Wednesday, May 11, 2011

++penangan laksa rebung++


assalamualaikum~
Alhamdulillah.arini boleh berfikir secara waras tho' hidung tersumbat after 2 days trip to pengkalan hulu.cuaca kat sana panas kering macam cuaca sebelah siam.pastu malam hujan rintik2.mana taknya kami ni dilanda kedemaman.uuuuuuuu...~
kat rumah semalam aku ngan cik amy bersin siap boleh buat echo lagi.bersahut-sahutan.pasti hidung memasing dah rupa clown dah.merah dowh.bhahahah!
ok.fine.tak lawak pon.bluweeekkk;p

tetiba teringat kelazatan laksa rebung kat sempadan siam nun.sedap sehingga tak dapat nak menjilat mangkuk.malu ngan budak2.kang dia cakap cikgu buang tebiat sebab makan tak senonoh.huahuahuahua.
 --bersama anak-anak didik di betong, sempadan malaysia-thailand--

--dari kiri (cik amy, kak nita, n cik not so gojesss..) kak nita orang yang bertanggungjawab memperkenalkan laksa rebung kepada pihak rombongan--


puas aku google dari siang sampai ke malam (over taw) semata-mata nak cari gambo laksa rebung.huhu.tapi hampa.silap aku tak snap gambo aritu.nikmat makan punya pasal sampai lupa hal2 lain.huhuhu.taipuchi.T__T

oleh sebab aku mengidam sangat nak makan laksa rebung.tengahari semalam aku ngan cik amy lepak makan kat oldtown sebagai ganti.n seperti biasa, wantan soup dia memang tak mengecewakan.jadila...at least dapat gak makan benda berkuah2 semata-mata nak amik feel makan laksa rebung.insyaAllah, ada rezeki nanti aku nak g sana n makan puas2.sekali pekena 2-3 mangkuk ke..baru feel ye dak??kan?kan??hihihi.

k lah...nak g minum pagi dulu...
GTG..
babai~

thanx for reading this entry!

Monday, May 09, 2011

++dilema bakal pengantin++


 
assalamualaikum u ols~

berangin semacam jek aku malam ni..bukan rasa nak kentut2 or sendawa bagai semua tu..but rasa nak marah jek seminggu dua nih.maybe skang ni hormon baru belajar nak menstabilkan diri memasing.efeknya aku gak yang kena tanggung.huahuahua.
kesian encik ilebiu.dia taktau pape pon.aku je hangin sorang2.
*notes : if u read this entry do forgive me k*

semakin nak kawin semakin kuat dugaan.cuma kuat ngan tak kuat je nak hadap benda tu semua.tambah2 when it comes to our commitment.masing2 ada karier sendiri.aku cikgu.dia doktor.n sah2 la kami dalam bidang yang tersangatlah berlainan.aku bukan ape.setiap kali dia tanya soalan macamni..

"pas kawin nanti nak tinggal ngan abang tak?'

kalo tunang korang cakap macamtu.ape respon korang?
mestila NAK kan..??kalo ada yang jawab TAKNAK..sila rendam kepala dalam baldi barang sejam dua kasik rasional sikit pemikiran tuh. masa tu dah sah dah as husband n wife.jadi korang takde alasan nak duduk berjauhan.kompem2 nak duduk dekat.macam jauhari n manikam.errrkk?????LOL.
 
da main prob is..

bukan semudah itu kita nak jawab YA. berbalik kepada persoalan sebelum tu.as a new teacher yang belum disahkan jawatan ni,bukan senang kita nak mintak tukar mengikut suami.kita kena fikir,orang yang dah kawin 3-4 taun n dah sah jawatan pon ade yang terpaksa berulang alik setiap cuti hujung minggu untuk berjumpa dengan yang tersayang. inikan aku yang baru setaun jagung.i mean baby jagung.pasal aku keje tak sampai setaun pon lagi.plus.aku ada kawan.dia ni kawin masa duduk kat maktab lagi,kiranya sape yang kawin awal akan terselamat dari dipostingkan tempat yang jauh2 dari pasangan.
hasilnya.sorang dapat mengajar kat pedalaman pahang.n sorang dapat mengajar kat melaka. kesian bukan???
 

setiap kali persoalan ni timbul.aku akan jawab benda yang sama untuk terangkan situasi sebenar cikgu baru. dannnn setiap kali tu jugak darah tinggi aku akan naik secara mendadak (honestly)...aku jadi geram sebab aku tau benda tu susah.kecuali ada kabel sebesar balak je yang mampu menolong mengubah keputusan dalam sesuatu dasar yang kita dah sedia maklum tau. memang kami sama2 berkhidmat untuk kerajaan.tapi di bawah kementerian yang berlainan.jadinya cara pengurusan pon takkan sama. jadinya aku tanak meletak harapan terlalu tinggi pasal aku sendiri dah tau benda tu susah nak direalisasikan berdasarkan beberapa faktor.
dan ini juga tidak bermakna yang aku ni berfikiran negatif.aku bercakap berpandukan pengetahuan n pengalaman serta temuramah cikgu2 senior.huhuhuh.

aku betul2 tersepit.benda ni memerlukan perbincangan dua hala yang mendalam.n kata putus perlu dicapai supaya dua2 dapat manfaat di kemudian hari.
aku jadi marah bukan sebab apa.tapi tension sebab harapan terlalu susah untuk dicapai.

im pretty sure, mesti ramai orang lain yang menghadapi situasi yang sama macam aku.
hurm..kalo korang ada kat tempat aku.ape korang akan buat???

k lah..nak moody lama2.
babai~take care semua.
jaga diri.hiasi peribadi.
SALAM~

++semuanya sudah berakhir++



assalamualaikum~

waahhh~lama tol tak hapdet my bloggie sloggie bear nih.mintak mahapla..i bz lately (pehal plak tetiba nak ber 'i' nih?)

minggu lepas memang minggu sibuk sedunia..sebab aku terlibat dengan pertandingan action song peringkat negeri 2011 yang diadakan di pengkalan hulu.jangan memain naa..nama ja hulu.but tempat dia menarik kot beb.
ce korang bayangkan..naik turun bukit masuk jalan yang menyusuri hutan belantara.pastu tetiba kat tengah tu ada bandar which is pekan actually.awesome bukan???ngeheheh.

