Thursday, August 29, 2013

++1001 ragam murid++

assalamualaikum..


wargh..beberapa kali menguap sebab cuaca yang agak redup2 enak gitu..this weekend nak g kenduri kat kl..tak sabar nak jumpa kakak angkat yang bertahun tak jumpa.anak dia pon dah masuk dua orang.bukannya jauh pon kalau nak diikutkan ipoh dan kl..but setiap kali balik shah alam or g kl mesti ada keje nak dibereskan..mudah mudahan sabtu ni semuanya berjalan seperti yang dirancang..moga pertemuan kami nanti memberi 1000 hikmah..amin..:)

even aku agak kemengantukan harini tapi seronok sangat mengajar..terutamanya mengajar murid-murid tahun 1.ntahlah.maybe dose kopi aku cukup kot harini.hahahaha~!
hari aku diserikan lagi dengan perangai murid yang kadang2 buat aku terburai gelakkan mereka..nak tau?meh sini ahkak nak buka cerita..

#ragam 1-darjah 1
teacher : "awie...tuck in ur shirt properly.."
awie: "ok teacher"
terus dilondehkan seluarnya sampai paras lutut then dimasukkan baju yang terkeluar tadi elok2..dan tarik seluar macam biasa.-___-
agaknya bagi dia tak salah buat macamtu.pada peringkat umur ni, perasaan malu murid masih belum berkembang..sebab tu dia londehkan seluarnya dengan selamberrr..hahaha.
mujoqlah hang baru darjah 1 nak oii..kalau tingkatan 1 lari bertaburan cikgu dibuatnya,
tapi aku sempat pesan kat budak tu, jangan londeh seluar macamtu lain kali.sebab tak sopan..:)

#ragam 2 - darjah 1 kelas hujung
situasi : ada sorang murid kelas yang aku ajar ni, dia sangat susah nak datang sekolah.stiap hari kena paksa dengan mak dia untuk masuk kelas..kalau mak dia balik mulalah dia menjerit dan melalak sampai pening kepala cikgu yang mengajar waktu pertama..harini budak tu buat hal lagi.lepas kena tinggal ngan mak dia, dia melalak sambil hantuk kepala kat pintu kelas(pintu belakang)
puas kawan aku pujuk dia jangan buat macamtu.tapi tetap tak makan saman..last2 ada sorang lagi kawan aku naik kelas..dia masuk dan guna lontaran vokal yang paling nyaring dan tinggi terus budak tu berhenti hantuk kepala..haaa..baru kau tau nak...
so, masa waktu kedua adalah waktu aku mengajar.ada beberapa orang murid ni..

murid 1: "teacher, TAK sakit tau kalau dia hantuk kepala dia kat pintu"
teacher :"ape plak tak sakit..mesti lah sakit.boleh benjol dahi kamu tau"
murid 2 : "betul teacher..rasa kebas2 sikit je..lagi sakit kena cucuk ngan nurse haritu"*sambil buat muka selamberr..*
teacher :"buat apa nak hantuk2 kepala..banyak lagi benda berfaedah lain kamu boleh buat.betol tak?"
murid 1 : "betol teacher..tapi kalau tak sakit pon jadi benda berfedah juga.."
tak sempat aku nak cakap JANGANN~ terus dia ngan kawan dia hantukkan kepala sesama sendiri tanpa ada perasaan bersalah atau sakit.
what derrrrrrrrrrrrrrrrr?????????????
terkejut aku dibuatnya!!buat depa hantuk kepala kuat2 tak pasal2 je parents datang jumpa aku sebab kepala / dahi anak benjol2..kadang2 budak ni memang suka buat perkara diluar jangkaan..sebagai ibu bapa, kita tak boleh nak expect cikgu tengok anak setiap masa.dalam kelas tu katakanlah ada 40 orang..ramai kan??kadang kadang tak sempat nak tengok sebab setiap murid berlainan fe'elnya..tambah2 pula kalau korang kena ajar murid tahun 1.harap maklommmm...
*risaunya kalau time aku mengajar ada murid jadi apa2..minta dijauhkan dari sebarang musibah*

#ragam 3 - darjah 1

perlukan pemerhatian lebih budak neh..hahahhaa!
if U notice something, there's one word been misspelled. guess what??

