Wednesday, August 21, 2013

++beraya bersama yang tersayang part 1++

assalamualaikum..

seronok dok tengok album raya kawan2 ngan keluarga dan sahabat handai..aku baru terhegeh-hegeh nak buh gambaq kami sekeluarga beraya..hihihi.sungguh lambat macam siput..;p

alhamdulillah..raya pertama dapat berada di kampung halaman bersama keluarga tersayang.kebetulan pula keluarga along pon balik beraya kat kedah tahun ni..makanya rumah lebih meriah.suka!suka!suka!*sebut gaya mei mei upin ipin*
lepas beraya dengan mak ayah kami terus shoot ke penang..alahhhh..bukannya jauh pun penang dengan kedah. lebih kurang sejam lebih sikit dah sampai..:)

#raya -1 @jitra kedah

raya first..haiqal dengan tokwan hamid.bukan main melekat dia dengan tokwan.

haiqal, tokwan dan kakak echa!:)

haiqal masa mula2 sampai penang..ni kat rumah toknek yah (maktuk sebelah suami)

posing apa tengok2?ngan tokma, ibu long and aleesya (sepupu haiqal)

haiqal dan ayah..dua2 kesayangan hati

haiqal dan tokwan ahmad (ayah mertua)

apalah agaknya yang digeramkan si haiqal tu..sibuk nak tarik tudung uwe lah tu..

haiqal dah start meragam..masa ni kat rumah nenek suami (mak kepada mak mertua) jarak antara nenek sebelah mak mertua dan ayah mertua hanya 100m.hehehe.untung kawin sekampung..

#raya ke2.bbq kat rumah bff a.k.a dr eliana.



antara makanan malam bbq :))

geng 1 sekolah..#smk jitra.
tapi dua orang tu doktor..aku je yang jadi cikgu.huhuhu.

#raya ke-3 (raya kedua takdan nak amik gambaq sebab lupa ambik kamera)

@penang again. masa ni ada bbq kat kampung suami..sedara mara dari kl semua balik masa raya ketiga.

rambut haiqal dah jadi abu bakar elah dah sebab berjalan tak berhenti masa dok kampung..dia pakai baju tu tak sampai sejam.last2 belengging tinggal pampers je.hahaha.

cd baru pakcik nassir wahab..boleh dapatkan di pasaran.

the uncles..

cukup dulu kot update pasai raya..nanti check sambung lain naa...jom maghrib~:D
















Tuesday, August 20, 2013

++the best baby carrier in town++

assalamualaikum...

anak dah boleh berlari berjalan bagai baru nak update pasal baby carrier kan.emang dasaarrr~hahaha.

baru2 ni aku dan encik suami ada buat survey pasal baby carrier untuk haiqal sebab dia ni kalau dah penat jalan dia tanak masuk dalam stroller.mesti nak berdukung atau duduk dalam baby carrier..masalahnya, dia kan dah besar.berat pon of course lah bertambah.so, baby carrier yang ada skang ni tak mampu menampung berat dia..asal masuk je dalam kantung carrier tu mesti melorot ke bawah.last2 ko dukung dia serupa macam tak pakai carrier pon.huhu.nak tanak terpaksa get a new one untuk yang tersayang.

jumaat lepas kami sekeluarga keluar jenjalan kat klcc.saje je jenjalan kat sana sebab ayah mertua ada urusan kat petronas situ.alang2 nak g petronas tumpang lah skaki g cuci mata..hewhewhew. ada beberapa butik baby kat situ dan oleh kerana tak larat nak survey kat beberapa shops lain, kami just singgah kat butik mothercare je..banyak pilihan baby carrier yang ada kat situ.ada yang jenis wrap macam ni:


dan ada yang jenis camni which is MEMANGAKUTAKKANBELI.muahahaha!serupa nak bawak baby g hiking jek.;p

dan ada yang macamni:

yang ni memang kita biasa tengok kan..

so last2 kami terbeli yang ni..



actually kami dah test banyak jenis carrier tapi yang ni yang paling selesa untuk both mummy/daddy and baby.kemas dan senang pakai..kalau tak silap dia boleh tampung sehingga 20kg baby..:))

jenama yang kami beli ini adalah ERGOBABY.. kalau sapa nak tau lebih lanjut boleh google sendirik ye..aku cuma boleh terangkan secara ringkas je.

biasanya baby carrier yang ada tak semua yang betul2 boleh tampung berat baby sehingga 20kg..kalau ada pon mesti parents yang mendukung tu sakit bahu, pinggang atau sakit satu badan..tapi apa yang menarik pasal ergo baby ni..bila kita letak baby dalam ni..tak rasa berat atau beban pon.sebab apa????
sebabnya berat baby akan distributed evenly..padding pon tebal..jadinya korang memang akan rasa selesa sangat..


baby carrier ni boleh pakai kat depan dan belakang..macam bag pack..nampak kemas kan orang tu pakai?



