Showing posts with label school experience. Show all posts
Showing posts with label school experience. Show all posts

Sunday, June 08, 2014

++stail budak sekolah dahulu dan sekarang++

Assalamualaikum and hi!

::dulu::
masa zaman sekolah dolu2 memasing nak baru nak up and tunjuk sapa yang paling style.dedulu aku takdalah style mana.kalau pakai tudung mesti kelepet rapat ke dahi.masuk sekolah menengah (rendah) dah pandai try letak plastik kat tudung supaya awning terbentuk dengan cantik.pastu bila berpeluh teruk kena keluarkan plastik tu dan lapkan dengan tisu..bau tu toksah cerita lah.tengik!bahaha! agaknya tudung yang ada awning sekarang semuanya inspired by bebudak sekolah dulu2 kan????kalau tak manakan nak dapat tudung ada awning yang ada macam2 brand skang ni.thanks to us.teheee~:D

masuk ja menengah atas aku dah pandai pakai tudung takda plastik..sebabnya dah ada orang perkenalkan lilin untuk bagi tudung jadi lebih keras kat bahagian atas. aku ingat lagi masa mula2 apply dan iron tudung letak lilin, esoknya g sekolah ada kawan aku tegur kenapa tudung aku basah.aku pelik lah kan..tak peluh, takda hujan, takda paip air-cond tingkat atas bocor masakan tudung aku boleh basah.then aku pon masuk lah toilet nak check apa yang tak kena ngan tudung aku.rupa-rupanya tudung aku terlebih taruk lilin.hahahaha!bila cuaca panas ja lilin tu makin cair dan menyebabkan tudung nampak macam basah.hekhekhek.terserlah kesengalan aku waktu tu.orang pakai lilin hang takmau kalah gak kan.sudahnya jadi macamtulah.;p skang takyah susah2 pakai lilin sebab kiwi kleen ada satu produk yang fungsi nya sama macam apply lilin.

 vs 


lagi satu, aku taktau yang ni stail ni nama apa.tapi orang yang tempek benda tu mesti konon2 nampak macam stailo abis!dan kadang2 tu nampak efek ganas2 manja gittew...hikhikhik*gelak manja.puih!*
tau tak apa yang aku maksudkan????it's a plaster~


ada dua jenis plaster.satu yang jenis fabrik dan satu lagi jenis plastik..awal2 dulu manada plaster bercorak.semuanya warna lebih kurang sama ja..coklat or putih. kalau korang nak nampak stail ala2 gengster dan tanak bagi orang kacau, tempeklah plaster kat dahi or pipi.sebab bila orang tanya nanti boleh bitau "haa..ni kes bertumbuklah ngan si polan semalam.." padahal sikit pon pipi tu tak luka.kahkah!poyo ja kan..skang ni ada macam2 jenis plaster yang bercorak as u can see below:

 
comel2 ja plaster skang.tak ganas langsung..kalau muka crook pakai plaster cute cenggini agak2 stail tak??mihmihmih*

sebenarnya banyak lagi stail budak sekolah dulu2. ada yang pakai tudung singkat atas paras bahu, baju sekolah jarang sampai nampak tali dalam dan macam2 lagi.tapi malas nak ulas bab tu.kang 3 hari 2 malam belum tentu orang habis baca entri aku.panjang berjela.kahkahkah!

::sekarang::

aku sebenarnya tak brapa nak faham stail bebudak sekolah skang.maybe sebab zaman aku dah berlalu..dan aku plak dah jadi cikgu.so bila nampak stail yang pelik2 ni terus rasa sakit mata memandang.;p budak2 sekarang aku nampak daring dari dulu.apa yang aku sampaikan ni pon berdasarkan pemerhatian aku sepanjang bertugas sebagai guru.kebetulan sekolah aku satu kawasan dengan sekolah menengah.sebelum aku sampai sekolah mesti kena lalu sekolah menengah dulu.jadinya hari2 aku kena hadap muka depa.huhuhu.kalau yang ok2 tu sedaplah mata memandang.kalau yang TAK BERAPA NAK OK sangat tu kalau boleh tanak pandang sangat pon..nanti hati sendiri yang sakit..wu..wu..wu..~

benda pertama yang aku nampak, bila time sukan.bebudak sekolah menengah (perempuan) pakai seluar track sukan yang saiznya jauh lebih kecil dari saiz sendiri.mula2 aku agak maybe depa ni tak mampu nak beli seluar track baru.makanya terpaksa pakai seluar time sekolah rendah dolu.see..?fikir positif dulu mekna korang nih.lama kelamaan bukan sorang or dua orang yang pakai seluar gitu.malah ramai..aku syak depa ni sengaja pakai seluar macamtu..bila berpeluh memang seluar tu totally melekat kat kaki sebabnya seluar yang depa pakai ni jenis selapis.

lagi satu, budak sekolah skang ni bukan main malas lagi nak lipat tudung...kalau ya pon lipat sikit bagi cukup syarat ja.kalau budak sekolah rendah memang dah lama aku tolong lipatkan.macam rimas sangat tengok tudung tu tak lipat elok2 dengan kemas..if u guys could imagine how do they look like..agaknya itulah stail yang tengah IN skang ni.bila buat tudung macamtu mereka2 ittew nampak gorgeous gittew.erk.-___-'

kasut sekolah skang ni ramai yang pakai jenis KUNGFU STYLE.

untunglah yang jadi makpak sebabnya kasut ni murah ja..boleh menjimatkan kos parents yang buat belanjawan sekolah every year.;p aku galakkan gak budak2 pakai kasut cenggini.mudah dipakai, ringkas dan boleh tahan kemas..tapi yang jadi pengawas rasanya tak sesuai lah dik..aiceh.macam cikgu disiplin plak aku gayanya.hikhikhik.

rasanya itu sahaja yang boleh disampaikan oleh cikgu husna korang..kalau korang ada gaya yang best masa zaman sekolah2 dulu2 boleh lah share ngan aku.macam fun plak.hehehe.
till then.need to have a short nap sementara little princess sedang beradu.
will reveal her photo soon.but right after my confinement period ends.:)

jaga diri semua and enjoy ur weekend.babai~


p/s:semua pic adalah ehsan goole.titik. 









