Thursday, May 10, 2012

++macamana nak potong kuku kaki++


assalamualaikum...

aku jenis yang menjaga kuku...pantang tengok kuku panjang sikit aku akan rasa rimas dan menggelejat nak cepat2 potong..sebab aku tak suka tengok kuku aku melekat kotoran yang bukan2...geli~even basuh macamana sekalipon tetap rasa kuku ni kotor..

aku takde masalah bila nak potong kuku tangan..biasanya aku akan potong seminggu 2 kali..antara hari Isnin, Khamis atau Jumaat..ikut sunnah kan...:)
TAPI!!!!masalah besar skang ni adalah amat susah untuk aku potong kuku kaki...nak tunduk pon tak lepas taw..sedih!=( asal nak potong kuku kaki je mesti mengeluh dulu pasal kena amik masa yang agak panjang untuk trim kuku 10 jari kaki ni...pernah mengadu ngan encik suami pasal masalah ni.tau apa jawapan dia..

"meh sini kaki sayang...abang tolong potongkan kuku ok?"

errr...takpelah...aku takut...~rasa macam tak harap plak orang potongkan kuku kita..malu pon ada gak..teheee...=p


kalo lah potong kuku kaki sesenang gambar di atas kan mudah..


sekadar berkongsi pengalaman dengan korang.

take care semua...~

++tudung ekspress++


assalamualaikum...


jarang sekali nak tengok aku main belit2 kepala dengan shawl..rasa malas sangat2 nak pakai tudung lilit..tambahan pulak skang ni aku slalu bangun lewat sebab malam susah nak tido...:(( asal malam je mesti baby jadi aktif..berombak-ombak perut aku bila dia bergerak..huahuhua..sabar jelah..rasanya mesti ramai yang dah boleh teka gender my baby kan?alaaa...korang niiii....saje taw~dah kasik hint trang tang tang dah.hehehe.LOL.ahaks!=D

dulu2 masa belum kawin mesti nak cuba macam2 jenis style shawl sampaikan setiap kali waktu rehat ade je anak murid datang jumpa aku mintak tolong ajar pakaikan shawl...skang ni pas kawin especially bila dah pregnant, rasa dah tak pandang semua tu..nak tengok shawl pon tak lalu (taktau nak buat apa ngan shawl2 dalam almari nih.korang nak???????)
so.aku memilih tudung ekspress jenis sarung jek..cukup effisien dan praktikal bila kita terbangun lewat atau bergegas nak g tempat keje.hehehe.

dulu2...

skang ni..

kite sarung jek!!!hahaha.jimat masa dan tenaga yang digunakan untuk melilit..=p

shopping tudung pon jadi semakin mudah bila mana kita hanya perlu tengok online then beli pon online.muahahah!so simple!=D


encik suami prefer aku pakai tudung ekspress sebab dia kata dia tak payah nak tunggu aku lama2 untuk bersiap..baiklah abang, ikot ajelahhhhh...~

korang plak macamana??berminat tak dengan tudung ekspres?

Wednesday, May 09, 2012

++hadiah untuk suami tersayang!!any ideas???++

assalamualaikum..


mengah...penat...semput...semua ada..seyes aku memang makin tak larat skang ni.sometimes aku buat2 kuat untuk paksa diri siapkan keje..kalo boleh tanak biar orang sambung keje aku half way.tak baik buat macamtu kn..??bila fikir2 balik, cuti sekolah makin dekat.bermaksud segalanya perlu dibereskan sebelum 26hb neh..sebab bulan depan aku kena get ready untuk deliver baby..ya Allah..kuatkanlah semangat hamba-Mu ini untuk menjalankan kerja dengan seikhlas hati yang mungkin.

tahun ni merupakan tahun ke-2 aku bakal menyambut hari guru..tahun lepas tak sempat nak turut serta sebab masa tu demam dan terpaksa mc.so, tahun ni mintak2 lah kesihatan mengizinkan..then boleh join kawan2 lain sambut hari guru kat sekolah.yahoo!tapi dalam keseronokan sambutan hari guru tu...aku kena ingat hari yang lebih penting lagi..which is a day before 16th May..

jeng...jeng...jeng...what is it?

it is my husband's birthday!!!!!:D
skang ni ngah pening fikir nak beli hadiah apa untuk yang tersayang..lelaki..?apa yang dorang suka?
aku perasan yang suami ni sangat sukakan jam tangan..dia suka sebab jam dia selalu hilang..muahaha!
sampaikan aku nak belikan untuk dia pon naik cuak.=p dah masuk kali ke berapa jam dia hilang kat spital..dia ni jenis tanggal kat mana, kat situ lah dia letak..bukan nak letak betul2 kat bilik or tempat khas menyimpan barang sendiri...(contoh amik wudhu' or nak masuk operation theater)
and u know what???yang terbaru jam rolex hadiah daripada ayah dia hilang...camno tuhh???
nak ganti?????errrkkkkkkk!memang TAKLAH!!!!
hahahaha.simpanan aku pon tak sampai harga jam tu.=p
skang ni dia g keje pakai jam tangan plastik takde jenama..ala macam jam budak2 yang warna warni tu.keluar g jalan2 ngan wife and family baru pakai jam tangan yang senonoh sikit.hehe.biarlah plastik asalkan ILEBIU..hikhikhik.

"abang rasa, time keje elok pakai jam plastik ni je ..senang.kalo hilang tak ralat sangat..lagipon abang just nak tengok waktu untuk solat or rehat je..kalau orang nak gelak, gelak jelah..pedulikkan..~"

sampai macamtu sekali dia punya pasrah...but as a wife..aku tak sampai hati plak tengok suami macamtu.then, I started to survey jam2 tangan berdasarkan minat dia..suami suka jam tangan sporty yang nampak abis engine2 dalam..then yang jenis bracelet.
aku ni perempuan..tak pandai sangat nak pilih2 ni..nak tanya pendapat korang plak..what brand yang ok ek??


fossil?


tissot??


errr...tag heuer anyone????*chocking*

jam tangan yang hilang tu macamni...du...du....du....T____T


ntahlah(SIGH~)...bagi aku...hadiah yang paling berharga untuk suami adalah kasih sayang berserta keikhlasan..hadiah dalam bentuk maujud(benda) adalah kenangan..
bukan harga jadi pengukur kan??
so.let's choose for the best item with the price...:))
wish me luck peeps...!

