Thursday, June 30, 2011

++open day++


assalamualaikum~

ngah sakit hidung masa dok taip entry neh.simptom2 nak dapat selsema sebab bersin tak henti2.tension jek..janganla demam time2 gini.dahla esok sekolah buat open day.aku memang tak sabar nak jumpa ngan parents murid-murid aku.nahaslah korang esok!!!hakhakhak!akan ku ceritakan fe'el masing2 untuk pengetahuan mak bapak masing2.hihihi.;p
memang aku kaki 'retort'.nape??tak puas hati?meh sini lawan gusti tangan.ade brannn derrr???

MySpace

harini aku puas hati bila kelas yang paling kecoh n bising berjaya dijinakkan.aku buat2 rakam gelagat dorang sepanjang waktu mengajar.konon2 video tu nanti nak tunjuk kat parents masing2 masa hari terbuka esok.banyak benda yang nak diperkatakan dengan mak bapak murid-murid aku.satu benda yang merisaukan aku bila anak2 tak buat kerja sekolah.pastu dalam kelas banyak main.iskkk.memang nak kena lastik je bebudak tuh.nasib cikgu ni jenis yang cool even kadang2 tak tahan tu meletup gak.haha!

hurrmmm..esok nak pakai baju ape ye??
tanak menampakkan aku cikgu muda.sebab selalu parents yang aku cakap, 
"alahai....mudanya cikgu..patutla budak2 cakap macam kakak2 je.."

waddefish....T__T

kadang2 tu ade yang panggil aku akak.memang nak kena sekeh secara percuma..ape?rupa aku takde nampak macam cikgu ke??
abis nampak macam rupa ape??ce citer...ce citer...



 awww..esok nak pakai vogue da vasss gitu..jangan jelossss.babai!!!:D

thanx for reading this entry..:)

Wednesday, June 29, 2011

++akad nikah kat mana??++


da second entry for tonight.

i have plenty of works to do actually.but unfortunately i dun have da willing to do it..still cant stop thinking bout what my dad had told me just now.
it was about da venue of my solemnization function.
 here's da conversation between me n my dad.

"kita buat akad nikah kat surau..."

"hah???!!alaaa..awat tak buat kat rumah???tak bestlah.alang2 baik buat kat masjid je."
(serius!tak fun langsung ok.)

"pasai pa takmau buat kat surau..?kan tempat tu elok..dekat sikit"

"orang nak amik gambaq...view kat tempat tu tak berapa nak cantik amik gambaq..hurmm"

"pernah tengok surau tak?dah masuk dalam?"

"laa..mestila pernah masuk..kan dok semayang terawikh kat situ..orang tau tempat tu macamana..."

ayah tak abis2 nak pujuk aku...dia cakap elok buat kat surau daripada masjid.sebab kalau time aku 'tak suci' berdosa kalo masuk masjid.surau ok lagi..masalahnya.bukan yang tu yang aku pertikaikan.tapi.bagi aku, baik buat kat rumah je.senang.takyah nak g mana2.adik beradik semua boleh tengok..even aku tau rumah aku kecik je..amik gambar pon menarik..nak berkeras pertahankan pendapat macam tak patut plak kan..aku ni anak..patutnya dengar cakap ayah n mak..hurmm.serius aku betul2 down skang ni.

what to do~SIGH...


++besar sikit dari boxer je++


asslamualaikum~
last week aku keluar ngan cik amy n friends.rasa macam lama plak tak g outing.every weekend ade je keje yang nak settle.so.kami sama2 amik peluang ni untuk berlibur n berseronok.:))
teringat plak time keluar sama2 ngan kawan2 serumah..rindulah~srooootttt~!!*tetiba sebak*

alang2 dah keluar, kami tengok muvee sekali cite KL gengster.perghhhh...mantap siot cite tuh.masa tayangan pon rasa macam kejap je.bukan nak kondem filem2 melayu sebelum ni.tapi nilah kali pertama aku tengok filem aksi yang betul2 real...part aaron lawan ngan adiputra.memang terbaik wookk!!
sambil tengok sambil terjerit2 kecik punyala sokong hero menang.hahaha.ntah pape ntah.

paling tak boleh blah bila part sheera iskandar masuk rumah pakai hotpant (seluar pendek nak mampus) tetiba kami terdengar ada mamat blakang kitorang cakap macamni.

"mak aih.seluar dia besar sikit je dari boxer aku"

kahkahkahkah!!!lawak kot!
terbahak2 aku ngan cik amy gelakkan mamat tuh.selamber die jek..


Tuesday, June 28, 2011

++budaya gemar mencarut dan mengejek++


assalamualaikum~

lama plak rasanya tak update blog.bukan tak ingat, tapi masa tak mengizinkan.ade2 je keje yang nak kena buat setiap hari.SIGH~ kan best kalau kita keje dari pukul 8 pagi sampai 12.maknanya keje untuk 4 jam je sehari.hahaha.diterima tak agak2 cadangan cemtuh???of course REJECTED!!!!!puiii!*macam sekolah bapak ko je kan husna???*

apa yang aku nak bitau malam ni.budaya mencarut dan mengejek semakin menjadi2.tak kira kecik besar tua muda.sama je semua
huh.masalah dilihat semakin meruncing.
jom sama2 cari penyelesaian masalah ni.huhu.
sebabnya aku makin tension ngan budak2 sekolah aku yang suka sangat mencarut terok.rasa nak sepak2 je mulut dorang.tapi disebabkan dorang tu ada mak bapak.jadinya aku tak boleh nak jentik or sentuh anak orang sewenang-wenangnya.kang tak pasal2 kena saman.menyamah taw!sikit2 saman.hisssk.
sesak jiwa dan ragaku nokks.
bye.

kat kaki ada nota::
korang pegila mana2 sekolah sekalipon.mesti ada masalah yang sama.MENGEJEK+MENCARUT.

Saturday, June 25, 2011

++tahniah rumah hijau!:D++


assalamualaikum~

alhamdulillah..akhirnya acara sukan tahunan dah habis.legaaa~
walaupon secara kasarnya perjalanan hari sukan kali ni agak kelam kabut.tapi aku tetap nak ucap tahniah kepada guru2 dan semua yang terlibat dalam menjayakan hari sukan pada tahun ni.(eceh.cakap pon macam nak ikot dalam skrip.muahahah!) mentang2 jadi emcee harini dengan kak nita.tetiba plak cakap jadi  formal.booooorrrrinngggg~BOO husna!!first time jadi emcee rasa macam hampehh je aku cakap arini.insyaAllah tahun hadapan kalo diberi peluang sekali lagi.teheee~

ok.dah tune.
dalam previous entry aku ada mention pasal rumah aku berada dalam kedudukan tercorot kan???ahaa..memang sampai ke hari ni pon kedudukan tak berubah.haha!tapi takpe.at least terubat sikit duka lara cikgu2 n murid2 sebab dalam acara perbarisan rumah sukan, rumah HIJAU MENANG! tak sia2 cikgu2 rumah hijau bertungkus lumus membuat persiapan.:))

malangnya, aku takde gambar nak di upload kat sini.sebab meja pengacara jauh sikit dari tempat acara.nak tangkap gambar pon kompem tak clear.
k lah.tu je nak cite untuk hari ni.ngantuk.
gtg.babai~

thanx for reading this entry.