Monday, May 05, 2014

++berak lagi++

Assalamualaikum..

it's quite tiring to get urself to school as u are way too far in pregnancy..huhuhu.I just can't move too much because of the pubic pain..it's really painful.Allah..may this pain could wash away my sins:(
baby..please be nice to mummy ok..*hoping eyes*
can't wait to meet u..and so does your brother.perhaps he can tolerate with ur presence in the house.mihmihmih.

bukan nak cerita pasal tu sebenarnya,tapi nak cerita pasal budak tahun 1 aku terberak lagi dalam kelas harini..setiap kali abis waktu rehat je mesti waktu aku..dan time tulah mereka akan "TERMELABUR"..faham2 jelah, najis budak 7 tahun dah macam orang besar kot as they eat like us too! sampaikan ada seorang pekerja, bau t**k tu dah rupa bau petai..kahkahkah!aku macam dah pasrah bila benda ni jadi..cumanya nak naik turun tangga memerlukan kudrat dan tenaga.dengan keadaan aku yang sarat.hisyh..~puas aku mencari baju, kasut dan seluar ganti untuk budak tu sebabnya habis dari atas sampai bawah kena t**k dia..baju2 spare yang dah lepas tu takda plak dorang nak pulang balik..puas aku nyanyi2 kat telinga dorang suruh bawak baju yang dorang pinjam..sampai ke sudah macam buat harta plak.geram betul..kot ye pon, parents kenalah alert..dah bukan baju anak dorang bagi la balik kat cikgu kan..at least, kalau ada budak terkencing terberak dalam seluar sekurang-kurangnya kami ada pakaian spare.


kadang2 aku terfikir, ujian ni datang kat aku mungkin sebab Allah nak uji sejauh mana prihatin dan kesabaran aku..jadinya aku kena redha dengan ketentuan..


Saturday, February 15, 2014

++bodoh sombong++

Assalamualaikum..

Live update dari sekolah sempena mesyuarat agung PIBG sekolah.
Makin lama duduk dalam meeting makin geram plak aku dengar usul2 yang kurang logik dan munasabah daripada ibubapa..hanya segelintir saja yang memberi cadangan yang dapat membina sekolah, ibubapa dan murid.
Apa yang aku nampak masih ramai parents yang tak faham fungsi pibg dan peranan guru.
Plak tu bermatian-matian nak pertahankan pendapat mereka umpama menegakkan benang yang basah..haisy!pantang betul aku ngan orang macamni.
Nampak benar kesombongannya..

Sebenarnya tujuan pibg ni diadakan adalah nak dapatkan persefahaman antara guru dan ibubapa bagi menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah kebaikan bersama. Antaranya program kecemerlangan..gotong royong menceriakan sekolah..bacaan yassin perdana dan sebagainya. 
Banyak usul yang pibg terima tetapi yang jadi masalahnya, yang tukang usul tu langsung tak nampak batang hidungnya.macamana masalah hang nak selesai?tengok ayat dalam usul bukan main lagi..teringin gak nak kenal muka2 depa ni kennn~
Usul paling kelakar bila mana ada sorang parent yang cadangkan untuk ibubapa atau ajk pibg pantau disiplin guru.seorang. Amboih!besarnya pangkat hang dati pegawai JPN m KPM..sapa ntah yang nak bayaq gaji si tukang memantau tuh..lawak2!!!!

Ada juga usul yang komplen makanan rmt sikit berbanding tahun lepas.depa ni buta ka apa?tahun lepas buah dapat sepotong ja..kualiti makanan pon jauh lebih teruk dari sekarang.tahun ni buah dapat sebijik terus kot.takdak potong2 dah.aku syak anak dia jenis makan banyak.tu yang anak dia kata makanan sikit..elok ja aku tengok anak dia makin 'sihat'.hahahaha!macam2 hal!
Kadang2 aku sampai terfikir 'apa benda yang aku dengaq nehh?'

Apa2 pon ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku sebagai guru.
Jauh lagi perjalanan bermaksud lagi banyak benda yang aku bakal hadapi.
Jaga diri.hiasi peribadi.bai!

Monday, January 27, 2014

++tipu maklumat untuk dapat bantuan kewangan++

assalamualaikum..

pagi2 buta waktu perhimpunan mingguan nazir dah menjengah ke sekolah kami..welcome nazirs~hikhikhikhik.harap2 redha lah dengan segala kekurangan yang ada pada waktu ni..insyaAllah akan diperbaiki nanti.agak kemengantukan pagi2 ni sebab semalam tido lambat dek teruja sangat tengok budak hafiz nyanyi dalam AJL.rezeki ko ye dik..menang besar lagi taun ni..akak lagi teruja tengok hyperact sebenonya.meremang bulu roma i ols waktu dorang perform.ok.tamat bab AJL.titik.

awal2 tahun kebanyakan cikgu sekolah terutama guru kelas mesti sibuk menyiapkan data murid.banyak betul kena isi online termasuk apdm, smm,sps dan macam2 lagi..lebih pening kalau guru kelas tahun 1.sebab they have to start from the beginning..antara cikgu yang pening tu akulah!hehehe.takda lah pening sangat pon.cuma kena pandai manage masa dan siapkan tugas ikut priority.tugas terkini yang aku kena buat skang ni adalah kena kira jumlah pendapatan berkapita bagi setiap murid untuk tujuan KWAPM.mujur dalam kelas aku tak ramai.tapi yang memeningkan kepala adalah bila ada parents yang ambik mudah bab isi borang..dorang isi borang ikut suka hati je..kadang2 banyak bahagian yang tak dilengkapkan..-___-
dah jadi keje plak bila cikgu terpaksa bertukar jadi investigator untuk tahu latar belakang keluarga..kadang2 bila aku edar borang dalam 10 keping rasanya yang hantar balik 2, 3 macamtu je..yang lain2 simpan jadi pekasam agaknya.hewwww~

aku punya risau bab2 duit ni..sebabnya kalau boleh aku tanak terlepas pandang murid yang betul2 layak dan berhak dapat bantuan dari kerajaan..tapi parents yang lain2 tu ada yang ambil kesempatan.bila diedarkan borang KWAPM ada yang tipu maklumat pendapatan..so apa yang aku buat adalah semak kembali borang  SMM yang pernah dihantar masa hari pendaftaran dulu..tu pon ada beberapa orang yang takda maklumat..hisyhhh..nak duit..tapi tak berusaha..pening aaa..~*gaya shuib* 
ada plak yang terlebih berusaha untuk dapatkan duit...lagi PENING AAAA~hahahahak!
macam hal!
so aku tempel skali syarat kelayakan untuk dapatkan bantuan KWAPM untuk rujukan..harap2 membantu.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
  1. Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
  2. Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  3. Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
    WILAYAHMISKINMISKIN TEGAR
    ISI RUMAHPER KAPITAISI RUMAHPER KAPITA
    Sem. M'siaRM 720RM 180RM 430RM 100
    BandarRM 740RM 185RM 420RM 100
    Luar BandarRM 700RM 160RM 440RM 100
    Sabah & LabuanRM 960RM 200RM 540RM 110
    BandarRM 970RM 200RM 540RM 110
    Luar BandarRM 940RM 190RM 540RM 110
    SarawakRM 830RM 190RM 520RM 115
    BandarRM 860RM 190RM 530RM 120
    Luar BandarRM 810RM 190RM 500RM 110
    *Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Tuesday, January 21, 2014

