Wednesday, January 29, 2014

++masalah kerosakan gigi ketika hamil++

Assalamualaikum..


gambar kek gulung yang baru siap packed by kak ola..hewhewhwhew~cantik kan?rasanya pon secantik rupa.hehehe.untuk tempahan boleh terus g ke SINI

patutnya mukadimah letak gambaq gigi rosak..barus sesuai dengan tajuk post kali ni.tapi disebabkan tadi ternampak kak ola baru update facebook n post gambaq kek ni haruslah ai tempekkan dulu kan..
but jangan salah faham!!bukan disebabkan kek ni gigi aku rosak ok.

alkisahnya, aku rasa gigi aku makin lama makin rapuh...sebabnya kerap kali bila aku makan something yang keras sikit je mesti terasa ada serpihan gigi yang terkeluar..bahagian gigi yang menyerpih is gigi geraham kiri dan kanan.sebelum ni gigi aku memang takda masalah berlubang langsung.but during this pregnancy 3 geraham aku berlubang.wuaaaa~gigi aku!!apa dah jadi ni??
so I ask for my husband's opinion..mari kita dengar pendapat dia.

kebanyakan ibu mengandung memang selalu hadapi masalah gigi reput or senang menyerpih. SEBAB nya baby ni umpama parasit..dia akan absorb semua nutrien yang ada pada ibunya untuk tujuan tumbesaran..so ibu memang HARUS makan benda2 berkhasiat untuk menggantikan segala nutrien yang telah diambil oleh bayi.salah satu nutrien / garam mineral tersebut adalah kalsium..selalu kita dengar masalah osteoporosis kebanyakannya dihidapi oleh pesakit wanita..yelah.lelaki tak pernah mengandung.jadi takda masalah kekurangan kalsium kecuali disebabkan masalah2 tertentu..wanita setiap kali mengandung memang kalsium semakin berkurangan..that is why ibu-ibu mengandung digalakkan untuk minum susu..

demikianlah penerangan serba sedikit daripada suamiku tersayang..:)

cuma aku agak confuse, dalam iberit atau obimin nape takda kalsium sekali eh?kan senang kalau ada 5 in 1 terus.takyah dah minum susu.heheheh.(dasar pemalas minum susu;p)


gigi depan aku ok lagi macam gambar cik kak kat atas ni...but bila nganga sangat scary ok nampak lubang2 kat geraham!*nangis*

Tuesday, January 28, 2014

++obimin dan iberet.mana lebih bagus??++

Assalamualaikum..

encik suami datang jemput aku seperti biasa di sekolah tenghari ni..kami dah pakat tanak lunch dulu because nak g appointment dengan specialist o&g kat hospital pantai, ipoh.aku risau kalau aku makan kang kompem2 waktu timbang berat akan bertambah sekilo dua..jenis aku ni tak reti nak makan sikit2.nampak makanan depan mata macam kucing nampak ikan..konon2 malu, tapi last2 semua sapu..hewhewhew..~
but berat memang sedia maklum bertambah even tak lunch for a day -___-


perkenalkan specialist di klinik pakar wanita hospital pantai, ipoh ...Datin Dr.Mimin Tarmini..

Dr Mimin ni memang dapat good reputation.kalau sebut je nama dia insyaAllah orang akan cakap, oh doktor tu bagus...memang pon!!!doktornya lemah lemut dan sangat humble even dia ber'title' DATIN.oleh kerana kawan2 husband yakni doktor2 perempuan banyak buat pregnancy check up dan bersalin dengan kat sana maka terus husband pon termakan umpan untuk pergi bawak bini dia ke private sekali..oh.u curang dengan gov ye!!!!takpelah.pucuk dicita ulam mendatang..
Dr Mimin ada bitau untuk hasil scan terbaik, korang better buat 4D scan semasa kandungan berusia 18-22 minggu.
jangan jadi macam aku..mengandung nak dekat 8 bulan baru terhegeh-hegeh nak buat scan 4D..kompem2 tak nampak sebab masa tu kedudukan baby dah fully engaged..doktor tu siap cakap dengan aku in anytime aku boleh beranak..errrr....*face palm*

Dr.Mimin tanya apa vitamin yang aku makan sepanjang pregnancy.so aku jawab obimin plus dan ferrous(iron tablet) rupanya cara pengambilan vitamin yang aku makan selama ni salah..once u makan obimin tak perlu dah makan iron tablet sungguhpon kita tau yang iron tu elok untuk increase hb dalam darah..apa yang perlu aku buat adalah makan obimin+vitamin c.itu yang sebaiknya..now I know..:)
aku memang bermasalah dengan hb sejak dari mengandung anak pertama.jadinya, doktor M cadangkan aku untuk ambil IBERET...kandungan iron memang lebih tinggi berbanding obimin.untuk pengetahuan, tak semua klinik kerajaan or gov hosp ada sediakan obimin sebab harganya mahal sikit.kalau nak biasanya kita kena beli sendiri which costs about RM1 lebih kalau tak silap..

ini yang biasa kita dapat kalau g klinik kesihatan.sekali makan 4 biji. ada vitamin c, folic acid, vitamin b and iron tablet..

ni plak obimin..ada dua jenis.satu biasa dan satu lagi obimin plus.yang aku makan skang ni obimin plus..warna merah pekat.dalam sebiji ada 4 benda sekali gus..senang kan??

yang doktor M suggest plak is iberet 500..


sangat baik untuk ibu2 yang mengalami masalah hb.

esok insyaAllah encik suami akan cuba dapatkan iberet daripada farmasi hospital kalau ada stock.kalau dah dapat iberet aku nak bagi secara percuma kepada sapa2 yang nak..just inform je kat aku ye..:)
stock obimin masih banyak dengan aku.makan masa berbulan-bulan gak nak habiskan..hehehehe.

sebelum balik, Dr Mimin ada bagi cadangan untuk makan neurogain..elok untuk perkembangan otak bayi..cuma bau dia ada sesetangah orang tak lalu makan dek hanyir katanya.wallahualam..aku takdala try lagi kan..