haiqal suka kalau dibawa macamni..dia paling marah kalau mama atau ayah dia letak dia kat belakang...maybe sebab tak nampak muka kot atau macamni lebih nampak selesa..:)

jadinya para ibu yang baru rasa nak beli baby carrier ni boleh cuba ergobaby.
memang tak menyesal beli.highly recommended.yang penting ibubapa selesa..anak pon happy..

k lah.
till we meet again in the next post.
babai~



Tuesday, August 06, 2013

++produk penjagaan muka++

assalamualaikum..


menjelang raya pastinya ramai yang nak kelihatan cantik dan menawan..aku pon termasuk sekali le tuu..hihi.harini aku nak share dengan uols produk yang i ols guna sekarang ni...jeng..jeng..jeng..dah macam persembahan magic gayanya.;p
*need to read this entry sampai habis*

sebelum ni macam2 produk aku dah try...kebanyakannya on and off pakai..aku ni kalau nak diikutkan bukannya jenis rajin nak membelek muka.setakat naik jerawat seketol dua aku chillex lagi.hehehe.aku lebih risaukan berat badan aku yang semakin hari semakin susut.okeh.bab berat badan tu later on aku story mory okeh?? 
kebanyakan produk kecantikan yang aku pakai before this adalah keluaran tempatan..#e.g : sendayu tinggi, nour ain, dan sebagainya..kadang2 tu untuk setiap produk aku cuma pakai dalam tempoh sebulan dua je..pastu lantak.hahahaha!so, since last week aku bertekad untuk menjaga kulit wajah sebab aku perasan kulit aku semakin kering dan kusam..jauh beza jika nak dibandingkan dengan kulit suami kitteww yang licin berkilat lat lat lat!...huhuhu. I need to do something for my skin and as a wife aku juga perlu menjaga penampilan seiring dengan imej suami..

jadinya minggu lepas aku keluar untuk skin care hunting kat jusco..kat sana kan banyak kaunter2 kecantikan..u ols just go and decide which product u wanna use.at first nak guna produk SK 11..but then lepas dengar penerangan panjang lebar akak kaunter clinique aku terus terpikat dengan produk tu..melekat kat situ tak pegi tempat lain dah..adoila akak..memang salute lah dengan cara akak convincing orang.mantap!hohoho~ lepas dia test kulit aku,dia suggest untuk aku try guna these 3 items..(SKIN TYPE 1 : VERY DRY TO DRY)

--hasil tangkapan kat jusco haritu--

dalam pakej ni..ada 3 benda paling utama.sila rujuk gambar dari belakang kiri hingga kanan..

Cleanses gently without stripping protective lipids.

Sweeps away dead cells to help skin accept moisture better.

Duplicates the natural moisture balance of healthy skin.
(yang ni yang ada dalam kotak sebelah kiri sekali)

selepas beberapa hari guna produk clinique..alhamdulillah aku dapat rasa kulit semakin moist dan lembut..sebelum ni setiap kali aku sapu bb cream kat muka mesti hasilnya tak sekata..sekarang ni lepas applying these 3 items then pakai bb cream., hasilnya sangat memuaskan hati.*gumbira joget2*

--muka tak kering nor berminyak.bedak kat muka pon tak bertompok even dah berjam2 dok dalam bengkel kereta--

we'll see selama mana aku bertahan untuk pakai clinique.hehehe.i have to prove to mu husband that this time, dah tak hangat2 taik ayam dah,,,;p

oklah korang.

nak sambung kemas rumah while anak ngah tido lagi..
jaga diri.
hiasi peribadi,

bai~salam.

Friday, August 02, 2013

++saya sayang suami saya.anda??++

warning : entry ini mungkin menyebabkan anda berasa annoyed atau nak muntah.
ROMANTIC AND LOVE MODE ON!!!!:D

assalamualaikum..

sebelum bertemu dengan cinta hati sebenar, aku terlebih dahulu dipertemukan dengan beberapa orang yang benar2 memberikanku 1001 pengajaran.pengalaman tulah yang mematangkan aku dan membuatkan aku lebih berhati-hati untuk memilih pasangan hidup..keluarga selalu berpesan, untuk mendapatan pasangan hidup yang baik kita perlu berubah dan istiqamah untuk menjadi insan yang baik sebagai persediaan menempuh alam rumah tangga. alhamdulillah, nak kata aku ni baik takdalah kan..tapi Allah telah memberikan aku seseorang yang aku sendiri tak pernah bayang untuk dapat selama ni..Subhanallah..begitu besar nikmat yang diberikan oleh-Nya.syukur!

sedar tak sedar perkahwinan kami dah masuk ke tahun ke-3..and still counting..:))
banyak benda yang aku belajar lepas kawin.and aku rasa tak salah kalau aku share ngan readers..mana tau sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam menangani masalah kan..

