Wednesday, October 05, 2011

++rasa macam nak buat bisnes...++



assalamualaikumm...~

mood nak berbisnes ni datang since last few weeks..sebelum ni pernah nak buat tapi takot tak berhasil.rugi ja nanti...so aku intai2 peluang berbisnes di laman2 blog n web2..aku survey apa yang menjadi kegilaan orang2 skang ni termasuk diri sendiri.and guess what?

here are some of da survey outcomes:

1. tudung
aku mengaku yang aku memang gila tudung sejak aku bergelar cikgu.pantang ada design terbaru mesti nak beli.tak kisah lah jenis syria ke...shawl ke...or yg ada visor/awning..n tudung2 yang menjadi kegemaran aku skang ni HAJRA, D'HAJA, PEARL HAYA n FAREEDA..arianni aku tak minat..huhu.

tudung visor/awning: model tudung tak berbayar..cenggini lah ghope..~ngeee~snap gambo sendirik jek..tehee~:D

shawl....

2. brooch/pin
ermm..yang ni aku rasa tau nak amik kat mana..bila dah ada tudung mestilah kena accessories yang menarik kan?so,brooch and pin comel memang sangat sesuai digayakan bersama...tapi yang ni takdelah dapat untung mana pon.


nampak tak rama2 yang hinggap kat kepala saya??

mesti korang tak perasan kan??sebenarnya ada pin rama2 kat tepi kepala saya yang sangat comel.n again...RAMA2 lagikkk!!haha.i am so liking it~yeahhh~;D


3.original branded handbag with cheaper price

ceh.cakap macam senang...bukan senang nak dapat barang ori memandangkan banyak barang tiruan yang hampir menyerupai yang sebenar..for sure i wud not go for the LV stuffs, BONIA..GUESS or COACH..senang sangat kena tiru..kalo beli mahal2 pon, at the end mesti orang ingat macamni...
"ko beli kat petaling street eh??"

"choi..."

kalo yang ori punya.cer tengok beg macamni..

ni produk FOSSIL..kalo korang g kedai harga dia mesti RM 300++..tapi aku boleh kasik murah..haha!kemain lagi ko nyah..

ha..itu jelah kot..baju macam tak berapa nak minat sangat sebab ramai orang dah jual..
aku ni je berangan je lebih..hahaha.nak buatnya ntah jadi ntah idak..hihi.


takpe.kejayaan seseorang bermula dari angan2 kan...?

till then.jaga diri semua..bye2~:)



Tuesday, October 04, 2011

++bukan nak show off..tolong faham++



assalamualaikum...

minggu ni wud be my disaster week eva!
i have no time for my own at school..but what to do...i love my job very much.rasa macam tanak tukar keje jek..*konon*
im getting used with my school environment..n telinga aku semakin kebal dengar budak2 di setiap aras bangunan yang terpekik terlolong setiap kali berlaku waktu pertukaran guru.hehehe.isnt it good for me?before diz rasa sangat depress ok dengar budak2 bising.tension dibuatnya.

tetiba teringat kat encik suami...mesti ngah sebuk ngan patient dia..kadang2 tak sampai hati nak kacau dia even rindu gilee..hukhukhuk.='(
last week masa g putrajaya n sempat lunch sesama ngan dia.
so.dalam kesempatan yang ada tu dia tunjukkan bilik dia waktu kena oncall duty.
first time jejak kaki kat bilik tu macam agak kekok.but bilik tu sangat nice.macam hotel pon ada.
ada bilik air sendiri.memang sangat selesa.but bukan boleh duduk situ sepanjang malam pon.hahaha..even bilik se'best' mana sekalipon ko tatap kena ngadap muka pesakit2 ko.huahua.tido pon kadang2 sempat kadang2 tak..oh.kesiannya encik suami..