p/s: I am pretty sure...my husband wont read this entry.hehehe.that is why I just post it..:)

Tuesday, May 08, 2012

++gambar++

assalamualaikum...

aku suka tengok taiko2 photoG amik gambo...then dorang edit dengan jayanya.teringin gak nak belajar ngan dorang macamana nak amik gambo then edit gambar jadi cantik sebab aku memang takde bakat nak snap photo orang..kadang2 ada orang tak reti amik gambar but pandai mengedit.pon aku salute gak.huhu.jelesh!ada sesiapa yang sudi nak ajar kite tak???(mata kedip2 penuh harapan)
kalo aku, gambar yang sedia amik tu, itulah yang aku tempek kat blog or fesbuk..teringin gak feeling2 jelita macam kim kardashian ke kan..takpon macam jLo ke..hakhakhakhak!*sila jangan alihkan mata anda dari skrin laptop masing2*

setakat pemerhatian aku, wahh.dah macam stalker plak..aku kagum dengan hasil kerja photoG yang otai2 kat malaysia macam saiful nang, annas easkey, ministry of moment and etc..bagi aku hasil kerja dorang ni ada 'soul' taw.. rasa tak puas and tak jemu mata tengok gambar2 yang di shoot oleh dorang ni..pernah berangan nak ber'photoshoot' dengan salah sorang dari photographer nih.but seperti biasa verangan jelah kan..hakhakhak!
apa2 pon tak salah kan aku meminati artwork dorang...?:)

teringat masa zaman2 kat maktab dulu..pantang ada yang nak snap gambar (demand guna DLSR sebab masa tu trend kamera gantung kat tengkuk baru nak bermula) mesti dah get ready untuk pose.kalo ada yang nak hulur muncung kamera mulalah menggedik nak posing.ngehehehehe.

kenangan raya 2010 di IPG KDRI...cer tengok sape yang paling over pose??muahahah!

see~tanak kalah gak ngan pengantin tuh..hahaha.sama naik merah ngan merah.LOL=p

muka sangat oily.pas main futsal ngan kawan sekelas..back in 2010.*dalam gambar ni 2 orang dah kawin..cer teka..hehehe*

wakil unit untuk ditemuduga oleh pegawai MQA..cuak!but we did it well..alhamdulillah~

aku sangat suka gambar ni...!!!!dorang ni semua teman sekamar masa duduk rumah sewa dulu..rindu~:((

oh,kurusnya aku time neh..skang semua dah kembang..termasuk hidung2 sekali..arghh~!


last photoshoot masa tahun lepas..kawin..sob..sob..


eh.apesal makin nak habis entry macam makin syahdu plak..huhuh.tetiba rindukan kawan2 semua yang skang ni sibuk dengan hal masing2..agaknya apa khabar dorang semua ya????hurmmmm...
pengalaman di maktab memang penuh dengan 1001 kenangan..
aku doakan semoga semuanya sihat dan berbahagia di samping orang2 tersayang..aminn..




++my psychotic neighbour++

assalamualaikum...

hati semakin risau bila terbaca dan terdengar banyak kes yang melibatkan masalah rumah tangga..aku tak fahamlah..seolah-olah perkahwinan tu macam main deal ikut mulut je..then bila dah tanak senang2 nak lepaskan.
aku jadi sangat panik bila kes2 macamni dikhabarkan semakin tinggi..semoga Allah memelihara hubungan suci kami suami isteri hingga ke akhir hayat..aminn..

baru2 ni aku ada merempan kat facebook sebab tak tahan sangat dengan perangai sorang jiran nih..asalnya kami memang baik dan boleh dianggap macam keluarga sendiri memandangkan susah senang banyak diharungi bersama sejak dulu lagi.senang cerita.mak ayah aku ni jenis yang sangat mudah untuk bantu orang bila ada orang memerlukan..sometimes kesian gak nengok ada orang amik kesempatan atas kebaikan dorang.hurmmm..nilah dunia..kadang2 rasa tak adil pon ada.


alkisahnya, jiran aku ni ada masalah dengan keluarga dia.setiap kali gaduh or what-so-ever baik si suami or si isteri mesti datang rumah untuk mengadu..dah orang datang rumah takkan parents aku tak layan kan?jenis mak ayah aku ni,dorang sebolehnya tanak masuk campur dalam masalah orang and bila orang bercerita dorang hanya menjadi pendengar sahaja..tak berani nak cakap apa2 or bagi komen takut orang akan kaitkan dorang sekali kalo ada apa2 masalah..mak ayah aku lebih selesa duduk rumah and tak suka nak g menyembang kat rumah2 jiran..

satu hari, masalah jiran aku dah jadi sangat genting when da husband hit his mother in law using a broom..boleh bayangkan tak how could he do like that to the old lady? dalam kes tu my parents tarik the granny out from the house supaya tak kena pukul lagi..ape lagi..makin meroyan lah orang tua tuh..siap jadi kes polis dah.huhuhu.dahla jiran (FYI, he's a guy) tu tak kerja sangat, duit belanja dapur tu tok (the mother in law) yang tanggung hasil duit mengasuh anak orang and kopek ikan bilis.kalo orang tua tu takde, sape nak masak untuk ko?????takde perasaan ke buat macamtu ????apa yang aku boleh cakap is dia GILA!!! tak hormat orang tua2.nampak luaran macam berpelajaran dan warak tapi dalaman sangat psychotic ok! bila jadi kes macamni..aku teringat kat anak sulung dorang...dia banyak membantu keluarga dan sangat baik orangnya..dahla tak lama lagi anak dia nak kawin somewhere in june ni..hurmm..kesiannya kalau dapat tau ayah dia jadi macamtu...:(

si jiran ni selalu memburuk2kan isteri and keluarga isteri dia sampaikan mak ayah aku tak larat nak dengar cite2 yang dorang sendiri tak patut tahu...bila mak ayah aku back up tok (the granny/mother in law of my neighbour) si jiran ni jadi makin hangin dengan keluarga kitorang...habis dia canang kat orang sana sini  kat kawasan taman kitorang. dia cakap ayah ngan mak aku jadi punca perosak rumah tangga dia..what the hell?????selama ni dia yang sibuk cite masalah dia kat parents aku and bila orang tanak tolong dia, ada ke patut buat tohmahan bukan2!and again dia memang GILA!

aku bertambah bengang dengan jiran aku tu bila dia start guna FB and post benda yang tak patut kat wall aku..dia nak cite kononnya dia insan yang teraniayalah..padahal, the truth semua orang dah tau..aku cukup pantang bila ada orang libatkan mak ayah aku dalam hal dorang then buat fitnah.memang nak kena sepak laju2 >:
habis hilang rasa hormat aku kat orang tua tak sedar diri tuh..hasilnya,aku remove post dia kat wall aku.then aku tulis status macamni..

