklimatkan tadi..sibuk je main enset.dalam kepala otak pas abis taklimat nak jumpa dengan urusetia and maklumkan pasal aku nak tarik diri dan nak gantikan dengan orang lain..lebih2 lagi terdengar urusetia tu cakap next kissm akan dijadualkan tahun depan.bermakna kalau aku tarik diri sekarang ni, aku kena tunggu lebih kurang setahun untuk pergi kursus yang sama...alahai~lagi lambat sah jawatan lah jawabnya..

--sempat lagi si tembam snap gambar odw balik dari sekolah and terus g kursus--

selesai je urusetia bagi taklimat, aku terus jumpa dengan urusetia berkenaan untuk tanya pasal hal aku sekarang..relevan tak kalau aku tarik diri.pastu urusetia tu tanya due aku bila...aku pon bitaula hujung bulan 6 ni..then dia kata, tak perlu tarik diri pon..ALHAMDULILLAH~SELAMAT!!! maknanya aku still terus buat tugasan macam orang lain ikot modul.cuma tarikh kursus and jawab exam kissm ditunda pada bulan 9..yay~*joget2*

**habis bab kursus**


actually harini aku cadang nak balik kedah untuk attend kenduri kawan baik masa sekolah..tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan ditambah pulak dengan suami tak boleh nak datang amik aku harini, so takleh nak tengok dia nikah..sob..sob..sob..sedih ok!masa aku kawin dulu dia ada sekali..siap temankan aku lagi untuk amik baju pengantin and sebelum mengadap kadi untuk dinikahkan..apa perasaan korang kalo tak boleh nak hadirkan diri untuk hari bahagia kawan baik??
tengok gambar nikah dia yang kawan aku post tadi pon aku dah rasa sebak...:((

to:nurain bt redzali..

dear..I am so sorry for not attending ur solemnization and wedding day..believe me..it's hard for me realizing that I couldn't be at ur side at the moment u've been pronounced as  a wife..

rindu nak jumpa dengan dua2 orang nih..huhuhuhu.depa ni geng masa sekolah dulu2...sorang lagi kat spital rasanya (referring to cik diana..heheh) 

apa2 pon, semoga ain berbahagia di samping suami tercinta dan selamat melayari rumahtangga.cepat2 dapat baby ok!luv u ols~mmuah~!!





Tuesday, May 08, 2012

++my psychotic neighbour++

assalamualaikum...

hati semakin risau bila terbaca dan terdengar banyak kes yang melibatkan masalah rumah tangga..aku tak fahamlah..seolah-olah perkahwinan tu macam main deal ikut mulut je..then bila dah tanak senang2 nak lepaskan.
aku jadi sangat panik bila kes2 macamni dikhabarkan semakin tinggi..semoga Allah memelihara hubungan suci kami suami isteri hingga ke akhir hayat..aminn..

baru2 ni aku ada merempan kat facebook sebab tak tahan sangat dengan perangai sorang jiran nih..asalnya kami memang baik dan boleh dianggap macam keluarga sendiri memandangkan susah senang banyak diharungi bersama sejak dulu lagi.senang cerita.mak ayah aku ni jenis yang sangat mudah untuk bantu orang bila ada orang memerlukan..sometimes kesian gak nengok ada orang amik kesempatan atas kebaikan dorang.hurmmm..nilah dunia..kadang2 rasa tak adil pon ada.


alkisahnya, jiran aku ni ada masalah dengan keluarga dia.setiap kali gaduh or what-so-ever baik si suami or si isteri mesti datang rumah untuk mengadu..dah orang datang rumah takkan parents aku tak layan kan?jenis mak ayah aku ni,dorang sebolehnya tanak masuk campur dalam masalah orang and bila orang bercerita dorang hanya menjadi pendengar sahaja..tak berani nak cakap apa2 or bagi komen takut orang akan kaitkan dorang sekali kalo ada apa2 masalah..mak ayah aku lebih selesa duduk rumah and tak suka nak g menyembang kat rumah2 jiran..