klah.mengantuk.nak tido.
babai~esok kitewww hapdet lagy yeww~;D


Monday, January 27, 2014

++mind your words++

Assalamualaikum..

aku dah berazam tahun ni nak kurang tengok fon during in school...tapi takdala buat taktau terus.sebab kadang2 ada call penting daripada parents ke..pejabat ke..kecemasan ke..so far aku dah berjaya kurangkan untuk benda2 yang tak penting.yeayyyyy~!!!*joget2*
tamat bab 1.

bab 2.
baru je lepas tengok satu video pasal sorang perempuan yang mengamuk sehingga mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar..dengan bangganya boleh upload video dia tu dalam facebook.tujuan apa???ntahlah.untuk memalukan orang yang dimarah tu ke or maybe nak bagi kesedaran kat orang ramai gamaknya..kesnya macamni, ada orang tinggalkan kucing dalam kereta dalam cuaca yang agak panas.tingkap plak tertutup rapat.of course takda ventilation yang baik untuk kucing tu.orang yang dok luar pon peluh berbakul-bakul, apatah lagi kucing yang terkurung dalam kereta tu kan..ololo..kesiannya.


sambung...
caring girl tu tunggu je sape owner kete tu datang sebab risaukan keadaan kucing tu..dah boleh nampak dengan jelas yang niat caring girl tu memang sangat murni.sayangkan kucing.but after waiting quite some time owner kete tu tak kunjung.so apa yang dia buat adalah pergi buat announcement kat bahagian information counter supaya owner cepat2 datang ke kereta dan tengok keadaan kucing tu.dalam waktu tu mungkin peluh dia dah habis basah satu badan kot..itu yang buat dia bertambah HOT..bukan hot gorgeous tu..heh.

20 minit kemudian barulah owner kete tu datang..
setibanya owner tu (dua orang ladies) ke kereta dia, terus caring girl tu SEMBUR depa dua orang..terkebil2 akak tu kena jerit depan2 muka..sambil marah sambil rakam.haa..elok sangat la tu kan..sepanjang MAKIAN tu berlangsung ntah berapa kali dia sebut BODOH...BAB* dan macam2 lagi kata2 makian..dari aku respek kat minah tu terus aku rasa annoyed by her action..awal2 tu dah macam angel..nak selamatkan kucing kononnya..tapi cara dia tu tak kena lah.
kalau u pandai sangat, janganlah nak sesuka hati membodohkan orang..I think it's better to say nice words rather than saying harsh words..u boleh marah dorang..but please MIND YOUR WORDS..jangan sampai orang lain dengar terus rasa nak SEMBUR kat u skali..ahaaaa..~


ok.ini adalah pendapat aku..
nak ke link video tu???
nah.aku tempek sini dan korang nilaikan sendiri..

https://www.facebook.com/photo.php?v=10203281512828724&set=vb.1536846191&type=2&theater

p/s:yang ladies dua orang tu pon satu hal..yang p tinggal benda hidup dalam kete tengah panas tu buat apa???taktau ke rakyat malaysia ni mempunyai keprihatinan yang sangat tinggi..kan dah kena bertingkek-tingkek..lepas ni beringat..jangan lagi buat benda yang sama..gamak nak g mana2 toksahlah bawak kucing tu skali.elok je tinggalkan kat rumah.bebas berlari sana sini..ok?

++tipu maklumat untuk dapat bantuan kewangan++

assalamualaikum..

pagi2 buta waktu perhimpunan mingguan nazir dah menjengah ke sekolah kami..welcome nazirs~hikhikhikhik.harap2 redha lah dengan segala kekurangan yang ada pada waktu ni..insyaAllah akan diperbaiki nanti.agak kemengantukan pagi2 ni sebab semalam tido lambat dek teruja sangat tengok budak hafiz nyanyi dalam AJL.rezeki ko ye dik..menang besar lagi taun ni..akak lagi teruja tengok hyperact sebenonya.meremang bulu roma i ols waktu dorang perform.ok.tamat bab AJL.titik.

awal2 tahun kebanyakan cikgu sekolah terutama guru kelas mesti sibuk menyiapkan data murid.banyak betul kena isi online termasuk apdm, smm,sps dan macam2 lagi..lebih pening kalau guru kelas tahun 1.sebab they have to start from the beginning..antara cikgu yang pening tu akulah!hehehe.takda lah pening sangat pon.cuma kena pandai manage masa dan siapkan tugas ikut priority.tugas terkini yang aku kena buat skang ni adalah kena kira jumlah pendapatan berkapita bagi setiap murid untuk tujuan KWAPM.mujur dalam kelas aku tak ramai.tapi yang memeningkan kepala adalah bila ada parents yang ambik mudah bab isi borang..dorang isi borang ikut suka hati je..kadang2 banyak bahagian yang tak dilengkapkan..-___-
dah jadi keje plak bila cikgu terpaksa bertukar jadi investigator untuk tahu latar belakang keluarga..kadang2 bila aku edar borang dalam 10 keping rasanya yang hantar balik 2, 3 macamtu je..yang lain2 simpan jadi pekasam agaknya.hewwww~

aku punya risau bab2 duit ni..sebabnya kalau boleh aku tanak terlepas pandang murid yang betul2 layak dan berhak dapat bantuan dari kerajaan..tapi parents yang lain2 tu ada yang ambil kesempatan.bila diedarkan borang KWAPM ada yang tipu maklumat pendapatan..so apa yang aku buat adalah semak kembali borang  SMM yang pernah dihantar masa hari pendaftaran dulu..tu pon ada beberapa orang yang takda maklumat..hisyhhh..nak duit..tapi tak berusaha..pening aaa..~*gaya shuib* 
ada plak yang terlebih berusaha untuk dapatkan duit...lagi PENING AAAA~hahahahak!
macam hal!
so aku tempel skali syarat kelayakan untuk dapatkan bantuan KWAPM untuk rujukan..harap2 membantu.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
  1. Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
  2. Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  3. Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
    WILAYAHMISKINMISKIN TEGAR
    ISI RUMAHPER KAPITAISI RUMAHPER KAPITA
    Sem. M'siaRM 720RM 180RM 430RM 100
    BandarRM 740RM 185RM 420RM 100
    Luar BandarRM 700RM 160RM 440RM 100
    Sabah & LabuanRM 960RM 200RM 540RM 110
    BandarRM 970RM 200RM 540RM 110
    Luar BandarRM 940RM 190RM 540RM 110
    SarawakRM 830RM 190RM 520RM 115
    BandarRM 860RM 190RM 530RM 120
    Luar BandarRM 810RM 190RM 500RM 110
    *Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Tuesday, January 21, 2014