I love him so much~

perasan tak perempuan ni sometimes sensitif tak bertempat? kadang2 tu disebabkan benda yang kecil pon nak kecoh or melenting.but thats the nature of being a woman..aku mengaku yang aku pon one of them.hihihi. sebagai contoh, aku tak boleh tengok kalau orang ambik sesuatu then tempat yang dia amik barang tu mesti bersepah.haaa~mesti bengang kan?penat2 susun then sesenang je nak selerakkan. hahaha!bertambah sakit hati bila kita minta pasangan kita untuk susun semula seperti asal but at the end tak jadi pon seperti yang kita harapkan..so bagaimana nak tangani situasi tu??why dont u as a wife tolong susun balik tempat yang disepahkan..then lepas tu cakap baik2 dengan suami kita.."abang..nanti kalau nak ambil baju/seluar etc elok2 ye..kan cantik kalau baju2 tu sama je susunannya..." beserta senyuman.awal2 memang korang akan rasa fake and irritate gile sebab perasaan sebenar adalah geram kan.hahahah!tapi kawal emotion korang ye girls untuk lembutkan hati suami..lama2 mesti dia akan buat sendiri tanpa disuruh..insyaAllah..

second, what I've learned is, jangan dok bebel banyak sangat kat suami kita because men dont like to hear their wives babbling and nagging too much..irritate sangat.silap2 haribulan daripada dia rasa nak tolong terus bantut tanak buat langsung.padan muka hangpa!kuncinya adalah kena cakap secara asertif..lembut tapi dalam masa yang sama show some respects to them.:)

third, my husband loves to eat my cooking even tho' kadang2 tu masakan tak berapa nak menjadi.hikhikhik. kalau kita tak reti masak sekalipon, jangan berkeras tanak masak langsung..belajarlah pelan2 untuk masak.skang ni banyak sangat sumber yang boleh korang belajar..tambah2 daripada youtube..just taip resipi..semuanya dihujung senduk jari. let them see our efforts to cook for them..isnt it sweet???heee~ sesungguhnya air tangan isteri tu pengerat kasih sayang sesebuah keluarga bahagia..cewaaaahhh~*menggelenjat geli.kuikuikuik!* AND!U CAN SAVE MORE MONEY~

fourth, aku faham being a wife ni bukannya mudah..semua kita nak kena buat..bersabarlah wahai kaum perempuan..ikhlaskan diri insyaAllah diberi ganjaran pahala.suami kalau balik rumah dia nak berehat dan bersenang lenang after penat bekerja..bayangkan kalau depa balik pastu tengok rumah dalam keadaan tunggang langgang?apa jadikkk~?mesti lagi stress kan?so, kalau nak senang, minimalkan hiasan rumah..terutamanya kalau korang baru kawin dan anak kecik..even aku sendiri akan stress kalau rumah semak..haaa..jadi sebelum g sekolah aku akan pastikan rumah clear dan kemas.balik rumah boleh terus tido dengan amannya..bahahah!

fifth, my precious encik suami ni sangat loving dan romantik orangnya..sentiasa dihadiahkan kata2 indah setiap hari..mula2 dulu aku tak biasa tapi lama2 dah boleh accept.hahha.*boleh plak tak biasa kan.* malahan aku bersyukur sangat..:)
dia terima aku seadanya as a wife malah sentiasa bagi semangat dikala aku memerlukan. dengan adanya dia, aku jadi semangat dan sentiasa positif in everything I do.thank u abang!

sekarang ni suami tersayang dah banyak berubah..berbeza sangat dari awal kawin sehingga sekarang..dia dah sangat ringan tulang..tolong mengemas rumah, kadang2 kalau tengok aku sibuk dengan anak dia akan bantu aku kemas dapur basuh baju, sidai baju dan macam2 lagi..I can feel the positive vibes now.
kalau dia ada kat rumah, bab anak memang serah kat dia..sama2 kami menjaga rumah dan anak..happy sangat!semakin hari semakin sayang kat suami..awawawaaaaww~hikhkhik..
kesabaran penting dalam keharmonian rumahtangga..

p/s: semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga..I may not a perfect wife..tapi aku cuba sedaya upaya untuk jadi..doakan kami ye kawan2..
love u my husband..




Thursday, August 01, 2013

++akibat kurang kasih sayang dan didikan++

assalamualaikumm...

tersangatlah bengang harini..dahla tak boleh berbuka puasa dengan sempurna sebab haiqal nangis nak tido waktu berbuka tadi..dia ni jenis kalau nak tido kena main2 ngan dia dulu then barulah nak pejam mata..huhuhuhu.(`-_-)

aku ada masalah besar dengan budak yang selalu melepak depan rumah..FYI kawasan rumah aku ni betul2 berhadapan dengan padang.so memang port yang baik untuk loitering while wasting times.disaat aku menaip entri hati tersangatlah marah bercampur geram..sekian lama dah bersabar dengan kerenah depa..huh!
most of them terdiri daripada budak sekolah menengah..rata2 dari form2-form 5.

boleh dikatakan 70% daripada jumlah budak2 sekolah menengah datangnya daripada sekolah aku..
boleh tengok kedudukan sekolah kami (menengah&rendah)

nilah kedudukan sekolah kami..padang yang memisahkan antara dua bangunan sekolah.