satu hari, masalah jiran aku dah jadi sangat genting when da husband hit his mother in law using a broom..boleh bayangkan tak how could he do like that to the old lady? dalam kes tu my parents tarik the granny out from the house supaya tak kena pukul lagi..ape lagi..makin meroyan lah orang tua tuh..siap jadi kes polis dah.huhuhu.dahla jiran (FYI, he's a guy) tu tak kerja sangat, duit belanja dapur tu tok (the mother in law) yang tanggung hasil duit mengasuh anak orang and kopek ikan bilis.kalo orang tua tu takde, sape nak masak untuk ko?????takde perasaan ke buat macamtu ????apa yang aku boleh cakap is dia GILA!!! tak hormat orang tua2.nampak luaran macam berpelajaran dan warak tapi dalaman sangat psychotic ok! bila jadi kes macamni..aku teringat kat anak sulung dorang...dia banyak membantu keluarga dan sangat baik orangnya..dahla tak lama lagi anak dia nak kawin somewhere in june ni..hurmm..kesiannya kalau dapat tau ayah dia jadi macamtu...:(

si jiran ni selalu memburuk2kan isteri and keluarga isteri dia sampaikan mak ayah aku tak larat nak dengar cite2 yang dorang sendiri tak patut tahu...bila mak ayah aku back up tok (the granny/mother in law of my neighbour) si jiran ni jadi makin hangin dengan keluarga kitorang...habis dia canang kat orang sana sini  kat kawasan taman kitorang. dia cakap ayah ngan mak aku jadi punca perosak rumah tangga dia..what the hell?????selama ni dia yang sibuk cite masalah dia kat parents aku and bila orang tanak tolong dia, ada ke patut buat tohmahan bukan2!and again dia memang GILA!

aku bertambah bengang dengan jiran aku tu bila dia start guna FB and post benda yang tak patut kat wall aku..dia nak cite kononnya dia insan yang teraniayalah..padahal, the truth semua orang dah tau..aku cukup pantang bila ada orang libatkan mak ayah aku dalam hal dorang then buat fitnah.memang nak kena sepak laju2 >:
habis hilang rasa hormat aku kat orang tua tak sedar diri tuh..hasilnya,aku remove post dia kat wall aku.then aku tulis status macamni..

MARAH SANGAT neh!!!!astgahfirullah~ada juga orang macamtu..bagi saya, tak perlu nak libatkan masalah peribadi dengan orang lain yang takda kena-mengena langsung dalam hal ni..bila kita cerita masalah di 'wall' orang lain seolah-olah MEMBUKA PEKUNG diri sendiri..even diri tak salah sekalipon seeloknya kita minta pertolongan daripada Allah S.W.T..bukannya dengan memburukkan orang lain dengan harapan orang lain akan berpihak kepada kita.salah tu!sesungguhnya Allah maha mendengar..berdoalah dengan harapan Allah membantu kita dalam menyelesaikan masalah..itu lebih Afdhal..

WARNING::do respect my family..jangan kacau mak ayah saya dan jangan sesekali nak buruk-burukkan mereka untuk menutup kesalahan sendiri.jaga diri sendiri lebih baik..walllahualam...I LOVE MY PARENTS. Mohamad Amzar Abdul HamidHasmalina HassanAfdhal Abdul Hamid.
 ·  · 20 April at 17:20 near Ampang Bahru · 


dalam masa yang sama, aku dapat tau yang dia ada buat surat and report untuk dihantar kepada polis or lawyer yang mengatakan parents aku jadi pengacau rumah tangga dia.
aku bertambah hot..
but at the same time aku tunggu je apa dia nak buat..jangan nak main2 ngan aku..kalo betul dia buat report aku akan bawak benda ni naik court or sue him for accusing my parents.

just wait and see..

wallahualam..