Friday, June 24, 2011

++go hijau!!+


assalamualaikum~

bila hati ngah bengang n tak tenteram semua benda yang dibuat tak menjadi.tension gileerr..padahal benda2 yang aku buat skang ni macam menan(mainan) je waktu dulu.moral value:jangan ada rasa tak puas hati dalam diri.mesti nanti jadi jiwakacau(macam aku!)

petang tadi semua cikgu2 rumah hijau berkampung kat sekolah.berkampung la sangat kan kalo just pegi untuk 2-3 jam.hikkss..term yang over.;p
pening kepala memikirkan apa benda yang nak dibuat dengan rumah hijau.sebab sebelum ni aku asik dapat rumah merah je.jadinya idea yang berkaitan dengan rumah merah memang banyak.hijau????ape nak buat derrr..
luckily, cikgu2 semua sporting n bersemangat tinggi even skang ni kedudukan rumah hijau berada di tangga yang tercorot.kesiaannnn...T__T
jadinya untuk mengurangkan rasa ke'loser'an tu..kami pakat2 buat persiapan untuk perbarisan rumah pasukan.at least bila pemenang diumumkan adelah gak nama hijau yang disebut kan..kan??kan??.huahuahua. 
sounds like really desperate to win something for the sake of the team.
nak  buat camno.semua orang nakkan kemenangan.hehehe.
k lah.nak tido.malas bebel2 panjang.esok nak bersedia untuk raptai.
babai.
thanks for reading this entry.:))

Wednesday, June 22, 2011

++im not pregnant ok!++

 assalamualaikum~
sebelum tu aku nak jerit kuat2 kat sini (even takde orang pon kesah aku nak buat ape.hehe)

"I HATE DURIANNNNNNN!!!!!!"

kerana durian badan binasa.

asal teringat je cite petang tadi aku mesti rasa nak tergelak n at da same time macam nak sekeh2 orang pon ade.dusyh!nah,amik ko sebijik penumbuk kat bantal!
alkisahnya..~
petang tadi aku g pasar malam dengan cik amy..sesaje je pegi.walhal masing2 dah boncet, kekenyangan makan kat oldtown.hehe.mana taknya, sekali beli makanan macam nak makan 4 orang. extra soup, air 4 gelas, dengan dumpling semangkuk.setiap kali g pasar malam mesti pening nak beli ape..sebesar-besar pasar malam tu aku taktau nak beli makanan..bukan aku je, cik amy pon macamtu gak.dia cuma beli lempeng yang berharga 50sen sebanyak 2 keping.haha.aku??
masih pening nak beli ape.peace~ ^_____^

aku ada masalah besar setiap kali nak pegi pasar malam.jiwaku dan hidungku terpaksa berperang dengan bau durian yang tersangatlah menusuk kalbu.BUSUK macam @&^#^@^!
kadang2 aku kagum dengan orang yang boleh makan durian dengan lahapnya sebab aku sendiri tak mampu nak berbuat demikian.huhu.pity me..:((
disebabkan bau yang busuk tuh, aku jadi pening n mual2.terasa macam nak muntah sepanjang jalan kat pasar malam.seksanya! cik amy tanya nak beli itu..aku cakap tanak..then dia tanya nak beli ini..still jawab tanak.aku cuma jawab aku nak muntah n nak cari something yang boleh mengurangkan rasa mual aku.
pastu singgah la kat satu gerai yang jual pelbagai jenis air..mulanya aku tanak beli air..pastu amy cakap macamni..

"masam2 la elok untuk hilangkan rasa nak muntah..."

tetiba pakcik yang jual air tu menyampuk..

"dia tak elok minum air masam2.sebab dia dah kurus..kang lagi kurus plak."

ewah pakcik...terima kasihla sebab bagi pandangan free tuh.

"pakcik..kawan saya ni nak muntah..elok le kalo minum air masam2.boleh hilang rasa loya nak muntah"

tak semena-mena pakcik tu senyum..dalam hati  (pehal ngan orang tua neh?)

"haa..kalo rasa nak muntah elok le minum air masam2..biasalah tu..awal2 mengandung memang akan rasa macamtu.."

hah????!!ape???? aku seolah2 macam tak caya ape yang aku baru dengar.

"eh.takde pape..pakcik silap.." selamber je pakcik tu jawab.dia macam dah malu2 pasal dia silap cakap.mesti dia ingat aku meloya sebab mengandung dan sewaktu dengannya.kahkahkahkah!!in fact, im not.heee...:D
 at da same time aku dah menyumpah2 kat durian dalam hati.demm ko durian..pasal ko lah orang tu ingat aku ngandung tau tak.isk.

takpe pakcik lebai.saya maafkan pakcik atas ke 'noob' an anda..hehe.nak buat macamana kan..fyi.bukan semua benda berkaitan meloya adalah disebabkan mengandung ok.n da most important thing I AM NOT PREGNANT..tunggulah saya kawin dulu ye pakcik.pas ngandung nanti, saya g gerai pakcik lagi ye.;p

the end of da story.

thanx for reading this entry.
babai~

++jiwa semakin tenang++

assalamualaikum~
pagi tadi ada sukaneka kat sekolah.for da very 1st time aku pakai baju PJ ala2 nak mengajar PJ pada waktu sekolah..hikkkss..i loike~!rasa macam boleh melangkah seluas-luasnya.*tak senonoh nokks*

since hal semalam yang betul2 menyedihkan aku.arini aku let go semua perasaan tu dan menumpukan perhatian terhadap hari sukan sabtu ni.bila dah sibuk, kita takkan sempat untuk fikir hal2 remeh yang boleh menyesakkan kepala otak yang sememangnya dah semak.eh.apeakumerepeknih??(sila baca dengan senafas je) tapi sungguh~it really works bebeh.aku tak teringat pon pasal masalah malam tadi.jiwa tenang wohh.henset aku tinggal je kat dalam staffroom.malas nak tengok.
he tried to call me few times just now.but i have to reject all of it sampaikan dia call cik amy untuk bertanyakan tentang aku.
ntahla..aku rasa better aku diamkan diri je kot.malas ah nak cakap banyak2.baik aku tenangkan hati dengan melakukan perkara2 yang aku suka.contohnya macam skang.BERBLOGGING!!!yeah.it helps to decrease my sadness.yippee~:))
let me get better in time.itu yang sebaiknya..
oklah.tanak cakap pasal ni lagi.
bye.