Alhamdulillah~kami berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tu.
kira ok la kan?sekolah kampung yang dikira berjaya.sebab 1st place n 2nd place tu dapat kat sekolah convent.
rasa terharu sangat2 sebab dapat banyak sokongan dari warga sekolah.
terutamanya daripada my big boss his family n also cikgu pengiring.tak lupa gak tapi my lil sis yang eager to join us along da competition.may Allah bless all of u..aminn~
even masing2 sibuk ngan keje sendiri.but they managed to help us preparing things to be used at hulu perak then.
 
 sepanjang berada di pengakalan hulu, kami menetap di chalet air panas.at first big boss dah sediakan penginapan kat rest house ngan cikgu2 lain.but disebabkan rasa diri ini bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan budak2.jadinya aku n cik amy bermalam sekali kat chalet yang berapa rupa chalet sangat tuh.last2 kami yang over tido.muahahahaha!!oh.opsss!*;p
nila kali pertama budak2 tu tidor berjauhan ngan family.yelah..masing2 baru berumur 8-9 tahun.kecik lagi haa..macam tu siap ada yang mengigau nyanyi lagu action song.nasib tak turun katil n menari.kalo tak.jenuh nak tangkap n suh tido balik.bhahah!!!
 
kecut perut sangat malam tu memikirkan pasal pertandingan tuh.budak2 dah buat yang terbaik.semuanya bergantung kepada nasib.hurrmmm...cuma aku ada ralat sikit sebab malam sebelum pertandingan sepatutnya aku bangun n buat solat hajat macam yang aku buat sebelum ni masa peringkat daerah.tapi aku kalah dengan mata sendiri.syok layan tido plak...huhuhuhu.*mesti banyak setan bergayut kat mata suh jangan bangun*

syuhh2!!!setan jahat!!!
(padahal diri sendiri tu pon sama.kalo boleh lawan nafsu tido takde masalah pon nak bangun.alasan mekna je tuh)

still dok terbayang2 je dalam kepala otak nih.budak2 nyanyi n menari depan mata.pastu teringat-ingat macamana mula2 aku n kak nita jumpa untuk discuss pasal action song. pasni dah takde dah.rinduuuuu!terutamanya ngan kak nita.terima kasih atas segala tunjuk ajar n sudi bagi peluang kat aku untuk libatkan diri secara langsung dalam pertandingan ni.

semuanya dah berakhir...aku still mengharap taun depan aku masih di sini n takde pertukaran sekolah.im getting into dis school.semakin sayangkan sekolah..semoga Allah berkati semua.amiin~


babai.
thanks for reading this entry..

Tuesday, May 03, 2011

++pelupa++

 

assalamualaikum semua~:))

aku ni ada penyakit sebenarnya iaitu PELUPA.
bila da start keje.penyakit aku semakin menjadi-jadi sebab terlalu banyak yang dok fikir dalam kepala otak.bila fikiran dah tepu secara tak langsung aku dah tak ingat benda2 remeh yang lain.hasilnya aku mesti menyumpa-nyumpah kat diri sendiri sebab marahkan kecuaian sendiri.haisyh.kadang2 tu rasa nak lempang2 pp *bukan pp aku* pon ada.mmuahahaha!!



dulu2 kalo mak aku suh g kedai beli gula 2 kg or garam lima posen or beras ke ape ke..bila on da way nak ke kedai tu aku tersepak batu or dok ralit tengok keindahan alam ciptaan Tuhan (KONON la sangat kan..) last2 mesti tersalah beli.haha.sampai je rumah mesti mak aku perambat suh g kedai n tukar semula barang2 yang aku salah beli.pasalnya kan...aku tersilap beli garam 2 kilo n gula 50 sen.mula2 tokey kedai pon macam tak caya apa yang mintak nak beli kat dia.but then aku bersungguh-sungguh cakap itu barang yang mak aku order.nak tanak, dia kasik je apa yang aku mintak.aku memang hebat untuk meng'convince' kan orang.;p
"ang nak buat apa beli garam banyak2??nak buat belerang ka?"
still terngiang-ngiang kata2 mak aku tuh.rindunya kat leteran dia.lama tak dengar 'ceramah' free dari cik puan veto.heh.well.skang aku ni kan dah considered as an adult..maybe pasal tu lah dia malas nak berleter banyak2.kang hujah2 dia akan dipatahkan dengan jayanya oleh aku.heheheh.*sila percaya*

skang ni aku dah adakan personal organizer.senang.bila aku tengok je buku, senang nak ingat ape benda yang aku perlu buat pada setiap hari.takot2 menjejaskan imej aku as a primary school teacher.
mintak2 la dijauhkan dari semua tu.aminn~

k lah.dah ngantuk la..nak tido.babai~
bersambung esok...

 

++terima kasih jakel++


assalamualaikum!!

baru je sampai dari kedah ni.berkematu bontot aku duduk lama2 dalam bus.muahaha!! (18SG) perjalanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang 2 jam setengah untuk terpaksa dilanjutkan menjadi 5 jam setengah..gilosss!!jalan jam teruk sangat2..driver pon bawak slow memandangkan keselamatan penumpang perlu diutamakan.dahla aku ni jenis yang paranoid sikit...pfffttt~
alhamdulillah.aku selamat sampai ke destinasi yang ditunggu2.

sepanjang 3 hari bercuti.aku manfaatkan masa yang ada ngan keluarga tersayang.PLUS.aku gunakan kesempatan yang ada untuk membeli keperluan sempena perkahwinan aku nanti.hikkss..i loike!!
dalam previous entry aku ada cite yang aku takde pon lagi baju untuk akad nikah kan??walhal,baju nikah encik ilebiu dah siap dah pon.lembabness..T__T
trend skank ni, kita tak semestinya guna baju warna putih untuk akad nikah.ade je orang guna warna2 pastel yang lain for their solemnization ceremony.n yess.cantik je aku nengok.memandangkan parents aku are more to conventional style, dorang lebih suka tengok kalo aku kawin pakai baju putih.fine.accepted.as long as it is nice.so.masa hari ahad tu aku g jenjalan area gulati's.hunting for baju akad nikah. ingatkan nak cari kain je.sekali sampai kat pacific.sibuk beli barang lain.huhuh.jauh gile terpesong.ahakss!!:P

kain kat gulati's boleh tahan cantik2.harga pon.herrmmmmppphh...sangat2 'berpatutan'.hahaha.masuk je kat sana.aku pon mula melilau cari apa yang patut.ada satu kain lace nih.cantik sangat.sekali survey harga..Gulp!!'cantik sangat' harga dia.hahaha.pastu mak cakap,relax dulula...jalan2 n tengok2 harga dulu.kalo rasa ok.terus amik.takyah nak pening2 fikir.last2 aku keluar kedai tak beli kain untuk diri sendiri.but beli kain siap2 untuk mak aku warna turqoise.sekali sekali beli kain mahal untuk mak tak salah bukan?she deserves it..:))

jadinya hari ini kami keluar lagi untuk cari kain untuk baju akad nikah..kali ni kami ke jakel.ahaa..masuk sini best.sebab layanan pekerja2 kat sini memang tip top.kita yang pada mulanya tak jadi beli terus rasa berlembut hati nak beli itu ini.bahaya!hohoho.kain2 kat sini memang tak dinafikan,cantik2.juling mata aku tengok kain dia.banyak sangat.tetiba aku ternampak ada satu kain lace yang sangat2 menarik minat aku..slow2 aku jalan n g kat kain tu.masa dok belek2 kain, dalam hati,,"i think i've found my target"..fabric:lace.seyes sweet gile corak die. pastu g tanya harga kat akak yang jaga section lace tuh.kebetulan plak ada diskaun..menggeletik2 seronok bila tau harga dia takdela mahal sangat macam kat gulati's.yay!!jom tepok tangan.