MARAH SANGAT neh!!!!astgahfirullah~ada juga orang macamtu..bagi saya, tak perlu nak libatkan masalah peribadi dengan orang lain yang takda kena-mengena langsung dalam hal ni..bila kita cerita masalah di 'wall' orang lain seolah-olah MEMBUKA PEKUNG diri sendiri..even diri tak salah sekalipon seeloknya kita minta pertolongan daripada Allah S.W.T..bukannya dengan memburukkan orang lain dengan harapan orang lain akan berpihak kepada kita.salah tu!sesungguhnya Allah maha mendengar..berdoalah dengan harapan Allah membantu kita dalam menyelesaikan masalah..itu lebih Afdhal..

WARNING::do respect my family..jangan kacau mak ayah saya dan jangan sesekali nak buruk-burukkan mereka untuk menutup kesalahan sendiri.jaga diri sendiri lebih baik..walllahualam...I LOVE MY PARENTS. Mohamad Amzar Abdul HamidHasmalina HassanAfdhal Abdul Hamid.
 ·  · 20 April at 17:20 near Ampang Bahru · 


dalam masa yang sama, aku dapat tau yang dia ada buat surat and report untuk dihantar kepada polis or lawyer yang mengatakan parents aku jadi pengacau rumah tangga dia.
aku bertambah hot..
but at the same time aku tunggu je apa dia nak buat..jangan nak main2 ngan aku..kalo betul dia buat report aku akan bawak benda ni naik court or sue him for accusing my parents.

just wait and see..

wallahualam..

Monday, May 07, 2012

++at least inform laa...huuu~:(++

assalamualaikum...

semalam selamat sampai di bumi ipoh after 3 hours journey from putrajaya..alhamdulillah~nasib baik semuanya ok je.takdela penat mana travel jauh even 2 hari berturut-turut sibuk dengan kenduri (actually tak buat pape pon) huhu.

actually aku agak kecewa skang ni sebab sampai skang barang yang aku nak tak dapat2.citenye macam gini..aku ada berkenan dengan satu wallet kat dalam blogshop yang dikira agak femes gaklah.then terus isi form and mintak details item.kebetulan tuan blog tu baru upload then dia tak sempat nak write on descriptions about the item.selalunya aku tak pernah berpeluang nak beli barang kat blog tu.setiap kali isi form mesti dah sold out..huhu.kali ni alhamdulillah wallet tu still available lagi (waktu tulah) and orang yang jual tu pon reply email and sertakan sekali details barang tu membuatkan hatiku berbunga-bunga.
nak dijadikan cerita, kebetulan akak (owner blog) tu guna akaun MBB and aku plak takde account maybank langsung..terpaksa tunggu petang sikit untuk bank in duit..

harga wallet tu takdelah mahal sangat. akak tu bitau rm125..(memang aku still simpan email dia sampai skang if nak kena refer ke ape ke senang..) dan aku bank in that amount.cukup2.takde lebih, takde kurang.(dajlah guna maybank card encik suami..huhuhuhu) aku janji ngan dia petang nak masukkan duit.and she replied 'OK'..tapi disebabkan aku ada hal and ghalit buat keje lain aku terlambat sikit..
maybe silap aku gak masa dah bank in duit tu lupa nak inform kat dia..malam sikit baru bitau..the next day aku check tracking numbers but I found there's no my name in the list..aku agak, mesti aku punya turn lepas tu kot...tunggu punya tunggu dah masuk 2 minggu dah.sampai skang takde langsung nama aku..then, aku try call akak tu..nak clarify status barang yang aku beli since payment has been made kan..but no answers.she did not answer my phone call..I sent her few text messages but non of it replied..I felt really down and wondering why...(isk.barang tu sebenarnya ada ke takde?kalo takde inform jelah..boleh aku tukar ngan barang lain.lagipon barang2 kat blogshop tu memang cantik2.aku takde hal pon)

after few times trying to reach the owner of the blogshop, then I tried to contact her thru emails..dalam beberapa email tu ada satu je dia reply..tiba2 dia cakap...harga wallet tu rm140..lorhh???then immediately aku cari balik email dia yang lama yang ada mention harga awal item tu and forward balik kat akak tu..tapi sampai skang dia mendiamkan diri..come on..janganlah asik mendiamkan diri kak..tak baik tau buat customer tertunggu-tunggu..bukan aku nak marah ke ape ke..cuma rasa terkilan sikit sebab aku nak sangat benda tu.dah lama aku tunggu...:((

hurmm..what should I do? menunggu dia reply email or else?
let me clear this thing up..kalau barang tu takde stok dah at least contactlah aku semula and inform baik2..aku dah consider banyak dah..siap cakap aku sanggup bayar lebih kalo terpaksa ganti dengan barang lain..ataupon kalo duit yang aku bank in tu tak cukup, aku boleh tambah lagi..ala..setakat rm15 je lagi takde hal pon..insyaAllah boleh bayar.

p/s:maybe salah sendiri gak sebab terlalu gelojoh nak beli barang sampai jadi macamni..huhuhu.pengajaran untuk diri sendiri..to all of my friends out there.sometimes shopping online ni memang akan ada misunderstanding...bergantung kat nasib masing2.kalo korang bernasib baik, korang akan dapat benda yang korang hajatkan..kalo takde luck, maybe case korang akan jadi macam aku...:((

Wednesday, May 02, 2012

++blanket++


assalamualaikum..