#ragam 4 : masih berpandukan gambar rajah di atas..

murid : "teacher, kalau kerbau bukan ke kita panggil dia cow ke?"
murid 2 : "eh..bukan cow la...tapi bull.." murid ni cuba membtulkan kawannya..
murid 1 : "abis tu, nape gambar ni dia cakap kerbau tu yak? maksud ayat kat sini, kerbau ni suka berak ke..?"
FYI, murid tu muka dia sangat serius masa tanya soalan..
teacher : "nape kamu cakap macamtu?"
murid 1 : "yelah..mak kita suka tanya adik kita nak yak ke tak..sebab kalau mak tak tanya nanti adik berak merata-rata.."
ok.fine..baru aku faham..T__T

kalau nak diikutkan setiap hari ada je perkara yang meggelikan hati berlaku..
ini yang membuatkan aku lebih sayangkan kerjaya aku..hehehe

Wednesday, August 28, 2013

++hadiah istimewa buat suami++

assalamualaikum...

hari istimewa ni dah lama berlalu..tapi baru ahkak nak update harini.hohoho.
bulan Mei merupakan bulan yang agak special bagi aku..sebab Mei, suamiku dilahirkan..dan bulan Mei jugalah si jantung hati dilahirkan.memang tak disangka sangka sebab due bulan 7 tapi keluarnya 31 hb Mei..:) senanglah nak celebrate sesama ngan si ayah nanti..
even aku tak dilahirkan dalam bulan yang sama, tapi...Mei juga merupakan hari guru..yay!!jadi boleh triple celebrate..hehehe.*nak jugak tuh!*

so.seperti biasa, bila dah mai bulan istimewa ni mulalah aku pening kepala memikirkan hadiah yang sesuai untuk yang tersayang..kalau nak diikutkan memang dah lengkap barang2 dia..tapi bagi aku, pemberian isteri hatta wang syiling 1 sen pon dianggap lebih istimewa..setuju?no?last year aku hadiahkan jam tangan..:))

aku memulakan pencarian dengan membuat survey dari rakan2 sejawat..tanya apa yang biasanya lelaki akan suka..dan aku juga ada bertanya pendapat kepada pengasuh haiqal yang always bersifat membantu&memudahkan..

at first, aku survey handphone.
handphone yang dia pakai skang adalah iphone 4s.
rasanya ada phone yang lebih baik dari itu??

aku usha..

samsung galaxy note 2.
#aku sangat ketinggalan bab gadget skang ni.

then aku usha..
samsung tablet..

aku tak rasa dia nak pakai tablet jenis nih.

kendian,aku survey yang ni plak..

rasa macam too common plak..but dalam masa sama aku fikir dia leh selalu pakai g keje..bila selalu pakai makanya makin sayang kat bini.eh?

pastu aku tengok yang ni plak.

memang camera encik suami dah rosak..so, kalau nak capture gambar apa2, mesti kami akan guna phone je.sedih!;(
kalau hadiahkan kamera secara tak langsungnya dikira hak bersama..mihmihmih!
family camera gittew...

fikir punya fikir, after done surveying, aku buat keputusan untuk beli kamera..dalam banyak2 gadget dia rasanya gadget ni yang dia takde lagi..(ada pon dah rosak)
satu lagi masalah..kamera pon ada banyak jenis..dahla aku ni jenis tak pandai or peka bab gadget2 neh.lagi runsing dibuatnya.
nak beli samsung smart camera, harga boleh tahan CANTIK secantik rekaannya..
mau aku berdiet kalau terbeli kamera tuh.haha!

pastu tengok kat sony plak..design memang mantap!warna pink plak tuh!~pastu terpikir..eh!aku ni nak beli kamera untuk diri sendiri ke?terus cancel tak jadi amik sony.

