ini merupakan kisah teladan..
baru2 ni kawan aku ade terbukak utube..then die ada tengok satu vidclip pasal sorang wanita y g terselamat dr dirogol oleh seorang penjenayah yg paling dikehendaki oleh polis.
kisah ni jadik kt amerika nuh.n wanita yg dimaksudkan dlm cite ni is wanita islam n memakai tudung.
memegang jawatan yg agak besar di sana.
satu hari..wanita ni pulang dr kerja lewat mlm.
utk smpai ke rumah.die terpaksa melalui sebuah lorong kecil di mana lorong tu gelap dan hanya menakutkan.
sewaktu dia melewati jalan tu.terdapat seorang lelaki yg agak mencurigakan sedang memerhatikannya..
pandangan lelaki tersebut seoalah2 seperti pandangan harimau yg ingin menerkam mangsanya.
oleh kerana terlalu takut dan cemas..wanita ini membaca segala surah dan ayat qursi sebanyak mana yg dia mampu..
akhirnya..dia berjaya tiba di kawasan yg agak cerah.dan selamat sampai ke rumah tanpa mengalami apa2 kecederaan..
keesokan harinya.sebelum keluar pergi bekerja...
dia sempat membaca akhbar pada hari itu.
alangkah terkejutnya dia kerana tajuk utama akhbar itu ialah berkenaan dengan kematian seorang wanita akibat menjadi kekejaman perogol!
dan turut dinyatakan dlm suratkhabar itu ialah..polis ingin saksi yg ada ternampak kejadian yg berlaku untuk tampil membantu siasatan.
.kejadian tersebut berlaku lebih betul2 di lorong gelap yg perempuan ini lalui semlm..
dan mangsa dirogol 10 minit selepas dia melalui lorong tersebut.
wanita ini sangat bersyukur kerana dia telah terselamat dr kejadian malang tersebut.
dan dia ingin tampil untuk pergi ke balai polis dan membantu mangsa dengan membuat pengecaman terhadap suspek.
dia telah mengubah fikiran untuk tidak bekerja pada hari tersebut.sebaliknya terus menuju ke balai polis untuk membantu siasatan.
semasa dibawa masuk ke bilik pengecaman.alangkah terkejutnya kerana lelaki yg merenungnya tajam ketika dia melalui lorong tersebut turut berada dalam tahanan sebagai salah seorang suspek.
dan dia terus melaporkan kepada polis bahawa lelaki itulah yg dia nampak pada malam kejadian.
setelah polis menjalankan siasatan terhdap sampel DNA mangsa dan perogol, didapati benarlah bahawa lelaki itu yg merogol mangsa sehingga menyebabkan kematian.
wanita ini meminta izin kepada pihak polis untuk berbicara sebentar dengan pesalah.
"kenapa kamu tidak mengapa2kan aku sedangkan aku jalan berseorangan pada malam tersebut?"
"bagaimana aku hendak mengapa2kan kamu sedangkan kamu berjalan ditemani oleh dua lelaki berbadan sasa di kiri dan kanan kamu."
wanita itu kehairanan.kerana dia yakin bahawa dia pulang berseorangan.
kemudian menyambung semula kata2nya..
"jika bukan kerana lelaki tersebut...adakah aku yg menjadi mangsanya?"
"sudah pasti."
subhanallah...segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..
wanita itu terus menangis dan menadah tangan tanda bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah menyelamatkan nyawanya dr menjadi mangsa kekejaman lelaki berkenaan.