Tuesday, April 10, 2012


assalamualaikum...

last weekend ingatkan tanak balik.since pembekal barang2 action song call ada stok kat shah alam so terus ubah fikiran and shoot balik..kalo nak diikutkan sabtu lepas ada gotong royong and I was in-charged untuk jaga bahagian jamuan...fikir punya fikir kalo aku tak balik macamana nak beli barang kan?nak mintak orang pos takot salah barang plak.at least kalo aku g bole tengok dengan mata sendiri before beli..fine.terus mintak kebenaran guru besar and PK HEM untuk pelepasan balik..huhuhu.sorry sekolah...terpaksa okeh..bukan mak sengaja ye...

plan awal, kalo meeting abis awal boleh balik petang jumaat gak..since aku dah start rasa badan tak sihat aku tngguhkan niat dulu..serius aku rasa nak demam pas meeting action song jumaat ritu.kebetulan plak haritu hujan lebat siap guruh kilat bagai memang boleh menyumbang kepada ketidaksihatan badan...so, nak tanak aku balik hari sabtu pagi dalam keadaan tak sihat and badan panas...sempat telan panadol 2 biji before balik putrajaya...sobs...sobs...sobss...

alhamdulillah..Allah pelihara aku sepanjang perjalanan ke putrajaya..sampai sentral encik suami jemput(even sabtu tu dia oncall)..AISEYHHH!macamana ni??bila nak beli barang?kedai yang aku nak cari tu kat area shah alam...suami plak takde..bahaya kalo balik sengsorang..buatnya aku pengsan ke ape ke..sape nak jawab??hurmmm...takde rezeki nak g sabtu...lagipon mungkin Allah nak aku rehat kat rumah je memandangkan sabtu tu demam..:((

sabar je menunggu encik suami balik keesokan harinya...dalam masa yang sama..demam masih lagi ada..encik suami dah risau sebab macamana nak keluar cari barang kalo demam2 kan...so.dia amikkan MC dulu..dia cakap maybe aku over doing keje sampai badan tak sempat rest..tu yang demam tu..dahla mulut tak rasa apa2.pahit jek..T__T pas rasa sihat sikit terus shoot balik shah alam n searching for the party shops nearby the town.

bestnye shah alam..banyak betul party shop kat situ..kalo kat ipoh susah sikit nak cari...banyak pilihan kedai and barang dengan pelbagai harga yang ditawarkan..abis setiap party shop aku masuk...but agak mengecewakan sikit sebab harga barang kat kedai2 besar 2 kali ganda mahal...dahla nak beli banyak..kang untuk accessories saja duit dah abis..kena bijak berbelanja nih..last2 g uptown seksyen 24...
kat situ aku boleh dapat barang dengan harga yang sangat murah...syukur!!!!rezeki untuk anak2 murid aku agaknya...terima kasih ya Allah..

panjang lebar punya bercerita tak bitau pon korang2 apa benda yang aku cari sebenarnya kan??
hahaha.let's keep us secret first..nak dekat pertandingan baru aku reveal barang rahsia tu..apa2 pon aku sangat berharap Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang latihan menghadapi pertandingan...perut pon dah makin besar..pergerakan semakin terbatas..hurmmm..

dan semoga kejayaan berpihak kepada kami tahun ni...rezeki 2012..aminnn~


Monday, March 26, 2012

++disebalik rupa++


assalamualaikum..

baru2 ni aku tengok kat blog2 hiburan tempatan semua dok update pasal kpop...apa???SNSD???WONDERGIRLS?SUJU???
yang aku kenal2 cuma WG je...tu pon sebab lagu dia famous.yang laen..maafle..memang taktau.hahaha!!
dah jadi macam satu phenomenal plak bila dorang datang ke m'sia...
konpius...best sangat mereka2 tu???
bersandarkan rupa2 yang comel and ala2 barbie doll dorang menjadi kegilaan ramai..rata2 remaja skang semua nak ikot trend kpop and nak jadi macam dorang..but do u know who they really are?

nah...tengok sendiri..

Friday, March 23, 2012

assalamualaikum..

pening memikirkan kerja semakin hari semakin banyak..taktau nak mulakan yang mana dulu..
apa2 pon kalo boleh aku tanak tinggalkan kelas aku kerap...mereka masih lagi dalam tahap 1 dan memerlukan pengawasan guru yang tinggi.

bercakap mengenai tanggungjawab...I realize that I have a lot of responsibilities...and the priority is my responsibility towards my religion and Allah S.W.T..then followed by others...Prophet Muhammad S.A.W, husband, family, kids and my nations..

kadang2 kesibukan dengan school workloads menyebabkan aku menjadi semakin alpa dengan apa yang wajib..ampunkan aku Ya Allah..

Ya Allah..sibukkanlah diriku dengan sentiasa mengingati nama-Mu.Amin~