Tuesday, June 21, 2011

++mencari keseronokan diri++

assalamualaikum..

bila nak tulis entry ni rasa nak bergenang air mata..huhuh.rasa macam nak tumbuk bantal kuat2 sampai bantal tu lembik.wuu~wuuuuu~baru je lepas cakap dengan encik ilebiu pasal hal2 perkahwinan.kadang2 aku rasa dia tak faham pon tentang apa yang aku nak..in fact dalam masa yang sama dia cuba memahami aku dan menyelami perasaan (maaf.ayat dah macam ayat novel sikit)
baru skang aku sedar.kami tak ubah seperti pasangan dalam cite cinta gila..
sorang ke kiri..sorang ke kanan..
sorang ke depan..sorang ke belakang.

dan aku mengaku anak yang tengah sememangnya agak degil (akula tu..)
kalo dah kata nak hitam...macamana sekalipon mesti nak warna tu gak.tak boleh nak main tukar2.

itula sebenarnya yang membuatkan kami way special.:))

nak cakap lebih2 kang jadi lain cite plak.aku tanak hal2 remeh cenggini jadi isu besal.tak cool lah macamtu kan. semua orang ada perkahwinan impian yang dorang dah angan2 kan sejak kecik lagi..time zaman kita main kawin2 di mana aku selalu jadi mak(mencik taw!!) yolah.aku dulu kan gumuk+hitam.oh.teralih cite plak.tai pu chi~
tapi bila angan2 tu tetiba direntap..mak tersentap tau nokss..huhuhu.:(
jangan sekat keseronokan aku..
apa yang aku mahukan adalah kegembiraan menjelang perkahwinan.masalah yang datang tu cuma dugaan dari-Nya.

everybody deserves to feel da excitement of their dream wedding.n so do i..:)


 kat kaki ada nota::
tak sangka masa benar2 cepat berlalu..lebih kurang 2 bulan kami akan disatukan...minta-minta segalanya dipermudahkan oleh-Nya..nak p cari keseronokan jap.yippeee~!!!!:D

++budak-budak slow learner sememangnya jujur++

 
 assalamualaikum~!!
arrghhhH~mak tension neh!!hari sukan dah tersangatlah dekat..sabtu ni.harini baru latihan perbarisan.dan esok ada sukaneka.rasa macam kesuntukan masa sangat2 nak buat semua tu dalam masa yang terdekat.macamana niiiiiiii?????huaaaa~
dahla aku ditugaskan untuk jadi pengacara berpasangan dengan kak nita.walaweyh..kukira impian jadi kenyataan..tapi yang spoilnya tugas ni kat tepi padang!!kalo kat kaca tv adalah lebih cool..macam pengacara nona ke...kahkahkahkah!!berangan tinggi menggunung.
mungkin disebabkan aku tension sangat.jerawat pon naik memenuhi pp..adoiyai~parut jerawat lama pon tak hilang lagi dah bertambah yang baru plak.demmm!terus bantut nak feeling2 cantek.muahahaha*muntahhhh*

haritu bukan main lagi beli sabun untuk kurangkan kesan parut2 kat muka ni.baru gaya2 nak hilang tetiba tumbuh macam cendawan naik lepas hujan.sape yang tak bengang kan???aku rasa jerawat nih ada kena mengena dengan period gak kot.lagipon aku ngah ABC skang.no wonder lah...

tengahari tadi before abis kelas..ada budak datang kat aku..

"cikgu...akak kita selalu cakap cikgu cantik..."

"hah?bila masa plak akak kamu jumpa cikgu...?"

"dia tengok dari jauh je masa pagi2 dia hantar saya g sekolah..."

"ala..cikgu tak cantik mana pon..."

"sape cakap cikgu tak cantik??cikgu cantiklahhhh...tapi...hehehehe..."

"tapi apanya???"

"cikgu cantik...tapi lagi cantik kalo muka cikgu takde jerawat.."

duuhhhhhh T___T kene setempek ngan anak murid aku..budak ni dahla jenis slow learner.dok kelas paling hujung sekali.maknanya apa yang dia cakap tu memang ada benarnya..hahaha.sebab dorang ni jenis type yang tak reti menipu.dun get me wrong..i mean..pasal jerawat tuh.bukan pasal cantek okeh.??!!
paling tak tahan..cara dia cakap tu ada pelat2 n sangkut2 sikit..

takpelah.nanti cikgu cuci muka cikgu bersih2 sampai licin ye mastura(nama budak yang menegur tu)
terima kasih atas pandangan kamu.hiksss..
malu ai~

kat kaki ada nota::
pandangan dari budak kadang2 perlu diambil kira..contohnya cara penampilan kita..sebab budak2 ni jujur.dorang akan bagi pendapat berdasarkan pemerhatian..:))

sekian, terima kasih.

Saturday, June 18, 2011

++budak2 sekarang..gatai!++

assalamualaikum~

budak2 sekolah zaman skang ni advance betul..banyak benda dorang dah terkedepan..sampaikan benda2 yang dorang patut taktau jadi tau..hal ni adalah berkaitan dengan..
setiap kali aku on fesbuk mesti ada status daripada budak2 sekolah yang tak masuk form 1 lagi pon dok tulis pasal cintan-cintun..contohnya..

"sampai hati kau melupakan diriku setelah berjumpa dengan orang yang lebih cantik.."

"i love u so much sayang~" 
pastu kat hujung2 tu siap ada tulis nama budak laki yang dorang suka sangat tuh.i mean waddehel??

tak cukup dengan itu, ramai yang suka pos gambo syok sendiri..pastu caption tulis kat pp..
♥♥sayang syeman♥♥

hello~umur awak tu baru belasan taun yank oi..tak sampai 13 tahun pon lagi..sibuk dok tulis itu ini macam dorang tu faham sangat makna berkasih ngan orang yang berlainan jantina..apa2 pon belajar dulu..gatai2 ni kemudian pon takpe.bukannya rugi pape pon.
waktu aku kecik2 dulu masa sebaya dengan dorang, aku tak reti lagi nak suka2 kat orang tu ke orang ni ke..kot ye pon dik, tunggu la sampai awak tu umo dah matang sikit 18++ masa tu kalo cakap soal ni pon orang dah tak heran sangat.ok girls???

