Tuesday, January 08, 2013

++umur brapa bulan baru tumbuh gigi???++


assalamualaikum..

cepatnya masa berlalu.skang dah masuk minggu kedua bulan januari dah..huhu.menandakan haiqal pon dah menginjak ke usia 7 bulan..skang ni merangkak memang laju cuma gigi je tak nampak tumbuh lagi.hahahah!sebelum ni dia macam ada tanda2 gatal gusi..ingatkan dalam masa terdekat ni nak tumbuh gigilah.tapi tunggu punya tunggu takde plak naik.haha!gatal je lebih.LOL!;p

anak korang tumbuh gigi umur berapa bulan ek??
ada tak yang tumbuh gigi nak dekat2 umur setahun?just asking..sebab tak ada experience bab2 ni.thanks for sape2 yang sudi share...:))


Sunday, January 06, 2013

++tempat perkahwinan idaman++


assalamualaikum..

this morning I did my daily routine and checked my email. I was a bit surprised of an email came from Liez Hanim..she thanked me and husband for helping her for her big day last year.I am pretty sure that all of u might not know her.actually we have never been met face to face pon. hanya berurusan menerusi alam maya jeww...first time she contacted me was somewhere in july.masa tu aku masih lagi dalam tempoh berpantang. katanya dia terjumpa blog aku dan sangat tertarik dengan venue kawin kami kat impiana club house situated in kayangan heights shah alam..awal2 tu macam terkejut gak how did she find my email kan..rupa2nya baru prasan aku ada letak address email aku kat side bar my profile.hikkks;p

dalam first email tu, liez maklumkan awal2 yang dia bakal berkahwin..and bakal suami dia adalah orang luar if im not mistaken.sebab liez ni study kat oversea.so dia minta tolong kami (aku dan encik suami) untuk beri address location.dia nak guna kesempatan ni untuk tunjuk yang malaysia ni ada tempat yang cantik untuk jadikan a wedding to remember.:)) lepas bagi alamat semua..tetiba her mum called us telling that only residents kat kayangan heights je dapat special price and benefits..orang luar susah sikit and kena go through macam2 prosedur which is so leceehhhh..oleh kerana encik suami memang tinggal kat sana with his family, jadi my husband decided to help them out to get the club house.ala..bukan kena buat ape pon..just deal dengan management sana..then done!heee~ alhamdulillah..they get the place as they wanted. mereka suka, kami pon turut gembira..yeay!

ehsan:google

sebenarnya tempat ni agak ke dalam sikit..kawasan dia pon agak sunyi..memang best for those yang berminat dengan keindahan alam semulajadi and jauh dari hiruk pikuk kota..

skang ni liez dah pon selamat bergelar isteri..semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan anak2 yang comel macam mummy and daddy..


-11.9.2011 in memory-

teringat plak masa kawin dolu2.and now dah ada anak sorang dah..hehehe.



++murah rezeki++

Assalamualaikum..

minggu pertama persekolahan memang agak haru biru..skang ni budak kecik (muhammad haiqal ) ni pandai tau.aku kena tunggu dia bangun tido baru boleh g sekolah.kalau angkat dia cemtu jek mula lah nanti bad mood all day kat rumah pengasuh.kesian kak imah nanti kena hadap dia cranky.dahla skang vokal makin kuat..hahaha!

so far budak2 kelas aku macam ok sikit..cuma ada sorang budak tu macam agak special..her articulation memang out langsung.kalau dia bercakap memang kita tak faham..cara dia berjalan pon kita boleh agak yang dia ada problem..kesian plan aku nengok.but fyi, she's very cute and sweet..:))
skang ni takde streaming lagi untuk kelas2.start selasa sampai khamis ada ujian diagnostik untuk bm, bi and math.then they will be placed at the class based on their performance..