++jangan dipandang rendah mereka yang kurang berkebolehan++

 Assalamualaikum..

masuk minggu ke empat persekolahan aku semakin mengenali anak-anak murid ku..tak ramai pon dalam kelas, semuanya ada 24 orang..kelas hujung tak boleh nak letak ramai2 supaya memudahkan guru untuk memantau keadaan murid dari semasa ke semasa.

seperti yang sedia maklum murid kelas akhir ni kebanyakannya memang berkeupayaan rendah.tapi kita sebagai guru tak boleh pandang rendah kebolehan yang mereka ada..sebab ini baru permulaan persekolahan..anak2 tu masih jauh perjalanannya..cuma aku kesian sangat dengan mereka kerana bila ditanya masih ramai yang tidak mengenali huruf dan bunyi setiap huruf..ada yang jenis menghafal..seperti lagu ABC...

contohnya.#situasi 1:
aku tunjuk flash card huruf..
A, B, F, I etc..
tapi yang dibaca murid..
A, B, C, D, dan seterusnya..
mereka just menghafal urutan huruf..:(

koordinasi tangan dan mata juga lemah..mereka tak boleh nak agak garisan untuk memulakan tulisan.
               A    A    
                         A

semakin lama semakin ke bawah tulisannya.

memikirkan keadaan anak-anak murid yang agak merisaukan, aku kena buat sesuatu supaya mereka dapat menguasai huruf serta bunyinya..cuma cabaran buat aku adalah, mereka perlu tahu untuk membezakan bunyi huruf dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

kalau kawan2 kat luar sana yang ada idea bagaimana untuk mereka mengenali huruf, mohon untuk share pengalaman di sini ye..tak pon email je di husnanerra@gmail.com
aku nak sangat bantu anak2 didik ku..taknak berlaku keciciran dalam pelajaran.hurmm
semoga Allah permudahkan niat.
aminn~

Wednesday, January 15, 2014

++perut gembira berat badan pun 'menggembirakan'++

Assalamualaikum..

harini parents yang tak berpuas hati anak dia masuk kelas HUJUNG dah cool down dan boleh terima kenyataan yang anak dia tidak boleh masuk kelas PERTAMA.aku tunjuk segala bukti keputusan peperiksaan dan cara kami guru-guru buat saringan baru dia faham..anak dia memang pandai.tapi masalahnya ada lagi yang LEBIH pandai..hahaha.so.redha jelaa..aku ok je tadi since dia pon minta maaf dan admit kesilapan dia berkasar bahasa dengan aku tempoh hari.(nasib mak encik ni jenis yang tak cepat melenting taw.kalau tak memang makan semburan air liur berhikmat lah jawabnya.hikhihikhik)

hari isnin lepas, aku pergi buat check up seperti biasa.maklumlah skang ni kena g klinik 2 minggu sekali untuk pantau HB dan baby.harap baby mama strong macam abangnya dulu..love u bebeh.
surprisingly masa timbang berat baru2 ni aku dah naik 3kg dalam masa 2 minggu!!!!hahahahahahhahaah~alangkah bahagianya mak buyong ni sebab lalu makan..tulah kesan dan akibat kantin sekolah yang menyediakan makanan SEDAPPPPPPPPPPP~daripada nak pantang makan terus jadi pantang tengok makanan..semua nak ngapp.kahkahkah!
untuk menu makanan arini:
1.nasi putih+ayam goreng kunyit+sambal belacan+ulam
2. roti canai sebiji+teh o panas gelas besar
3. roti 2 keping+milo oat+nugget ketam 2.

itu hanyalah menu sarapan ok!tengahari tadi ni aku tak berani nak turun bawah.takut sangat nafsu makan mendorong aku untuk ke kantin lagi.ngeri kang makcik tu tengok aku makan lagi..hihihi.meh nak tempek gambar sebijik kat sini..

Eh.bukan sebijik dah ni tapi 3 biji gambar ditempek sekaligus.dasar over!!haha
Harap maaf.kadang2 tuan blog ni teringin gak selfie skali skala kennn..;p

Gambar kat atas tu yang paling recent.diambil tengahari tadi..takda edit2 ok.cuma nak selit sekali yang bb cream +bedak MISTINE memang awesome!muka tak berminyak sampai ke tengahari even kelas full.sangat best..
Jadi kawan cepat2 pergi kat link ni
https://www.facebook.com/wann.mistine


Saturday, January 11, 2014

++kantin baru semangat baru++

Assalamualaikum..

permulaan sekolah tahun ni aku kira sangat baik..sebab yang pertama, aku masih dapat jadi guru kelas tahun 1 (aku memang minta because I love kids so much) kedua, bakal mendapat baby baru soon..:) yang ketiga, rasa macam ada satu semangat baru yang nakkan buat sesuatu dengan baik, aku rasa lebih organize, tak serabut dan gembira..dan akhir sekali kantin sekolah dah bertukar tokey..