lama betul tak keluar jenjalan ngan kawan sekerja...(ceh.gaya cakap macam keje office plak keennn...;p)
tujuan asal keluar pon sebab nak g makan je since kat area rumah and sekolah dah kehabisan lauk.FYI, harini sekolah ada ko-ko unit beruniform and habis jam 2.30pm.
terubat rasa rindu ni bila jumpa dengan anak2 murid kesayangan.rasanya dekat 5 hari gaklah tak jumpa dorang tu..nakal budak2tu benda biasa lah..tahun 2 kan...sometimes ada yang still tak faham arahan yang kita cakap.heheh.sabo jelahh~

harini just nak share picture yang sempat aku snap masa kenduri cousin sebelah suami baru2 ni.
seronok sangat dapat attend kenduri even diri sendiri sebenarnya jalan pon dah terkedek-kedek.hehehehe.suami cakap perut aku seolah-olah memacu ke hadapan.amboih2..tak sayang mulut lah tu.;p

haritu kitorang tak tetapkan tema nak pakai apa langsung.aku cuma bawak baju yang mana muat je memandangkan tak semua baju kurung aku boleh sarung..huhuhu.maklumlah lagi seminggu baby dah masuk 8 bulan..alhamdulillah..~:))
so aku bawak baju pregnant ala2 jubah maxi..dan encik suami plak pakai baju melayu warna merah..dia memang banyak baju warna merah..sama ngan I leerrr...awwww~

apekah????bajet model lah ni..huahuahua!*mode:kena paksa amik gambar laki sendiri*

with pakcik nassir...encik suami selalu perasan yang dia awet muda macam uncle dia...oh.katakan TIDAK!!!

dari kiri adik ipar, FIL, MIL and me...:D

with my gorgeous cousin..fatima..sangat cantik in person!

all in all..sangat best masa hari kenduri tu sebab bertempat di dewan perdana felda, jalan semarak..takde kena panas.sentiasa ada dalam air cond jek..sejukkkk`~HEHE
mama happy baby pon bergerak dengan happynya masa hari kenduri tersebut...

dats all folks..bubye~

Tuesday, May 01, 2012

++kesihatan on off++


assalamualaikum...


alhamdulillah..selamat sampai dari KL ke ipoh..terima kasih banyak2 kat keluarga mertua terutamanya ibu and ayah sebab susah payah tolong hantarkan menantu sampai depan rumah..syukur...:)

lately kesihatan tak berapa nak baik...terutamanya when it comes to night.mesti susah nak tido malam..badan akan rasa panas semacam dan kadang2 kaki kejang tak semena-mena..dahla bernafas macam baru lepas lari 100m...tercungap-cungap..sampai kena tinggikan bantal 2,3 baru ok sikit.tu pon still tak berapa nak selesa.kadang2 kesian kat encik suami.terpaksa bersabar melayan kerenah isteri mengandung..huhuhu.

semalam aku mc untuk sehari.T__T.
a day before, aku ada mengadu kat encik suami yang perut macam keras semacam and kaki sakit macam tarik/kejang..aku pon taktau sebab apa jadi macamtu.encik suami dah risau semacam.biasanya ahad petang aku dah bertolak balik ke ipoh dah.tapi oleh kerana keadaan aku macamtu, suami suh hold dulu and tak bagi naik bas.takut jadi apa2 dalam bas..:((
tapi serius, kaki aku sangat sakit bila kejang..wuuuu~wuuuu~pastu mula question diri sendiri..."what is happening to me actually????"
masa tu dah terbayang my little baby inside..tawakal tu alallah je..berdoa supaya takda apa yang berlaku pada kami berdua..
so.keesokan hari before encik suami keluar bekerja pagi2 buta lepas subuh, dia dah tinggalkan kad yang tertera nombor kecemasan sekiranya ada apa2 yang berlaku.dia memang sangat2 risau kat aku...and again, pity him.sentiasa tak tenang teringat anak bini dia sorang kat rumah.

hari Isnin pagi buat check up..teorinya, kaki aku sakit sebab kedudukan baby yang tertindih saraf kaki..pastu masalah anemia..menyebabkan aku pening, tercungap-cungap and badan terasa lemah semacam jek.as a result, aku dinasihatkan oleh doktor..(bukan doktor peribadi naa..dun get me wrong) supaya tak buat keje berat2..then buat masa ni jangan dok naik turun tangga sangat..kalo boleh takyah ajar PJ..tapi macamana tak ajar PJ plak kan?sape nak ganti aku?iskkk..bab tu susah sikit..aku tak berani nak janji..time doktor cakap aku ok je..dalam hati mana dia tau yang aku terpaksa deny and refuse.susahhhnyaaa~tetiba rasa berbelah bagi..

sebenarnya aku rasa serba salah sangat kerap cuti hari Isnin..kadang2 bukan rancang atau sengaja..ada2 saja hal time ni.sedih ok!dok rumah pon teringat anak-anak murid aku.mesti dorang heran mana teacher dorang pegi..I'm so sorry kids..doakan untuk teacher ye..semoga dipermudahkan segala urusan dan dipelihara kesihatan kami berdua.aminn~

Thursday, April 26, 2012

++which one is the best?++


assalamualaikum...

badan rasa macam lemah je masa dok karang entry nih.(sebab banyak tido siang agaknya.tehee~) banyak benda nak story mory ngan korang tapi taktau nak cite pasal ape dulu...oklah..harini nak review pasal brand susu yang aku pernah try sepanjang pregnancy.

masa mula2 dapat tau yang aku pregnant memang tak terfikir nak beli susu langsung untuk diri sendiri.sebabnya aku ni bukannya jenis yang rajin sangat nak bancuh and minum..kalo milo takpe gak.=p
first time beli susu masa lepas kenduri hana a.k.a miss sunshine..pas je kenduri hana, encik suami and I went to giant seksyen 13 untuk cari barang dapur before balik ke putrajaya..masa dok pusing2 cari barang tu, tetiba terlalu kat kaunter jual susu...and ada promotion susu ENFAMAMA..so, encik suami ajak berhenti jap..and sempat dengar salesgirl tu membebel panjang pasal kebaikan and faedah2 susu..aku memang macam malas nak dengar since memang takde minat nak beli pon.but encik suami insist untuk give a try..aku cakapla, nape nak beli susu tu sedangkan banyak lagi susu lain yang harganya jauh lebih murah and content susu pon tak banyak beza sangat. then encik suami suruh aku try dulu susu enfamama..pasal harga takyah risau janji aku dapat yang terbaik.wawawawow~tetiba feeling cerita cinta korea yang sweet2 tu.hehehehe.