kalau siapa yang mengikuti blog aku dari mula mesti akan perasan yang aku memang suka akan seni.tak kisahla seni lukis, seni tarian, seni muzik..blaa..blaa..bla..asalkan yang bersangkut paut dengan seni memang akan jadik feveret aku.hehehe.this year aku sekali lagi ditugaskan untuk menjadi jurulatih action song bersama partner yang sentiasa menyokong dan melengkapi..kak nita..alhamdulillah.sangat seronok bekerjasama dengan dia.:)) bercerita pasal seni ni, baru2 ni aku di offer untuk menjadi hakim pertandingan hiasan makanan kat restoren yang agak well known kat area sini.cuma aku je jarang p restoren tuh..pernah g sekali jek.p other than that, aku dapat offer untuk buat lagu sekolah..not my school ..but other school.sama2 lah kita tunggu macamana hasilnya nanti..mungkin ini yang dinamakan as murah rezeki..

mudah-mudahan 2013 membawa 1001 kebaikan dan manfaat.aminnn~

Thursday, January 03, 2013

++dah boleh buka kedai stationary++

assalamualaikum..

semalam pegi tesco ngan kak ola ngan baby Haiqal..tujuannya satu je..nak melengkapkan peralatan sebagai persediaan guru tahun 1.muahaha!macam aku sorang je kan kena ajar tahun 1.orang lain pon ajar gak kennn..aku je over lebih2 beli itu ini...so semalam keluar untuk beli laminator or dalam bahasa kedah.LOL. mesin laminate dan beberapa barang lain.hehehe

I chose blue colour sebab tinggal warna ni je.SEDIH...:'( warna pink takde.uhuk.huk.
 sejak pegang kelas yang melibatkan kssr ni banyak bahan bantu mengajar kena buat..aku tanaklah aku buat teruk2 BBM untuk pakai buang.jadinya semua benda kena simpan elok2..laminate paper adalah perkara terbaik. tahan lama bahan2 kita kan kawan2..:)

other than that, aku beli.

kertas warna.aku pon taktau setiap kali aku keluar mesti gatal tangan nak beli benda ni..last2 tak terkira dah berapa banyak kertas warna terbeli.such a waste.

si penumbuk a.k.a puncher.hehehe!

files.:))

printer 3 in 1 untuk kssr pon dah sediakan.semua benda yang diperlukan aku dah beli.so pasni boleh bukak kedai stationary kot..hahaha!
lai..lai..mari2 sape nak buat keje dan memerlukan alatan, sila jumpa dengan teacher husna k.

babai!

++macam2 dalam satu entry.sila jangan jadi macam2 lepas baca++

assalamualaikum...

setiap kali nak taip new entry mesti diselubungi rasa bersalah sebab jarang sangat nak update blog.tak aktif macam dulu dah..bukan apa,rasanya time cuti ni kurang sikit cerita-cerita menarik kot.tu yang malas nak cite2 kat sini. aku tengok rata2 ambil kesempatan waktu cuti sekolah ni untuk g holiday.aku?????oh.holiday di simpang pulai ajaaa~actually rasa agak down sebab cuti sekolah baru ni takde cuti2 malaysia sangat..wuuuu...wuuuu...wuuuu...='(

oh.berkenaan dengan reader yang ada tanya aku pasal mana nak beli produk nour ain skin care tu boleh lah email kat cek naa..husnanerra@yahoo.com
nanti cek habaq kat mana cek dapat benda alah tu...insyaAllah dijamin cepat dan efisyen servisnya.hehehe.:))

lepas 53 hari bercuti rasa kekok plak nak cakap depan budak2..selalu cakap dengan Haiqal jek.muahaha! rasa macam ada jongkong emas berketul2 dalam mulut.(kan best kalau cakap je keluar emas.takyah susah2 g poh king kong or habib.LOL)
tahun ni pastinya tahun yang paling menarik untuk aku sebab tahun ni aku diamanahkan untuk memegang kelas TAHUN 1.oh yeahhh! seronok bukan???!bunyinya macam ayat sedapkan hati.ok.fine.memang pon. untuk 2 minggu pertama ni murid2 memang takde waktu P&P normal kerana mereka perlu menjalani program transisi sampai hari jumaat minggu depan. korang jangan heran kalau blog aku tetiba je bertukar menjadi blog ilmiah pasni.haha! dalam kepala otak aku ni dah plan macam2 untuk anak2 murid tersayang. mana tau BBM yang aku buat boleh share2 kat sini..sedikit sebanyak ada perkongsian boleh dibuat.ecewah!