selama dua tahun aku suffer dengan servis kantin yang agak so-so..rasanya bukan tahap so-so dah tapi peratus OK tu hanya 30-40% cenggitu..boleh bayangkan tak macamana keaadaanya..?so, bila dengar bestfriend aku dari sekolah dekat cakap tokey kantin dia akan berpindah ke sekolah aku, menjerit-jerit kecil aku dibuatnya..YES!YES!!!no more makcik R..yang baru adalah makcik M...hehehehe.aku memang selalu dengar orang dok puji masakan kantin makcik M. aku sendiri pernah makan makanan makcik M before this masa aku tinggal dengan Amy dulu..hehe.sedappp~

last year aku jadi malas untuk turun makan kat kantin..kalau g pon mesti untuk minum2..tang makan tu samada suami aku belikan makanan bungkus dari luar atau aku masak dari rumah untuk buat bekal..sampai macamtu sekali..cikgu2 lain pon ramai yang tak turun makan..dorang rela makan dalam bilik guru..masing2 bawak bekal dari rumah atau beli..kadang2 tu aku kesian gak kat makcik R..merungut nape ada yang tak makan kan kantin dia..aku ni jenis yang tak reti nak cakap apa yang berlaku sebetulnya..kang kalau aku bitau tak pasal2 kena fire dari makcik tu.ahahaha!sebab ada pernah sekali masa aku tak tempah makanan daripada kantin untuk jamuan akhir tahun kelas, dia punyalah marah kat cikgu2 yang tempah kat luar..yang jadi mangsa untuk dengar bebelan dia adalah aku!!dan aku adalah antara cikgu yang tak tempah kat dia.bahahahaha!
sorry sangat makcik R..aku terpaksa dengar luahan dan keluhan anak-anak kelas yang nak rasa makanan lain dari yang pernah dorang makan di kantin sekolah...maybe dorang pon jemu dengan masakan yang sama..so, dorang mintak aku menu lain..nampak?budak2 pon pandai memilih apa yang terbaik tau.

hujung tahun lepas semasa hari pendaftaran tahun 1 merupakan first day aku merasa makanan dari kantin baru. memang tak mengecewakan!sedap~
then hari mesyuarat kokurikulum, one of our administrators ada buat jamuan kesyukuran..pon tempah makanan daripada kantin baru..dia punya rendang ayam yang dimakan dengan pulut kuning tu memang tersangat marvellous!

sampai arini aku terbayang-bayang kesedapan pulut kuning aritu..nak tambah makan tapi kang nampak macam orang kebuloq plak kan..hihihiks.;p
bila perut happy, mesyuarat pon jadi tenang dan gembira..:)

hari jumaat haritu plak pentadbir sekolah seorang lagi buat jamuan..*semoga murah rezeki kalian*
menu:nasi ayam THORBAIK~


semua cikgu turun makan..kantin jadi sangat meriah..dan ada yang tapau(beli) untuk dibawa balik..aku tak pernah tengok keadaan macamtu setelah sekian lama aku berkhidmat di sekolah sama..
rasa seronok sangat tengok cikgu2 enjoy makan makanan yang disediakan..alhamdulillah!
kadang2 encik suami pon akan datang sekolah to have breakfast with isteri tersayang..habis pecah rahsia bila dia datang..mana taknya, makanan yang isteri ambil punyalah banyak!hahaha~

semoga makcik M dapat teruskan menjaga kualiti makanan dan kebersihan kantin sekolah..

p/s:ingatkan nak control amount makanan yang diambil starting from 1 jan 2014..tapi nampak gayanya my diet totally ruin..agaknya cikgu2 lain pon rasa yang sama macam aku gak.haha.masing2 bila makan menambah-nambah.;p

nanti I ols tempek gambar kantin baru okeh?babai~
salam..


Friday, January 10, 2014

++kelas idaman++

Assalamualaikum..

How are u friends?hopefully u guys are doing great:)
Alhamdulilah,seminggu persekolahan berlalu dengan baik..buat masa ni anak2 murid aku masih menunjukkan sikap yang baik..buat masa ni lah kan..esok2 ntah macamana plak rupanya..harap2 baik sentiasa.oh ye, maybe ada yang tahu and tak tahu yang aku jadi guru tahun 1.tapi kali ni berbeza dari tahun lepas.kalau dulu aku pegang kelas pertama, but this year aku kena pegang kelas last.nevermind...mana2 pon aku ok.lagi pun siapa kita untuk under estimate kebolehan murid kan?sepanjang proses pembelajaran apa2 boleh jadi.janji mereka rajin datang ke sekolah dan mau dengar cakap cikgu..
I guess korang mesti boring dok baca cerita pasai sekolah ja kan..hehe.well,dah nama pon cikgu..haruslah banyak cerita pasal sekolah...:D

Tahun ni aku semangat nak menghias kelas..walaupun aku tahu tinggi risiko kalau hias kelas hujung nih..huahua.sebab mengikut pengalaman lepas waktu aku ngajar kelas tahun 1 jugak, tak sampai 2 minggu aku tampal hiasan kat notice board, habis tanggal..last2 aku fed up dan malas nak hias beria sangat..huhuhu.cita cita nak cat kelas skali tapi masih lagi was2 nak buat ke idok..ni antara warna2 cat yang menarik untuk kanak2..

















warna2 kat atas tu antara tesenarai dalam pilihan..nice kan? 

harap2 boleh turn out kelas jadi macamni..

                                                                  ihsan dari google..

cita2 kena tinggi.takda angan2 takkan jadi benda yang kita impikan..we'll see what's going to happen to my class later..heheh.still in decorating process.maklumlah..mak encik skang ni kan dikira sebagai kenderaan berat..;p
bab panjat memanjat ni kena buat slow2..risau okeh.

k lah.nak sambung buat keje kemas rumah.

p/s:dok sorang2 pon tak jadi keje gak..rasanya ada haiqal rumah lagi kemas..even dia kuat menyepah.bila dia takda satu hapa pon malas nak buat.haisyh..*jentik tangan sendiri sebab malas*




Wednesday, January 08, 2014

++diet rosak 2014++

Assalamualaikum..

macam rajin plak update blog lately..hikhikhikhik..padahal skang ni mak encik takda keje nak buat.lesson plan untuk minggu ni settled. then BBM tinggal nak print je kat rumah..kat sekolah bukan takda printer, kami dah beli asing (guru2 KSSR) but then dakwat tak buat hal plak..asal print je mesti abis berbelang-belang gambar..
dah tu, kalau print gambar binatang semua dah nampak macam kuda belang warna warni.hahaha!

alhamdulillah, tahun ni kantin sekolah dah ok.tukar tokey lain starting from 2014. ingat nak diet lah kan...tapi kalau dah semua makanan yang dia masak sedap2..rosak lah diet cikgu2 sekolah cenggini.kuikuikuikui;p
setiap kali aku turun ke kantin, menu yang aku santap bukan satu je..mesti ada sampingan macam2.semua aku nak makan..hehehe.dah tu, orang ni cakap makanan tu sedap, orang situ cakap makanan ni sedap..nafsu aku apa lagi...memberontaklah!

nak tengok gambaq terkini chek ka????
tapi malu nak buh kat sini.sebab tembun la..
nanti aku tempek untuk mengubat rindu pembaca..*muntah*