first susu yang aku minum..:)) perisa vanilla..seyes susu ni memang sedap owh..cuma harga dia mahal among others..tin dia takdelah besar mana.cepat habis plak tuh.huhuhu.kalo setiap bulan nak maintain macam kesian plak kat encik suami..*padahal encik suami langsung tak kisah*

lepas susu enfamama abis, encik suami tanya kalo aku nak maintain dengan susu tu lagi..tapi aku nak cuba plak susu ANMUM since orang cakap susu tu pon bagus...banyak gak review pasal anmum.
so.aku pon belila......nak tau apa yang jadi??

aku boleh plak taktau yang susu ni ada dua perisa..perisa susu original and perisa cokelat. aku main bedal je time beli susu ni..huhu.terbeli plak perisa original..pas first try je, bluweekkk!!!!tak sedap!!!aku rasa nak muntah~disebabkan taknak membazir, aku berjaya abiskan susu ni sekotak dengan bantuan milo..heheheheh.pastu tobat tanak beli dah.


currently aku minum susu kat atas ni ha...DUMEX MAMIL MAMA perisa coklat..yang ni memang SEDAP!!!!!!.harga dia sedang2 je..skang ni aku dok kumpul bantal kecik free gift setiap kali beli susu ni..hehehe.cute sangat~

comel kan bantal tuh???
so, kalo naik bus, aku akan bawak bantal ni sekali untuk letak bahagian pinggang supaya tak lenguh.
sangat membantu..:))



rasanya aku takkan tukar susu lagi kot..akan stick dengan brand dumex je..rasa sesuai plak ngan anak tekak and badan...kawan2 kalo nak try susu, tengok pada kandungan dulu ye..sometimes susu ada yang manis and yang biasa..tak semestinya susu yang mahal tu terbaik, kadang2 jadi mahal sebab brand je..selamat mencuba!:D




++it's over..ohoooiii~++

assalamualaikum

rasa tenang pegi skolah harini...boleh masuk kelas seperti biasa dan yang penting dapat beri sepenuh tumpuan dengan murid2 kesayangan dengan lebih dekat lagi..sebelum ni asik sibuk dengan latihan action song je. then terpaksa tengok dua benda dalam satu masa.so,faham2 jelah kan..tak boleh nak bagi sepenuh komitmen kat kelas..pity them...jadinya ada hikmah sekolah aku tak menang..hanya mendapat tempat ke-3 je peringkat daerah..apa2 pon.well done kids!

senyuman pagi bersama one of my team members.auni..:)

bergambar kenangan bersama wakil PPD unit kokurikulum and guru besar SKSP yang sentiasa cool..:)


sebenarnya ada hikmah sekolah aku hanya mendapat tempat ke-3 even budak2 bersemangat n berusaha keras untuk jadi johan..cuba bayangkan kalo sekolah aku tetiba announced as the first winner, agak2 larat lagi tak aku nak latih???dan kalo tak silap aku, pertandingan perinkat negeri akan diadakan somewhere in JUNE...waktu tu aku dah sarat sangat dah dan tunggu masa untuk deliver baby jek.sebab tu aku tenang and redha je dengan keputusan yang diumumkan..cuma selepas pertandingan tak sanggup nak tengok muka budak2 aku yang terlalu berharap untuk menang.huhuh.sebab tahun lepas dorang berjaya menempatkan diri ke peringkat negeri..sweet memory betul.

tahun depan kami akan berusaha lebih lagi untuk kembali merampas takhta johan.hehehehe.#TTDMKA#
rasanya macam nak buat tema M.DAUD KILAU...kompem kostum berkilat-kilat kalah penyanyi asal.muahahahaha!*evil laugh*


terbaik ah kostum macamni..hahahaha!I loike!kita gelek sakan pasni yek.


Monday, April 23, 2012

++persiapan untuk my baby++


assalamualaikum...

dah beberapa kali ter'miss' check up kat klinik sebab sibuk sangat dengan latihan action song..
poor my baby..mama janji esok mama g klinik ye sayang~:))

dalam kepala otak skang ni sibuk dok fikir nak beli barang apa untuk persiapan menyambut kelahiran si kecil..
stakat skang baru beli pakaian...yang lain2 macam barut, after bath mat, baby's cot, bedding, breast pump and etc belum beli lagi..baru survey2 je..encik suami janji minggu depan kalo dia datang ipoh, dia nak beli semua2 barang tu..weekend lepas cuma sempat buat calculation tentang harga barang2 baby je..baru tau rupanya barang baby ni mahal jugak..huhuhu.bedding saje dah nak dekat 200++...pump dah beratus-ratus..aiyaaaa~mama kena kurangkan shopping lah macamni...takpe.demi baby mama sanggup cut down my budget on online shopping.tehee~:D

antara barang yang kitorang survey..

1. bedding 

ada tanya pendapat kakak ipar, lagi elok kalo bedding yang diperbuat daripada material kapas/kekabu..baby akan lebih selesa dan peluh pon boleh meresap dengan baik ke dalam material tu..good suggestion..cuma kats sini aku taktau nak beli benda tu kat mana..banyak yang dijual kat kedai jenis span biasa which is panas and tak berapa berkesan untuk menyerap peluh.hurmmm...


2. barut baby/baby binder

yang ni penting pas kita sapu minyak kat perut baby kena pakaikan barut terus untuk mengelakkan baby kembung...mana nak beliiiiii??????????????

3. breast pump

rasanya akan pakai yang ni dulu kot.dah baca review pasal avent nih..dan kebanyakannya cakap ok.tak sakit.so.I'll give it a try..

4. pampers

kena start beli dari skang sebab encik suami cakap baby masa awal2 kelahiran kena kerap tukar pampers about 7-8 couches a day..bayang kan sebulan???hahaha.baik beli awal2..

ololo~comelnya baby tu tido~

5. nursing pad

mula2 blur gak nak kenapa nak pakai benda alah ni..tapi encik suami ni macam tau banyak benda pasal persiapan baby..termasuk nursing pad.bila kita dah bersalin, air susu akan tak berhenti-henti mengalir.jadinya kena ada benda yang jadi penahan supaya baju tak basah kat bahagian tooot~ada faham??