++petugas tidur-tidur++

 
assalamualaikum~

 punyalah sedap tido petang tadi sampai encik ilebiu call banyak kali pon tak sedar..*buat2 tak sedar.hikkss..;p*
semalam tido lambat..kiranya aku nak balas dendam tido tak cukup untuk malam tadi punyalah.cepat benau masa berlalu...tau2 je skank ni dah pukul 8 lebih which means aku ada masa beberapa minit n jam je lagi untuk g sekolah.huhuhu.malam ni aku dah start bertugas untuk jadi watcher budak2.

bangun je dari tido terus call encik ilebiu..mood orang bangun tido memang agak unstable sikit.jadinya jangan nak main2 time neh.free2 je ko kena fire kang.bhahahahaha!!!masak ko!!!
before end up our conversation aku sempat suh dia sampaikan salam kat family dia..boleh plak time2 aku mamai2 bangun tido dia suruh aku sebut nama ahli keluarga dia sorang2..sebab menurut beliau..*beliau la sangat kan* kat rumah dia ada ramai...termasuk sekali ngan kucing..

ate..kucing tu boleh plak jawab salam kan?kan??GRrrrrrr~
-sabo jelaa...T__T-
fikiran aku masih lagi teringat pasal majlis tengahari tadi..i cried like hell u know!abis hilang keayuan muka.hohoho.first time aku nangis macamtu kat sekolah.i dun know...sir rustam affendy memang meninggalkan impak yang besar kat sekolah.cara dia tu membuatkan semua orang rasa selesa bekerja as what i had mentioned before...he is very cool.even budak2 pon melalak masa dia nak pindah..luar biasa sungguh dia punya penangan.rasa kehilangan sangat..apa2 pon..dari jauh kami warga sekolah mendoakan yang terbaik buat beliau.

 babai..
thanks for reading this entry..
 

Thursday, June 16, 2011

++mission accomplished!!++

 
assalamualaikum~

 terasa lega boleh duduk bersantai kat meja study sambil makan cinnamon stix yang semalam punya.sedap wohhh..terbaik dari aunty anne(kedai pretzel kat jj tuh)
pas post entry ni boleh godek blog colleague aku plak..sebab dia mintak tolong macamana nak mencantikkan blog..bukan kata blog..ngan tuan blog sekali pon aku boleh cantikkan.muahahaha!!

untuk majlis perpisahan esok, aku incharge bahagian persembahan dengan partner aku yang paling ngam sekali kak nita..skang ni kalo bab2 persembahan memang dah nampak muka kami besar macam bulan mengambang.hahaha.semuanya bermula dari action song..lepas tu terus ada kesinambungan aktiviti kat sekolah.never mind.aku memang suka pon bab2 macamni..melalak ke...berlakon ke..menari ke..MY PLEASURE!!!:))

semalam semua guru dijemput ke majlis makan malam kat hotel hillcity sempena perpindahan guru besar ke sekolah lain starting from next week.bila dia bagi ucapan aku mesti tunduk je..takleh nak tengok muka dia.sedih..teringat plak kat ayah sendiri...both of them are look alike and have same character which is super duper cool.:)
tapi takpe..tugas sebagai seorang pegawai kerajaan macamtulah..harus akur arahan pihak atasan.best of luck sir..

persembahan dah settle before balik tadi.aku pon taktau macamana aku boleh dapat idea untuk buat ala2 choral speaking.lepas dapat idea...aku n kak nita berbincang untuk dapatkan outcome yang lebih menarik..dan hasilnya memang sangat2 tak disangka..i loike!!love u girls..!!:)

kat kaki ada nota::
mission sekolah dan 'mission' aku arini kedua-duanya accomplish.hehehehe.

Wednesday, June 15, 2011

++argh~lambatttt!!++




assalamualaikum~

pic nih takde kena mengena pon dengan cite arini.saje terasa nak feeling cantik letak gambo sendiri.awww,gelisss~*muntah hijau*


sepanjang bertugas sebagai seorang guru (amboih,mukadimah kau...) tak pernah aku bangun lebih dari pukul 6.30 pada hari sekolah..paling lewat pon mesti pukul 6.29am.hahah!nak jugak tuh letak kurang seminit.biasanya around 6 am mesti aku dah start kemas2 katil n terus mandi..tapi lain plak cite arini..aku taktau ape kena dengan aku sampai tak sedar jarum jam dah menunjukkan pukul 7 pagi..

alkisahnya...~

"malam ni nak tido awal lah..dahla malam sebelumnya tido kul 3 pagi" hati comelku berkata-kata.

sudahnya memang tetido awal.haha.langsung tak hantar goodnyte msg kat encik ilebiu..pastu tido ngan lampu bilik n lampu toilet terpasang.pembaziran!!tapi, dah nama pon TERtido kan..nak buat macamana...hikkss...;p

around 3 am terjaga.terus tengok jam n tengok ada goodnyte msg dari encik ilebiu..oleh kerana mata ni pemalas nak stay bukak...sambung tido balik..

tau2 je dengar bunyi orang ketuk pintu..

tok..tok...tokk..~!!!naaa..~ooo naaa~!!

rasanya macam dengar tak dengar jek suara makcik intan (kawan mak amy) panggil nama aku pagi tadi..

gagahkan jugak bukak mata..then...

OMAIGOOODDDD~!!!!!dah pukul 7 pagi lah!!matik aku!!wuaaaaa~~

aku takot cik amy dah g sekolah tinggal kan aku..bukak pintu tengok bilik dia still gelap lagi.
terus capai phone n call dia..

calling yang pertama tak berjawab..second calling baru dia angkat...

"amy....~"(suara mintak simpati.huahua!)

"ye na..nape??"

"aku baru bangun...ko dah g sekolah ke..?"

"hah??!!!ASTAGHFIRULLAHHH~dah pukul berapa ni??"

"dah pukul 7 lebih..huhuhuh"

"aku tak sedar langsung na..aku pon baru nak bangun ni.."


kahkahkahkahkah!!!rupa-rupanya dua2 orang tak terjaga langsung weh.2x5 je kami ni..
kelam kabut aku bersiap-siap..oh.sebelum tu perlu diingatkan yang aku sempat mandi n kemas bilik.hehehe.that is so husna.apa yang penting before keluar rumah is kekemasan bilik.errrkk?
nasib baik aku dah siap iron baju semalam n kemas2 barang yang nak dibawak g sekolah arini.kalo tak,mahu pukul 8 aku sampai sekolah.huhuhu.tai pu chi...

last2 kami pergi sekolah asing2 pagi ni..amy naik kete dia.. aku g naik kete abah.tepat pukul 7.30 aku sampai sekolah.feuuuhhh!nasib baik kau..aku siap dalam masa kurang dari 25 minit.memang cepat macam cowboy.hohoh~

kat kaki ada nota::
memang tak sangka yang dua2 orang boleh terlajak tido pagi tadi.sebabnya dua2 orang ni jenis yang senang bangun pagi..tak payah orang kejut pon akan bangun dengan sendirinya..apa2 pon , pasni aku kena lebih alert dengan bunyi jam.n before tido kena pastikan aku dah kunci jam untuk bangun pagi..tanak terlambat lagi.huhuhu.