++jangan dipandang rendah mereka yang kurang berkebolehan++

 Assalamualaikum..

masuk minggu ke empat persekolahan aku semakin mengenali anak-anak murid ku..tak ramai pon dalam kelas, semuanya ada 24 orang..kelas hujung tak boleh nak letak ramai2 supaya memudahkan guru untuk memantau keadaan murid dari semasa ke semasa.

seperti yang sedia maklum murid kelas akhir ni kebanyakannya memang berkeupayaan rendah.tapi kita sebagai guru tak boleh pandang rendah kebolehan yang mereka ada..sebab ini baru permulaan persekolahan..anak2 tu masih jauh perjalanannya..cuma aku kesian sangat dengan mereka kerana bila ditanya masih ramai yang tidak mengenali huruf dan bunyi setiap huruf..ada yang jenis menghafal..seperti lagu ABC...

contohnya.#situasi 1:
aku tunjuk flash card huruf..
A, B, F, I etc..
tapi yang dibaca murid..
A, B, C, D, dan seterusnya..
mereka just menghafal urutan huruf..:(

koordinasi tangan dan mata juga lemah..mereka tak boleh nak agak garisan untuk memulakan tulisan.
               A    A    
                         A

semakin lama semakin ke bawah tulisannya.

memikirkan keadaan anak-anak murid yang agak merisaukan, aku kena buat sesuatu supaya mereka dapat menguasai huruf serta bunyinya..cuma cabaran buat aku adalah, mereka perlu tahu untuk membezakan bunyi huruf dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

kalau kawan2 kat luar sana yang ada idea bagaimana untuk mereka mengenali huruf, mohon untuk share pengalaman di sini ye..tak pon email je di husnanerra@gmail.com
aku nak sangat bantu anak2 didik ku..taknak berlaku keciciran dalam pelajaran.hurmm
semoga Allah permudahkan niat.
aminn~

Monday, January 20, 2014

++susu formula yang bagus untuk anak++

Assalamualaikum

penat semalam masih terasa..tapi penat2 pon aku tetap rasa gembira bekerja pada hari Isnin..mesti ramai yang mengeluh setiap kali hari isnin tiba..hehehe.MONDAY BLUES lah katakan..:)
ini semua disebabkan bertemu anak kesayangan..cuti minggu lepas aku manfaatkan dengan sepenuhnya..petang khamis after school terus bertolak balik.weew!


vroom!!!!kalau naik motor dengan tokwan memang tak nampak orang lain dah.haishh..anak..anak...;)

terkejut sangat bila balik kampung baru2 ni...sebab tengok muhammad haiqal makin TEMBAM!!!!!subhanallah..cepat betul badan dia naik.baru 2 minggu tinggal dengan tokwan dan tokma..kalau berbulan-bulan lagi rasanya lagi tak larat nak dukung dia.

so, balik haritu aku dan suami keluar untuk cari baju baru untuk dia..bukan main seronok lagi dia dapat g jalan2 dengan kami..rindula teww..~hehe.kebanyakan baju dia dah tak muat especially seluar..jadi kami belikan dia baju dan seluar yang saiz 4 tahun punya..senang!tahan lama..badan dia menjadi-jadi since dia stop menyusu badan dan minum susu kambing karihome.bayangkan 600g harga dah Rm90++..tahan 5 hari je.tak larat nak angkut weh.ahahaha!maafkan mama dan ayah ye nak...


babai kambing...sob..sob..sob...:'(

lepas survey beberapa jenis susu yang ok selain susu kambing, kami setuju untuk try enfagrow..first time try bagi kat dia memang takda masalah cirit apa..elok je dia minum.dan dia minum berterusan selama sebulan..pastu terpaksa bertukar susu ke S26 plak..sebabnya masa kat dubai haritu takda susu enfagrow.puas pusing satu dubai tapi langsung takda brand tu..kebanyakan pak mak arab bagi susu S26 kat anak depa..eh?pelik kan?even susu kambing pon takda jual wehh..confuse kami dibuatnya.


hye S26.be nice to muhammad haiqal okeh!

masa bagi haiqal minum susu ni memang tawakkal je..ayah dia risau sesangat takut anak kena cirit birit..
masa hari pertama bagi tu memang dia cirit..tapi tak kerap..2 kali je..after that ok je poo2 dia..alhamdulillah..alang2 dah minum susu ni kami continue je belikan untuk dia sehingga sekarang...tu yang badan makin menjadi-jadi..
masa minum susu kambing dulu takda plak badan naik..minum banyak mana pon badan dok maintain je..maybe khasiat lain2..yang tu goat's milk base dan yang ni cow's milk base.takpala..mana2 pon ok asalkan anak mama membesar dengan sihat dan bijak..aminn~

tips nak tukar susu anak ke jenama lain:
menurut ahli farmasi, kita kena slowly bagi kat anak kita susu jenama baru..bagi sikit2 dulu in small amount.awal2 tu campurkan susu yang dia minum dahulu dan susu baru..then lama2 baru bagi susu baru sepenuhnya..ini nak tengok kesesuaian perut anak terhadap susu baru.