next choice is canon..
jenama ni banyak kamera untuk orang hebak2!bagi beginners seperti kami ni rasa macam tak layak nak beli kamera secanggih yuna.wuwuwuuwu...cukuplah kamera yang ada basic function dah senang untuk dikendalikan.and again..CANCEL!

seterusnya, jenama nikon.
banyak good review yang aku dengar pasal nikon..kamera pon ada macam2 jenis...cuma tinggal kita je nak pilih.warna pon menarik!yang penting ada warna pink dan merah..perghhh~meleleh air mata tengok.*ok.statement ni over*

masa dok tinjau2 dalam kedai kamera, hati terpandang kat satu kamera ni..

harga ok.
bentuk menarik.
yang penting, cer tengok kat kaler dia...ohsem!!!!!!!
terus angkat yang ni in the end..hahahaha.
beria je akak kat kedai kamera tu terang pelbagai function yang ada kat kamera ni kat aku..
padahal, satu apa pon cheq tak ingat..;p

ahaa...jadinya korang dah tau apa hadiah untuk encik suami i ols tahun ni kan..
korang plak bagi apa kat suami memasing?
jangan malu, jangan segan, meh kita share sesama..:)
--teaser malam sambutan hari jadi ayah dan anak--


p/s:hadiah haiqal nanti aku update kendian..babai~


++facebook status++

assalamualaikum..

tengok tang tajuk tu macam boleh buat tajuk pidato ataupun karangan PMR kan.sebab taujuk itu sangat HOT.hikhikhik.semenjak dua menjak ni aku asik panas telinga  dengar orang bercakap tanpa isi.maksudnya percakapan lebih kepada merapu merepek niang rapik.#mulut tahap longkang.kalau merapu dalam blog lain cerita lah kan, hihi.i ols lah tu..;p.
sapa tanak baca pon cheq peduli ape kan..haaa..ini masalahnya bercakap hingga buat orang terasa, terkecik hati..tanpa menjaga batas dan adab tatasusila..adoi.pening kepala dibuatnya.*mata ke atas tanda annoyed*

sebagai contoh..kita selalu meluahkan perasaan kita kat dalam facebook mahupun dalam blog. friends list korang katakanlah ada 1000++..pastu korang ada marahkan sorang daripada kawan korang..pastu p tulis laguni..
" bo*** punya orang! kalau tak pandai tu janganlah buat2 pandai.menyusahkan hidop je!"
(#ini contoh je k)

ape.ko dah pandai sangat ke sampai boleh membodohkan orang???hahahaha!setakat pandai nak merampuih kat status facebook ape lah sangat~apa pon tak boleh!;p kita ni secara sedar atau tak sedar suka sangat guna facebook sebagai medan untuk melepaskan perasaan marah dan geram kita. kadang2 kita nak habaq kat tak suka orang tu dan nak block..
contohnya...~
"haisyh..napelah dot dot ni dok menyemak kat dalam friend list I..sorry dot dot..I terpaksa delete u..kenang daku dalam doamu."
*okeh.ayat yang last tu aku saje menambah sendiri.hikhikhik*

jap.yang ni aku confuse kejap...nak block orang perlu ke nak canang bagi semua orang tahu????
hang nak delete dot dot tu dari friend list hang, terus buat jelah..takyah susah2 nak up status macamtu kat facebook..ini salah satu status yang buat aku sakit jiwa.hohohoho.

budak2 yang baru nak up zaman le nim pon boleh tahan gak fe'elnya.jiwang sesungguh!tengok budak yang buat video janji bagai tu udahle,berani kan??kadang2 aku plak yang naik meremang baca status yang depa up..contohnya..