Tuesday, June 14, 2011

++kem minda rabbani++

 
assalamualaikum~

lepas abis kelas pukul 1 semua guru kena g mesyuarat.masa awal pemberitahuan tu, aku dah agak dah, ni mesti ada kena mengena dengan kem minda rabbani or nama manjanya kem ibadah.saje je letak nama ala2 sedap sikit.bila orang tanya pasni dengan bangganya korang boleh jawab cenggini...
"eh. sekolah ko dah buat kem ibadat ke belum piah?

"tak mainla kem ibadah..kitorang buat kem minda rabbani..taun depan kem minda inteam..pastu kem minda raihan ke plak..."
e'eh.over taw!gurau je~:))
ahaa..glemer sikit nak menyebutnya nanti.bhahah!

before mesyuarat semua guru diberi kertas yang mengandungi tugasan setiap guru sepanjang berlangsungnya kem tersebut..dannnnnnn...seperti yang kujangka juga namaku ada di bahagian petugas malam (maknanya tido kat sekolah la bai) semua cikgu bujang baik cikgu perempuan dan cikgu laki kena bermalam di sekolah hujung minggu ni untuk mengawasi pergerakan budak2.

actually aku tak kesah pon nama aku ada untuk tido di sekolah..lagipon aku takde tanggungjawab pape lagi.why not kan??seronok what..:))*ayat sedapkan hati.teheee~* but serious aku betul2 tak kesah pon.saya suka camping..!

cuma ape yang aku kesah..aku takot budak2 yang jaga cikgu nanti pasai cikgu2 depa ni kuat tidoq.kahkahkah!naya!!!;p


kat kaki ada nota::
--kem minda al-husna.pastu pengasasnya kena sentiasa pakai jubah,macamni..--



++betul ke dah sedia nak berkahwin??++

PERHATIAN::GUYS!DO TAKE NOTE FROM THIS ENTRY.:)

assalamualaikum~

rajin plak malam ni aku nak menaip entry kedua dalam keadaan internet yang asyik dok reset connection.ceit!ampess...dahla dalam kepala otak ni banyak cerita nak kongsi.satgi pas lama sangat dok peram kompem lupa..haisyh~takleh jadi neh.perlu ditulis gak.

tadi encik ilebiu call,dia bitau kad kawin dah siap.alhamdulillah..minggu depan boleh amik n start edarkan. skang ni pon aku ngah cari masa yang sesuai untuk buat pre-wedding photoshoot.masa skang ni memang sangat2 lah pack plus ekonomi yang baru nak belajar jadi lebih stabil. nguehehehe.biasalah, awal2 keje memang memerlukan perancangan yang sangat teliti untuk membina keluarga bahagia.ecewaahhh!!aku ke tu??;p

actually aku nak share pasal satu ceramah yang aku pernah dengar sebelum ni kat radio setiap pukul 2pm siaran radio kedah.fm.ehem2..bukan aku yang sangat klasik ok.but radio kat rumah tu cuma hidup bila ayah aku pasang.dia memang suka dengar..anaknya??wa fikirlah sendiri.hikkksss..kadang2 je aku tumpang dua kaki.kalo tak salah aku tajuk ceramah aritu pasal tanggungjawab suami.gile aaahhhh...tajuk pon macam nak bikin gempak jek.lalalala~
sememangnya aku dah sedia maklum yang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan menyediakan tempat perlindungan(rumah n jadi pelindung) dan pakaian yang secukupnya dan sebagainya.sure korang pon tau gak pasal ni.but ramai yang keliru tentang kedudukan suami isteri yang masing2 mempunyai kerjaya yang tersendiri. sampaikan ada sesetengah yang berpendapat bila isteri dah kerja, maka suami tak perlu bagi pocket money setiap bulan untuk si isteri memandangkan si isteri tu dah ada sumber kewangan yang kukuh. baginya tanggungjawab dia dah lepas dengan membayar sewa rumah, kereta or segala bil yang sampai kat rumah.S.A.L.A.H konsep ok.kalo korang takde bini pon korang still kena buat semua tu kan??kan?kan???;p
menurut islam..
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

  Riwayat Ibn Majah
 Huraian
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
akan ada orang yang cakap, "ahhh~kalo macamni..botaklah kepala suami..nak kena bela bini n anak2..bayar itu ini.." or rasa tak puas hati sebab nampak seakan-akan menyebelahi pihak isteri/perempuan. korang kena fahamkan betul2 hadith kat atas tu..isteri kan amanah Allah..kena jaga sebaik yang mungkin.dan isteri pula, mentang2lah ada kemudahan macamni,jangan nak amik kesempatan nak jadi kaki cukur ye..NO~NO~NO~sebab apa2 yang jadi pada suami nanti tempiasnya kena kat korang gak kan..renung2kan~:)
dan menurut ceramah tu jugak..jika si suami izinkan isteri keluar bekerja, nak diikotkan minyak kereta n duit poket p kerja tu pon si suami kena tanggung..please jangan salah tafsir entri ni plak.
senang cerita..islam ni kan agama yang memudahkan semua..si isteri BOLEH membantu meringankan beban si suami dengan membantu apa yang patut..macam bayar bil letrik ke..bil tepon ke..ianya dikira sebagai sedekah kepada si suami..besar pahalanya nanti..:) awas.harus diingat,jangan terlebih baik plak yek..contohnya::
"ala..takpe la bang..ayang dah ada duit.takyah bagi pon takpe.duit rumah, bil2 kat rumah semua ayang dah bayarkan."

mulianya hati..maunya laki lari dari tanggungjawab biar kita tanggung sorang2 mau????

lepas je dengar ceramah tu, aku jadi kesian kat encik ilebiu.terus aku text dia..

"salam..abang betul ke dah sedia nak jadi suami?besar tanggungjawabnya tau..."

lama gaklah nak menunggu dia reply..almaklumlah.dia kan ngah keje.aku plak dok umah je..

respon dia positif je.macam agak yakin dengan apa yang dia nak buat lepas ni.hehe.bagus.nampak dia dah ready nak jadi encik suami.~


kat kaki ada nota::
tu pasal lah kalo nak kawin, orang lelaki terutamanya kena betul2 kukuh dari segi kewangan n kerjaya serta bersedia untuk menjadi ketua sebuah keluarga..laki kena bela anak orang taw..ahaa~

kalo ada salah maklumat mengenai entry ni harap dapat diperbetulkan.terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, June 13, 2011

++jangan lupakan kami di sini ye..++

 
assalamualaikum~

penatnya..baru je sampai dari sekolah..arini kena g sekolah sorang2 sebab cik amy bercuti arini.dia selamat sampai dari mekah semalam pukul 3 pagi.alhamdulillah..anak-beranak semua sihat.seronok aku tengok muka dorang happy.n da most important thing amy looks really fine compared to before she went to umrah.
memang ada hikmah g tempat suci.moga segala apa yang dihajati tercapai...amiinn~:))

pagi tadi masa perhimpunan aku dapat berita yang sangat mengejutkan which is my current headmaster akan berpindah ke sekolah lain.terkejut sangat bila dapat tau..wuaaa!!!macam tak percaya jek. guru besar yang bakal menggantikan tempat dia adalah seorang ustaz yang baru berusia 41 tahun.*mudanya* SIGH~ sedih sangat dia nak pindah sebab dengan dia aku dapat banyak peluang untuk mengendalikan itu ini dalam masa kurang dari 6 bulan berkhidmat kat sekolah.plus, character dia tak ubah macam ayah aku.sangat cool...senang untuk dibawa berbincang..dipendekkan cerita bekerja dengan dia takde tekanan langsung.serius weh.itu yang membuatkan aku lebih sayangkan job aku sebagai seorang guru.tapi sayang...orang yang cemerlang dan banyak memberi sokongan dalam menaikkan nama sekolah terpaksa jua berpindah.

dalam kepala otak asik terfikir jek..