yang bestnya time lunch pon ramai nurse carik nak mintak tandanganlah...pesakit kirim salam lah..itulah...inilah..macam2 hal.tak boleh ke nak tunggu pas encik suami abis makan?kesian sangat kat dia.sampaikan encik suami cakap kat sorang nurse tu..
"akak..boleh tak dapatkan tandatangan doktor lain?lagipon saya tengah makan ni..dr.H*** ade je kat dalam ward tu"

seriously, kalo encik suami tak call mintak temankan dia lunch, memang aku takkan g spital untuk saje2 jumpa  dia..aku tanak nurse2 or pekerja2 kat situ fikir bini dr.F ni saje je nak tayang muka kat situ..seolah2 macam nak show off.ewwwhhh..memang tak kot!malulah!nurse2 ni ada yang ok..and ada tak.yang tak ok tu action sikit.aku tegur pelawa makan sama2 pon ada yang buat2 tak pandang pon ada..sikit pon tak senyum bila aku senyum kat dia..huhuhu.bertambah2 segan aku kat sana.T__T


pas makan, temankan encik suami solat jap.then baru aku gerak balik..eh.tak balik pon sebenarnya.but g jalan2 sengsorang kat alamanda.hikhikhik.errr..dengan izin encik suami tau..pape hal, aku memang akan bitau dia dulu.:))



kat kaki ada nota:
"ya Allah ya rabbul a'lamin..Kau ampunkanlah dosa-dasaku..dosa2 suamikku..dosa2 seluruh keluarga kami berdua..Kau panjangkanlah jodohku dengan suamiku ya Allah..Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepada kami..sesungguhnya Kau maha mendengar..berkatilah hidup kami.."
sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan encik suami.semoga berada dalam lindungan-Nya..amiin...~

Monday, October 03, 2011

++duplicate kunci++



assalamualaikumm...

aku g sekolah arini dah macam drunken master dah.mana taknya semalam tido nak dekat pukul 3 n bangun pukul 5.30am.
aku sampai ipoh semalam pukul 11 lebih...mengantuk!!tapi harus kena siapkan BBM untuk harini.kalo tak budak2 takde semangat nak belajar.budak2 kena tarik perhatian dorang thru games base activity.baru semangat nak belajo..kalo tak ke laauuuttttt!huauahua.

semalam rasa sekejap je spend times ngan encik suami.
lepas subuh hantar dia g keje.then tenghahari sempat jumpa kejap n lunch sama2 kat pantry hospital.
pastu shoot g alamanda sengsorang..baru aku tau.best gak eh shopping sorang2.teheee~
takde sapa nak halang aku nak beli itu ini.hehehe.i loike!!
eh.tipu je.aku still kena inform kat encik suami pasal aku nak beli pape.
dalam dok terkejar2 masa tu sempat rembat baju voir 3 helai n 1 baju encik suami and terbeli handbag lagi.hakhakhak!!sape suh buat SALE..haa...kan akak dah terbeli..
bebel2 encik suami sebab dia kata aku dah banyak handbag..so,lepas aku dah purchase handbag tu dengan jayanya terus dia cakap macamni..

"NO MORE HANDBAGS AND SHOES FOR THIS MONTH AND FOR THE NEXT MONTH"

whattttt?????!!tak dengarlah..
*ok.saje buat2 tak dengar tapi dalam hati redha je*

alah.tak risau pon.dah dapat dah pon barang yang aku nak.so what??ahaha..asut pon rasanya takkan beli lagi kot dalam masa terdekat ni pasal ada lagi kasut yang aku beli haritu tak sempat pakai pon lagi...;p

oleh kerana syokk sangat shopping semalam.aku terlupa tinggal benda yang paling penting untuk encik suami which is KUNCI RUMAHHHHHHH~


waahhh...macamana aku boleh tak perasan yang aku terbawak balik dalam handbag aku..?????
aku baru tau tengahari tadi.tu pon encik suami call dia tak boleh masuk rumah..T__T
alahai...kesiannya kat dia..dahla penat2 oncall..keje direct sampai tengahari tadi from pagi semalam.dengan tak cukup tidonya lagi...kalo aku mesti dah mengamuk gile macam kucing nak branak...aku bersalah sangat dalam hal ni.