kain dah jumpa.design baju plak???
ahaa..~good question!*ang tanya paihtu ang jawab.paleotakhang*

kalo boleh aku tanak la baju yang terlalu sarat sangat untuk kain nanti.sebab nak pakai sekejap je.then alang2 nak buat,design tu biarlah kita boleh guna lagi lepas ni untuk g function ke ape ke.kalo sarat2 sendiri yang malu nak pakai afterward. so.jangan membazir ye kawan2..jom review contoh2 baju kawin.

no 1 : sangat simple.tak berapa nak menyerlah.maybe sebab semua putih kot.kalo beads tu warna silver or gold mesti lagi cantik.
no 2: menarik.cuma aku tak berapa nak minat dengan baju kurung moden pendek.not my type~

no 3: wuhoo~transparentnya!!ini bukan untuk akad nikah..ini untuk lain nih.bhahahah!ops*
 no 4 : kompem cantik.this is my type..simple yet nice to look at..

--all da pictures shown are from pakcik google.tenkiu uncle..--

untuk harini aku berjaya dapatkan kain yang memenuhi citarasa untuk baju akad nikah nanti..alhamdulillah~dah boleh tempah la after this.hopefully everything is going well as what i've planned with my family.

gudnyte all~:))


Thursday, April 28, 2011

++tangan anak murid patah.sadiss!!++




assalamualaikum~
kaifahalukum???

hihihih.tetiba plak amik feel jadik mak arab.;p

actually masa menulis ni dok terkenangkan insiden pagi tadi yang jadik kat sekolah.life mata menengoknya.huhuh.

cenggini citenye..kat sekolah aku ada budak tahun 1 yang tersangatlah hyper nakal.disebabkan kenakalan dia habis satu sekolah kenal dia..femes gileerrr kowt...baru 4 bulan masuk sekolah dah mencipta nama dengan jayanya.
 *nasib aku tak kena ajar kelas dia.kalo tak matiklaaa~*

dalam kelas(bukan kelas aku)..dia boleh merangkak-rangkak masuk bawah meja dari depan sampai ke belakang time cikgu ngah pumpang2 ngajor kat depan.pastu suka kaco kawan ngah belajar.setiap kali cikgu marah n bebel kat dia je dengan selambanya dia akan buat muka annoying kat cikgu tuh.or dia akan mengajuk apa yang cikgu tu cakap.
ada pernah sekali tu dia cakap kat sorang cikgu tu macamni..


bukan setakat tu je..aku pernah nampak dia ni nak keluar dari kelas dia nak g ke tangga siap buat guling balak ke depan tangga.pastu baru dia berlari turun.abis baju sekolah kotor.jenuhla mak dia nak memberus buang kotor tuh.


cikgu2 bole sakit jiwa taw kalo tak tahan sabar ngan perangai dia..kat dalam bilik guru.cite pasal dia yang selalu aku dengar.hohohoho.
nak kata dia hyperactive, bukan.budaknya memang bijak.tapi tula..tak larat cikgu2 nak kepung or awasi dia setiap masa.bukan ape.takot benda2 yang kita tanak jadi berlaku kat sekolah.tapi jadik gak.
"MALANG MEMANG TAKDE BAU.."
kalo boleh hidu awal2 senang nak cegah.

ntah macamana pagi tadi.pas habis relief kelas,aku masuk bilik guru.then dengar budak jerit2 nangis.aku g la kat budak tu..rupa2nya si meksi (ejaan yang betul..MAXIE)
tersedu sedan dia nangis tahan sakit.tengok2 tangan dia semacam jek.dah bengok2 n macam ada tulang tersembul.huaaaaa!!!ngerinya keadaan tangan dia macamtu.

--agaknya macamnila keadaan tangan si meksi tuh.sebab bahagian bawah tangan dia macam ada benda terjojol--

alkisahnya.waktu rehat baru start.dia berlari turun bawah..bukan terus g makan.but berlari2 sana sini dulu. taktau plak celah masa mana yang dia terjatuh sampai patah tangan.cepat2 aku g cari peti first aid n anduh sementara tunggu cikgu bertugas datang n bawak dia g spital.
aku tak pandai sangat bab2 balut tangan orang.lilit tudung pandailah.bhahah!;p

lepas tu aku taktau ape cite pasal dia.sebab kelas aku full sampai waktu balik.
sekian~

tu je cite yang nak dikongsi.

p/s:ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau tingkah laku anak-anak di rumah.
bubye!!


Wednesday, April 27, 2011

++DOUBLE MEANING..kenapa semua perkara perlu dikaitkan dengan 18sx??ce cite...++


assalamualaikum...
seronok betul arini bila lori solivite datang sekolah n bagi minuman percuma kat murid-murid sekolah.
masalahnya kan.bukan budak sekolah je yang sibuk nak minum.cikgu2 pon sama.akulah tu!hihiks..;p
macam kelakar pon ada.rasa sifat2 kebudakan2 tu masih ada kat aku even dah start mengajar.aiyooo..what to do...stiil need times to grow up maturely.

cite pasal air percuma tu sekadar selingan jek..
da main topik arini kan..sejak dulu sampailah skang aku perasan kebanyakan orang kita kan..setiap kali nak buat lawak or bergurau sikit2 mesti nak ke arah tu..faham tak apa yang aku cuba sampaikan?
senang cite.lawak lucah. but aku just nak berkongsi pendapat secara general je..i have no intention at all to humiliate people or talking bout certain people.just generally ok?

dah jadi macam benda biasa je perkataan2 or ayat2 double meaning diperkatakan.seolah-olah macam takde limit...waddehel??!!
sampaikan aku pon naik malu dengar orang melawak macamtu.
bagi aku..gurau macamtu dikira melampau or kasar taw.kita bukannya orang barat yang tak kesah langsung kalo nak bercerita hal-hal berkenaan dengan 18sx or what so-ever.
taktaula pendapat korang macamana plak..papehal pon aku memang kureng berkenanla..
geli nokss~


aku betul2 tak faham.setiap kali dok kaitkan lawak ngan benda2 lucah tu best sangat ke??penyampaian akan jadi betul2 lawak ke hape?sampai skang aku betul2 bingung.*ceah.bengong sebenarnya.saje skema*

#e.g::
"sedapnya aiskrim ni...tapi sayang.cepat plak habis.."