tahun ni aku gunakan fail untuk buat lesson plan.memang sangat2 suka!credit to administrators of the school..tu yang berkobar2 nak g sekolah harini.hehehe.aku memang suka sangat tengok benda2 colourful..even aku guna buku rekod pengajaran sebelum ni pon,habis aku lukis and warna2 kat dalam tu.memang cikgu seni la sesangat kaann~

nah!lama tak tempek gambar budak tembam neh..makin hari makin panjang akal dia..agaknya cuti lama sangat kot.so most of his time memang diperabihkan dengan mengadap muka aku je 24/7..so, harini apa lagi buat perangai lah dia kat rumah baby sitter..adoi..kesian kat kak imah and abang latef. :((
kalau kat rumah pon aku kena sentiasa ada before his eyes..kalau dia tak nampak je muka aku mula lah dia kalut p dapur..kat situ je mama dia selalu p pon. credit to mummy ola for this lovely pics.taken at the chicken rice shop, tesco.

p/s:
perasan tak aku guna word menjalani kat dalam one of the paragraphs above.haha.rasa macam nak buat karangan untuk UPSR jek..hihihiks~ kalau tak nampak sila gosok mata patblas kali and cari sampai dapat.ok.bai!



Monday, December 10, 2012

++wedding cik puan Amy++


assalamualaikum..

Photo: Sarung cincin!
alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, my favourite girl amelia shakirin binti abdul majid dah sah menjadi isteri orang..sampai saat ni masih terbayang-bayang kenangan kami waktu zaman belajar dulu.berkepit ke sana sini sampaikan g mana2 memang orang akan cakap kami ni adik beradik.and yes..she's really my lil sis til jannah..memang terharu sangat2. aku bersyukur sebab amy dipertemukan jodoh dengan orang yang baik dan tinggi budi bahasanya..*menangis terharu.huhu*

majlis kawin amy berjalan dengan lancar dan meriah..amy bertuah sebab dikelilingi orang2 yang sayang kat dia..:)

Photo: What a sweet couple..:))
sweet kan?kan????memang sangat berseri-seri muka amy time ni..:))

dan part yang paling best adalah detik pertemuan dengan kawan2 serumah.memang seronok.cumanya aku sedikit terkilan sebab tak boleh nak entertain dorang sebab pada masa yang sama kerabat keluarga ada kat rumah sekali.kesian sangat kat kawan2 terutamanya cik loy yang datang dengan parents dia.apa2 pon, thanks sebab sudi datang rumah ye..love u girls!!!

us!!:D
*eh.apesal dalam gambar ni aku nampak macam bam2?hahaha!if u can get what I mean by that*

macamjejak kasih aku jumpa ema..hihihi.rindu mamayana sangat2!!she used to be my roomate when I was in hostel back then.so nostalgic.

berharap untuk berjumpa dengan kawan2 lagi dalam majlis seterusnya..

p/s: kelakar betul!harini baby haiqal bangun pukul 10 pagi~~!!!tak pernah bangun selewat ni.biasanya pukul 5.30 or 6pagi memang dah jaga dah.apa yang penat sangat pon taktaula..macam dia yang sibuk buat bunga telur bagai.hahaha!
nasib baik sepanjang amy kawin dia behave..anak mama memang good boy..sayang Muhammad Haiqal banyak2!!mmuah~!