aku rasa bukannya depa ni taktau yang aku ni merupakan salah sorang guru kat sekolah sebelah..hari2 lalu sekolah depa.dan, setiap kali aku balik rumah setiap petang mesti budak2 tu dah ada depan rumah..melepak!yang tak boleh blahnya tu, bukan setakat budak2 laki je melepak.budak perempuan ada join skali..kadang2 aku tengok dalam 10 orang budak laki ada 1,2 budak perempuan..haiyaa.taktaula nak cakap apa..aku boleh nampak dengan jelas apa depa buat thru my sliding doors.aku tak kisah kalau depa melepak setakat bersembang or tak mengganggu orang..bab mengacau hidup ni yang aku marah sangat..

lepas je maghrib tadi a group of the kids came as usual..mula2 dengar sembang biasa2 je...lama2 aku dengar bunyi lain plak dah...main mercun betul2 depan rumah aku.dahlah haiqal nak tido..beberapa kali dia terjaga bila dengar bunyi mercun meletop. depa ni stok main mercun bola rasanya.bunyi kuat gile!last2 aku geram aku keluar rumah.aku buat2 nak angkat towel.walaupun towel tu baru je dijemur kejap tadi. kalau nak diikutkan takdan nak kering pon.huahua.aku tengok je sorang2 muka depa...memang sah.ada diantara depa tu bekas anak murid aku.cuma depa ni bila lalu depa buat tak heran jaa..

kadang2 ada je benda2 pelik depa ni buat...ada satu hari tu kan, aku balik dari sekolah then tengok ada motor penuh depan rumah sampaikan aku nak parking kete masuk dalam pagar rumah pon susah..rupa2nya budak2 tu tengah nak bergaduh..siap ada penyokong bagai lagi..pastu aku terdengar.."tunggu apa lagi...tumbuklahhh!!!!" cer korang bayangkan, depan cikgu pon masih boleh cakap macamtu..mana p respek hangpa ha budak2??masih lagi nak teruskan bergaduh.tak faham sungguh aku..slow2 je aku turun kete..buat2 belek surat dalam mailbox..macam2 lagilah aku buat.saja nak duduk depan rumah lama2.nak tengok apa depa nak buat..at the end tak jadi bergaduh pon..semua gerak balik one by one..haha.dalam hati.." awat hangpa tak gadoh?tadi bukan main lagi dok lawan gertak"

another incident, mungkin ada diantara korang yang taktau aku ada mengajar tuisyen disebelah petang untuk tahun 1,2 (english). sekali tu ada ustazah sekolah aku hantar anak dia datang tuisyen kat rumah..pastu dia tegur la budak2 yang dok melepak depan rumah sebab budak2 ni memang pernah mengaji dan belajar dengan dia masa sekolah rendah..
ustazah : " kamu tingkatan berapa dah sekarang?"
budak : dengan muka selamber toyaaaa dan tak pandang ustazah dia jawab "ntah!"
aku yang dengar dia cakap masa tu rasa nak bagi pelempang je laju2.padahal ustazah tu tanya elok2 kot..siap dengan senyuman lagi...sekali dibalas macamtu skali..sentap wehh!

kalau nak diikutkan macam2 lagi depa ni buat..cuma tak terluah je kat sini.terlalu banyak...hampir semuanya menyakitkan hati.huhuhuhu.
aku taktau lah apa yang depa dok fikirkan..yang aku perhatikan depa ni memang dah takda rasa hormat kat kawasan jiran tetangga kat sini. tak boleh ditegur langsung plak tu..masa aku mula2 pindah sini, jiran dah siap warn pasal budak2 tu..kalau boleh jangan sound or marah depa..nanti ada ja benda tak elok depa buat kat kita.

jiran sebelah pernah kena baling telur busuk..habis penuh depan rumah..tak pasal2 kena cuci.then, jiran selang beberapa buah rumah pernah tegur depa pasal depa suka dok ramp motor kuat2.dahla motor stok bunyi macam motorbot.marah tak kalau malam2 pon dok ramp???haruslah bengang kan??sehari selepas ditegur, tengok2 cermin kereta dia pecah kena baling dengan batu besar..hurmmm..apa nak jadi dengan budak2 sekarang ni..
pantang ditegur nak melenting..yang hairan, macamana depa boleh dapat motor sorang satu sesenang mcamtu jek..parents tak kisah ke???

pada pandangan aku, budak2 ni mungkin kurang perhatian dan kasih sayang gamaknya..sebab tu jadi macamtu..mudah2an Allah membuka pintu hati masing2 untuk kembali ke jalan yang sepatutnya..aminn..


p/s:bila dah jadi mak2 ni..perasaan sensitip over plak.ahahaha!semoga kita semua diberi hidayah olehNya dan seterusnya menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya..
salam..:)

Wednesday, July 31, 2013

++permohonan cuti berganda++

assalamualaikum...