Thursday, August 29, 2013

++1001 ragam murid++

assalamualaikum..


wargh..beberapa kali menguap sebab cuaca yang agak redup2 enak gitu..this weekend nak g kenduri kat kl..tak sabar nak jumpa kakak angkat yang bertahun tak jumpa.anak dia pon dah masuk dua orang.bukannya jauh pon kalau nak diikutkan ipoh dan kl..but setiap kali balik shah alam or g kl mesti ada keje nak dibereskan..mudah mudahan sabtu ni semuanya berjalan seperti yang dirancang..moga pertemuan kami nanti memberi 1000 hikmah..amin..:)

even aku agak kemengantukan harini tapi seronok sangat mengajar..terutamanya mengajar murid-murid tahun 1.ntahlah.maybe dose kopi aku cukup kot harini.hahahaha~!
hari aku diserikan lagi dengan perangai murid yang kadang2 buat aku terburai gelakkan mereka..nak tau?meh sini ahkak nak buka cerita..

#ragam 1-darjah 1
teacher : "awie...tuck in ur shirt properly.."
awie: "ok teacher"
terus dilondehkan seluarnya sampai paras lutut then dimasukkan baju yang terkeluar tadi elok2..dan tarik seluar macam biasa.-___-
agaknya bagi dia tak salah buat macamtu.pada peringkat umur ni, perasaan malu murid masih belum berkembang..sebab tu dia londehkan seluarnya dengan selamberrr..hahaha.
mujoqlah hang baru darjah 1 nak oii..kalau tingkatan 1 lari bertaburan cikgu dibuatnya,
tapi aku sempat pesan kat budak tu, jangan londeh seluar macamtu lain kali.sebab tak sopan..:)

#ragam 2 - darjah 1 kelas hujung
situasi : ada sorang murid kelas yang aku ajar ni, dia sangat susah nak datang sekolah.stiap hari kena paksa dengan mak dia untuk masuk kelas..kalau mak dia balik mulalah dia menjerit dan melalak sampai pening kepala cikgu yang mengajar waktu pertama..harini budak tu buat hal lagi.lepas kena tinggal ngan mak dia, dia melalak sambil hantuk kepala kat pintu kelas(pintu belakang)
puas kawan aku pujuk dia jangan buat macamtu.tapi tetap tak makan saman..last2 ada sorang lagi kawan aku naik kelas..dia masuk dan guna lontaran vokal yang paling nyaring dan tinggi terus budak tu berhenti hantuk kepala..haaa..baru kau tau nak...
so, masa waktu kedua adalah waktu aku mengajar.ada beberapa orang murid ni..

murid 1: "teacher, TAK sakit tau kalau dia hantuk kepala dia kat pintu"
teacher :"ape plak tak sakit..mesti lah sakit.boleh benjol dahi kamu tau"
murid 2 : "betul teacher..rasa kebas2 sikit je..lagi sakit kena cucuk ngan nurse haritu"*sambil buat muka selamberr..*
teacher :"buat apa nak hantuk2 kepala..banyak lagi benda berfaedah lain kamu boleh buat.betol tak?"
murid 1 : "betol teacher..tapi kalau tak sakit pon jadi benda berfedah juga.."
tak sempat aku nak cakap JANGANN~ terus dia ngan kawan dia hantukkan kepala sesama sendiri tanpa ada perasaan bersalah atau sakit.
what derrrrrrrrrrrrrrrrr?????????????
terkejut aku dibuatnya!!buat depa hantuk kepala kuat2 tak pasal2 je parents datang jumpa aku sebab kepala / dahi anak benjol2..kadang2 budak ni memang suka buat perkara diluar jangkaan..sebagai ibu bapa, kita tak boleh nak expect cikgu tengok anak setiap masa.dalam kelas tu katakanlah ada 40 orang..ramai kan??kadang kadang tak sempat nak tengok sebab setiap murid berlainan fe'elnya..tambah2 pula kalau korang kena ajar murid tahun 1.harap maklommmm...
*risaunya kalau time aku mengajar ada murid jadi apa2..minta dijauhkan dari sebarang musibah*

#ragam 3 - darjah 1

perlukan pemerhatian lebih budak neh..hahahhaa!
if U notice something, there's one word been misspelled. guess what??

#ragam 4 : masih berpandukan gambar rajah di atas..

murid : "teacher, kalau kerbau bukan ke kita panggil dia cow ke?"
murid 2 : "eh..bukan cow la...tapi bull.." murid ni cuba membtulkan kawannya..
murid 1 : "abis tu, nape gambar ni dia cakap kerbau tu yak? maksud ayat kat sini, kerbau ni suka berak ke..?"
FYI, murid tu muka dia sangat serius masa tanya soalan..
teacher : "nape kamu cakap macamtu?"
murid 1 : "yelah..mak kita suka tanya adik kita nak yak ke tak..sebab kalau mak tak tanya nanti adik berak merata-rata.."
ok.fine..baru aku faham..T__T

kalau nak diikutkan setiap hari ada je perkara yang meggelikan hati berlaku..
ini yang membuatkan aku lebih sayangkan kerjaya aku..hehehe

Sunday, January 06, 2013

++murah rezeki++

Assalamualaikum..

minggu pertama persekolahan memang agak haru biru..skang ni budak kecik (muhammad haiqal ) ni pandai tau.aku kena tunggu dia bangun tido baru boleh g sekolah.kalau angkat dia cemtu jek mula lah nanti bad mood all day kat rumah pengasuh.kesian kak imah nanti kena hadap dia cranky.dahla skang vokal makin kuat..hahaha!

so far budak2 kelas aku macam ok sikit..cuma ada sorang budak tu macam agak special..her articulation memang out langsung.kalau dia bercakap memang kita tak faham..cara dia berjalan pon kita boleh agak yang dia ada problem..kesian plan aku nengok.but fyi, she's very cute and sweet..:))
skang ni takde streaming lagi untuk kelas2.start selasa sampai khamis ada ujian diagnostik untuk bm, bi and math.then they will be placed at the class based on their performance..