Wednesday, January 15, 2014

++perut gembira berat badan pun 'menggembirakan'++

Assalamualaikum..

harini parents yang tak berpuas hati anak dia masuk kelas HUJUNG dah cool down dan boleh terima kenyataan yang anak dia tidak boleh masuk kelas PERTAMA.aku tunjuk segala bukti keputusan peperiksaan dan cara kami guru-guru buat saringan baru dia faham..anak dia memang pandai.tapi masalahnya ada lagi yang LEBIH pandai..hahaha.so.redha jelaa..aku ok je tadi since dia pon minta maaf dan admit kesilapan dia berkasar bahasa dengan aku tempoh hari.(nasib mak encik ni jenis yang tak cepat melenting taw.kalau tak memang makan semburan air liur berhikmat lah jawabnya.hikhihikhik)

hari isnin lepas, aku pergi buat check up seperti biasa.maklumlah skang ni kena g klinik 2 minggu sekali untuk pantau HB dan baby.harap baby mama strong macam abangnya dulu..love u bebeh.
surprisingly masa timbang berat baru2 ni aku dah naik 3kg dalam masa 2 minggu!!!!hahahahahahhahaah~alangkah bahagianya mak buyong ni sebab lalu makan..tulah kesan dan akibat kantin sekolah yang menyediakan makanan SEDAPPPPPPPPPPP~daripada nak pantang makan terus jadi pantang tengok makanan..semua nak ngapp.kahkahkah!
untuk menu makanan arini:
1.nasi putih+ayam goreng kunyit+sambal belacan+ulam
2. roti canai sebiji+teh o panas gelas besar
3. roti 2 keping+milo oat+nugget ketam 2.

itu hanyalah menu sarapan ok!tengahari tadi ni aku tak berani nak turun bawah.takut sangat nafsu makan mendorong aku untuk ke kantin lagi.ngeri kang makcik tu tengok aku makan lagi..hihihi.meh nak tempek gambar sebijik kat sini..

Eh.bukan sebijik dah ni tapi 3 biji gambar ditempek sekaligus.dasar over!!haha
Harap maaf.kadang2 tuan blog ni teringin gak selfie skali skala kennn..;p

Gambar kat atas tu yang paling recent.diambil tengahari tadi..takda edit2 ok.cuma nak selit sekali yang bb cream +bedak MISTINE memang awesome!muka tak berminyak sampai ke tengahari even kelas full.sangat best..
Jadi kawan cepat2 pergi kat link ni
https://www.facebook.com/wann.mistine


Tuesday, January 14, 2014

++kelebihan air tangan isteri dan masakan di rumah++

Assalamualaikum..

selamat menyambut kelahiran nabi junjungan besar Muhammad S.A.W..:)
sama sama kita berselawat tanda kasih dan ingatan kepada rasulullah~

bangun awal pagi tadi suami ajak bersarapan kat mcd.dah lama kami tak makan kat sana..konon2 nak boycott lah sangat kan..;p tapi tak kesampaian boycott tu since dari balik keje semalam suami ngidam nak breakfast kat mcd.huhuh.sape yang ngandung ntah..bini ni layankan jelaa...hehe.


we had egg mcmuffin pagi tadi..nyummehhh~

encik suami jenis family man.dia prefer makan kat rumah dengan anak bini daripada makan kat luar.katanya lebih selesa dan puas makan masakan bini..awwww~so sweet..tu saje je nak puji bini nak suroh bini dia lagi rajin masak ye dok???hikhikhikhik.cuma bab p pasar memang fail.penggeli sangat dia ni ok.kalau g market, dia akan senteng seluar seolah-olah nak g masuk bendang.hahahaha!memang funny!
aku pon taktau apa yang digelikan sangat sedangkan dia hari2 ngadap darah kat spital..confused -__-

terus terang aku cakap, aku ni bukanlah jenis yang pandai masak.stakat lauk simple2 boleh lah...tapi aku akan cuba yang terbaik untuk masak apa2 jenis masakan yang suami teringin nak makan..cuma kari, dia prefer kari mak dia or mak mertua masak..aku tak pernah buat kari kat rumah sejak kawin sampailah ke harini.hihihihi.bukan pasal tak reti masak kari (backup diri sendiri;p) tapi dia kata akan makan kari sekali sekala je..once dia dah start makan kari,dia tak boleh nak berenti makan!memang selera habis..rosak diet katanya.hahahha~so.suami pesan, takyah lah masak kari kalau sayang kat dia..anyonyooo~

aku dah terikut cara suami makan.banyak makan roti dan sayur.sebelum ni aku paling tak suka makan sayur.kalau g kedai dan makan nasi campur sayur mesti awal2 aku tolak.huhuhu.since kawin, suami banyak pengaruh dari segi pemakanan.
dia suka makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak!tak kisah lah sayur apa pon asal boleh terima tekak katanya..perlahan2 aku blajar makan sayur..even haiqal pon aku terapkan untuk makan sayur dari kecik.so far dia ok je.boleh makan.:)


eh.apesal dalam banyak2 sayur, kangkung gak yang di tempekkan kat sini?kuikuikuikuikikui

banyak kelebihan kalau isteri memasak di rumah..

1. dapat memikat hati suami..suami akan luangkan masa lebih banyak bersama keluarga..dan acara makan adalah salah satu contoh aktiviti bersama keluarga.
2. mengikat kasih sayang suami isteri dan anak-anak.bila isteri masak dengan ikhlas, secara tidak langsung isteri mencurahkan sepenuh kasih sayang pada suami menerusi makanan yang disediakan.
3. kebersihan terjamin. yang ni memang jadi isu. kadang2 restoren memang masak sedap.tapi pernah terfikir cara penyediaan makanan tak? kuku tukang masak panjang ke pendek? telur dibasuh sebelum digoreng atau tak?macam persoalan sebenarnya when it comes to cleanliness.
4. kurang ajinamoto dan MSG. mengikut pengalaman yang diceritakan oleh tukang masak restoren, depa banyak bergantung kepada ajinomoto untuk menyedapkan makanan.dalam seminggu. kalau tak guna pak aji pon depa akan guna bahan perisa yang mengandungi MSG tinggi.not good for our health. kat rumah, aku memang tak guna aji..
5. kurang berminyak. suami selalu tekankan pasal ni..so, untuk menu lauk aku akan cuba seimbangkan masakan. hanya satu menu bergoreng.dan yang lain rebus or kukus.contoh lauk; ikan siakap 3 rasa, bendi kukus dan sambal belacan.tu je.sangat simple kan?
6. makan tak bersulam dengan air. kalau makan di restoren, kita mesti makan berselang selikan dengan air.kalau kat rumah, kami akan makan dulu.selang beberapa minit baru kami minum.