6. mattress/ cot-sheet

yang ni pas mandi and nak pakaikan baju baby wajib kena ada..:)

7. baby bottles


encik suami insists nak beli yang ni..kalo ikot aku, nak beli botol yang fancy2 and bercorak.cute sikit ghopenye..macam yang sebelah kanan tu haa..hehehe.


8. baby care

set of blue...yelah, takkan nak beli warna pink plak kan...tak sesuai okehhh!


9. pakaian baby





my encik suami prefer beli baju baby jenis front opening untuk menjimatkan masa bila mana kita nak salin pakaian baby..dia tanak baby menangis melalak lama2 time salin baju...yelah2...ikot sajelah cakap dia.

mittens

booties


stakat skang pakaian takde masalah pon.alhamdulillah..rasanya cukup kot beli baju sikit2..baby kan cepat besar~:))


aku rasa macam ada banyak lagi benda kena sediakan..kawan2 ada tak cadangan or nak share pengalaman masa bersalin anak pertama dulu..kalo ada, jangan segan2 tinggal komen ye...tq..:D




Thursday, April 19, 2012


assalamuaalaikum...

bestnye harini bercuti sehari sempena hari keputeraan sultan perak.:)
oleh kerana harini cuti, so banyak benda yang aku nak buat..antaranya kemas bilik sendiri yang rasanya dah semakin berserabut disebabkan terlalu bz dengan action song.then siapkan lesson plan untuk esok sampai Isnin. mengemas bilik sampai semput2.hehehe.aku memang tak boleh nak duduk lama2..bila duduk je rasa perut ditekan...that's why rasa mengah..makan pon tak boleh banyak2 or kalo berdegil ko akan end up macam sloth.hehehe.

diam tak diam, pertandingan action song makin hampir which is going to happen on diz coming Wednesday..OMG..am I ready for this?are the kids ready too??? perhaps so..I put a lot of my efforts on this competition and expecting for a good result with Allah's will..if the sustenance is with us..then no one can change it ~ just pray for the best..aminnn~

yesterday, I painted all of the kids's shoes with polka dots pattern.a bunch of thanks to few of my colleagues for willing to help me painting the shoes..what's the use of the painted shoes?you must be wondering what was I doing rite? ahaaa~let's keep it as secret..or maybe as a secret weapon.hahahahahaha!poyo!!dont take my statement seriously.well.just joking tho~..;p
since we don't have enough budget to buy a pair of  fancy shoes for each kid, so I bought the plain white one..then I designed the shoes by myself..tho It may take a lot of time to complete it.but if there's a will there's a way right????I believe in that so much.

sometimes when it comes to competition, I am really sure that the instructor or the coach might feel nervous more than the kids do.hehehe.

aren't this polka dot shoes cute??but ours not exactly look like this..it was designed based on my own taste.

I drew big polka dots on my kids's shoes..so.it would ease me to insert the colours though. somehow I am so worry about the accessories for the girls..I don't know what to be used for the performance later. takkan nak biar kepala budak tu togel je kan??please help me!!


hurmmm...which is cuter?

nak try buat dulu lah..then baru boleh proceed untuk buat yang lain2..k lah..nak mandi manda dulu.babai~
have a nice day gang~
hehe.


Tuesday, April 17, 2012

++siang malam action song++


assalamualaikum...

kadang2 aku terlupa yang aku pregnant..hahaha!boleh macamtu??ligat semacam g sana sini uruskan hal2 action song...selagi tak bertanding selagi tu di sekolah akan nampak aku ke hulu ke hilir dengan kak nita.nasib ada dia..at least keje kami dibahagi kepada dua.dia bahagian pengurusan dan aku handle bahagian persembahan budak2.syukur dapat team mate yang sangat senang bekerjasama and tak berkira tenaga.terharu ouh..
kadang2 ada gak cikgu2 sekolah yang tegur suh aku jalan slow2 sikit...tapi disebabkan nak kejar masa..so tak sempat nak fikir nak jalan slow2.huhu.what to do...masa ibarat emas..aku rasa macam fugitive yang sentiasa terkejar ke sana sini..huahua.

oh ya!baru jap tadi dapat kostum action song...satu untuk budak laki and satu lagi untuk gegurl.yang boboy punya memang cantek.kemas sangat dia jahit..tapi skirt untuk gegurl mcm tak berapa kembang..so agak down sikit..salah sendiri sebab pilih kain yang agak lembut..patutnya untuk dapatkan hasil yang lebih baik aku amik kain net yang keras sikit...macam net hijau yang orang pasang kat tingkap2 tak kasik nyamuk masuk tuh.ahahaha!kompem kembang!LOL:P

kembang macam ni ok!
baru comel~hiksss~:D
sumber:google

asal malam badan aku mesti penat...konon2 nak stay up buat keje termasuk lesson plan.tapi end up ngan tido..hahaha.pastu bangun pagi mula kelam kabut nak siapkan itu ini.teruk betul...skang baru aku perasan badan aku skang dah tak sama macam dulu...skang ni cepat letih..kat sekolah ok.balik rumah terus sakit2 satu badan.aiyoyoyo..macam ni ke keadaan orang mengandung???asal kat sekolah macam kuat semacam je hah???ahaa..ni mesti baby suka duduk sekolah kan?kan?kan?agaknya dia suka mama dia mengajar..hehe.*maaf.exaggerate sikit*

alhamdulillah...setakat ni lagu2 untuk pertandingan memang takde masalah since aku boleh berkarya whenever I want...kadang2 aku dah tido dah..then tetiba terjaga and dapat idea terus melompat dari katil and on keyboard untuk record lagu..bab2 pertandingan aku memang semangat sebab target nak menang aje!tambah2 dapat team mate yang bersemangat waja macam kak nita..lagi2 lah meluap rasa nak menang tuh.hehehe.kalo ada cikgu2 sekolah lain yang terbaca entry ni mintak mahaple...kami memang macamni...extremely ambitious.;p

this picture was taken during the action song competition GROUP 10.and we were announced as the winner..
do not look at the costumes because these costumes were used for that time only..tho I know u might think that it looks so yesteryears..;p

to kak ola a.k.a my best colleague..thanks a lot for helping me out preparing the stuffs needed for the costumes and accessories..really appreciate it..

