Assalamualaikum and hi!
::dulu::
masa zaman sekolah dolu2 memasing nak baru nak up and tunjuk sapa yang paling style.dedulu aku takdalah style mana.kalau pakai tudung mesti kelepet rapat ke dahi.masuk sekolah menengah (rendah) dah pandai try letak plastik kat tudung supaya awning terbentuk dengan cantik.pastu bila berpeluh teruk kena keluarkan plastik tu dan lapkan dengan tisu..bau tu toksah cerita lah.tengik!bahaha! agaknya tudung yang ada awning sekarang semuanya inspired by bebudak sekolah dulu2 kan????kalau tak manakan nak dapat tudung ada awning yang ada macam2 brand skang ni.thanks to us.teheee~:D
masuk ja menengah atas aku dah pandai pakai tudung takda plastik..sebabnya dah ada orang perkenalkan lilin untuk bagi tudung jadi lebih keras kat bahagian atas. aku ingat lagi masa mula2 apply dan iron tudung letak lilin, esoknya g sekolah ada kawan aku tegur kenapa tudung aku basah.aku pelik lah kan..tak peluh, takda hujan, takda paip air-cond tingkat atas bocor masakan tudung aku boleh basah.then aku pon masuk lah toilet nak check apa yang tak kena ngan tudung aku.rupa-rupanya tudung aku terlebih taruk lilin.hahahaha!bila cuaca panas ja lilin tu makin cair dan menyebabkan tudung nampak macam basah.hekhekhek.terserlah kesengalan aku waktu tu.orang pakai lilin hang takmau kalah gak kan.sudahnya jadi macamtulah.;p skang takyah susah2 pakai lilin sebab kiwi kleen ada satu produk yang fungsi nya sama macam apply lilin.
vs
lagi satu, aku taktau yang ni stail ni nama apa.tapi orang yang tempek benda tu mesti konon2 nampak macam stailo abis!dan kadang2 tu nampak efek ganas2 manja gittew...hikhikhik*gelak manja.puih!*
tau tak apa yang aku maksudkan????it's a plaster~
ada dua jenis plaster.satu yang jenis fabrik dan satu lagi jenis plastik..awal2 dulu manada plaster bercorak.semuanya warna lebih kurang sama ja..coklat or putih. kalau korang nak nampak stail ala2 gengster dan tanak bagi orang kacau, tempeklah plaster kat dahi or pipi.sebab bila orang tanya nanti boleh bitau "haa..ni kes bertumbuklah ngan si polan semalam.." padahal sikit pon pipi tu tak luka.kahkah!poyo ja kan..skang ni ada macam2 jenis plaster yang bercorak as u can see below:
comel2 ja plaster skang.tak ganas langsung..kalau muka crook pakai plaster cute cenggini agak2 stail tak??mihmihmih*
sebenarnya banyak lagi stail budak sekolah dulu2. ada yang pakai tudung singkat atas paras bahu, baju sekolah jarang sampai nampak tali dalam dan macam2 lagi.tapi malas nak ulas bab tu.kang 3 hari 2 malam belum tentu orang habis baca entri aku.panjang berjela.kahkahkah!
::sekarang::
aku sebenarnya tak brapa nak faham stail bebudak sekolah skang.maybe sebab zaman aku dah berlalu..dan aku plak dah jadi cikgu.so bila nampak stail yang pelik2 ni terus rasa sakit mata memandang.;p budak2 sekarang aku nampak daring dari dulu.apa yang aku sampaikan ni pon berdasarkan pemerhatian aku sepanjang bertugas sebagai guru.kebetulan sekolah aku satu kawasan dengan sekolah menengah.sebelum aku sampai sekolah mesti kena lalu sekolah menengah dulu.jadinya hari2 aku kena hadap muka depa.huhuhu.kalau yang ok2 tu sedaplah mata memandang.kalau yang TAK BERAPA NAK OK sangat tu kalau boleh tanak pandang sangat pon..nanti hati sendiri yang sakit..wu..wu..wu..~
benda pertama yang aku nampak, bila time sukan.bebudak sekolah menengah (perempuan) pakai seluar track sukan yang saiznya jauh lebih kecil dari saiz sendiri.mula2 aku agak maybe depa ni tak mampu nak beli seluar track baru.makanya terpaksa pakai seluar time sekolah rendah dolu.see..?fikir positif dulu mekna korang nih.lama kelamaan bukan sorang or dua orang yang pakai seluar gitu.malah ramai..aku syak depa ni sengaja pakai seluar macamtu..bila berpeluh memang seluar tu totally melekat kat kaki sebabnya seluar yang depa pakai ni jenis selapis.
lagi satu, budak sekolah skang ni bukan main malas lagi nak lipat tudung...kalau ya pon lipat sikit bagi cukup syarat ja.kalau budak sekolah rendah memang dah lama aku tolong lipatkan.macam rimas sangat tengok tudung tu tak lipat elok2 dengan kemas..if u guys could imagine how do they look like..agaknya itulah stail yang tengah IN skang ni.bila buat tudung macamtu mereka2 ittew nampak gorgeous gittew.erk.-___-'
kasut sekolah skang ni ramai yang pakai jenis KUNGFU STYLE.
untunglah yang jadi makpak sebabnya kasut ni murah ja..boleh menjimatkan kos parents yang buat belanjawan sekolah every year.;p aku galakkan gak budak2 pakai kasut cenggini.mudah dipakai, ringkas dan boleh tahan kemas..tapi yang jadi pengawas rasanya tak sesuai lah dik..aiceh.macam cikgu disiplin plak aku gayanya.hikhikhik.
rasanya itu sahaja yang boleh disampaikan oleh cikgu husna korang..kalau korang ada gaya yang best masa zaman sekolah2 dulu2 boleh lah share ngan aku.macam fun plak.hehehe.
till then.need to have a short nap sementara little princess sedang beradu.
will reveal her photo soon.but right after my confinement period ends.:)
jaga diri semua and enjoy ur weekend.babai~
p/s:semua pic adalah ehsan goole.titik.