contoh masakan simple kami di rumah: asam pedas ikan pari, sotong goreng tepung dan sayur rebus.

antara kelebihan2 yang diterangkan kat atas aku paling suka point ke-2.
semoga sama2 kita manfaat kan kelebihan memasak untuk keluarga ye.babai~


Sunday, January 12, 2014

++sakit merindu datang lagi++

Assalamualaikum..

tersangat lah boring harini..dok sorang2 je kat umah...nak buat keje macam takde semangat.rasanya ada muhammad haiqal aku lagi cergas buat keje.sapu sampah ke...vacuum ke.sediakan susu dan makanan dia..ni dah takda sape nak sepahkan rumah,takda sapa nak kacau aku jadinya Im so jobless.haha!asiklah duduk membesarkan buttocks.kuikuikuik;p

harini pengasuh dan suaminya pergi IJN untuk further check up.harap2 takda masalah yang berat dan dipermudahkan segala urusan amin..pastinya haiqal pon rindu kat dorang..for now, let him be at jitra for a while..let abah latef dia dapat rehat yang secukupnya..
this week will gonna get my husband's permission to go back to my hometown..
I do wanna meet my little son..as my condition is getting better, I think next weekend is the right time for me to go back for visit.then a couple weeks after, we'll go back again together to bring back haiqal.heee~


I suffer and cry almost every night remembering my son..all I can do is just hugging his favourite pillow and get to see his pictures till I fall asleep. last couple nights, I asked my husband..
I said,"abang, could you please let me go back to jitra this weekend?please..."
and guess. what was the answer I got?
"sayang...u should think more of urself and the baby rather than thinking of him..I'm sure that he's doing ok with his grandparents..could you please be patient and wait for this coming Chinese New Year.we'll go back together then ok?"

he got no response from me. I did not nodded my head nor looking at him.*If I need to wait for CNY, that means another 3 more weeks to go before school holiday..doesn't it too long,huh?*
I sat on the sofa and continue watching television..my mind flew to my dearest muhammad haiqal.as if only knew what was on my mind..I was so sad..why he could not see how a mother missing his son badly?I do love my baby..but not to forget I need muhammad haiqal too. 

whenever I get back from school, I will turn on the tv like I used to do when he's around..I'll watch his favourite show HI-5..and at the same time imagining he's dancing according to the song's dancing steps..I can barely see him shouting excitedly whenever the HI-5 gets started.Allahurabbi..and for all of suddens tears drop on my face..

my husband might be feeling ok because he's too busy with his workload as a doctor..for me as a teacher and a weekend housewife I spend most of my times at home after school..like today, u guys might have been spending ur weekend with your family, but me..I just sit in front of my laptop updating my blog expressing my feelings. If I wanna go anywhere, I need to wait for him which is I don't know when will it be..:((*cries*

this thing really stressed me up..and it's not good for the baby I'm carrying.
I can only pray to Allah to ease my anxiety.

my sweetheart with his grandma a.k.a uwe~:)

I just can't stop remembering him..his cradle..his bottle..his ultraman..his pillow...everything in this house reminds me to him..
Ya Rabb..I really need ur help to strengthen my heart..

++si cantik bermulut busuk++


Assalamualaikum..

pagi2 ni bila buka fesbuk terus rasa annoyed dengan satu status yang dikira agak kasar bagi seorang perempuan.bukan sekali ni je aku tengok dia post macamtu, tapi dah banyak kali..hurm..muka memang cantik sebab dia jual macam2 produk kecantikan.untunglah..sambil2 berniaga sambil2 mencantikkan diri.
tapi sayang muka yang cantik tidak secantik bahasa yang dipamerkan..
maki memaki, mencarut dan menyumpah seranah seolah-olah macam biasa bagi dia.
issyhh..kot ye pon marah rasanya tak perlu lah awak nak maki2 kat status fesbuk sampai satu malaya boleh baca..
kalau lah bakal mak mertua ada fesbuk dan kebetulan baca status macamtu.agak2 apa dia akan rasa?ahahahahaha.mesti dia pon dia fikir 2, 3 kali untuk buat awak jadi menantu..ye dok?heee..

sebenarnya aku teringin nak tau apa yang bermain di fikiran orang2 macamni ye?
apa tujuan dia up status sedemikian rupa?adakah untuk memalukan orang yang dia marah atau saja nak tunjuk kat orang ramai "don't u dare to mess up with me!"
tak boleh ke kalau kita marah, kita marah depan laptop je..tak perlulah nak tulis makian berjela sebab itu takkan mengundang simpati pada awak pon.buat orang geram lagi adalah..ingat, zaman sekarang kita taktau hati budi orang lain macamana..sekali kalau orang berdendam dengan kita dan pasang niat tak elok untuk apa2kan kita, masa tu menangis air mata selautan pun dah tak berguna..sebab tu kena beringat..
jangan sekali-kali buat orang marah dan sakit hati dengan kita ye..

menjalankan bisnes memang satu benda yang sangat elok.jadi dalam masa yang sama kena pandai communicate untuk tarik pelanggan dan meyakinkan pelanggan untuk beli barangan kita.
jangan kita nak jual produk kita, pastu kita condemn orang lain punya..haaa..yang tu rasanya salah segi etika perniagaan..kalau boleh jujur lah dengan customer tentang kelebihan barang2 kita..supaya urus niaga lebih telus.tak gitu???

teringat kawan sekolah yang buat bisnes barangan kecantikan juga.dia ni jenis cool jek..walau ada yang cuba nak caras bisnes dia tapi dia tak cepat melenting.bahasa yang digunakan sangat please orang untuk membeli lagi.respek!aku tengok makin lama makin maju bisnes dia..tahniah kawan..:) teruskan usaha..
akulah salah seorang customer tetap dia..ehehehe.
Allah tu maha adil..sekalipon ada orang nak aniaya bisnes kita, sepatutnya kita mengadu dengan Dia..tak perlu nak merempan kat satu dunia pon.sangat tak cool ok?

oklah.semoga post kali ni memberi ingatan dan manfaat kepada tuan blog sendiri dan para pembaca.
jaga diri hiasi peribadi..
babai~salam beristirehat..