tak lupa juga kat encik suami kesayangan yang banyak bersusah payah temankan aku dan bantu dari segi kewangan untuk dapatkan apa yang aku nak..dahla beli keyboard.pastu temankan aku cari accessories serata shah alam..siang malam tak kira waktu..kesian sangat..
semoga usaha kami berbaloi dan diberkati Allah..
harapan kami cuma satu..mudah-mudahan ALLAH permudahkan lorong ke laluan kemenangan peringkat daerah...AMIN...:)






Sunday, April 15, 2012

++amirul++

assalamualaikum..

just arrived from putrajaya...tired but really happy spending my weekend with my dearest hubby..
alhamdulillah..kalo takde aral melintang tak lama lagi we are about to have our own property nearby shah alam2..syukur ke hadrat-Mu ya Allah...pasni kenalah berjimat cermat berbelanja..tak boleh suka hati shopping.teheee~kena sama2 bantu meringankan beban encik suami..

sabtu lepas berpeluang membeli belah barangan baby buat pertama kali since perut pon dah masuk 7 bulan lebih dah..nak beli awal2 tak berani sebab mak dah pesan awal2..mana berani lawan kan?the mom knows the best..:)
I dont know why sepanjang weekend nih asik teringatkan si amirul jek...how is he doing rite now?masih menangis bersedih lagi ke??can he suit himself with the new surrounding?perhaps he can be strong tho' his age is still too young..sabar ye sayang
but last friday amirul seemed to be so happy..so I asked him..

"amirul...teacher tengok kamu happy je harini..seronok ke kat asrama?dah ada kawan?"

"hehehehehe..mak saya tepon semalam..."

"telefon asrama kamu?"

"a'ah...mak cakap nak bawak saya g sunway lagoon nanti...main air"

"yeke....:) bila mak nak bawak g?"

"mak cakap cuti sekolah bulan 5 nanti..."

alhamdulillah..at least mak amirul masih amik berat tentang anak dia even dia dah berpisah dengan suami..cumanya untuk balik semula ke rumah meraka rasanya susah sikit kot.takpelah..hopefully amirul gets better in time..
.harap2 betul lah janji maknya tu..bukan apa...budak kecik ni jenis yang sangat mengingat.. once kita dah tipu dia sampai bila2 dia tak akan percaya kita..wallahuaalam...

Thursday, April 12, 2012

++kisah sedih harini++



assalamualaikum..

pagi tadi berkobar-kobar datang sekolah nak mengajar...tiba-tiba one of my pupils (year 2) datang carik aku..dia cakap amirul (nama budak yang aku nak cite japgi) menangis teresak-esak dalam kelas sebab demam.aku terus naik kelas dan jumpa ngan amirul...langkah je masuk kelas alangkah terkejutnya aku bila tengok perubahan fizikal amirul...kepalanya botak licin and dia pakai kopiah hitam..lain dari kebiasaan. masa aku tegur dia, dia tanak lepas beg sekolah dia dari kepalav(nak cover kepala I guess) maybe dia malu dengan kepalanya yang botak kot...getus hati.

aku suruh dia bangun...and bawak dia turun g bilik guru sementara nak dapatkan no fon mak and atau ayah dia..biasanya kalo budak demam, cikgu akan contact parents untuk maklumkan keadaan anak.check kat dalam data, tapi takde no fon one of them. abis aku nak contact sape????hurmm..aku tanya amirul, dia pon tak ingat brape no fon mak atau ayah dia. dalam masa yang sama aku rasa leher dan dahi amirul untuk pastikan dia demam atau tak..peliknya badan dia langsung takda tanda2 yang menunjukkan dia demam..musykil giler...tapi beria-ia amirul suruh aku call mak dia..dia nak balik..aku tenangkan amirul dan suh dia rehat kat dalam bilik guru (kat ruang rehat bagi murid yang sakit) sementara aku dapat nombor yang boleh dihubungi.dalam masa yang sama aku syak amirul macam ada sembunyikan sesuatu...tekaan aku, dia tak demam sebenarnya tapi menangis sebab dia malu dengan kawan2 tengok kepala dia botak..tapi tekaan aku meleset sama sekali bila aku tanya dia betul2.

so, untuk dapatkan kepastian aku ajak dia bual2..

"amirul...sebenarnya amirul tak demam kan...?"

"tak..."

"habis nape kamu nak teacher call mak kamu?"

--amirul started to cry--

"amirul...nape ni sayang..takmau nangis2...meh cite ngan teacher meh..alihla beg kamu...kan susah nak baring kalo beg kat kepala..(beg tergantung kat kepala sebab nak sembunyikan kepala botak dia)...kamu nangis sebab rambut botak ye???sape yang botakkan kepala kamu??mak??ayah??"

"tak teacher...tapi cikgu asrama saya..."

"kamu duduk asrama ke????sejak bila...?"

"saya duduk kat asrama tahfiz kat belakang kampung tu je..duduk situ dah 2 malam dah.."

"kenapa tetiba kamu duduk asrama? mak ayah ada kan?"

geleng2 kepala..

"mak dah tinggalkan rumah...mak cakap mak dah tanak tengok muka ayah lagi sampai bila2..."

astaghfirullah~tersentak jap..

"pastu mak dah takde kat rumah...?ayah macamana?"

"ayah hantar kami adik beradik ke asrama tahfiz sebab ayah dah tak boleh jaga kami lagi...mak dah pindah dari rumah..dia balik kampung kat grik..dia bawak adik sekali.pastu mak cakap mak tanak balik rumah tu lagi dah"

kesiannya...dalam usia yang muda macamtu kena duduk asrama dan urus diri sendiri...no wonderlah lately aku tengok amirul macam tak terurus..kasut kotor..baju pon macam tak bergosok..beza sangat dengan dia yang dulunya kemas..rambut sisir rapi dan kasut sentiasa putih..aku ada terdengar cikgu2 sekolah yang merungut sejak kebelakangan ni amirul bermasalah dalam kelas..kacau orang.suka bergaduh dan berkhayal masa cikgu tengah mengajar dalam kelas...cuma masa dalam kelas aku dia ok je..macam tak percaya plak dia berubah macamtu sekali..nak lepas tension agaknya.