"sesungguhnya ku tak ingin yang lain selain dirimu sayang...kau membuatkan diriku berada di awangan...aku berjanji akan setia mencintaimu selama-lamanya.."

ohsemnya janji2 manis dia..padahal baru tingkatan 1 atau 2 cenggitu..agaknya kalau aku mati idea nak tulis ayat jiwang apa kat encik suami bolehlah minta idea kat depa ni kot.eh??
kot ye pon nak bercinta dik non, make sure u dah mampu beli spender sendiri...hahahah.ini spender pon mak ayah yang belikan lagi..*drooling eyes*

macam2 lagila yang aku baca kat status facebook orang...kadang2 aku pon ada gak yang tulis merapu2..tapi kalau boleh tu janganlah up status yang boleh menyinggung perasaan orang yang membacanya..
sekalipon kita marah dengan seseorang, better tulis direct kat orang tu secara private.tak pon jumpa terus ke..senang..tak yah nak kecoh2 satu malaya..secara tak langsung orang boleh judge u dari segi percakapan u tu..hurmm..renung2 kan ye..

k lah..nak g mydin jap.nak beli bendera hias kelas..SEMANGAT!
babai~

jaga diri hiasi peribadi.
salam.

Tuesday, August 27, 2013

++new haircut++

Assalamualaikum..

Tenang bila tengok anak kesayangan tido dengan nyenyaknya..rasa macam nak cium2 je pipi dia tatkala ini..

Sejak dua menjak ni aku tersangatlah sensisitif..mudah sangat terasa and very fragile.kalau ada silap sikit mesti rasa nak melenting.haisy!!ni mesti kesan perubahan hormon tambahan pula skang ni kan tengah pe'od.huahua.maafle kalau ada sesapa yang terasa ngan aku.


Dua hari lepas aku g barber shop..nak potong rambut haiqal..rimas tengok rambut dia yang dah rupa kpop tuh.dahla cuaca boleh tahan panas skang ni..abis naik ruam kat bawah2 tengkuk tu..sian baby mama.

First time bawa baby g kedai gunting rambut memang agak cuak.takut dia melalak or tak duduk diam masa orang nak gunting..tapi rupa-rupanya masa orang potong rambut dia elok je dok senyap..
good boy~

hasilnya di bawah:
style rambut::abu bakar elah.

sekiann~

Saturday, August 24, 2013

++pray for our brothers and sister++

assalamualaikum...


Allahurobbi...Allahuakbar...Allah~:((

just having a discussion about what is happening now especially to our muslim brothers and sisters in syria, mesir and myanmar..feels like crying my heart out everytime I read or heard news about them..

ya Rabbul alamin.please help them..don't let anybody or any weapons hurt them.
keep them in safe. 
Allah..


kejadian yang berlaku di luar sana benar2 menginsafkan aku...
setiap hari aku bersyukur kerana diberi nikmat untuk meneruskan kerja dengan aman.
diberi nikmat untuk menghirup udara segar..
diberi nikmat untuk bermain dengan anak.
diberi nikmat untuk menyediakan makan minum untuk suami tersayang..
dan pelbagai lagi nikmat lain yang kadang kala membuatkan aku terleka dan lalai..Allah..
mampukah kita menjadi sekuat mereka di luar sana???
*cry*


Friday, August 23, 2013

++rindunya kat kesayanganssss+

assalamualaikum..

yay!akhirnya harini encik suami dah habis berkursus..seronoknya!
dia ada ajak aku untuk pergi sekali temankan dia kat sana but then atas tuntutan keje aku tak boleh nak ikut..sian dia..but aku tak risau sangat pasal makan minum dia kat sana..dah nama pon kursus kan..kompem makan diberi 4,5 kali sehari..kalah i yang dok rumah ni ha..hahaha~

alhamdulillah sepanjang encik suami berkursus, muhammad haiqal tak banyak ragam duduk dengan aku..cuma sekali sekala mesti dia nak jenguk kat tingkat atas..mungkin rindu kat ayah dia kot..siannya my baby..oleh kerana dia sangat2 well behaved kat rumah, aku asyik teringatkan dia even masa waktu bekerja..rindunya kat anak sorang tu...:(
harapnya dia ok kat rumah pengasuh..pening kepala bila setiap hari dok dengar dia melalak every time aku hantar dia kat rumah pengasuh..tapi nak buat macamana..keje is still keje kan.redha...~


bila teringatkan si tembam yang meleleh leleh air liur ni mesti bukak album gambar dia..dapat tengok gambar pon dah ok..terubat rindu mama kat dia..:))