Saturday, January 11, 2014

++kantin baru semangat baru++

Assalamualaikum..

permulaan sekolah tahun ni aku kira sangat baik..sebab yang pertama, aku masih dapat jadi guru kelas tahun 1 (aku memang minta because I love kids so much) kedua, bakal mendapat baby baru soon..:) yang ketiga, rasa macam ada satu semangat baru yang nakkan buat sesuatu dengan baik, aku rasa lebih organize, tak serabut dan gembira..dan akhir sekali kantin sekolah dah bertukar tokey..

selama dua tahun aku suffer dengan servis kantin yang agak so-so..rasanya bukan tahap so-so dah tapi peratus OK tu hanya 30-40% cenggitu..boleh bayangkan tak macamana keaadaanya..?so, bila dengar bestfriend aku dari sekolah dekat cakap tokey kantin dia akan berpindah ke sekolah aku, menjerit-jerit kecil aku dibuatnya..YES!YES!!!no more makcik R..yang baru adalah makcik M...hehehehe.aku memang selalu dengar orang dok puji masakan kantin makcik M. aku sendiri pernah makan makanan makcik M before this masa aku tinggal dengan Amy dulu..hehe.sedappp~

last year aku jadi malas untuk turun makan kat kantin..kalau g pon mesti untuk minum2..tang makan tu samada suami aku belikan makanan bungkus dari luar atau aku masak dari rumah untuk buat bekal..sampai macamtu sekali..cikgu2 lain pon ramai yang tak turun makan..dorang rela makan dalam bilik guru..masing2 bawak bekal dari rumah atau beli..kadang2 tu aku kesian gak kat makcik R..merungut nape ada yang tak makan kan kantin dia..aku ni jenis yang tak reti nak cakap apa yang berlaku sebetulnya..kang kalau aku bitau tak pasal2 kena fire dari makcik tu.ahahaha!sebab ada pernah sekali masa aku tak tempah makanan daripada kantin untuk jamuan akhir tahun kelas, dia punyalah marah kat cikgu2 yang tempah kat luar..yang jadi mangsa untuk dengar bebelan dia adalah aku!!dan aku adalah antara cikgu yang tak tempah kat dia.bahahahaha!
sorry sangat makcik R..aku terpaksa dengar luahan dan keluhan anak-anak kelas yang nak rasa makanan lain dari yang pernah dorang makan di kantin sekolah...maybe dorang pon jemu dengan masakan yang sama..so, dorang mintak aku menu lain..nampak?budak2 pon pandai memilih apa yang terbaik tau.

hujung tahun lepas semasa hari pendaftaran tahun 1 merupakan first day aku merasa makanan dari kantin baru. memang tak mengecewakan!sedap~
then hari mesyuarat kokurikulum, one of our administrators ada buat jamuan kesyukuran..pon tempah makanan daripada kantin baru..dia punya rendang ayam yang dimakan dengan pulut kuning tu memang tersangat marvellous!

sampai arini aku terbayang-bayang kesedapan pulut kuning aritu..nak tambah makan tapi kang nampak macam orang kebuloq plak kan..hihihiks.;p
bila perut happy, mesyuarat pon jadi tenang dan gembira..:)

hari jumaat haritu plak pentadbir sekolah seorang lagi buat jamuan..*semoga murah rezeki kalian*
menu:nasi ayam THORBAIK~


semua cikgu turun makan..kantin jadi sangat meriah..dan ada yang tapau(beli) untuk dibawa balik..aku tak pernah tengok keadaan macamtu setelah sekian lama aku berkhidmat di sekolah sama..
rasa seronok sangat tengok cikgu2 enjoy makan makanan yang disediakan..alhamdulillah!
kadang2 encik suami pon akan datang sekolah to have breakfast with isteri tersayang..habis pecah rahsia bila dia datang..mana taknya, makanan yang isteri ambil punyalah banyak!hahaha~

semoga makcik M dapat teruskan menjaga kualiti makanan dan kebersihan kantin sekolah..

p/s:ingatkan nak control amount makanan yang diambil starting from 1 jan 2014..tapi nampak gayanya my diet totally ruin..agaknya cikgu2 lain pon rasa yang sama macam aku gak.haha.masing2 bila makan menambah-nambah.;p

nanti I ols tempek gambar kantin baru okeh?babai~
salam..


++ragam wanita mengandung++

assalamualaikum...

this is my first weekend alone without muhammad haiqal..I called him just now but my mum said he's in a deep sleep..penat bangun awal gamaknya tolong tokma masak nasi lemak.hikhikikhik.
setiap kali rindu aku akan tengok gambar2 dia dan cium bantal busuk dia.saje tanak bagi dia bawak balik kampung sebab nanti mama rindu.T___T
harap2 aku cepat sihat so that boleh balik kedah dah jenguk anak..

onyonyo..sian anak mama baru bangun tido..rambut messy.

aku prasan, setiap pregnancy perangai aku mesti lebih kurang..but this second pregnancy aku jadi lebih mengada-ngada dan sensitif.mudah sangat terasa hati dengan suami. dengan orang lain ok plak..kadang2 aku jadi kesian dengan dia yang nak kena hadap ragam bini dia yang sometimes pelik. mood aku boleh bertukar in a split second..awal tu anje2 lembut..*muntah* dan dalam masa 5 minit kemudian boleh bertukar karakter jadi tersangatlah dingin dan moody..aiyoo..tak ke pelik namanya tu?