bulan2 puasa ni ada2 je perkara yang menguji kesabaranku...fuhhh..memang kena bawak bersabar dan bertenang..kalau tak dah bawak bertendang dah kot.ahahahah! aku memang tak larat nak bercakap dah..makin banyak bercakap ngan nada suara tinggi makin kering tekak dibuatnya..baik aku simpan suara.heh.

seperti yang diketahui semua cuti approved.cuma yang tak berapa bestnya sehari sebelum raya..then raya kedua nak kena balik dah..agak2 ada perasaan eksaited tak nak berhari raya? boleh tak kalau aku request kat encik suami nak extend bercuti kat kampung..hehehehehe.alah..kalau balik ipoh nanti takde sapa..cek gak sedih sengsorang..orang lain sibuk beraya aku dok melangut kat rumah..ah, kesian sangat bunyinya kan..?
so harini nak masak SEDAP-SEDAP!!! kat encik suami supaya hati dia cair.so bolehlah mohon cuti lama sikit.hikhikhikhik.takpun, perlukah aku mengarang surat buat encik suami macam aku bagi kat HOD tu?????-___-.





++masalah nuffnang++

assalamualaikum..


blog updated.ada sedikit pembaharuan..my blog dah menjadi tersangatlah simple...dulu2 masa ada blog punyalah eksaited letak macam2 sampaikan sekali tengok macam blog kanak2 pon ada.hahaha!itu duluuuu~sekarang I kan dah jadi mak2..haruslah change layout yang sesuai dengan sifat keibuan kan..*muntah!*

tapi yang menjadi masalah sekarang ni kan, aku tak boleh nak letak ads nuffnang dalam sidebar and also between post.dah macam2 cuba tapi tak boleh..keluar blank page jek.ada sapa2 tau macamana nak kembalikan iklan di blog?please help me ye kawan2..
tq.


Tuesday, July 30, 2013

++bagaimana persiapan raya korang??++

assalamualaikum..

alhamdulillah..surat kepada HOD (head of department) membuahkan hasil!LOLZ!!;p
suami dapat bercuti selama 3 hari..ok la tu kan???hehehe.bermaksud malam raya baru kami sampai kampung halaman..syukur~mudah-mudahan perjalanan selamat dan dilindungi olehNya..

selalunya kalau bercerita pasal hari raya mesti benda yang sama akan disebut2 
#eg:
 - baju raya
- kuih raya
- raya di mana?
- persiapan rumah : langsir, sofa, etc
- duit raya
- menu hari raya

kalau tanya aku apa persiapan yang dah dibuat..certainly aku akan jawab tetttt!!hahaha.40% je.memang takde apa yang dibeli sangat..untuk tahun ni aku beraya secara besederhana je..kuih raya tempah sikit2.tu pun nasib baik pengasuh haiqal ambil tempahan (actually she's good in baking cakes and and making cookies) cuma takdan nak promote kat blog ni je..huhuhuh.then baru tahun ni aku tempah baju raya.tema: kuning u olss..hihi.tahun lepas tak berapa nak beraya sangat sebab masa tu baru habis pantang...mood nak raya pon tak berapa..cer bayangkan..baju raya pon takde!apetah lagi kuih, kasut raya dan sebagainya.usahlah ditanya (tapi sapelah nak tanya hal taun lepas kan??haila meknaaaaa....kalut mung!)

rasa agak pelik plak sebab tahun ni ada rumah sendiri untuk menyambut raya..(rumah sewa)..fyi, dolu2 encik suami kita jauh....sorang kat putrajaya, sorang kat ipoh..sudahnya sambut raya kat kampung je..hihi.

nanti aku update persiapan raya kat rumah ok?
kalau korang ada cerita menarik tentang persiapan raya korang. mehlah share kat sini
sharing is caring.caring is loving.

till then,selamat berbuka puasa semua~!
 jaga diri hiasi peribadi..bai~

Monday, July 29, 2013

++surat minta cuti kepada ketua jabatan.harapnya dapatlah...++

assalamualaikum..

currently im not so happy right now...down sangat wehh..huhuhu.I was told by my husband last couple days that chances to get few days off for this coming raya is quite slim..dahla tahun ni turn beraya kat sebelah aku..ya Allah..rasa sangat berbelah bagi.nak balik pon takkan nak tinggal suami sorang2 plak beraya kat ipoh kan..to be exact beraya di hospital..tapi tahun ni jugak abang and family nak beraya kat kedah..so inilah peluang kami untuk berjumpa adik beradik setelah sekian kalinya tak bersua..hurmm..
suami penting, keluarga pon penting..cuma kalau ikut tahap kepentingan tu rasanya suami lebih perlu diutamakan..