kalau siapa yang mengikuti blog aku dari mula mesti akan perasan yang aku memang suka akan seni.tak kisahla seni lukis, seni tarian, seni muzik..blaa..blaa..bla..asalkan yang bersangkut paut dengan seni memang akan jadik feveret aku.hehehe.this year aku sekali lagi ditugaskan untuk menjadi jurulatih action song bersama partner yang sentiasa menyokong dan melengkapi..kak nita..alhamdulillah.sangat seronok bekerjasama dengan dia.:)) bercerita pasal seni ni, baru2 ni aku di offer untuk menjadi hakim pertandingan hiasan makanan kat restoren yang agak well known kat area sini.cuma aku je jarang p restoren tuh..pernah g sekali jek.p other than that, aku dapat offer untuk buat lagu sekolah..not my school ..but other school.sama2 lah kita tunggu macamana hasilnya nanti..mungkin ini yang dinamakan as murah rezeki..

mudah-mudahan 2013 membawa 1001 kebaikan dan manfaat.aminnn~

Thursday, January 03, 2013

++dah boleh buka kedai stationary++

assalamualaikum..

semalam pegi tesco ngan kak ola ngan baby Haiqal..tujuannya satu je..nak melengkapkan peralatan sebagai persediaan guru tahun 1.muahaha!macam aku sorang je kan kena ajar tahun 1.orang lain pon ajar gak kennn..aku je over lebih2 beli itu ini...so semalam keluar untuk beli laminator or dalam bahasa kedah.LOL. mesin laminate dan beberapa barang lain.hehehe

I chose blue colour sebab tinggal warna ni je.SEDIH...:'( warna pink takde.uhuk.huk.
 sejak pegang kelas yang melibatkan kssr ni banyak bahan bantu mengajar kena buat..aku tanaklah aku buat teruk2 BBM untuk pakai buang.jadinya semua benda kena simpan elok2..laminate paper adalah perkara terbaik. tahan lama bahan2 kita kan kawan2..:)

other than that, aku beli.

kertas warna.aku pon taktau setiap kali aku keluar mesti gatal tangan nak beli benda ni..last2 tak terkira dah berapa banyak kertas warna terbeli.such a waste.

si penumbuk a.k.a puncher.hehehe!

files.:))

printer 3 in 1 untuk kssr pon dah sediakan.semua benda yang diperlukan aku dah beli.so pasni boleh bukak kedai stationary kot..hahaha!
lai..lai..mari2 sape nak buat keje dan memerlukan alatan, sila jumpa dengan teacher husna k.

babai!

Monday, May 21, 2012

++beban yang ditanggung guru!++


assalamualaikum..

congak2 hari, cuti sekolah makin hari makin dekat..menandakan hari bersalin pon semakin hampir..wuaaahhh~!im getting nervous lah..huhuhu.dahla tadi baru tengok kawan blogger yang tinggal kat german baru deliver baby dia kat sana..comel plak tuh..tahniah ana& azli atas kelahiran si kecil ariff..:))

comel kan??????kecik2 lagi dah ada kete...=p

skang ni aku makin pening pasal banyak benda nak kena settle before bersalin nanti.aku kena siapkan fail kssr murid-murid tahun 2.tambahan pulak aku ni kan guru kelas...takkan nak biar orang buatkan keje aku kan...huh.tak patut~let me do it myself..


ok.harini cadangnya nak siapkan kulit depan fail kssr untuk setiap fail (kulit dah ada.tapi tak suka tengok sebab warna putih je.nak buat atas kertas warna bagi seragam.baru cun!) then nak laminate satu2 supaya tahan lama.cecewah!!!cakap memang berapi.tapi nak buat tu entah jadi ke idak...kita tengok jelah hasilnya pasni...ngueheheh..sambil2 dok taip entry ni sambil bukak sppbs..tapi asal bukak je sistem sppbs tu mesti lagging or hanging...macamana nak isi?takkan nak kena tunggu sampai pukul 2 pagi baru nak isi??quality time untuk tido tu...mana bole diganggu..isk2.

kadang2 menjadi satu beban buat guru..time nak isi time tulah sistem buat hal or server down.ada antara cikgu yang takde kemudahan internet kat rumah..yang tu aku lagi kesian..dorang cuma hanya ada masa nak isi semua tu di sekolah..plus, aku pon kesian kat cikgu2 yang ada anak2 kat rumah..dorang lagi lah terpaksa bahagikan masa antara suami, anak2, assignment (bagi yang sedang sambung belajar), tugas sebagai guru and at the same time tanggungjawab sebagai isteri...letih taw!kalau lah ada suami2 yang tak reti nak appreciate taktaulah...memang jenis tak reti bersyukur gamaknya.

korang rasa kan kssr ni bagus tak untuk cikgu2?
maybe ada yang kata ok dan maybe ada yang akan kata menyesakkan..contohnya aku dah bagi kat atas tuh.macam aku ok lagi lah sebab anak baru nak masuk sorang..
dan entah untuk kali ke berapa mahu ku bilang, tugas sebagai seorang guru bukannya mudah ye adik2, abang2, kakak2, pakcik and mokcik2..pernah terdengar keluhan hati seorang guru, 

"kita dok sibuk jaga anak orang kat sekolah, kadang2 anak2 sendiri kat rumah tak sempat nak tengok...pegi sekolah pas subuh...then balik sekolah nak dekat matahatri terbenam..hurmmm..."

setuju sangat!!!!jadinya kalau gaji kami dinaikkan lagi pon sangat2 dialukan.hehehehe!
terus aku akan cakap ILEBIU lah GOMEN...~~!!!=p

apa2 pon aku akan cuba jalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan sebaik yang mungkin.setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti diiringi dengan keberkatan dan pahala dari-Nya..

selamat petang!
babai~

Friday, May 18, 2012

assalamualaikum..


done with my laundry..house-keeping, and tidying up my bedroom..fewwhh..my laundry was quite piled up..hehehe.it has been almost 2 weeks I did not wash my clothes...usually I will send all of my clothes to the laundromat twice a week..but I don't know why lately I am super exhausted after getting back home.I'm just like a flat battery..plus, the weather also contributes a lot to my over tiredness.huhu.kan skang cuaca sangat panas sampai mata pon susah nak celik..*even mata aku besaq..*

tudung2 yang dbasuh harini..ini baru 1/3...ada lagi yang tak bersidai..dalam baldi lagi..huhuhu..ada sapa2 nak tolong?meh aku pah singgit.ngehehehe.