menggelabah aku kat sekolah arini.terus rasa serabut perut tak boleh nak fikir dengan waras..
kesian budak2 action song aku..terpaksa tinggalkan dorang jap nak cari penyelesaian hal ni.
last2 aku fikir aku nak kirim kunci kat driver bus yang aku slalu naik balik putrajaya.
masa tu tak terfikir plak yang encik suami ni ada housemate.hahaha!!!
housemate dia kalo aku balik putrajaya dia memang takkan muncul kat rumah tu.dia tido kat spital jek..
so.dia sendiri amik tindakan g jumpa house-mate fuhh.nasib baik ada kunci at dia..
kalo tak encik suami memang tak boleh masuk sampai aku bagi kunci rumah kat dia.
haisyh...rasa macam nak lempang2 diri sendiri sebab cuai n menyusahkan orang laen.huhuhu.

nasib baik encik suami tak melenting..kalo tak habislah aku.ni yang sayang lebih neh..i heart u lah moncet..kuikuikuik..(as en.suami suka sangat dok cakap dia gemoklah..moncetlah..)padahal tak pon.


kat kaki ada nota::
len kali duplicate lah banyak2 kunci.senang.kalo hilang satu gugus ada lagi kunci spare.

Thursday, September 29, 2011

++wedding NORMEY++


assalamualaikum...

huh.terasa lega bila masuk tengahari kepala aku dah ok sikit..tak macam pagi tadi.rasa mual gile..makan ape benda skalipon rasa nak termuntah balik.
aku rasa aku ada tersilap makan malam tadi and dapat kesan arini..phewww~

oh ya.rata2 blog hiburan yang aku baca semua dok publish pasal cite M**** ngan N*****.
cite pasal gaun n wedding yang berjuta-juta tu.
bukan ape, as one of not-so NORMEY fans aku nak gak tengok baju macamna yang mahal sangat tu kan...
tapi bila klik je kat entry blog tuh aku jadi sangat terkejut..
sebab aku expect baju dorang mesti sangat class n mewah..dah harga pon berjuta-juta kan..tapi jangkaan meleset sama sekali...

kalo orang luar tengok wedding ni pasti akan terkejut giler~
or they wud be saying this..
"oh.there's no difference between the malay's marriage and our marriage tradition...it all looks the same..."

kesianlah...ciri-ciri melayu takde langsung.
ngan wedding gown yang agak seksi..then baju flower girls yang rasanya macam over dress plak.sorry..i have no intention at all of offending anybody.

sekadar luahan sahaja.dorang kawin ke tak kawin bukan masalah aku pon.hahaha.
cuma just wanna give some points of view.

p/s::suka tengok wedding farah.cantik~!!:))


Wednesday, September 28, 2011

++honeymoon++



assalamualaikumm...

kedengaran macam agak lucah ye tajuk entry..shud be ended with 18SX..ngahah.just kidding!!
actually entry ni tade lucah2 pon ok.baca dulu baru taw~

well.some of b2b might've been thinking about da best place to spend with ur loved ones for bulan madu.
at first aku pon macamtu gak...berangan jek lebih.padahal dah sedia maklum pas kahwin masing2 kena masuk keje macam biasa..takpe.yang penting berangan tu ada.

so.let's review tempat2 yang pernah menjengah dalam kepala otak aku.

#1 Pulau Langkawi.to be specific at FOUR SEASONS LANGKAWI

serius tempat ni memang cantik gilakk...aku berkesempatan jalan2 sekeliling hotel ni.view kat sini memang best!!sebab dia ada private beach..

#2 dubai

malam2 korang boleh kira ikan kecik2 tu sampai tertido...jangan atas kepala korang ada ikan jerung udahle...kang tak pasal2 mimpi ngeri kang.hakhakhak~

#3 cameron highland

kalo rasa2 boring boleh g jalan2 petik stroberi ke...g 'ngeteh' ke...macam2 aktiviti korang boleh buat kat sini.dahla sejuk n nyaman~brrrrrrr....

banyak lagi tempat yang aku teringin nak g..tapi yang atas tu paling2 nak pergi.agak2nya berpeluang tak aku nak g tempat2 tu memandangkan masing2 sibuk..

wallahualam..