"agaknya macamanala keadaan action song lepas ni..hurmmm..."

serius takleh nak bayang..please do not get me wrong ok..yelah..kadang2 pemikiran seorang ustaz tak sama dengan pemikiran seorang guru bahasa inggeris.err..do u get what i mean??



harap sangat guru besar yang bakal menggantikan guru besar aku sekarang ni orangnya jenis yang senang untuk bekerjasama, berdedikasi, mesra pemimpin-dipimpin n yang paling penting boleh 'in' ngan semua cikgu kat sekolah ni..

sekian, thanx for reading this entry..
babai..:D

Sunday, June 12, 2011

++itulah yang dinamakan jodoh++




assalamualaikum~

aku masih lagi tak percaya apa yang aku lalui skang ni...seakan-akan cerita dalam drama n novel2 yang aku pernah baca.baru sekarang aku percaya akan kuasa jodoh..

tak lama lagi kad jemputan kawin dah nak siap.n start bulan depan aku akan edarkan kad kawin kat rakan2 n kenalan2 semua. alhamdulillah..:)
 
mudah-mudahan segalanya berjalan seperti apa yang telah dirancang.

Saturday, June 11, 2011

++tak sangka menang...huhuhu++

assalamualaikum~
lama plak rasanya tak hapdet blog..aku ni macamnila..bila ada banyak masa kat rumah dok sibuk buat benda lain..kalo on9 pon dok 'ghalit' baca blog orang...sendiri punya tanak update.apa raaa...

sambil menaip entry nih..sambil tersengih-sengih depan laptop macam kerang busuk mengenangkan peristiwa malam tadi..
tengahari semalam my bff ajak p dinner ngan dia kat holiday villa aloq staq..at first memang rasa segan gila nak p memandangkan yang attend majlis tu semuanya doktor..aku ni apala sangat jika nak dibandingkan dengan depa..terasa diriku begitu kecik dowh.hahaha.but u stilll can call me as cikgu doktor.;p PERASAN!!!!paaangggg~!!!*bagi sedar diri sikit* miahaha!
actually aku terlibat secara tak langsung untuk majlis malam tu..sebab aku tolong kawan2 untuk menyediakan medley lagu for da performances..that is why they wanted me to come along n joined them.hurmmm..dah rasa serba salah gila...dalam hati kalo boleh memang nak ikot, sebagai memberi sokongan moral kat my bestie a.k.a dr dena n her group nak buat persembahan.tapiiiiii.....~
anyhow, i had to ask for my parent's permission first.kesian plak nak keluar rumah tinggal mak ayah dok sibuk buat persiapan untuk tempahan nasi lemak esok pagi..dahla banyak plak tu..500 bungkus kalo tak silap..mak aih.feuuuhhhh,luckily mak aku bagi pegi.thanx mum!:D

lagi beberapa minit nak pukul 7 kami dena fetch aku kat rumah..nasib baik aku ngah ABC.senang sikit nak bergerak sana-sini.masa sampai ja kat hotel, aku dah risau..takot ada orang pertikai plak napa aku ada sekali untuk dinner even i'd informed that setiap H.O boleh bawak pasangan or sapa2 yang dia rasa nak bawak.mujuq fatin bawak adik dia sekali.at least aku ada gak geng nak bersembang kat meja bulat tu time dena n da geng buat persembahan nanti.hehehe.

perjalanan majlis tu quite ok where da mc n da co-mc were really good in handling something big like we had last night.seronok gak tengok doktor2 yang berbakat menyanyi, main alat muzik n menari.awesome gilakk~!!jangan ingat doktor ni yang jenis rambut belah 'M' ye adik2.nowadays, doctors are like models yaw~hehehe.they are as cool as super junior~errr...;)
before masuk, setiap sorang diberi nombor untuk cabutan bertuah..seperti biasa, aku memang tak bertuah.fine.dah sedia maklum pon pasal tu.tak pernah dapat satu pon dalam berpuluh-puluh cabutan bertuah yang aku pegi.hahaha!so,relax ja lahh..the time orang nak umum pemenang untuk best dress yang bertemakan denim n diamond statement, from da middle of nowhere tetiba nama aku diumumkan.
dalam hati..

"NO WAY!!!dammmmnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!matikla.."

cuak gila babeng.sebab most of the guests are doctors.aku yang sesat sorang2.eh.taklah..ada lagi sorang.hehe.fatin pon bawak adik dia..dahla juruacara dok tanya sorang2 pasal idea pakaian yang dipakai malam tu.ape aku nak jawab beb????!!!

the best way to avoid of giving wrong answers is..SMILE...n smile...orang tanya,aku sengih2.hohoho.
seriously aku rasa macam nak pakai topeng perompak time tu gak.wuuuu...wuuu...macam2 yang aku fikir dalam kepala otak..dahla si MC tu macam rajin gilak nak tanya soklan.pasal posting kat department mana..aku poster ke berapa..cer korang fikir.takkan aku nak jawab aku outsider kan???kat depan tu ada ketua kot..iskkk..i takot nokkss~

mujurlah ada sorang angel datang selamatkan aku...thank u jeshini.:))
dia yang tolong bagi jawapan kat mc tuh untuk cover malu.
how lucky i am at that time.
tidak semena-mena aku dapat hadiah untuk best dress of the night.
walhal, baju yang aku pakai malam tu hanyalah baju casual yang biasa aku pakai time keluar g outing.huhuhu.kebetulan terkena plak ngan tema.

denim = jeans

that is my style...

all in all.aku memang enjoy gilak malam tu.rasa macam aku one of them in fact i am not.hehehe.dalam hati tetap jiwa cikgu yang kental beb.
a million of thank u given to eliana rozani n da geng for being sporting n nice to me.insyaAllah..ada masa jumpa lagi.
babai.

thanx for reading this entry.

kat kaki ada nota::
ngah tunggu pokcik pian upload gambaq dinner.baru boleh tempek kat blog ni kemudian.