insyaAllah malam ni encik suami akan sampai di Ipoh..aku memang tak larat nak balik sana.tambah2 naik bus..minggu depan encik suami yang datang amik dengan kereta..
esok ada LADAP kat sekolah sampai tengahari..nasib baik suami dapat cuti sehari.kalo tak..minggu depanlah baru kami berjumpa jawabnya..huhuhu.aku sentiasa berharap yang encik suami akan segera ditukarkan ke ipoh..senang duduk sekali.takdelah kena tunggu hujung minggu baru berjumpa..rindu taw takk~

sebenarnya rasa kesian kat suami pon ada gak...cutinya sehari je, hari sabtu semata-mata.lepas keje petang ni dia terus bertolak datang sini..then malam baru sampai..then esok petang dah nak kena balik putrajaya plak...penat tuuuuu~but he insists to come here jugak..what to do..nobody forces him to do that...or...maybe our love makes him to do it so..apa lagi...vroommmmmm..hikhikhikhi..olololo.comelll..~

psssstttt~nak tengok tengok tak gambar mak buyung yang terkini???hehehehehe..


nah!amik kau!hahaha!


hadiah pink, kebetulan baju aku haritu pon semua pink...even hadiah pon tak dapat menyembunyikan tumbesaran baby..hehe.

sebelah aku adalah kawan baik kat sekolah...she helps me a lot through out my pregnancy...sometimes rasa terharu sangat dengan kebaikan dia..that's why I love her very much..:))
thanks for being such a good friend of mine akak...







Thursday, May 17, 2012

++I'm proud to be a teacher++


assalamualaikum...

tinggal lebih kurang seminggu je lagi cikgu2 and murid2 akan bercuti sekolah.yeah baby!seronok but dalam hati berdebar pon ada sebab tarikh untuk bersalin semakin hampir..now my pregnancy has entered 33weeks..that means kurang dari sebulan je lagi I am going to deliver my baby..ya Allah..permudahkanlah segala urusanku...aminnn.

sekarang ni nak fokus untuk persiapan si kecil..masih ada beberapa barang yang masih belum dibeli since encik suami kata tunggu dia datang untuk beli apa2 sekalipon.ok.he wanna spend his money for our baby's stuff.so have to wait lahh kannn...heheheh!aku cuma beli barang sikit2 jek..

lupa nak bitau semalam..sempena dengan hari guru peringkat sekolah...aku telah diumumkan untuk menjadi guru pilihan murid-murid sekolah...awwww~*blushing* memang sangat2 x sangka sebab pertandingan seumpama tu baru je dibuat tahun ni..dan aku yakin yang ini adalah rezki untuk ibu mengandung dan anak yang dikandung..:))
bagi aku,semua guru bertakhta di hati murid2...

seriously, aku memang sangat bahagia menjadi seorang guru..rasa seronok bila berdepan dengan murid-murid..lumrah murid..kadang2 ada yang nakal dan degil..tapi semua cabaran tu yang menjadikan kita sebagai guru yang lebih matang dan komited..
aku yakin yang aku memang tidak salah memilih profession sebagai seorang pendidik..bersyukur pada - Mu ya Allah..

Wednesday, May 16, 2012

++selamat hari guru!!!++


assalamualaikum..

SELAMAT HARI GURU BUAT DIRI SENDIRI DAN SEMUA GURU DI MALAYSIA...:)

-pic semalam-
see..disebabkan baju kurung dah tak muat.so hanya mampu sarung maternity blouse and skirt je untuk ke sekolah..hehe.bila pakai cenggini kadang2 tu rasa macam keje kat office pon ade gak.LOL  o__O


p/s::buat rakan2 seperjuangan, para pensyarah, guru2 sewaktu berpraktikum dan buat semua warga guru ,teruskan usaha murni anda sebagai seorang pendidik..khas buat anda semua..~

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



Thursday, April 26, 2012

++it's over..ohoooiii~++

assalamualaikum

rasa tenang pegi skolah harini...boleh masuk kelas seperti biasa dan yang penting dapat beri sepenuh tumpuan dengan murid2 kesayangan dengan lebih dekat lagi..sebelum ni asik sibuk dengan latihan action song je. then terpaksa tengok dua benda dalam satu masa.so,faham2 jelah kan..tak boleh nak bagi sepenuh komitmen kat kelas..pity them...jadinya ada hikmah sekolah aku tak menang..hanya mendapat tempat ke-3 je peringkat daerah..apa2 pon.well done kids!

senyuman pagi bersama one of my team members.auni..:)

bergambar kenangan bersama wakil PPD unit kokurikulum and guru besar SKSP yang sentiasa cool..:)


sebenarnya ada hikmah sekolah aku hanya mendapat tempat ke-3 even budak2 bersemangat n berusaha keras untuk jadi johan..cuba bayangkan kalo sekolah aku tetiba announced as the first winner, agak2 larat lagi tak aku nak latih???dan kalo tak silap aku, pertandingan perinkat negeri akan diadakan somewhere in JUNE...waktu tu aku dah sarat sangat dah dan tunggu masa untuk deliver baby jek.sebab tu aku tenang and redha je dengan keputusan yang diumumkan..cuma selepas pertandingan tak sanggup nak tengok muka budak2 aku yang terlalu berharap untuk menang.huhuh.sebab tahun lepas dorang berjaya menempatkan diri ke peringkat negeri..sweet memory betul.

tahun depan kami akan berusaha lebih lagi untuk kembali merampas takhta johan.hehehehe.#TTDMKA#
rasanya macam nak buat tema M.DAUD KILAU...kompem kostum berkilat-kilat kalah penyanyi asal.muahahahaha!*evil laugh*


terbaik ah kostum macamni..hahahaha!I loike!kita gelek sakan pasni yek.


Thursday, April 19, 2012


assalamuaalaikum...

bestnye harini bercuti sehari sempena hari keputeraan sultan perak.:)
oleh kerana harini cuti, so banyak benda yang aku nak buat..antaranya kemas bilik sendiri yang rasanya dah semakin berserabut disebabkan terlalu bz dengan action song.then siapkan lesson plan untuk esok sampai Isnin. mengemas bilik sampai semput2.hehehe.aku memang tak boleh nak duduk lama2..bila duduk je rasa perut ditekan...that's why rasa mengah..makan pon tak boleh banyak2 or kalo berdegil ko akan end up macam sloth.hehehe.

diam tak diam, pertandingan action song makin hampir which is going to happen on diz coming Wednesday..OMG..am I ready for this?are the kids ready too??? perhaps so..I put a lot of my efforts on this competition and expecting for a good result with Allah's will..if the sustenance is with us..then no one can change it ~ just pray for the best..aminnn~

yesterday, I painted all of the kids's shoes with polka dots pattern.a bunch of thanks to few of my colleagues for willing to help me painting the shoes..what's the use of the painted shoes?you must be wondering what was I doing rite? ahaaa~let's keep it as secret..or maybe as a secret weapon.hahahahahaha!poyo!!dont take my statement seriously.well.just joking tho~..;p
since we don't have enough budget to buy a pair of  fancy shoes for each kid, so I bought the plain white one..then I designed the shoes by myself..tho It may take a lot of time to complete it.but if there's a will there's a way right????I believe in that so much.

sometimes when it comes to competition, I am really sure that the instructor or the coach might feel nervous more than the kids do.hehehe.

aren't this polka dot shoes cute??but ours not exactly look like this..it was designed based on my own taste.