++mood swing sebab??++



assalamualaikumm~

MySpace
waahh...why am i feeling like diz?have no mood at all for da whole day..
maybe it is because one of my besties in school was absent today due to high fever.pity her..plus, i was so tired because of my packed schedule...T___T

i had called my mum just now..i'm in a homesick mood. i really miss my family back in jitra..
wondering what are they doing rite now..are they ok??
sometimes i almost forgot that i am someone's wife..should have thought of my husband at this time i guess.
yes.i do remember bout him all da time.but that is another story.
the main point is, i want to go back to JITRA now!!!...wuaaa~

semuanya gara2 tak dapat jumpa encik suami minggu ni..grrrrr....~ 
MySpace

semalam konon2 macam tabah gila sebab dua minggu tak balik putrajaya.huhuh.last2 ko gak yang surrender kan nokkss...aisyh
being apart is very challenging u know.it makes my heart down in da mouth..

kat kaki ada nota::
heww...heww..boleh plak mak aku tanya.."hang dah period belum bulan ni...???"
whaaattttttt~!!!!?????
hahahaha.
jeng..jeng..jeng..

**

malas nak berteka teki..tapi aku rasa bulan ni belum ada rezeki lagi kot.hehe.
bye~

Tuesday, September 27, 2011

+alahai..bersabarlah wahai hati++



assalamualaikum~

sepatutnya aku ada banyak keje nak kena buat.dahla balik sekolah tadi kejenya tido je,haha.konon2 nak simpan tenaga untuk buat keje waktu malam.last2 lain jadinya.
bila dah bukak laptop, terus google benda lain..cari make up tutorial videos lah...*errr.rasanya tak perlu lah aku update video make over diri sendiri.kang muntah semua bila tengok muka sendiri macam tepung gomak!wakakaka!...then cari barang2 letrik lah kat tenet..pasal lagu sorak langsung tak cari.hampir terlupa lah!!teheee~lagho~

jadinya before aku melarat lebih teruk lagi baik aku update blog dulu.then baru nak start buat keje.hewwww..mampus aku nokss..start keje pukul 10 malam.adik2 sekalian, jangan diikot perangai huduh ini ye...

minggu ni aku tak balik putrajaya.rasa2 macam nak balik jitra je..huhuh.jumpa mak ayah.rindulah~
minggu ni encik suami kena keje la korangsss~...oncall plak tuh.sapa nak hantar n amik aku balik kat sentral nanti???hurrmmm.so terpaksalah meredhakan hati aje...
minggu depan pon tak boleh balik.hari sabtu ada hari kokurikulum sekolah..n again..bersabarlah hati..takpe,lepas tu insyaAllah boleh jumpa.:))

baru sikit dugaan tuh..orang lain balik sebulan sekali takpe pon.tough la sikit.apelaa~

++had a good time++


assalamualaikum~

after marriage; every week i have to travel from ipoh to putrajaya...and i do not care about it at all.
tho my body feels very tired,but in fact i am more excited to go back to meet my loved ones.
that is so called as strengthen the relationship of husband and wife.:))

apa yang lebih bermakna, last week i had an opportunity to meet my parents in law as they had something to do back in bangi.at first rasa macam agak sedikit kekok since this is my first experience living under one roof with their eldest son.what might u'd been expecting then???hahaha.sangat nervous ok!heee~kebetulan waktu tu aku baru je sampai dari ipoh..apa lagi...gelabah jadinya..tapi alhamdulillah...everything went well and we had our dinner together at presint 16's food court..
i feel so grateful to have a great family in law...sangat2 bertuah!!:D

kesempatan yang ada ngan encik suami minggu lepas, kami gunakan untuk g jalan2 sambil survey barang2 letrik..we need a new refrigerator, a new tv, a new washing machine, a new gas stove.so.takkan terus2 nak g beli macamtu je kan?oh.ya....sempat gak survey curtain kat parkson.teheee..~!!
kalo ikotkan hati semua benda nak baru..hahaha.cita2 kena besar beb.baru boleh target nak beli itu ini.;p
but slow2 ar.beli satu2 mengikut keutamaan ok..
ikot rasa binasa, ikot hati mati.