Thursday, August 22, 2013

++anak menyusu badan=kuat meragam??++


assalamualaikumm...

this is my second entry for today.

selalu kita dengar yang anak menyusu badan ni susah bila dengan pengasuh..sebab apa2 pon dia nak sentiasa dekat dengan mak dia je..kalau pagi2 hantar kat rumah pengasuh tak melalak tak sah.aku pon tengah melalui ujian yang sama..ingatkan bila umur dia dah setahun lebih makin ok lah kan..tapi lain plak jadinya..dia dah pandai banyak benda dah memahami benda2 yang kita sendiri kadang2 tak jangka.so, bila dia dah dapat 'akal' tu dia mula jadi bijak..sekarang ni fe'elnya, dia tak boleh tengok langsung kalau aku bangun dan g buat keje lain..kalau boleh dia nak sentiasa temankan dia..kalau bangun je dia akan menjerit macam kena penampo ibaratnya..hahahaha!fuhhh semangat..sangat menguji keimanan okeh..nak marah pon bukannya dia reti apa lagi..bila aku cakap "biasa dia neh...." lagilah berjurai-jurai air matanya..haru weih..

sebelum raya ritu dia ngan pengasuh ok je..maksudnya takdelah teruk sangat meragamnya..orang kedah kata "merap.."
tapi lepas naik cuti raya baru2 ni..perghh...dia dapat akal menjerit..jenuh nak bagi dia senyap..huhuhuhu..napelah sayang mama buat macamtu..risau hati setiap kali tinggalkan dia nak pegi keje..
pastu tanya kawan2 sekerja, dorang kata biasalah tu kalau anak menyusu badan memang fe'elnya macamtu.
kesiannya kat pengasuh kena mengadap budak yang merap tu..

walaubagaimana pon aku sangat2 bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat pengasuh yang baik macam kak imah dan keluarga..sabar je yang melayan kerenah haiqal yang sometimes tu memang membuatkan kita boleh hilang sabar...gamaknya kalau pengasuh lain mesti depa buat macam2 kat anak kita disebabkan geram atau tak tahan dengar anak kita melalak..huhuhuhu.selalu kan kita dengar kes pengasuh yang macamtu?nauzubillah..minta dijauhkan dari semua tu..semoga Allah memelihara setiap anggota keluarga kaim..Aminn~

courtesy from : google search image.lebih kurang macamnilah muka dia setiap pagi..haru kan..


Wednesday, August 21, 2013

++beraya bersama yang tersayang part 1++

assalamualaikum..

seronok dok tengok album raya kawan2 ngan keluarga dan sahabat handai..aku baru terhegeh-hegeh nak buh gambaq kami sekeluarga beraya..hihihi.sungguh lambat macam siput..;p

alhamdulillah..raya pertama dapat berada di kampung halaman bersama keluarga tersayang.kebetulan pula keluarga along pon balik beraya kat kedah tahun ni..makanya rumah lebih meriah.suka!suka!suka!*sebut gaya mei mei upin ipin*
lepas beraya dengan mak ayah kami terus shoot ke penang..alahhhh..bukannya jauh pun penang dengan kedah. lebih kurang sejam lebih sikit dah sampai..:)

#raya -1 @jitra kedah

raya first..haiqal dengan tokwan hamid.bukan main melekat dia dengan tokwan.

haiqal, tokwan dan kakak echa!:)

haiqal masa mula2 sampai penang..ni kat rumah toknek yah (maktuk sebelah suami)

posing apa tengok2?ngan tokma, ibu long and aleesya (sepupu haiqal)

haiqal dan ayah..dua2 kesayangan hati

haiqal dan tokwan ahmad (ayah mertua)

apalah agaknya yang digeramkan si haiqal tu..sibuk nak tarik tudung uwe lah tu..

haiqal dah start meragam..masa ni kat rumah nenek suami (mak kepada mak mertua) jarak antara nenek sebelah mak mertua dan ayah mertua hanya 100m.hehehe.untung kawin sekampung..