skang ni baru aku tau yang dia sebenarnya ada masalah keluarga.paling aku sedih dia macam tak terurus sangat2..kasut hitam..macam2 lagilah.macam takde sapa yang tengokkan dia kat rumah.hurmmm...serius aku nak menangis sekali bila amirul cite detik2 mak and ayah dia nak berpisah...tak perlu lah aku tulis pasal tu kat dalam entri ni..aku jadi sebak dengar esakan tangisan anak murid aku yang masih kecil yang berharap suatu hari nanti mak dia akan ambil dia kat sekolah macam selalu..:((

ya Allah...Kau lindungilah anak didik ku ini...berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi hari2 yang akan datang..

apa yang buat aku terkilan.pagi tadi amirul datang sekolah dalam keadaan tidak bersarapan..duit satu sen pon takde..sebelum ni dialah orang pertama yang angkat tangan kalo aku tanya pasal sapa2 yang dah sarapan ke belum..aku hulur RM 1 buat duit belanja..pity him..SIGH~

and now baru aku tau...dia buat2 demam and suh aku call mak dia dengan harapan mak dia boleh datang jenguk dia dan bawa dia balik rumah sekali...amirul sangat rindukan maknya...
sedihhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!T___T

sama dengan aku tulis entry ni air mata meleleh sekali teringatkan amirul..budak comel yang sangat ringan tulang.apa yang perlu aku buat??????


Tuesday, April 10, 2012


assalamualaikum...

last weekend ingatkan tanak balik.since pembekal barang2 action song call ada stok kat shah alam so terus ubah fikiran and shoot balik..kalo nak diikutkan sabtu lepas ada gotong royong and I was in-charged untuk jaga bahagian jamuan...fikir punya fikir kalo aku tak balik macamana nak beli barang kan?nak mintak orang pos takot salah barang plak.at least kalo aku g bole tengok dengan mata sendiri before beli..fine.terus mintak kebenaran guru besar and PK HEM untuk pelepasan balik..huhuhu.sorry sekolah...terpaksa okeh..bukan mak sengaja ye...

plan awal, kalo meeting abis awal boleh balik petang jumaat gak..since aku dah start rasa badan tak sihat aku tngguhkan niat dulu..serius aku rasa nak demam pas meeting action song jumaat ritu.kebetulan plak haritu hujan lebat siap guruh kilat bagai memang boleh menyumbang kepada ketidaksihatan badan...so, nak tanak aku balik hari sabtu pagi dalam keadaan tak sihat and badan panas...sempat telan panadol 2 biji before balik putrajaya...sobs...sobs...sobss...

alhamdulillah..Allah pelihara aku sepanjang perjalanan ke putrajaya..sampai sentral encik suami jemput(even sabtu tu dia oncall)..AISEYHHH!macamana ni??bila nak beli barang?kedai yang aku nak cari tu kat area shah alam...suami plak takde..bahaya kalo balik sengsorang..buatnya aku pengsan ke ape ke..sape nak jawab??hurmmm...takde rezeki nak g sabtu...lagipon mungkin Allah nak aku rehat kat rumah je memandangkan sabtu tu demam..:((

sabar je menunggu encik suami balik keesokan harinya...dalam masa yang sama..demam masih lagi ada..encik suami dah risau sebab macamana nak keluar cari barang kalo demam2 kan...so.dia amikkan MC dulu..dia cakap maybe aku over doing keje sampai badan tak sempat rest..tu yang demam tu..dahla mulut tak rasa apa2.pahit jek..T__T pas rasa sihat sikit terus shoot balik shah alam n searching for the party shops nearby the town.

bestnye shah alam..banyak betul party shop kat situ..kalo kat ipoh susah sikit nak cari...banyak pilihan kedai and barang dengan pelbagai harga yang ditawarkan..abis setiap party shop aku masuk...but agak mengecewakan sikit sebab harga barang kat kedai2 besar 2 kali ganda mahal...dahla nak beli banyak..kang untuk accessories saja duit dah abis..kena bijak berbelanja nih..last2 g uptown seksyen 24...
kat situ aku boleh dapat barang dengan harga yang sangat murah...syukur!!!!rezeki untuk anak2 murid aku agaknya...terima kasih ya Allah..

panjang lebar punya bercerita tak bitau pon korang2 apa benda yang aku cari sebenarnya kan??
hahaha.let's keep us secret first..nak dekat pertandingan baru aku reveal barang rahsia tu..apa2 pon aku sangat berharap Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang latihan menghadapi pertandingan...perut pon dah makin besar..pergerakan semakin terbatas..hurmmm..

dan semoga kejayaan berpihak kepada kami tahun ni...rezeki 2012..aminnn~


Thursday, April 05, 2012

++semput++


assalamualaikum...

alhamdulillah...baru2 ni check up and everything seems to be alright i guess..cuma hb and berat badan je yang jadi masalah kali ni..doktor tanya..

"u diet ke?"

hehe.takdelah..memang makan macam biasa..and rasanya makan berkali2 ganda banyaknya adalah..rasa macam tak percaya plak berat tak naik2..encik suami kata maybe penimbang rosak kot.hahahaha!denial!;p tapi at the same time aku pon rasa macamtu gak.macam tak logik plak kalo diikotkan perot makin besar and sepatutnya berat pon makin bertambah.tak giteewww~*gediks.ahaks!*

skang ni nak buat keje macam agak terhad sedikit..cara jalan pon tak sama macam dulu...*ala2 model.MUNTAHHH!!!* cara jalan skang agak mengengkang sikit.hahaha!encik suami selalu gelak..sampai hati taw..sob..sobs..sobs..bukan apa..nak stabilkan badan haruslah perut memacu sedikit ke hadapan kan..then jalan plak takkan nak terkepit2 kan..kang ada yang tertonggeng sebab tak balance..;p
sebenarnya masalah terbesar skang ni adalah shortness breath membuatkan aku rasa semput je..huhuhu.nak duduk kena sandar.sebab rasa macam perut penuh semacam..makan lebih tak boleh.mengah sangat..pas makan banyak ko akan rasa macam baru lepas berlari 100m.tercungap-cungap..hahaha..kalo berdiri kurang semput sikit.sebab keadaan berdiri tak menekan perut..huuhuhu.tapi takpelah..asalkan baby bahagia dalam perut, mama dia redha jek...:)

taktaulah experience ibu mengandung yang lain macamana...kalo ada boleh share story,,:)
oklah.nak berkarya jap..lagu action song yang baru tak siap lagi.
babai~