"saya boleh belanja aiskrim yang konpem sampai bila-bila tak abis.."bercakap sambil senyum2 kambing..

maaflah kalo dialog di atas macam over ke ape ke.but itulah realitinya.rasa-rasanya semua pernah dengar ayat2 yang double meaning.bagi orang2 yang jenis lurus bendul macam bukan aku.hihi.dorang memang akan anggap benda tu tak jadi ape hal pon..yelah..orang nak belanja aiskrim.amik jelah.sedap kot..
TAPI...kalo orang yang jenis cepat 'pick-up' mesti bole faham punya..cumanya samada dorang suka dengar n n gelak sama2 or mungkin ada yang rasa benda tu annoying..*puking*
k lah.sekadar itu je luahan yang ingin dikongsi.take care semua.babai~:D


++behind 18sx scene++



assalamualaikum!!!!


tadi sempat jenguk blog kawan semaktab...miss sunshine..
it looks like we're having a same prob which is to shrink our hips n bottoms.nak tulis perkataan a** macam tak gamak plak kan..so.rasanya bottoms tu agak bersopan sikit kot perkataannya.heheh.

ramai yang cakap aku dah cukup kurus..(yeke???) n nak buat ape lagi nak kecikkan badan kan..
but, tahukah anda bahawasanya ada part yang menyakitkan mata aku..errrghhh.!!setiap kali tengok cermin mesti tak puas hati tang part tu.rasa nak hiris then buang lebihan2 daging n lemak2 kat situ.errkkk??sadisnye bunyik.
rasa diriku seperti J-Li..bukan J-Lo.huahuahua!

cutting baju dah curve macam patung ni pakai...tapi adakah si pemakai tu dah cukup curve???
ku pikir la sendirik..ngeheheh..

pattern baju sanding lebih kurang macamni..cuma warna n pattern je lain sikit.credit to blog darkbatman.com untuk baju kawin yang super cantik nih.

so.memandangkan duit takde nak pegi slimming centre ke ape ke jadah semua tu..
cara yang paling senang is to do a lot of workouts n exercises,ceaaahh~KONON*
memang skank ni ngah join kelas erobik...
1....2....3....dan lagi....1....2...3....4...ewahh!
 hahahahah!
tapi takdela seperti yang anda fikirkan..ianya tak seseksi tu yek kawan2.mantap gilo buttocks mereka2 di atas tuh.apehal ngan aku ni ha??asik cakap pasal buntuit je arini.sangat kurang sopan.haisyh..anak sapa la neh.!!;p

starting from now on..i have to focus doing my weekly routine..
no more excuse.nak cantik kena rajin berusaha.

yeaaahhhaaa!!!!!!!!!!!!!!!!chaiyok!!
 babai semua.nak p kelas erobik dah ni..i lap u!!!

Tuesday, April 26, 2011

++kenangan lama mengusik jiwa...++


assalamualaikummmm!!

sape tak jawab, dosa~!!!teheee~:D
aku tengok makin ramai kawan-kawan seangkatan yang skang ni busy menyediakan persediaan perkahwinan..kaki aku pon dah gatal2 nak g shopping kawin nih..bulan 9 tu bukannya lama lagi pon..tolak campur darab bahagi ada lebih kurang 2-3 bulan macamtu je yang tinggal..mak aih!!nebes(nervous) makcik.huahuahua.
*errr....tapi gaji tak dapat lagi.macamana???????

sabo jela...
tetiba terasa diri ini masih muda remaja walopon dah nak kawin dah.hahaks!;p
g kolej..masuk kuliah ngan kawan2..hang out ramai2..masuk pertandingan itu ini kat maktab..kenangan putus cinta..erk?*perlu ke bitau?* tu semua kenangan beb!!wuuuu...wuuu~
aku rindu zaman keremajaan aku...aku rindu zaman study cam dulu2..im getting old...huaargggh!!!

--muka selenga masa hari sukan tahun 2008--


 --ini pic tahun lepas...pesyarah muzik belanja kitorang makan pizza pasal menari untuk kebudayaan.cewaaahh~--


--ni masa buat persembahan sempena hari MAKSAK--


panggggg!!
 sedar diri sikit ye cik husna.kamu tu dah nak masuk umur jubli perak dah..hah.pandai2 le kira sendiri berapa umur aku.demmmm...T___T

mau sambung wak kijo!!
buhbye!!
 


++beware of stalker++


assalamualaikum~!

baik.malas nak banyak2 cite lah.
aku menyampahla ngan stalker yang kebanyakannya suka guna nama n url orang lain.FYI, i can trace orang tu thru their ip address left..wahai stalker sekalian, tu teknik penyamaran kunolaaa...
yang sibuk sangat nak tau pasal hidup aku asal haa??tolongla jangan buat aku perasan yang aku ni ala2 selebriti.muahahahaha!!!

sape yang rasa terkena kat diri sendiri tu...bawak2 bertobat ye.sama2 berubah ke arah kebaikan.no need to bother other's relationship.i know i am not that good...but at least i try to be good ones..:))
sekali kamu doakan kebahagiaan orang lain...sepuluh kali ganda kamu didoakan untuk hidup lebih bahagia..
so.renung2 kan..n selamat beramal..~







Monday, April 25, 2011

++nape yag jadi designer baju kebanyakkannya dari golongan not-so-so??++


assalamualaikum~

taktau nak describe macamana happynya perasaan aku minggu ni..
first sebab dapat jumpa dengan orang yang tersayang.second,ehem2...agak private untuk diceritakan kat sini...rasanya korang leh agak kot..;))

perasaan agak bercampur baur masa g kl.sebabnya ni first time aku shopping barang2 hantaran ngan encik tunang.seronok even aku agak blur2..destinasi pertama masa sampai kl, kitorang g semua house.sebab nak settle down kad kawin.menggigil tangan aku nak isi form..before ni, aku asik tengok kad kawin orang jek.but, kali ni aku yang kawin.pelik lah!!rasa macam lain plak..
ok.takpe.yang penting.settle satu bab.keesokannya aku shoot g shah alam.sebab encik tunang book baju sanding kat sana.masa dok lalu2 kat butik pengantin tu kan,,ternampak ada satu wedding dress yang yag sangat cantik.memang kenala ngan taste aku selama ni..dalam hati...
"cantiknya baju kat patung tuh...kan best kalo sanding pakai baju tuh"

i didn't expect that the white wedding dress wud be mine...