surat kepada majikan suamiku::

dear ketua jabatan yang baik hati lagi budiman..
bolehkah kiranya jika tuan izinkan kami beraya anak beranak dengan penuh gumbira di samping keluarga dan sanak saudara di kampung halaman kami?
tahun ni giliran kami beraya di kampung saya (kedah)
ada banyak sangat juadah yang bakal dihidangkan masa hari raya nanti. untuk makluman tuan, kedua-dua kami ni kuat makan sebenarnya.haha. mak saya siap beritahu yang dia nak masak rendang ayam feveret dan serunding ikan!tambahan lagi ada ketupat palas yang sangat menggiurkan..sapa boleh tahan dengar kan?
lagi satu..kami dah sediakan duit raya untuk anak-anak buah yang ada di kedah&penang.
kalau kami tak balik maka rugilah mereka yang menunggu kepulangan kami.hikhikhik.
oleh itu, amat molek sekiranya tuan boleh memberikan kerjasama di tahap maksimum..kalau dapat bercuti direct 4-5 hari lagi bagus!haha!
saya berjanji kalau tuan bagi suami saya bercuti, insyaAllah saya akan bawa balik ole2 dari kampung halaman..tuan sebut je tuan teringin nak makan apa..insyaAllah saya akan bawakan.hehe~
oklah tuan, rasanya sampai sini dahulu surat saya kepada tuan.
fikir-fikirkanlah dan timbang-timbangkanlah..semoga tuan sekeluarga sentiasa diberkati oleh-Nya..

SELAMAT BERBUKA PUASA & SELAMAT HARI RAYA TUAN!:D


p/s:just for fun only!babai~:D




Tuesday, July 23, 2013

++pearl haya and me++


Assalamualaikum..

Selamat hari ahad..sedar tak sedar bulan ramdhan dah hampir menginjak ke pertengahannya.sayang je rasanya nak habis bulan al karim..huhu.

dulu pernah ada post mengenai aku dan fa***da...there's no more fa***da and me right now...it's now been me and pearl haya..:) segala-galanya bermula bila encik suami menegur secara ikhlas,
"cantiknya sayang pakai tudung macamni..ayu je..abang suka tengok.."

dan kebetulan masa tu aku baru nak cuba berjinak-jinak dengan tudung pearl haya..satu yang bagus mengenai encik suami tersayang, dia takkan cakap secara direct yang dia tak suka aku pakai tudung jenama fa***da..cuma dia once pernah tanya.."sayang tak rasa pelik ke pakai tudung ni...?tak rasa macam singkat ke?selesa tak? " masa tu aku jawab ok je..selesa je..sebab aku memang suka awning fa***da yang bila dipakai terus ngam je ngan muka..but aku sepatutnya sedar yang tudung tu memang cantik tapi singkat...uhuk2..:((

so, one day kami jalan2 kat area seksyen 7 shah alam..masa tu just nak beli botol susu untuk milk storage..kebetulan pearl haya just selang beberapa pintu je dari kedai baby tu..then encik suami tanya..
"sayang..tanak singgah ke?"
dalam hati sapelah yang tanak singgah..tapi memikirkan harga tudung yang agak ehem2 terpaksa senyumkan je..
masa tu aku dah dapat hint dari dia..'UBAH SELERA'
"ok.kalau sayang berkenan tudung2 kat situ macamana?abang belanja k" hahaha.selambe je cakap ngan dia macamtu..so, kami pon masuk..kedai pearl haya tu memang selesa.ada disediakan couch di ruangan hadapan untuk para suami berehat while si isteri sibuk memilih tudung yang berkenan di hati..haha.i loikeee!

tiba2 dalam sedang pilih tu ada satu tudung yang sangat memikat hati...aku pon amik and tunjukkan pada suami...dia cakap.."test lah dulu.tengok labuh ke singkat tudung tu..."
ok.SAH! memang suami suka tengok aku pakai tudung yang labuh...:))tapi aku sangat terharu dengan cara dia 'menegur' menerusi 'pujian'...terima kasih suamiku...

since from that day, I determine to stop buying scarves from fa***da..and slowly change it to pearl haya..alhamdulillah..berbelanja lebih sikit untuk kelihatan menarik di mata suami...:)

p/s:
untuk pengetahuan semua..terdapat banyak design yang cantik dan pelbagai jenis saiz dan labuh..jadi pelanggan boleh memilih dengan mudah..(ini bukan iklan berbayar ye..)
here are my collections of PH. love it so much!





paling kiri :bersama owner butik pearl haya ipoh (silver haya gallery) and model rasminya yang super duper cun!
he loves me wearing this scarve PH netto:)

sesuai dipakai di mana saja!





Saturday, July 20, 2013

++make over++


assalamualaikum...

rasanya dah lama tak tukar design blog..macam bosan plak bila tengok..last tukar masa pregnant 3 bulan dulu..and now anak dah setahun okeh...bagi sesetengah orang mungkin ok je ngan layout sekarang...but not for me.need to do something to change the look of my blog.hooo~semangat2!

babai..

selamat berbuka semua..