Tuesday, June 07, 2011

++pelakon hebat : part 2++

 
assalamualaikum~
 selamat pagi..kaifahalukum??
(sambil sedut udara segar)

kisah bersambung...part 2..

kita memang suka bila tengok orang yang cantik macam nora elena, encem macam seth tan, n kaya macam syed al-bukhari n berbudi bahasa macam budi suffian.ehh??!!bhahahah!*drooling eyes* but not all of them are for real..korang nampak dorang dari segi luaran.but belakang cite ade korang tau???sebenarnya cite pelakon hebat part 2 ni takde kena mengena dengan nama2 yang aku petik kat atas pon.hehe.

frankly speaking, skang ni ramai yang suka bermuka-muka.depan lain, belakang lain.kalo dulu orang suka cakap talam dua muka kalo nak merujuk kepada orang yang suka berlakon or hipokrit..dah tak boleh pakai dah pepatah tu.rasanya lebih sesuai kalo kalo kita address orang tu as muka heksagon ke..muka pentagon ke..muka oktagon ke..baru kena dengan banyak muka.muahahah!

sungguh cepat lupa asal usul bila dah jumpa someone yang berkenan di hati..sampaikan ada yang sanggup berbohong cakap yang bapak dia tokey balak n mak dia tokey butik kecantikan semata-mata nak tarik minat pasangan.setiap kali berjumpa..tanak kalah woh!pakaian memang tiptop.dari kepala sampai ke kaki memang branded semuanya.makan kat restoren2 yang mahal jek.warung tepi jalan memang sebelah mata pon tak pandang beb.padahal bila kat rumah.rumah dia terpaksa ikat perot makan biskut kering or megi pasal kenyataannya, ayah dia hanya bekerja as pemandu bas kilang n mak dia tak berkerja.kasihan mak ayah dia kan?n dia pon beli barang2 branded guna duit ptptn.ade ke patut??pastu cukup bulan call mak ayah suh bank in duit.iskkkk~

moreover, bila cakap tanak jatuh sepatah pon.contohnya kalo orang dok sembang pasal beli keta baru..si jeman pon menyampuk sekali.malah lebih daripada tu..kencang gila kalo bersembang.

"ala...itu baru kete fairlady..aku pon baru je order keta baru..keta ferrari sport full spec..ape barang fair lady..sekali tekan minyak memang tak sempat korang nak kata hai pon."

see???!
kete sorong pon si jeman takde ada hati nak sembang pasal kete ferrari.cita2 tinggi tu bagus.tapi kalo cakap tinggi memang tak bagus.

wallahualam~
sekian, bersambung....

kat kaki ada nota::
just be yourself.biar orang terima kita dengan seadanya.no need to be other person semata-mata nak memenuhi kehendak orang yang kita sayang.:))

Monday, June 06, 2011

++pelakon hebat :part 1++



assalamualaikum~

bagus sekiranya seseorang tu ada self confident yang sangat tinggi.tapiiiiiii, yang jadi tak bagusnya bila terlebih confident sehingga orang lain yang tengok jadi meluat n menyampah.macamana tu???

contohnya, kita dah sedia maklum ngan perangai seseorang tu..sebab kita dah kenal dia since dia tadika.(contoh jela kan..)jika kat rumah..masyaAllah~memang pemalas, baloq liat nak mampusss.nak suh buat keje sikit pon tanak.tapi bila kat luar...perghhh!memang kalah wanita melayu terakhir wa cakap lu.tambah2 bila p umah orang ada anak lelaki ensem kacak bergaya terus jadi rajin secara tetiba.selama ni pinggan mangkuk kat rumah pon jarang diangkat basuh.tapi bila g umah orang lain, boleh plak kutip2 gelas or pinggan orang tu n terus p basuh kat dapur.tuan rumah perhatikan sahaja gelagatnya..kemudia tuan rumah tegur...

"amboi...rajinnya milah...~"

sambil tersipu2 malu (konon) si milah pon jawab..

"eheh...ermm.saya dah biasa buat keje kat rumah makcik..kalo kat rumah, milah lah yang dok kutip pinggan n cawan2 g basuh.alaaa...laipon sikit je ni pinggan gelas ni.."

terus tuan rumah rasa kagum melihat anak dara yang begitu tertib dan sopan plus tersaaannngaaatttt lah rajin.dalam hati tuan rumah tu..

"untungnya dapat menantu macamtu...aman damai rukun tetangga harmoni rumah tangga nanti"

OMG!!
(tangan kat dada mata ke atas)

terus rasa pening2 macam awal2 pregnant.bahahah!
terus rasa kasihan dengan tuan rumah tu sebab tertipu dengan lakonan si milah yang tersangatlah hebat~
kita sebagai kawan yang memang sejak azali tau fe'el si milah tu takkan nak cite benda2 tak elok plak kat tuan rumah tu kan???
contohnya...
"makcik tau tak..si milah tu kan...pemalas gilerrr kalo kat rumah..kat rumah dia mana pernah buat keje..ala..dia berlakon je tu makcik..jangan mudah tertipu taw.."

ewah.berani sangat ke ko nak cakap macamtu???
ahah!memang takla kan..??!!terpaksalah duduk tengok je n telan bulat2 lakonan yang mantopp!huahua.

perangai si milah tu menjadi buah mulut makcik2 yang mengidam nak dapat menantu serajinnya setelah dia pulang ke rumah..padahal...dot...dot...dot..muahaha!

wallahualam~
sekian, bersambung...

thanks for reading this entry..:))

++akad nikah elok dibuat sama hari ngan kenduri or hari yang sebelumnya??++

 

assalamualaikum~

beberapa hari dok rumah ada discuss pasal perjalanan akad nikah n kenduri nanti.at first memang nak buat akad nikah pagi (sama hari ngan kenduri) sebab alang2 buat sehari terus.senang...orang yang nak datang pon takdela susah2 nak datang 2,3 kali kan..sekali jalan jek.

sumber pic::uncle google.tenkiu~

tapi perancangan asal tu terpaksa dibuat perubahan atas beberapa sebab..

1. kalo akad nikah sama hari ngan kenduri, takot nanti pengantin kelam kabut nak tukar baju sanding n tukar make-up.the fact is, make up untuk akad n sanding mana sama.biasanya make up yang natural n lembut lebih sesuai untuk akad nikah while time sanding make up perlu di tambah lebih tebal..menurut cakap bakal make-up artis aku a.k.a teh; lebih elok kalo akad dibuat hari sebelumnya.sebab nanti takot pengantin tak fresh.yelah..masa dok akad tu kepala otak dok risau fikirkan masa yang suntuk untuk salin pakaian n tukar make-up untuk persandingan.letih tuh...nanti kalo muka i tak cantik sape nak jawab???kahkahkah!monyok je sepanjang bersanding sebab letih...oh no!!it shudnt be like that perhaps!