tetiba masa langkah kaki masuk kat butik tu, 

"mana satu tunangnya?"
tanya akak yang not so akak tuh.hiks..
haissyh.kak, takkan ko tak pasan yang mana satu kot kak...asal?mentang2 aku lilit shawl n pakai rama2 kat kepala.dia ingat aku ni budak sekolah gamaknya.HINSS!
hello kak..saya ni dah jadik cikgu sekolah tawww...skang ni gaya tak terbatas kat budak2 sekolah je k..i pon bole..hihihi.;p

lepas encik ilebiu perkenalkan amu ni as her fiancee, terus dorang tanggalkan wedding dress kat display dummy tuh suh aku pakai..OMAIGOD!!!takkan baju tu kot???baru je dok berangan yang aku pakai baju tu.ya Allah..masa tu rasa macam nak jerit kuat2 je.suka!!!!!!!!!!!!memang sangat2 tak sangka yang citarasa kami sama..
memang baju macamtula selama ni yang aku nak..
sebelum ni dok tengok2 gak pattern tu kat majalah.it was liked 'dream comes true..'
but, macamana design baju tu, biarla jadi rahsia..tunggu sampai tiba harinya ok?

yang kelakarnya,baju akad nikah my encik ilebiu dah siap.
aku punya belum lagi..even kain pon baru nak cari..susah la nak jumpa yang betul2 berkenan kat hati.huhuh.
pastu survey baju akad kat butik2 pengantin..sekali dorang bagitau harga..
MAK AIH!!!sampai 1500++ untuk baju pengantin perempuan sahaja.isk2..awatla mahai sangat.kalo lagu ni..cek pakai baju kelawaq jela kawin nanti.huahuahua..
takpe.balik kedah dulu..mana tau ada jumpa yang lebih berpatutan harganya.kan?kan?

tapi dari apa yang aku perhatikan, ramai pereka baju kawin ni terdiri dari 'gentle'man..
dorang memang hebat sangat bab2 design baju n buat perhiasan perkahwinan.hasilnya memang superb.
bagi pendapat aku..orang macamni, naluri dorang lebih berkecenderungan untuk jadik pempwan.sebab tu dorang lebih arif about what a girl wants n what a girls needs..
k lah..nak p mandi sat.after seharian dok sekolah dari pagi sampai petang, baru skang ada kesempata...badan dah bau tungkik dah ni.buhbye!!:D

Thursday, April 21, 2011

++seronoknya dapat jumpa JUSTIN BIEBER!!++




assalamualaikum~


mesti korang jealous bila aku dapat jumpa ngan justin bieber kan??

tak caye???


nah!tengok gambo ni..hikkksss...:D

 eh.ini bukan justin.silap...~teheee~;D..ini justin bi'BEAR'..hoho!

ahaa..ni baru betul.

mesti berbulu je mata korang nengok pic ni kan?sebab ni cumalah mock-up je..bukannya real person.hikkss..';p
janganla marah.saje je nih.busan dengan aktiviti harian.

buhbye!



Tuesday, April 19, 2011

++bun basi..yeakss!!++


assalamualaikum!

hangin je satu badan bila sausage bun yang aku beli petang semalam dah tak boleh makan.wuuuu...wuu...KEMPUNAN!

alkisahnya.petang semalam pas g kelas erobik(yang last minute batal nape ntah) cik amy ajak g kedai bakery yang baru dibuka bulan ni.kedai tu daripada luar memang menarik.seolah-olah memanggil pelanggan untuk singgah n beli.
but.jangan percaya dengan kecantikan luaran.ahah.
nak habaq mai ni...*amboih.dah macam mami jarum dah aku ni haa..hikss;p*

pelik sangat bila masuk kedai kek n bun yang comel pink2 tu kan..pekerja lelaki yang muka ala2 mekanik baiki motor yang sambut.masing2 pakai rantai ala2 rantai basikal.besar gilak rantai dorang..muka pon CROOK abis lah i tell u..!
at first rasa macam tersilap masuk premis..tapi bila dah tengok banyak kek n roti dalam kedai tu baru percaya..cuak babe..first time tengok kedai bakery takde pekerja gugirls.

zaman skank kan...muka brutal..tapi hati jambu..HO..HO..HO..
macam nama grup JAMBU dalam maharaja lawak tu..ce tengok muka masing2,kan?kan?
k lah.sambung balik ngan cite roti basi tu.
dah alang2 masuk.beli la gak sebarang dua..aku beli sausage bun.cik amy beli tuna bun.plus...aku sempat lagi sambar cornetto saucy strawberry.makan time2 hujan masyuk~
--terus berangan makan ala2 romantik ngan encik ilebiu.bluweekk...muntah!!!--

aku heranlah.biasanya kalo kita beli bun kan..at least benda tu tahan gak 2,3 hari. ini sehari pon dah takleh nak makan.hurm.membazir namanya.tak pasal2 kena buang cenggitu je makanan tu.isk2.

pas beli bun...aku tak makan terus.aku sapu cornetto tu dulu..takot cair tak sedap plak makan kan..
so.simpan dulu bun tu..konon2 nak buat makan untuk breakfast pagi tadi.*konon* 

balik dari jogging terus teringat kat bun yang tak dimakan lagi. 
aku picit2 bun tu.oh.lembut n gebu lagi nampak gayanya.takde plak tanda2 dah expired ke ape ke..
then bukak plastik..zraappp..


aaaanngaaannnngappppppp!!!
gulp!

waaa...tak sedap~!!blurghhh..bluwekkk!!
sosej kat dalam roti tu berlendir.terus rasa kembang tekak.damn!aku tertelan gak sikit.adoilaa...
ampeh punya roti.ni mesti kes roti tu dah lama kat kedai..tsssk..ni dah jadi kes menganiaya.pe cer???hinss..
tobat aku tanak beli dah pape kat kedai bakery tu lagi.


kat kaki ada nota::
dok bayang pekerja yang badan berketul2 tu canai roti n buat doh.huhu.takmo imagine dah.tak selera nengok..T__T

Sunday, April 17, 2011

++yo!cameron yaw!!++



assalamualaikum~
hye semua..:))


after habis LADAP semalam.abah n mak ajak naik cameron.sebab katanya abah ada keje n nak jumpe kawan die kat tanah rata.lepas rehat sejam dua, aku pon siap2 la..