here are the pictures captured back in putrajaya last week.

kadang2 aku sangat jeles ngan kulit mamat kat atas ni.sangat flawless ok!!!grrr...gigit jari...T__T

hurmmm..ok tak bidai buluh untuk letak kat tingkap dapur??at least boleh tarik lepas..

e'eh..main nyorok2 plak blakang langsir neh.we were thinking of buying this untuk letak kat dapur.

tuan punya blog pon nak interprem gak..hakhakhak.rasa nak lempang laju2.*

kalo readers perasan, kami berdua jarang ada gambar sama2.nak tau pasal apa?
sebab aku malu nak amik gambar berdua depan public.hikhikhikhik...cheisss!sangat gedik bunyinya.

kat kaki ada nota::
hurmm..minggu ni aku tak balik,sebab encik suami kena kerja direct weekend nanti.so.kalo aku balik takde sapa nak amik n hantar kat sentral.:(((
da next weekend plak aku ada hari koko.n again tak boleh balik.takpelah...sabar jela..ni baru dugaan kecil...kan..kan...(ayat nak sedapkan hati)



Saturday, September 24, 2011

++HOTSPOT WI-FI using HTC DESIRE HD++


assalamualaikum~

setiap kali nak balik putrajaya mesti risau nak buat apa sorang2 nanti memandangkan encik suami kena keje..oncall plak tu.nak surf internet tade wi-fi kat sini.nak pasang pon alang2 je..aku balik cuma hujung minggu.if nak update sekalipon stakat guna phone je.tak puas nak tengok ok.

macamana aku buat nak dapatkan line tenet@ wi-fi????
ahaaaa.....

HTC DESIRE HD

in turns out to be my hotspot wi-fi..!!!!

tak payah susah2 nak pasang wire or USB bagai untuk dapatkan internet guna phone.
just go to SETTING.then g kat WIRELESS and NETWORK.
turn on HOTSPOT WI-FI..

then korang boleh start guna laptop n surf the unlimited internet just like common wi-fi!!
best kan?

p/s: selama aku guna phone ni baru semalam aku tau henset aku boleh jadi modem macam wi-fi modem yang lain..sengal jek.patutnya dari minggu lepas lagi aku dah boleh buat macamni.
isk.

k lah..GTG.babai~

Thursday, September 22, 2011

++nak tukar layout and header blog++



assalamualaikum~

masuk kali ni dah 4 kali aku delete apa yang aku tulis.banyak benda sebenarnya nak cite.tapi last2 stuck kat kepala otak ni.hehehe.maafkan blogger cabuk ni ye..

aku dah boring guna layout blog yang sama je..
masa lagi beberapa bulan nak kawin, aku tukar template blog aku bersesuaian dengan title bakal berkahwin.but after berkahwin aku rasa macam tak sesuai nak guna template yang sama.
so.perancangannya nak tukar...any idea?????


Wednesday, September 21, 2011

++mulakan langkah baru++



assalamualaikum...

ghee`ni adalah contoh kira-kira ye...(sumber::google)


dah lama terfikir sebenarnya...nak start revising my monthly expenditure..
bukan apa...sebelum ni aku spend banyak duit aku beli benda2 yang akhirnya tak bawak apa2 manfaat kat aku...
sapa yang rugi???
laki akaks kamu jugekkk...muahahahah!