++pakar cinta.com++

assalamualaikum...

selesai bersahur dan menjalankan perkara wajib, terus turun bawah untuk mengemas rumah..anak tido kena pandai2 bahagi masa untuk menjaga kebersihan rumah..kalau anak tido, aku pon tido alamatnya rumah akan jadi macam reban ayam..;P

masa nak start lipat kain (selonggok tinggi weh!) tiba2 terpandang laptop.entah kenapa boleh skip plak dari lipat kain and menghadap laptop dulu..aku memang jarang sangat online fesbuk guna laptop..aku prefer guna handset je..bukan apa..kalau ada gambar scaryyyyyyy~*ittew penakowt sebenarnyeww.blueerkk!!* at least takda lah aku nak terperanjat dan lemah semangat kan.hahahahah! tutup gambar scary tu dengan jari kelingking pon dah tak boleh tak nampak..kalau guna laptop..sekali keluar gambar yang mengejutkan...opocot!terus terkejut dan terpelanting laptop nanti sape yang susah????aku gakk....

okeh.merepek lebih..back to our main topic..pernah dengar tak pasal blog pakarcinta.com????alaa...yang nama pemiliknya tengku faris tengku khalid (nama dia macam watak novel kan?hihi) aku baru tau yang sebenarnya pemilik blog yang famous amos tu rupanya adik junior dari maktab yang sama..memang sangat2 tak disangka yang dia boleh establish sampai macam tu sekali...siap kena temuramah dari macam2 stesyen tv, majalah and suratkhabar?profail yang hebat! dan aku sememangnya yakin sekali yang kejayaan takkan datang bergolek macamtu sahaja tanpa ada usaha dan tawakkal kepadaNya.tahniah kepada adik faris!:))


paling menarik perhatian ada caption yang tertera di atas blog menyatakan "Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai Allah..."

blog pakarcinta.com ni bukan blog jiwang karat yang kita selalu tengok sekarang nih.pengisiannya lebih kepada unsur nasihat dan renungan yang boleh dijadikan iktibar menurut pandangan Islam, cara penulisannya matang dan terdapat pelbagai kisah2 menarik yang pasti sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri mengikut hukum syara'.. blog tu bukan dihadkan kepada husband and wife je tapi juga boleh dijadikan individu sebagai medium untuk mendapatkan pandangan mengenai kehidupan sebagai seorang muslim. subhannallah~sangat2 kagum sebab ada anak muda yang mampu untuk menarik ramai pembaca sampai macmani sekali..sesungguhnya Allah maha pemudah, dan DIA akan memudahkan urusan hambanya yang berusaha untuk berkongsi betapa indahnya agama Islam..


so ladies and gentleman, kalau ada yang masih belum jenguk blog tu, sila2 kanlah singgah..once dah singgah pasti akan terkesan di hati anda semua..

ok..selamat berpuasa..

bye!

Thursday, July 18, 2013

++tempat menarik untuk berbuka puasa++

assalamualaikum...


lega sikit bila si kecik ni tido..so dengan amannya boleh berblogging.setiap kali aku nak update entry mulalah dia menyendeng kat sebelah bahu then pelan2 je jari halus dia naik kat atas keboard laptop nak tekan button2 keyboard sekali..aishh..pantang sungguh!
dahla satu laptop dah out penangan kena campak ngan haiqal!siann ayah...terpaksa beli laptop baru..kali ni kami lebih berhati2 tak bagi dia sentuh gadget2 penting.

baru2 ni kawan2 skelas(IPG) yang dok area utara ada ajak berbuka puasa sama2.tapi tak sure kat mana.tukang plan si apiz..and dia ada tanya kat mana tempat2 best untuk berbuka..dengan senang ati aku cakap no 3*, hala pulai jaya **, ******, simpang pulai perak.hehehehe!amacam?best tak cadangan aku???boleh main masak2 ngan kaum isteri..:P maklumlah masing2 dah berumah dan bertangga kan..and ada diantaranya dah nak jadi mummy daddy..oh,bestnye nak sambut kedatangan orang baru!hihihik.
teringat plak zaman pregnant dulu2..:D

sayang sangat kat budak kecik sorang neh..rasa cepat je masa berlalu..tengok2 dah besar..


he tends to do whatever we as parents do..haha.
so, nak buat pape kena beringat..or...sendiri yang menyesal nanti..hikhikhik.


Thursday, June 27, 2013

++sawang++


assalamualaikummm~!!!


rindunya!!!RINDU!rindu!RINDU!
hah.dengan buat caps lock and letak exclamation mark tu rasanya tak dapat nak menggambarkan perasaan sebenar tau! even anak dah mencecah setahun tapi masih lagi menyesuaikan diri untuk menjadi ibu.cuma lately haiqal dah makin bijak..pantang tak nampak mama depan mata mulalah dia menjerit.adoi..penat eden..tido pun dah makin kurang..yang dia tau, main...main...and main..agaknya peringkat umur budak2 cenggitu memang itulah fe'elnya kot.

kejap betul masa berlalu...anak dah masuk umur setahun..dan marriage menginjak ke tahun ke 2..alhamdulillah..begitu besar ni'mat yang ALLAH S.W.T berikan kepadaku dan keluarga.syukur...
tak banyak nak tulis dalam entri kali ni sebab nak tune untuk mengarang ni bukan senang..perlu idea dan mood yang bagus.then I can write a post.huhuhu.