before keluar sempat lagi send gambor bagi kat encik ilebiu..lama dah tak mms dia.selalu kalo dia mintak mesti alasan aku.."takde gambar barula.."..
kesian..alang2 mood suka bergambar dah kembali..aku terus amik phone n tett!sent!:D

hanya kami berdua yang ada kat seat belakang.masing2 pening sebab jalan nak naik cameron tu memang sangat dasat!!dinasihatkan.jangan makan ape2 odw nak g sana.kang tak pasal2 muntah.huhu.
percaya atau tak, ni pengalaman pertama aku naik cameron.sebelum ni lalu je.tak pernah plak nak singgah2 beli itu ini..hehe.batak gila rasanya.huhu.pity me..sob...sob..sob..~:(((
credit to mak, abah n cik amy for bringing me along to cameron.i loike!

sepanjang jalan nak naik cameron aku tawakal je,memandangkan jalan agak licin baru lepas hujan.even simpang pulai tu ngan cameron lebih kurang sejam je.tapi rasanya macam berjam-jam dalam kete.huhu.teruk betul jalan nak ke sana.
 
setibanya di sana..terus hilang rasa mual2 n pening2 nak muntah..sejuk!sampai kat sana pon dah nak dekat pukul 6. banyak kedai dah tutup.tak sempat nak singgah banyak tempat.sangat2 limited ok.fine.


kami cuma sempat g ke taman bunga&cactus je..masa ni pon cepat2 amik gambar sebab dah nak tutup.nasib baik sempat..hehehe.dah amik gambar sekeping dua *tipu.banyak sebenarnya.hikss!!;p* terus cari masjid nak solat asar..kebetulan kat cameron ramai orang cina.agak susah gak nak cari masjid sebenarnya.so.kami terus menuju ke pekan tanah rata.alhamdulillah..jumpa gak masjid atas bukit.at first nak masuk agak scary.pasal takde orang.sunyi je..langkah je masuk, rupa-rupanya masjid tu ada orang jaga.fuuhhh...lega yang teramat..rasa selamatla sikit.hehe.aku memang penakut n jenis yang paranoid about my own safety lepas jadi peristiwa kereta diceroboh orang asing.:(

nak amik wudhu' pon bercinta dulu...air sejuk sangat..menggigil2 satu badan.jarang aku jumpa masjid yang sebersih tu especially when it comes to toilet cleanliness.tho' masjid tu looks old.tapi serba serbi bersih n terusun.bertimbun-timbun pahala dapat kat orang yang jaga masjid tu..u did a great job uncle!*referring to da tok siak of da masjid.hehe*

after solat.perut mula berkeroncong.padahal makan tengahari pon dah agak lewat..maybe cuaca mempengaruhi.semua lapar..so.alang2 abah jumpa kawan dia kat heritage hotel, abah cakap makan kat situ je terus for dinner.hotel tu memang best.cantik!dia punya view masyaAllah..memang terbaik dowh..


pose kat luar hotel dulu...hehe.banyak betul pokok pine kat sini.rasa macam ada santa claus je dekat sini.HO!HO!HO!Merry Christmas!!ok.imaginasi yang merepek.T_T
sengaja kami amik port kat luar..nak amik angin segar sambil makan malam..masa ni around 6.45pm macamtula lebih kurang.tapi yang tak bestnya bila udara segar tu dicemarkan oleh asap rokok oleh dua tetamu hotel yang having dinner kat situ gak.korang memang ampeh!!


well.pas kenyang haruslah menunjukkan muka yang sangat berpuas hati kan??haa..ni pic masa kat dalam hotel.suka tengok warna cushion sofa tu.sangat klasik.

  say cheese!!!:D


overall.first time experiencing trip to cameron highland was quite fun.lepas ni rasanya nak bawak mak ayah sendiri plak naik cameron.tu pon kalo dorang nak lah..sebab mak tak tahan pening.huahua!
teringat plak masa dinner kat hotel.pas makan, kami semua g solat..sepanjang lepak kat tempat solat tu.rasanya ada sorang je yang solat.sebesar-besar hotel macamtu.bilik solat yang disediakan tersangatlah kecik.boleh muat 3 orang je sekali masuk.n aku memang respect habislah kat sorang budak pempwan nih.sesibuk mana pon dia keje.dia tetap tak lupa tanggungjawab dia kat Allah.KAGUM!!tapi mana yang lain?????hurmmmm..maybe semuanya ABC kot.


k la.nak mandi lah..babai~

Saturday, April 16, 2011

++bergaya itu perlu bila...++

 
assalamualaikum...
hye semua~ceah.mukadimah dah start ngan nada ceria.so.cerita pon haruslah yang seronok2 gak kan?ahaa...~

taktau angin ape aku arini...rajin plak aku nak membelit2 tudung.huhu.kalo tak..jangan haraplah aku nak buang masa main tudung.senang2 sarung je tudung ada awning tuh.ringkas yet kemas.
suatu petang semasa latihan action song, seorang murid dari tahun 2 bertanya:

"cikgu...cikgu asal dari negara mana?"

"ha?!!orang sinilah.nape kamu tanya macamtu?"

"alaa..betul2 la cikgu.."

"betul la.."

"yela..kite nak tau cikgu asal dari negara mana.sebab tudung cikgu lain.macam orang2 arab pakai..mak kite pon cakap cikgu macam orang arab.."

heennnsss.....^__^
nak tergelak pon ada.tapi muka maintain serius.sebab time latihan takleh main2..dalam masa yang sama terfikir gak..aih..budak kecik ni tanya soklan macam nak alih perhatian aku jek.maklumlah.kan skank ni ngah buat pemilihan semula untuk budak2 action song.nak sogok aku ke????apekah???tapi aku tak termakan puji beb...*konon.puih!*
tapi budak tu kecik lagi.bukan dia tau ape2 pon.main bantai tanya jek.huh.

so.dengan penuh bangganya aku menjawab...

"cikgu berasal dari negara yang membangun n baru meningkat maju..."

"ooo..yeke cikgu....patutla.."

eh.budak ni...aku loyar buruk pon dia taktau.hahahahaha.tulah yang dinamakan budak kecik..percaya jek apa yang cikgu dia cakap..kang dia balik rumah apela yang die cite kat mak dia.haha.gasaklah!;p

memang tak dinafikan..memandangkan akula cikgu paling muda kat sekolah tu..jadinya aku sorang je yang berani nak pakai tudung macam2 jenis gaya.ada shawl, tudung awning..n sometimes i do wear tudung bawal.but jarang2 la..aku lebih suka pakai shawl.i think i look more confident wearing it.ceaahhh~hiksss!;p

--nampak sangat amik gambar time awal2 pagi.memang pon..tengok mata pon dah tau.sembab semacam jek.hiks.;p--

--cotton shawl with little butterfly clipped on my head--


--bila pakai tudung awning kan..rasa ayu muslimah yang teramat sangat..erk?--

--biasanya kalo nak keluar g jenjalan..aku lebih selesa pakai macamni..senang n cepat.dua minit dah siap lilit.aha...~--