so.bagi meringankan beban encik suami tersayang aku nak mulakan satu langkah baru .(muka penuh keazaman)
as a wife n starting from now, i have to manage my expenses wisely and spend only a lil of them for having some entertainment or other vain stuffs.hikhikhik.
oh,please...stop praising me...i know i am kinda mithali wife kan....well...*muntah banyak2!!!*
MySpace

meaning setiap perbelanjaan, aku akan catatkan dalam wherever which can be accessed or do just like what my hubby does.
he used to note/record everything that he spent for every month because he has his own target in life.he is totally way different from me.ahaksss!
he said by the age of  middle 30- ish he could own a big car...a comfortable family residence and etc.
how sweet...~n he asks me to always supporting him n be a backbone of everything that he does in gaining wealth for the sake of our future.

hurrmmm...but im not that good in managing my money..sob..sob..sob...:((
when someone needs my help i wont have the courage to say NO.i dun want people to see me as one of the 'BERKIRA' persons.
that is my main prob.sometimes i dun have any ideas where did my money go substantively..

therefore, let us all save our money for the good of ourselves..
till then.bye~

salam...:))

++boringness Wednesday ++



assalamualaikum~

g sekolah arini tanak nak serabut2 kepala...maintain je...sebab aku tanak rosakkan mood pagi..:))
even if aku nampak muka2 ahli jemaah mengutuk yang semalam tu pon aku buat dunno je..dorang senyum..aku senyum...biasak~

dalam seminggu ada 5 hari aku kena attend sekolah mengajar and it is compulsary...manada orang bekerja 4 hari seminggu kan?banyakle cengkadak ko.huhik...>.<
dalam kelima-lima hari ni aku paling tak suka jadual hari rabu...
i hate wednesday!!!!urghhhh.

sebab hari rabu aku kena stay kat sekolah sampai pukul 5.30 ptg.ada KOKO.
then jadual waktu penuh dari pagi2 sampai pukul 12.30.
hurrmmm..nak merungut lebih-lebih tak boleh.tanggungjawab kita perlu diutamakan...cuma semangat tu makin nak tengahari makin down.hehehehe.

nasib baik skang ni budak2 ngah berehat.so i've got a chance to have a short break too~
ni je cara aku release tension iaitu thru blogging.:))

dahlah tension pasal hal semalam masih ada sisa2 lagi..*kunun*

ps:
tak sabar nak balik putrajaya minggu ni sebab banyak benda aku nak buat kat rumah laki aku.muahahahah!

- curtain
- table runner
- nak beli cover untuk tv
- nak clear kan almari encik suami untuk letak barang2 aku.heheheh.mana aci woii.barang dia je dah penuh dua2 compartment dalam big wardrobe tu.tak bley~tak bley~

Tuesday, September 20, 2011

++macam2 hal++



assalamualaikum~

semalam encik suami oncall, so pagi ni baru dia abis duty..around 11am.
before dia gerak balik dia sempat call aku nak bitau dia abis keje.oh.so suweeettttt~*blurghhh~konon!*
HAHAHAHA!

elok je dia sampai kat kete dia (sambil cakap ngan aku kat tepon)

"alaaa...~ada orang blok kete plak.."

lorh.abis tu nak balik macamana?dahla penat semalaman keje..sempat tido sejam dua je kan..tetiba rasa simpati menyelubungi hati..
so encik suami decide nak g cari owner kete tu.agaknya dia kenal kot.
elok je dapat keluarkan kete tetiba dia terlanggar ape ke benda ntah...abis kemek satu pintu belakang..

haisyh..ni mesti penangan post-call.mengantuk sangat sampai tak boleh nak fokus memandu.
abis semua dia kasik redah.hoho.eh!mood sedih patutnya...sedihh....sedih....sedih...
aku tak bole nak imagine macamana keadaan kete dia skang ni.
yang pastinya encik suami cakap kete tu terok gak.hurmmm..nak buat macamana kan bang?benda dah nak jadi...lepas ni melayang la RM dia nak baiki balik macam keadaan asal...
kesiannya..

nasib baik encik suami tu jenis yang beringat.every month dia akan ketepikan sejumlah RM untuk kereta saja..in case kalo jadi apa2 at least dia ada sumber..Alhamdulillah~
berbaloi dia buat macamtu...
hehe.takde la rasa ralat sangat nak keluarkan duit segedebuk!kan?kan?

k lah...nak sambung buat keje...
babai~

thanks for reading my entry..