untuk pengubat rindu...meh nak tempek gambar sikit.wiwiwiwiiw~

muhammad haiqal bin muhammad fakhri.♥

p/s:mia...kite ingat awak lagi...keep in touch k!:)

Tuesday, April 30, 2013

++aku dan seni ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan.ecewah!++


assalamualaikum..

baru sebentar tadi tanjat beruk sebab terbukak news feed facebook pastu ada gambar mayat berjalan kat indonesia.+&***%%%!!!.ntah betul ntah idak wallahualam..Allah Maha Mengetahui..
that is why aku suka akses fesbuk guna phone.so kalau ada gambar peliks2 takdela tanjat sangat kennn..hohoho!

sekarang ni dah tak sesibuk macam minggu2 menjelang pertandingan action song..dah boleh menarik nafas lega.aku tak pernah nak share video action song..tahun ke3 terlibat dengan pertandingan ni baru tahun ni aku rasa nak kongsi ngan readers semua what I have been doing for this while..selalu bercerita jek pokpek2 pasal action song.tapi tak pernah pun tunjuk video kat uols kan...meh sini.rapat2kan sikit muka korang kat laptop memasing..nah.tengok sendiri hasilnya..hihihi.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MD1KlZHOzCE

aktiviti seni memang dah jadi feveret sepanjang zaman...sejak dari kecik lagi aku dah terlibat secara langsung dengan aktiviti2 yang sewaktu dengannya..ingat lagi tiba2 cikgu sekolah aku (back in brunei) appoint aku untuk jadi tekong nasyid..masa tu aku baru sedar rupanya boleh gak aku menyanyi ye..eh?hahahaha!
then tubuhkan pasukan nasyid kat sekolah menengah sebab masa tu pasukan nasyid sekolah hanya suam2 kuku.terus jumpa ustazah nak masuk sesangat..but then masa tu ustazah cakap dia dah ada team sendiri..but aku insist nak masuk gak.so untuk menjadikannya adil aku dan rakan sepasukan dalam nasyid kami bagi cadangan untuk buat pertandingan dalaman terlebih dahulu.then pemenang boleh wakil sekolah untuk pertandingan nasyid..ko ada berani wat gittew keewww~hahaha!itu menunjukkan minat aku yang mendalam terhadap muzi mendorong aku untuk buat macamtu..alhamdulillah!!my team came first and did manage to represent our school in nasyid competition.

masa maktab plak aku lebih cenderung dalam bidang tarian tradisional.first time dengar ada audition tarian kat maktab..aku memberanikan diri untuk try..dan berjaya!happy hati tidak terkata wehh..2 tahun berturut2 jadi wakil maktab dalam tarian sehingga ke peringkat kebangsaan.best sangat!dalam masa yang sama aku dipilih untuk masuk dalam pasukan gamelan maktab..yang ni pun best gak.sebab aku boleh dapat extra income.kalau kami dipanggil untuk buat persembahan, biasanya masa konvokesyen  lah...kami akan dapat lebih kurang 200+- untuk student dikiran banyaklah tu..bukannya susah pon..hihihihi.:p selain dari gamelan aku masuk koir..ahaa.sebut pasal koir ni trus teringat pensyarah koir aku pernah nak kenenkan aku ngan anak dia..hahahahahaha!memang satu kenangan yang tak boleh lupa.tapi Allah Maha Kuasa, jodoh ajal maut semua di tanganNya..rupanya soulmate aku adalah suami aku yang sekarang...love u dear..:)
ini adalah sebahagian dari gambar2 yang ada dalam simpanan aku sehingga sekarang,semuanya tentang aktiviti seni..layannnzzz~

masa rehearsal gamelan kat taman tamadun islam, KT.

bersama team gamelan IPG KDRI. #wearing baju rasmi gamelan

*testing baju tarian.yang epicnya, baju ni ihsan dari muzium kalau tak silap aku.hahaha.kalau zoom dekat2 memang leh nampak kesan lubang sana sini..

inilah bajunya..tapi tudung tu abaikan..nama pon testing aje kenn...yang penting outfit tu kena ngan badan.

choir MAKSAK..rasa macam stewardess plak time ni.kuikuikuik.:P

banyak lagi pic aktiviti seni aku untuk menunjukkan my passion towards any kinds of arts.:)
tapi cukup sekadar ini saja dulu.bukan untuk riak.jauh sekali membangga diri sendiri.cuma nak share kecintaan aku kepada dunia seni...

selamat bercuti semua..
#alfatihah kepada arwah pensyarah Encik Wan Razak yang banyak membantu dalam kegiatan seni di maktab.semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.

# undi tu undi gak..cuma nak pesan tak payah over sangat nak pokpek sana sini..undi kan rahsia.simpan dalam perut memasing udahle..:))

# kerjaya guru semakin mencabar..yet its getting fun..love teaching so much!