cuma, perbezaan ngandung kali ni aku lebih suka bersiap dan melaram even nak ke kedai jawa beli ikan.hahaha!;p
dulu time haiqal, aku malas nak pakai bedak dan celak walaupun kebanyakan orang tau yang aku dengan celak memang tidak boleh dipisahkan..kali ni, aku suka pakai lipstick dan blusher skali..suami takdala cakap apa2 pon..cuma dia asik cakap.."baby girl ni.."
actually aku tak kisah dapat girl or boy..yang penting baby sihat..sempurna sifat..dan segala yang baik didoakan untuk dia.:)

selera makan plak semakin bertambah. aku ni jenis kalau tak makan nasi sehari boleh jadi naik angin tau,hahahah!suami pon faham.dia plak jenis tak kisah kalau tak makan nasi sehari pon..dari segi pemakanan dia lebih berdisplin..perangai doktor mungkin -__-
haritu teringin durian, (bagi yang mengenali aku, sebenarnya aku memang tak makan durian..tak suka sangat.tapi dah mengandung ni teringin plak) so suami belikan durian D24..isi dia memang terbaiklah..aku makan dengan pulut dan santan...korang bayangkan, aku baru lepas makan nasi pukul 2.dalam pukul 4 tu aku bantai makan pulut durian 2 pinggan..perghhh~tersangatlah mengikut nafsu makan..kawan2 jangan ikut perangai cemtu ok.

sifat mengemas pun semakin over.biasanya kalau nak susun atur barang semula, aku akan tunggu weekend..jarang buat hari weekdays. sebab masa tak cukup..dengan keje lagi...tapi sejak ngandung anak kedua,kadang2 tu badan tak larat sesangat dah pon tapi masih ada hati nak susun2 barang kat dapur, dalam almari, naik turun tangga kemas tingkat atas bawah. yang tu suami tak setuju..dalam keadaan skang dia suh aku bed rest je..tak boleh buat keje berat2..
but mata aku akan jadi sangat irritate dengan benda2 yang tak tersusun..huhuhu.

lagi satu kan, kandungan skang ni dah masuk 5 bulan lebih..nampak sangat perut cepat besar..asyiklah semput/termengah mengah kalau buat keje banyak..
dulu, masa perut 6 bulan orang still tak nampak yang aku ni sebenarnya ngandung..kalau naik LRT tak pernah dapat keistimewaan tempat duduk..sebab suami kata memang tak nampak sangat baby bump..
still ingat lagi 2 years ago, my husband and I went to mid valley jalan2..sekali tu ada promotion perfumes kat ruang legar bawah..kami pon jalan belek perfumes sambil cuci mata and cuci hidung.
tiba2 ada sorang akak datang kat kitorang.."adik..nak cari barang untuk buat hantaran tunang ke..?sesuai sangat perfume ni untuk orang2 muda macam adik..perfume X ni memang best baunya bla..bla..bla.."
aku ngan suami dah pandang2..nak tergelak pon ada..tapi tahankan je..pas kitorang beredar dari tempat perfume tu punyalah kuat suami aku gelak..."ada ke dia kata kita baru nak tunang...abis dalam perut sayang tu ape???dah nak masuk 6 bulan dah kot.."
see?punyalah orang tak prasan..du...du...du...T____T'

apa2 pon aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang dan penyabar..
sabar melayan kerenah isteri..sabar melayan anak yang mengamuk..
dan yang paling penting dia seorang pengurus keluarga yang sangat baik.
semoga Allah sentiasa merahmati abang dan memelihara abang sebaiknya..
mama n haiqal love you so much!

I miss this moment very much..pertama kali suami dapat bercuti dalam masa yang lama..seronok sangat bila bangun pagi boleh sarapan bersama, lunch sesama dan dinner pon bersama-sama.indah sangat feeling bila bersama keluarga..:) 

Friday, January 10, 2014

++tips kecantikan:product review++

assalamualaikum..
--perhatian!ini bukanlah iklan berbayar..sekadar perkongsian apa yang dirasakan terbaik--

rata2 kat fb, instagram or mana2 social website semua sibuk dok promote produk memasing untuk dijual..semuanya berlumba nak putih, gebu n kurus dengan cepat wihout knowing that barangan2 tersebut mungkin mempunyai kesan sampingan..hurmm..memang takut sangat nak cuba kecuali ada kelulusan KPM.
kadang2 aku naik rimas jugak bila orang asik dok tag fb aku untuk promote barangan depa..penuh timeline aku!
apa2 pun minta kawan2 semua berhati-hati dalam memilih barangan kesihatan dan kecantikan..kalau boleh baca dulu descriptions yang diberi sampai khatam dan yang paling penting ada kelulusan KPM!

harini akak korang nak share produk yang berjaya menambat hati ku..memang jatuh cinta habis!hikhikhikhik.:D

dan produk tersebut adalah..

jeng..jeng...jengg...*drumroll*

MISTINE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sekali borong barang2 mistine memang banyak sebab semua best!dan untuk pengetahuan semua mistine merupakan produk daripada korea yang menawarkan barangan dengan harga yang pasti membuatkan semua tersenyum puas!:)

actually aku mula guna produk mistine 2 tahun lepas masa mula2 diperkenalkan oleh one of my former schoolmates..cik wan rohani a.k.a wan mistine. kulit muka aku memang bermasalah untuk disesuaikan dengan mana2 foundation or bb cream..each time aku guna foundation or bb cream mesti akan naik jerawat besar dua tiga ketul lepas tu..memang upset sangat setiap kali tengok cermin..sampailah aku tergerak hati untuk cuba bb cream from mistine.ni semua gara2 cikwan dok promote kat fb dia..hahahaha!terus termakan promote dan beli.hasilnya?alhamdulillah!terbaik!