Monday, September 19, 2011

++lega!!++



assalamualaikum..

penatnya harini.kelas full dari pagi sampai tengahari.
dahla semalam tido tak cukup sebab nak siapkan bahan bantu mengajar untuk mengajar harini.
oh.it is not easy to teach english lesson when it comes to da weak class.huuu~T__T
they dont even know how to read n write..kesian kan??

so,i have to do a lot of teaching aids to encourage them to take part actively in my English class.
i created a lot of activities today since i had a special observer today imported from England a.k.a miss Liz Adam..
fewwwh...kind of nervous at first because this is my first experience being observed by that pretty lady..dahla omputeh..faham2 jela bahasa inggeris dia harus power..kalo aku salah kompem masak!hahaha.
alhamdulillah...thank god all of my teaching plans seem to work according to my plan.

great!pasni kena g workshop plak bersama dengan guru2 bahasa inggeris dari kawasan yang sama.perhaps it wont make me feel boring..*yawning*
i cant stay for a long time listening to talks n speeches about education...teaching...bla..bla..bla...even tho' i know all of that things will help me improving my teaching skills..bla...bla...bla..
well.pasni sape2 yang berminat nak amik bahan mengajar bahasa inggeris tahun 2 bole mintak ngan aku,,
kite ada banyak~teheee~=D

tu je nak kabo..thanx for reading this entry..babai~


Sunday, September 18, 2011

++first experience as a wife++


assalamualaikum~

otak jangan dok biru sangat na bila tengok tajuk entry macamtu...
kasik polish bersih2 sikit..
apa neh.pantang betul kalo tengok bab first experience neh.;p

gigih gila rasanya bila sampai2 rumah je terus on notebook nak update blog.
nak buat macamna.umah encik suami takde line tenet.asik guna phone je nak update pape.mana best!!
boleh rosak mata aku ngadap phone kecik sekenit neh..

hari khamis petang aku bertolak ke putrajaya.then sampai dalam pukul 9pm.tapi encik suami pick aku pukul 10.30pm...sedey..wuuu...wuuu~mana taknya.orang2 yang sampai sama dengan aku masing2 dah gerak balik..tinggal aku je...makin lama stesen bas makin lengang..:((
sebab kebetulan aku sampai encik suami secara tetiba ada operation.alahai...takkan dia nak tinggal patient dia macamtu je kan?kang kelam kabut ada yang tertinggal gunting dalam perot.wakaka!;p

ok.ni first time aku menjejakkan kaki kat rumah encik suami.sebelum ni aku tunggu kat bawah apartment ja..
malam tu encik suami cuma drop aku kat rumah dia..then dia terus shoot balik spital.kena oncall.ouh.sedey lagi..dahla tak biasa kat tempat baru kan..terpaksa buat2 pandai nak g ke rumah dia...takot sesat..aku ni dahla penakot naik lift..apatah lagi memalam..serammm nokks~

masuk ja rumah encik suami..abis semua lampu aku on...terang dunia kurasakan!
abis semua aku explore..dalam hati...
"oh.kesiannya laki aku...sibuk sampai tak sempat nak kemas rumah.."

well.kalo sape2 yang pernah baca entry aku sebelum2 ni...aku memang very particular about home cleanliness.benda pertama lepas aku sampai rumah is, aku cuci toilet..lipat baju n susun elok2 dalam almari n lepas tu abis semua aku polish n sental..sampai aku puas hati..kita tak boleh nak expect rumah seorang doktor bersih dan suci melainkan kat rumah dia ada bibik..takpon wife yang rajin mengemas rumah...ehemmm2*--aku ke??