#raya ke2.bbq kat rumah bff a.k.a dr eliana.



antara makanan malam bbq :))

geng 1 sekolah..#smk jitra.
tapi dua orang tu doktor..aku je yang jadi cikgu.huhuhu.

#raya ke-3 (raya kedua takdan nak amik gambaq sebab lupa ambik kamera)

@penang again. masa ni ada bbq kat kampung suami..sedara mara dari kl semua balik masa raya ketiga.

rambut haiqal dah jadi abu bakar elah dah sebab berjalan tak berhenti masa dok kampung..dia pakai baju tu tak sampai sejam.last2 belengging tinggal pampers je.hahaha.

cd baru pakcik nassir wahab..boleh dapatkan di pasaran.

the uncles..

cukup dulu kot update pasai raya..nanti check sambung lain naa...jom maghrib~:D
















Tuesday, August 20, 2013

++the best baby carrier in town++

assalamualaikum...

anak dah boleh berlari berjalan bagai baru nak update pasal baby carrier kan.emang dasaarrr~hahaha.

baru2 ni aku dan encik suami ada buat survey pasal baby carrier untuk haiqal sebab dia ni kalau dah penat jalan dia tanak masuk dalam stroller.mesti nak berdukung atau duduk dalam baby carrier..masalahnya, dia kan dah besar.berat pon of course lah bertambah.so, baby carrier yang ada skang ni tak mampu menampung berat dia..asal masuk je dalam kantung carrier tu mesti melorot ke bawah.last2 ko dukung dia serupa macam tak pakai carrier pon.huhu.nak tanak terpaksa get a new one untuk yang tersayang.

jumaat lepas kami sekeluarga keluar jenjalan kat klcc.saje je jenjalan kat sana sebab ayah mertua ada urusan kat petronas situ.alang2 nak g petronas tumpang lah skaki g cuci mata..hewhewhew. ada beberapa butik baby kat situ dan oleh kerana tak larat nak survey kat beberapa shops lain, kami just singgah kat butik mothercare je..banyak pilihan baby carrier yang ada kat situ.ada yang jenis wrap macam ni:


dan ada yang jenis camni which is MEMANGAKUTAKKANBELI.muahahaha!serupa nak bawak baby g hiking jek.;p

dan ada yang macamni:

yang ni memang kita biasa tengok kan..

so last2 kami terbeli yang ni..



actually kami dah test banyak jenis carrier tapi yang ni yang paling selesa untuk both mummy/daddy and baby.kemas dan senang pakai..kalau tak silap dia boleh tampung sehingga 20kg baby..:))

jenama yang kami beli ini adalah ERGOBABY.. kalau sapa nak tau lebih lanjut boleh google sendirik ye..aku cuma boleh terangkan secara ringkas je.

biasanya baby carrier yang ada tak semua yang betul2 boleh tampung berat baby sehingga 20kg..kalau ada pon mesti parents yang mendukung tu sakit bahu, pinggang atau sakit satu badan..tapi apa yang menarik pasal ergo baby ni..bila kita letak baby dalam ni..tak rasa berat atau beban pon.sebab apa????
sebabnya berat baby akan distributed evenly..padding pon tebal..jadinya korang memang akan rasa selesa sangat..


baby carrier ni boleh pakai kat depan dan belakang..macam bag pack..nampak kemas kan orang tu pakai?



haiqal suka kalau dibawa macamni..dia paling marah kalau mama atau ayah dia letak dia kat belakang...maybe sebab tak nampak muka kot atau macamni lebih nampak selesa..:)

jadinya para ibu yang baru rasa nak beli baby carrier ni boleh cuba ergobaby.
memang tak menyesal beli.highly recommended.yang penting ibubapa selesa..anak pon happy..

k lah.
till we meet again in the next post.
babai~