ni adalah produk pertama aku pakai dari mistine which was BB GOLD..tekstur memang ringan.bila pakai kat kulit, krim ni senang sangat disapukan dan senang rata.the best part is kalau tak pakai bedak pon kulit nampak cantik especially time berpeluh..

and then mistine upgrade product dia dan kotak pon dah bertukar jadi warna pink. kali ni extra perlindungan dan coverage.kadang2 aku pakai bb cream ni without applying any powders on my skin but still nampak radiance and natural.love.love.



dan!!!yang paling baru adalah bb baby face cream..yang ni lagi superb..seolah2 kita tak pakai bedak or krim kat muka..so natural..suami pon selalu tegur, sayang tak make up pon nampak cantik..padahal dia taktau kalau bini dia nak keluar mesti pakai benda alah ni.hikhikhikhikhik..hebakkk~!sampaikan suami tak prasan yang aku pakai something kat muka..punyalah nampak semulajadi kan..:))

and currently im using these two , which are
bedak tu pon syok..sekata dan tak bertampuk2 macam tepung gomak.

lepas try bb cream, aku beranikan diri untuk cuba barangan dia yang lain such as celak mata, lipstick, blusher dll..sabar ye kawan2.let me review one by one..hey ho!

aku memang suka pakai eyeliner.rasa lebih confident bila keluar rumah dengan eye liner..before this aku pakai celak clarins.harga toksah cite lah berganda-ganda mahal dari mistine.then untuk berjimat aku pakai silky girl gel eyeliner.but asal cuci muka ja mata jadi macam beruang panda.sekali tu aku nampak kawan aku post item baru daripada mistine..apa lagi.terus rebut peluang untuk mencuba eye liner ni..2 in 1 okeh!
jenis liquid dia memang akan tanggal sekeping-keping masa kita nak cuci muka.say NO to PANDA EYES~


selain dari 2 in 1 stardust tu, aku pon beli yang jenis macam marker pen (sila rujuk no 2 dari atas) .sangat senang guna macam pen je.

4 items yang ada dalam gambar kat atas tu aku cuma tak guna mascara because I don't really like to wear mascara..trauma..pernah termasuk mata okeh.pedihnya hanya Allah je tau..since tu, tak pakai maskara dah.hehe.

selain daripada tu, aku turut menggunakan celak kening mistine yakni proshape..


tak payah susah nak keluarkan duit beli jenama mahal..within small budget u can still get this gorgeous eyebrow.

mak encik tengah berusaha pakai celak kening during the make up party haritu..kihkihkihkih!

tak lengkap rasanya kalau make up without applying any lipsticks on ur lips bukan?
nah!mistine offers various colours mengikut kesukaan masing2.:)

nilah tokey misz wan shoppe yang comel:)see?banyak kaler lipstick yang cantik2..

saat diriku menenyeh lipstick kat bibiaq~

produk mistine bukan terhad kepada make up semata-mata..skin care pon ada..


seminggu 3 kali mak encik akan pakai mask ni..bila u peel off, kulit muka rasa firm dan bersih je..
i lobve this teloq so much..kikikikkiki..;p

happy dapat borong mistine.yippee~
abaikan gambaq I sebelah kiri tu..mata sepet sebelah macam kena gigit semut plak.hahaha!

so, la ni nak p mana2 rasa lebih yakin dengan diri sendiri..

masa berkursus di langkawi hujung november aritu..:)

g dubai pon bawak mistine kesayangan..even cuaca kering kat sana but kulit still ok..alhamdulillah...:)

jadinya sebarang info lanjut korang boleh g jenguk sendiri barangan mistine di link yang tertera di bawah

harap2 nya review kali ni dapat membantu kawan2 yang sedang mencari produk yang sesuai dengan kulit sendiri..
babai~

++kelas idaman++

Assalamualaikum..

How are u friends?hopefully u guys are doing great:)
Alhamdulilah,seminggu persekolahan berlalu dengan baik..buat masa ni anak2 murid aku masih menunjukkan sikap yang baik..buat masa ni lah kan..esok2 ntah macamana plak rupanya..harap2 baik sentiasa.oh ye, maybe ada yang tahu and tak tahu yang aku jadi guru tahun 1.tapi kali ni berbeza dari tahun lepas.kalau dulu aku pegang kelas pertama, but this year aku kena pegang kelas last.nevermind...mana2 pon aku ok.lagi pun siapa kita untuk under estimate kebolehan murid kan?sepanjang proses pembelajaran apa2 boleh jadi.janji mereka rajin datang ke sekolah dan mau dengar cakap cikgu..
I guess korang mesti boring dok baca cerita pasai sekolah ja kan..hehe.well,dah nama pon cikgu..haruslah banyak cerita pasal sekolah...:D

Tahun ni aku semangat nak menghias kelas..walaupun aku tahu tinggi risiko kalau hias kelas hujung nih..huahua.sebab mengikut pengalaman lepas waktu aku ngajar kelas tahun 1 jugak, tak sampai 2 minggu aku tampal hiasan kat notice board, habis tanggal..last2 aku fed up dan malas nak hias beria sangat..huhuhu.cita cita nak cat kelas skali tapi masih lagi was2 nak buat ke idok..ni antara warna2 cat yang menarik untuk kanak2..

















warna2 kat atas tu antara tesenarai dalam pilihan..nice kan? 

harap2 boleh turn out kelas jadi macamni..

                                                                  ihsan dari google..

cita2 kena tinggi.takda angan2 takkan jadi benda yang kita impikan..we'll see what's going to happen to my class later..heheh.still in decorating process.maklumlah..mak encik skang ni kan dikira sebagai kenderaan berat..;p
bab panjat memanjat ni kena buat slow2..risau okeh.

k lah.nak sambung buat keje kemas rumah.

p/s:dok sorang2 pon tak jadi keje gak..rasanya ada haiqal rumah lagi kemas..even dia kuat menyepah.bila dia takda satu hapa pon malas nak buat.haisyh..*jentik tangan sendiri sebab malas*