--ada ciri2 isteri mithali tak??paanggg!--


keesokan harinya(jumaat) encik suami balik rumah, dia macam terkejut sebab rumah dia macam bersih sikit.
ahaa..tu baru sikit.belum sepenuhnya lagi...sebab aku takde kelengkapan mengemas lagi waktu tu..
so.tengahari tu, encik suami ajak g alamanda..tengok wayang..tapi last2 tiket abis.terpaksa beli tiket hari ahad punya tayangan.ampesss~
oleh kerana taknak buang masa, aku ajak encik suami masuk carrefour tengok barang rumah..
banyak gak aku borong..
semuanya untuk menceriakan rumah...
barang letrik takyah beli...hadiah kawin haritu banyak dah dapat..
microwave lah...ricecooker, coffee maker, blender..macam2 lagi...syukur~

pagi sabtu tu aku berpeluang hantar suami buat kali pertama g kerja..*eh.terbalik*
kereta dia aku pakai..ah.tunggu apa lagi..terus aku g kedai..sambung membeli belah barang2 yang takde kat rumah...lantaklah duit abis pon.asal hati puas..
aku menghabiskan masa seharian hari sabtu tu untuk mengemas rumah.
at last2 aku berpuas hati...hasilnya baru nampak macam rumah family..no more rumah bujang..

hikhikhik..rasa bertanggungjawab untuk buat semua tu as a wife.
as for ur information, aku sempat hantar makanan tengahari kat encik suami...
sebab dia merengek2 nak makan sama2..ihikkks.romantik kan...awww~;p
heaven..aku baru rasa pengalaman macamni...

bak kata kawan aku..
skang ni...kentut pon bau wangi..tapi apa2 pon, harap2 lepas ni kentut sampai bila2 pon bau wangi..

sekian~

thanks for reading this entry.

Thursday, September 15, 2011

++bila dah kawin....dot...dot...dot..++



assalamualaikum~

malu sangat bila orang dok usik aku lepas je kawin.

soalan yang selalu ditanya..

"best ke kahwin???"

satu jawapan je..

BEST!hehehehehe.
*nampak nau gedik di situ.haha!*

tambah2 plak kita kawin ngan orang yang kita sayang...perasaan kasih tu for sure akan makin bertambah pas kawin.awww~~so sweet...tak percaya??sila kawin sekarang.tehee~:D

till now i still cant believe dat i am no longer a single woman..errr.PUAN...?nope!CIK PUAN can it be accepted? perhaps so!

 macam kejadian yang berlaku kat sekolah, semalam..

buat pertama kali aku dapat relief yang tertera..


hahahaha..feeling so weird when i've got this on my table..
for the very first time my name was officially addressed as PUAN in my school..wehew!
teruja beb!

okeh.tak baik over2..
astaghfirullahala'zim...

=p

plus, bila kat sekolah pandangan budak2 pon berbeza..

pas cuti kawin baru2 ni..aku kembali mengajar macam biasa..

bila aku jejak kaki kat kelas tahun 3 yang biasanya bising macam pasar malam tuh je, terus budak2 jadi diam...

"syhhhhh~syhhhh~cikgu kawin dah datang.."

hurmm...musykil.peha tetiba behave semacam je..

even sepanjang aku mengajar pon dorang diam je..

tetiba ada sorang budak terjerit panggil kawan dia..

"woi.diamlah!cikgu kan dah ada suami..mana boleh jerit2.."

haaahh?laaaaa~macamtu plak yang dorang fikir..
MySpace

patutla dorang diam je...agak2nya kan..dorang ingat kalo aku marah, aku bawak laki aku sekali kot pukul dorang..wakakaka! ridiculous betul..tergelak-gelak aku dengar statement murid2 aku...
MySpace


sekolah ni sometimes can be a relaxing place to be at..but sometimes u'll get stress facing off ur students misbehaviour..so u must know how to carry ur emotion n attitude as a teacher...

till then..nak mengemas-ngemas jap..
petang ni nak balik putrajaya..tralalala~

babai~
salam..