2. biasanya kalo dah akad, kompem2 keluarga pengantin akan ikot sekali g majlis akad.(akad kat masjid ye) jadinya kat rumah takde sapa yang nak tunggu.susah bukan?kang mesti ada orang yang nak tanya itu ini. contohnya::
"goody bag untuk orang2 marhaban yang mana satu?takot tertukar ngan doorgift untuk keluarga pengantin lelaki plak.."
ahaa~situation nya lebih kurang macamtula..kadang2 hal tu tadelah besar mana pon.boleh decide n setel sendiri.but lumrah orang2 kita kan...suka bertanya.;p

3. kalo buat dua hari yang berlainan, at least kedua-dua pengantin takdela penat sangat kan..pas akad masing2 boleh balik tempat menginap n berehat sementara nak menunggu hari kenduri pada keesokannya.

4. orang marhaban biasanya akan datang pagi2..kalo aku akad nikah pagi tu kan, takkan aku nak lalu lalang depan dorang plak.sebabnya nikah kat masjid.kompem kena keluar masuk rumah nanti.uisyh..sangat tak manis bukan?

apa2 pon.hal ni masih lagi dalam perbincangan antara kedua keluarga.kalo boleh kami tanak membebankan keluarga sebelah pengantin lelaki yang terpaksa datang 2,3 kali kan.kesian la plak.hurmmm.yang mana yang rasanya baik kami ikot je.asalkan memudahkan kedua-dua belah pihak.tak gitu??awww~heheh.

mata still tak ngantuk.tido banyak sangat hari ni sampai naik berpinau mata aku.huahua!nak cover balik tido yang tak cukup masa g kelantan konon.ehehehe.dalam kete takleh tido beb.takot sesat.hahaha.

dat's all for today..have a goodnyte peeps!

thanx for reading this entry..babai!salam~;D

kat kaki ada nota::
buntaq memang pemandu yang sangat berhemah.mahu berkenalan??heheh!

Sunday, June 05, 2011

++kenduri deli part 2++


assalamualaikum semua~

harap korang tak kesah aku sambung cite kenduri deli n zue.hehehehe.(macamla ada orang dok baca blog aku kan???!) -___-

aku tengok rata2 orang yang kawin bulan jun kan, guna warna merah or hijau as a wedding theme.agaknya merah tu melambangkan warrior n hijau tu ketenangan dalam perkahwinan.eceh!pandai jek aku mereka-reka maksud disebalik tema.tehee~tai pu chi.;p

hah.nak tengok gambo kawin deli?
lai2..meh sini meh..

banner yang menjadi petunjuk untuk g rumah pengantin

elok je sampai rumah deli terus amik gambo buat kenangan.

besaq tak hadiah aku pegang??hahaha!malam before g kenduri sempat lagi g cari hadiah ngan kawan2.

with my dearest roomates.dari kanan:nuri n ika..

burn (yang pakai spek itam) n adik dia jadi photographer rasmi sepanjang majlis akad nikah n persandingan.

elok je kitorang sampai tengok2 pengantin lelaki dah readi nak berarak jemput pengantin perempuan dah.langkah kanan!hehe.chup!korang perasan something tak?

hahaha.kebetulan warna baju aku aritu sama ngan warna baju pengantin.merah aummmm!ahaksss!!!

pelamin yang simple tapi cantik..merah putih memang pilihan warna yang menarik untuk hari perkahwinan.:))

sweet kan??meja santapan pengantin dihiasi dengan ros merah.memang unik.

dua2 pengantin berkulit cerah.ngam sangat bila pakai baju warna merah.i loike!

ngan rakan2 sebilik masa belajar kat maktab dulu.miss u girls!uhuks2..

rakan-rakan perempuan yang datang haritu..sepatutnya ada 6 orang.tapi sorang takleh nak datang sebab dia ada hal.jadinya,yang ada cuma kami berlima termasuk aku.

menyempat je amik gambo kat cermin besaq.hehehe.ini adalah aktiviti wajib hokey!

bergambar dengan pengantin perempuan.
bersama classmates.rinduuu!!

disebabkan aku pakai baju merah, jadinya aku kena duduk tengah.hahaha.

aku paling suka pix ni..nampak nau kami semua ni ayu2 belaka.kahkah!sila jangan jeleshhh~;p

lepas penat amik gambo..sesi makan2 plak.comelnya goody bag..

encik budi yang bakal berkahwin bulan 11 ni..:))

bergamba ngan mak pengantin lelaki sebelum balik..she is really nice n lembut orangnya..jumpa lagi ye umi..:)

all in all, kami sangat happy dapat berkumpul sama-sama di kelantan.even waktu sangat terhad.but setiap saat yang ada tu dihargai dengan sebaiknya.

alhamdulillah..semuanya dah selesai.diharap perjalanan kenduri aku bulan 9 ni pon berjalan dengan lancar.insyaAllah~

thanx for reading this entry..:)
babai!!

kat kaki ada nota::
thanx to cik wani sebab amik gambo sepanjang perkahwinan tu.at least ade gak kenangan sesama kite...:)

++kenduri deli++


assalamualaikum~

alhamdulillah..aku n diktam selamat sampai rumah dengan jayanya.a big thanx given to en.buntaq a.k.a azizi sebab sudi tumpangkan kami ke kelantan n hantar balik sampai depan pintu rumah.*susah2 je..:)hikksss!padahal happy~syukur!*
 dalam masa yang sama, sampai skang ni dok risau kat kawan2 yang still on da way nak balik rumah masing2.driving waktu malam ni bahaya..terutama buntaq.dahla sorang2 balik parit buntaq.dia terpaksa patah balik n jalan jauh..terharu plak sebab dia sanggup hantar kami (aku n diktam) balik rumah semata-mata risaukan keselamatan kami kalo naik bus malam2.baiknya dia..dahla jarak rumah aku n dia nak dekat 3 jam..huhu.kesiannya..terima kasih daun keladi.alang2 dah tau rumah, pasni senang nak datang kenduri kawin aku ye.hehehe.insyaAllah~

apa2 pon nak amik kesempatan ni nak ucap selamat pengantin baru buat classmate; deli n isteri.seronok aku tengok dorang..sweet je betul2 kan butang baju.awww~:))
malam kami sampai kat kelantan, deli sanggup tinggalkan isteri dia buat sementara semata-mata nak luangkan masa ngan kawan2 even sekejap.*terharu*
bukan senang nak jumpa kawan2 pas masing2 bawak haluan ke tempat yang berlainan.
seronok sangat dapat borak2 semeja cite perkembangan terkini.

update::
tahniah!welcome to da club ye budi..sebab anda baru bertunang khamis lepas n dijangka berkahwin hujung taun ni.

coming soon:ika bakal bertunang ngan amin bulan depan..insyaAllah..minta2 dipermudahkan segala urusan majlis pertunangan nanti.:))


kat kaki ada nota:

second meeting point, kenduri kat jitra plak.hehehe.