--kalo rajin aku pakai le cenggini..but amik masa la sikit...sebab nak pastikan lilitan tu kemas--

--bila pakai cenggini rasa macam kudus semacam jek..ntahla..ke aku je yang rasa macamtu??--

--kalo ada latihan action song petang2..haa...nila gaya aku.gaya serabai.muahaha!!--

aku bergaya ikot mood gak sebenarnya..kadang2 keluar g mana2 tak pakai secalit bedak sekalipon.even muka dah penuh dengan parut jerawat.dasar tak sedar diri punye pempwan.actually parut2 jerawat ni aku dapat pas makan ubat resdung ape kebenda ntah namanya..lepas makan je ubat tu terus naik berbenjol2 kat satu muka..sakit plak tu.demmmitT__T..tapi mujurlah ubat tu berkesan gaklah..sebabnya skank ni pas makan seafood banyak2 aku tak bersin2 or gatal2 pon..cumanya tulah.aku dapat souvenir free kat muka..PARUT!!!!

i think i still have plenty times to clear all da acne scars on my face before my big day.insyaAllah..
dapat je gaji nanti aku nak beli ubat parut n pakai produk ape yang patut.buat rawatan muka ke..
skank ni cuma pakai pencuci muka biasa je..takpe.sabar2..


kat kaki ada nota::
encik ilebiu.kalo saya upgrade penampilan ada dapat elaun lebih tak agak2??bhahahah~!
till then..babai~:D

Friday, April 15, 2011

++tula..lain kali tengoklah cerita hantu banyak-banyak..++

 
i have to be more careful with people around me..
shudnt trust anybody i guess.i dun know.bila dapat tau pasal hal pagi tadi.bengang gila rasanya.make up untrue story memang sangat2 tak bagus.itu ibarat menunggu giliran dibaham buaya.demmit!!!!!!!!!

aku benci gila orang yang buat cerita tak betul then membabitkan nama aku yang takde kena mengena langsung..dahtu.menyampaikan kat orang lain plak tu.double bengang dowh.dia tak tau dia berdepan dengan sape.one day u'll get back for what u had done.people like that shud learn a lot about karma concept.isk.dah.cukup sampai sini je marah aku.sambung story lain..

*************************

last nyte i had been disturbed by things that cannot be seen..
memang takleh tido langsung malam tadi.aku dah jadi susah ati sebab arini nak kena g sekolah awal.kang rosak mood aku.huhu.tak pasal2 je tau..

 nak tau ape jadi?
sepanjang malam tadi.aku langsung tak bukak aircond.sebab sejuk sangat.dahla hujan lebat.so aku bukak kipas je.itu dah memadai.
then.secara tak semena-mena lepas je bunyi anjing menyalak tengah2 hujan tu tetiba aircond aku hidup dengan sendirinya tanpa aku bukak suis utama.aku langsung tak usik remote aircond mahupun suis.siap berbunyi krok krek2 lagi tau.

slow je aku toleh belakang..dalam hati macam nak meletup.
depan mata aku.aircond tu boleh bukak n tutup dengan sendirinya tanpa sambungan elektrik.magik apekah??????

n tak semena-mena jugak.cik amy keluar bilik.panggil nama aku..


"na..ko ada ketuk pintu bilik aku ke?"

terkedu aku dibuatnya.bila masa plak aku keluar bilik n cari dia?haisyh..ni dah lain macam je ni.

"takdela mi..aku tak keluar bilik langsung pon tadi"

agaknya masing2 faham apa yang jadi.dua2 diam je masuk bilik sendiri..tak berani nak ulas apa2.tunggu ari siang baru nak sembang2 pasal ape yang jadi malam tadi.


kesudahannya.malam tadi aku tido ngan lampu terpasang sepanjang malam.takot punya pasal.

yang penting kita tak kacau benda tu.n berharap benda tu pon tak kacau kita.

Thursday, April 14, 2011

++flu++



assalamualaikum..

tension sungguh sebab mulut teringin nak makan macam2.tapi masalahnya bila dah start makan sikit, then mesti selera mati.semua makanan yang aku makan rasa tawar.ouh.nilah penangan daripada demam selsema.takpe.ni baru dugaan kecil..smile~:)


seperti yang dijanjikan kepada budak-budak.arini semua dapat makan domino's pizza tajaan guru besar sekolah aku sempena kemenangan dorang dalam pertandingan action song baru2 ni.bagi aku, takde ape yang lebih menggembirakan melainkan tengok anak-anak murid aku makan dengan happy n ceria.love u all kids.:))
 
kesian kat budak2 n kak nita arini...i was supposed to train them for a new song this afternoon.but unfortunately i cudnt go to the school because of im having flu right now.pray for me to get well soon..

Wednesday, April 13, 2011

++tak sempat...++

this entry shud be posted last night.tapi tetido.T__T


assalamualaikum..
jelesh gile kat orang-orang lain yang berkesempatan update blog setiap hari.tapi aku??TAK SEMPAT...huaaa~
my baby blog ni seems to be neglected nowadays.
even tuan empunya blog ni pon takde masa untuk diri sendiri..huhu.sentiasa ada keje untuk dibuat.penat.but really pay off.


harini je aku terpaksa mengajar 3 benda dalam satu masa.first, aku n kak nita terpaksa buat audition lagi sekali untuk pilih budak yang betul2 berbakat menyanyi n menari untuk pertandingan action song peringkat negeri.beb,peringkat ni takleh main2 dah.we have to say goodbye to offbeat kids.but.they can try again next time.second, aku kena mengajar budak2 cara-cara untuk mewarna dengan betul bersempena pertandingan mewarna minggu depan n third, kelas aku..kesian budak2.tak sempat nak layan semuanya.agak berserabut gak tadi.huhuhu.nasib bole kawal emosi lagi.kalo tak....abis semua aku telan bulat2..huahuahua!


rasa macam nak membawak diri tengok wayang je hujung minggu ni tau.but.tetiba ada LADAP plak..hadeh.dah tu,bila masa plak aku nak berjimba-jimba neh...wuaaa!!!i miss my student's life...even banyak keje.but i was having fun at the same time.stress yet enjoy.;p
tapi.keje nak enjoy memang taklah...kena buat betul2..bukannya memain dah.tetiba teringat kat cerita dulu2...tak pernah faham dengan pekerjaan orang as a cikgu yang sememangnya sibuk..hurm..bila dah kena batang hidung sendiri baru tau.huhu.
jadinya untuk menghilangkan rasa bosan n stress.aku kembali kepada tabiat lama..camwhoring di mana-mana tempat aku pergi.itu je cara aku hiburkan hati sendiri..