I drew big polka dots on my kids's shoes..so.it would ease me to insert the colours though. somehow I am so worry about the accessories for the girls..I don't know what to be used for the performance later. takkan nak biar kepala budak tu togel je kan??please help me!!


hurmmm...which is cuter?

nak try buat dulu lah..then baru boleh proceed untuk buat yang lain2..k lah..nak mandi manda dulu.babai~
have a nice day gang~
hehe.


Tuesday, April 17, 2012

++siang malam action song++


assalamualaikum...

kadang2 aku terlupa yang aku pregnant..hahaha!boleh macamtu??ligat semacam g sana sini uruskan hal2 action song...selagi tak bertanding selagi tu di sekolah akan nampak aku ke hulu ke hilir dengan kak nita.nasib ada dia..at least keje kami dibahagi kepada dua.dia bahagian pengurusan dan aku handle bahagian persembahan budak2.syukur dapat team mate yang sangat senang bekerjasama and tak berkira tenaga.terharu ouh..
kadang2 ada gak cikgu2 sekolah yang tegur suh aku jalan slow2 sikit...tapi disebabkan nak kejar masa..so tak sempat nak fikir nak jalan slow2.huhu.what to do...masa ibarat emas..aku rasa macam fugitive yang sentiasa terkejar ke sana sini..huahua.

oh ya!baru jap tadi dapat kostum action song...satu untuk budak laki and satu lagi untuk gegurl.yang boboy punya memang cantek.kemas sangat dia jahit..tapi skirt untuk gegurl mcm tak berapa kembang..so agak down sikit..salah sendiri sebab pilih kain yang agak lembut..patutnya untuk dapatkan hasil yang lebih baik aku amik kain net yang keras sikit...macam net hijau yang orang pasang kat tingkap2 tak kasik nyamuk masuk tuh.ahahaha!kompem kembang!LOL:P

kembang macam ni ok!
baru comel~hiksss~:D
sumber:google

asal malam badan aku mesti penat...konon2 nak stay up buat keje termasuk lesson plan.tapi end up ngan tido..hahaha.pastu bangun pagi mula kelam kabut nak siapkan itu ini.teruk betul...skang baru aku perasan badan aku skang dah tak sama macam dulu...skang ni cepat letih..kat sekolah ok.balik rumah terus sakit2 satu badan.aiyoyoyo..macam ni ke keadaan orang mengandung???asal kat sekolah macam kuat semacam je hah???ahaa..ni mesti baby suka duduk sekolah kan?kan?kan?agaknya dia suka mama dia mengajar..hehe.*maaf.exaggerate sikit*

alhamdulillah...setakat ni lagu2 untuk pertandingan memang takde masalah since aku boleh berkarya whenever I want...kadang2 aku dah tido dah..then tetiba terjaga and dapat idea terus melompat dari katil and on keyboard untuk record lagu..bab2 pertandingan aku memang semangat sebab target nak menang aje!tambah2 dapat team mate yang bersemangat waja macam kak nita..lagi2 lah meluap rasa nak menang tuh.hehehe.kalo ada cikgu2 sekolah lain yang terbaca entry ni mintak mahaple...kami memang macamni...extremely ambitious.;p

this picture was taken during the action song competition GROUP 10.and we were announced as the winner..
do not look at the costumes because these costumes were used for that time only..tho I know u might think that it looks so yesteryears..;p

to kak ola a.k.a my best colleague..thanks a lot for helping me out preparing the stuffs needed for the costumes and accessories..really appreciate it..

tak lupa juga kat encik suami kesayangan yang banyak bersusah payah temankan aku dan bantu dari segi kewangan untuk dapatkan apa yang aku nak..dahla beli keyboard.pastu temankan aku cari accessories serata shah alam..siang malam tak kira waktu..kesian sangat..
semoga usaha kami berbaloi dan diberkati Allah..
harapan kami cuma satu..mudah-mudahan ALLAH permudahkan lorong ke laluan kemenangan peringkat daerah...AMIN...:)






Sunday, April 15, 2012

++amirul++

assalamualaikum..

just arrived from putrajaya...tired but really happy spending my weekend with my dearest hubby..
alhamdulillah..kalo takde aral melintang tak lama lagi we are about to have our own property nearby shah alam2..syukur ke hadrat-Mu ya Allah...pasni kenalah berjimat cermat berbelanja..tak boleh suka hati shopping.teheee~kena sama2 bantu meringankan beban encik suami..

sabtu lepas berpeluang membeli belah barangan baby buat pertama kali since perut pon dah masuk 7 bulan lebih dah..nak beli awal2 tak berani sebab mak dah pesan awal2..mana berani lawan kan?the mom knows the best..:)
I dont know why sepanjang weekend nih asik teringatkan si amirul jek...how is he doing rite now?masih menangis bersedih lagi ke??can he suit himself with the new surrounding?perhaps he can be strong tho' his age is still too young..sabar ye sayang
but last friday amirul seemed to be so happy..so I asked him..

"amirul...teacher tengok kamu happy je harini..seronok ke kat asrama?dah ada kawan?"

"hehehehehe..mak saya tepon semalam..."

"telefon asrama kamu?"

"a'ah...mak cakap nak bawak saya g sunway lagoon nanti...main air"

"yeke....:) bila mak nak bawak g?"

"mak cakap cuti sekolah bulan 5 nanti..."

alhamdulillah..at least mak amirul masih amik berat tentang anak dia even dia dah berpisah dengan suami..cumanya untuk balik semula ke rumah meraka rasanya susah sikit kot.takpelah..hopefully amirul gets better in time..
.harap2 betul lah janji maknya tu..bukan apa...budak kecik ni jenis yang sangat mengingat.. once kita dah tipu dia sampai bila2 dia tak akan percaya kita..wallahuaalam...