-- muka bajet ceria.padahal badan penat gila time nih sebab baru lepas abis pertandingan action song peringkat kelompok--

--tang mata tu memang always jadi highlite.even aku tak highlite sekalipon.haha.REDHA jela..--

--cover senyum macamana sekalipon tetap takleh tutup kenyataan yang sebenarnya kitorang pada waktu ni tersangatlah exhausted--

--caption: me in ikan buntal style.aku tau.comel kan?terima kasih.muntah!!!* T__T--


 tengok.baru buat satu entry dah tersengguk-sengguk depan laptop.adoyai.lemah sungguh badan skank ni.lembik macam sotong.kadang2 macam terasa nak amik cuti seminggu.pastu balik kedah n relax kat rumah.i wish i cud do that,but only in my dream lah..

ngah fikir gak nih..macamana agaknya kak nita a.k.a my partner kat rumah..dia lagi banyak komitmen..dengan family...keje kat rumah..students..but still komited ngan tugas.cayalah akak!!salute~!:))


 k lah banyak merapik pon tak guna gak..
have to go..siapkan keje untuk esok.take care.bubye~!!


Friday, April 08, 2011

++asam garam kehidupan.kadang2 ada masam..kadang2 masin..++

assalamualaikum..~!!
heh.rasa penat minggu ni tak abes lagi.tetiba plak esok kena sekolah ganti.adoyai..terpaksala bangun awal hujung minggu.chup!pernah bangun lambat ke sepanjang kerja ni?jawapannya mestilah TIDAK.hehehe.cikgu kan.plus perempuan plak tu.memang takde istilah bangun lambat ye adik2.

lupa plak nak cite.baru2 ni kan action song sekolah aku berjaya muncul sebagai johan peringkat daerah n melayakkan diri untuk bertanding peringkat negeri yang dijadualkan pada bulan depan.pergh..nasib baiklah..at least aku ada ruang untuk bernafas.esok plak.aku kena iring budak2 nasyid g bertanding.minggu ni memang hectic sangat.sebab tugas aku dah mengalahkan cikgu major music.in fact im not.hahaha.takpe.timba pengalaman sehabis banyak yang mungkin.prinsip aku tak main la timba2 ni kan..pe barang kecik beb.kalo aku terus guna back hoe je.banyak sikit boleh cedok.hahaha.!

tetiba teringat pasal petang tadi..masa dok latih budak2 nasyid untuk latihan terakhir menjelang pertandingan esok sempat lagi dok dengar2 colleagues aku bersembang...


"hai...asik perempuan je yang dok menang...haritu bola jaring..baru2 ni plak action song..dah tu.dua2 boleh masuk peringkat negeri..dak laki bila masa plak nak menang?tak pernah lekat nombor sekalipon..haha."


"ntahlah...kena tukar nama sekolah la nampaknya lepas ni..jadi SKSPP.."


"SKSPP?"


"yelah...sekolah kebangsaan S****** P***** perempuan..tak pon tukar jadi CSP..convent S***** P*****"

kihkih..ada2 je idea2 cikgu2 ni tau.bila dengar2 balik lawak pon ada.huahua..tu menunjukkan girl's power.


*************
bila dah masuk dunia kerja ni kan..banyak benda aku dapat..ada elok n ada yang tak elok..satu,tak semestinya apa yang kita buat semuanya orang suka.tambah2 kalo apa yang kita buat tu memperoleh kejayaan.lagila orang busuk hati.sometimes.rambut sama hitam.tapi hati lain2.akan ada manusia yang tak boleh nak tengok orang lebih dari dia.itulah yang dinamakan asam garam hidup.

kedua..akan ada manusia yang akan mengambil kesempatan ke atas orang2 yang baru nak membiasakan diri untuk bekerja.aku baru rasa macam terkena baru2 ni..cumanya aku tak amik pusing sangat pasal ni..i take it as 'pengalaman hidup'..teringat nasihat one of my colleagues, kita buat je apa saje yang kita rasa betul ikut niat.asalkan tak langgar peraturan.yeah..it really works for now.

ketiga.yang ni paling bahaya.pasal kaki pau.tapi malas nak cite dalam entry ni.simpan dulu..nanti boleh buat modal untuk my next entry.tehee~


apa2 pon..aku sentiasa memohon supaya hati aku dijauhkan dari sifat dengki n busuk hati..semoga Allah bersihkan jiwa aku kuatkan semangat tatkala berdepan dengan sebarang masalah.insyaAllah~

Wednesday, April 06, 2011

++gaji lambat lagi....FRUST sungguh!++



assalamualaikum..

rasa macam kepala otak aku arini tak berapa betul dah..uhuhu.tula..banyak sangat komitmen kat sekolah sampai masa senggang untuk diri sendiri pon takde.huahua.
hoit!jangan merungut.kerja seikhlas mungkin.*getus hati kecilku yang side baik punya.hehe*

plus, aku rasa frust sangat after been told by my headmaster that i'll get my salary on this may.down gile weyh.agaknya guru besar pon perasan air muka berubah pas dimaklumkan macamtu..sebab tu dia terus cakap kat kerani suh percepatkan urusan ni.kesian kat aku.huhuh.susahlah nak g mana2 duit takde.nak beli itu ini pon terbatas..asal g mall je mesti telan air liur.huhuhu.sedeyh~!!!sob..sob..sob..:((


terniat di hati aku nak beli keyboard baru...bukan untuk komputer punya.but alat muzik tuh.aku rasa benda tu sangat berguna nanti memandangkan keje aku untuk menggubah lagu semakin bertambah..i think, i do need that as soon as possible.aritu ada survey keyboard kat kedai alat muzik area jusco.pastu terjumpa keyboard brand yamaha warna pink.pergh..memang terbaik lah.comel gile kot..harga pon cantik gak.hehe.
but wait a minute.PINK???
yes.pink!!


 --oit makcik!!nape yang ni tak warna pink pon??kencing jek...apedahhh...chillex..dah puas aku cari ni kat uncle google.but tak jumpa nak buat macamana.huhu.bayangkan je bende alah ni warna pink ok?--

but...harus telan air liur banyak2 dulu...sebab bukan boleh beli skank pon.well..berangan dulu takpe kan?jangan berangan kemudian.kelak tak berguna lagi.eh?*T___T*
kadang2 kesian gak kat diri sendiri sebab bila otak dah tepu mula la nak merapik banyak2.hadoi.sedih sungguhla hai..~

sila jangan2 malu mengaku yang korang rindu nak tengok gambar aku yang terbaru kan?nah!amik ni..haha.si mata boolat kat dalam bilik muzik!!

k lah.tanak merapu banyak2.esok nak bangun awal.pertandingan peringkat daerah untuk action song.doa2 untuk kejayaan kami ok?babai~