Friday, December 07, 2012

++debaran cik Amy++


assalamualaikum..

selesai sudah hari pertama untuk harini...hari apa????jeng..jeng..jeng...ceh!macm nak gempak.padahal rasanya ramai yang tahu kot yang cik amy kesayangan dah nak kawin esok.
harini ada majlis khatam quran dan bermarhaban..everything went well dan meriah..best!:))

esok pada pukul 10 pagi insyaAllah cik amy sah menjadi isteri orang..wah..terharu plak aku bila membayangkan majlis pada esok hari..mudah-mudahan cik amy menjadi isteri yang solehah kepada pasangannya dan berkekalan kebahagiaan hingga akhir hayat.aminnn~love u babe!!!!
pesanan dari diriku yang sudah menjadi bini dan mak budak:

jangan nervous2 tau..kalau boleh harini tido awal dan dapatkan rehat yang cukup supaya esok muka fresh je.:)

actually memang banyak gambar nak share ngan korang kat sini.tapi bluetooth notebook masalah plak.aku ni dahla dasar pemalas nak guna cable bagai.so, gambar2 tu jadi kenangan kau dan aku sendirik2 je.hikhihikhik!tengoklah macamana nanti.mana tau tetiba bluetooth notebook tetiba ok boleh lah aku share gambar hari2 bahagia my dear babe cik Amelia Shakirin ok~~??!!.:))

semalam Haiqal tak tido dengan elok. I mean dalam tido tu tetiba melalak.then susah nak tido balik.jenuh aku nak pujuk dia suh tido semula..last2 aku jadi mummy owl..huhuhu.harini haruslah kepala weng2 sikit kan..pening.huhuhuhu.hopefully esok semuanya berjalan dengan lancar.

sayangku intan payung Muhammad Haiqal bin Muhammad Fakhri, malam ni please tido dengan elok ye sayang.tak mau nangis2 tau.mama ada keje esok.mmuah!!pp kiri dan kanan~

Thursday, December 06, 2012

++nour ain++


assalamualaikum...


alhamdulillah..dah cukup seminggu aku guna pakai produk nour ain.. memang macam testimoni cakap.even baru je pakai tapi dah boleh rasa perbezaan pada kulit..aku dapat rasa kulit makin lembut dan liang pori kian mengecil..kulit tak mengelupas langsung.memang best pakai produk ni.
sebelum ni pernah try beberapa produk.tapi kebanyakkannya masa minggu pertama dan kedua penggunaan mesti rasa kulit pedih2 sikit even tak mengelupas. dengan nour ain, korang akan rasa kulit lembut je.

aku bukan nak menjual produk ke ape..cuma nak share pengalaman pakai nour ain.seronok u ollzz!!!:))
nak post gambar tapi kulit ngah burn lagi sebab sibuk train budak2 bola jaring..
daripada pagi ke tengahari dok kat tengah padang.rasanya pakai ibu kepada apa2 jenis produk pon tak jalan kot..aku sarankan.kalau nak bersukan cukuplah sekadar pakai sunblock je..tak payah nak pakai krim or foundation bagai.

sapa2 yang nak cuba pakai nour ain dipersilakan..try lah sendiri.insyaAllah selamat dan suci..cewaahhh~:!!!
k lah.nak nyusu anak jap.
babai!

mmuah!!!kiri* kanan*


Monday, November 26, 2012

++gatal gusi++


assalamualaikum...

aku syak Muhammad Haiqal ni gatai gusi kot...sikit2 nak jelir lidah.pastu mesti dia nak apa2 untuk masuk dalam mulut then gentel2...so aku bagi jelah teether kat dia.

yang membuatkan aku lagi runsing kan, puting botol dia dahla ada satu je..kalau lah dia tetiba tumbuh gigi boleh bocor puting tu kena gigit.huhu.disebabkan haiqal menyusu badan, aku taknak lah beli puting banyak2.dia cuma minum botol bila letak dekat rumah pengasuh je..bila dengan aku baru bagi direct susu.

fyi, currently my baby guna botol susu medela..itu pon dapat masa beli breastpump medela freestyle..alang2 dah ada botol susu malaslah kitorang nak beli baru kan..guna apa yang ada dulu. pernah sekali tu Haiqal tanak minum susu dari botol..jenuh aku carikan dia puting dan botol..puting memang berlambak-lambak kat rumah then ada satu botol susu extra, jenama yoomi..

[Image: yoomi-bottle.jpg]

ingatkan dah abis canggih beli botol cenggini yang putingnya ala2 puting ibu..sudahnya tanak jugak botol ni..after two weeks tanak minum botol, kami cuba bagi susu guna botol medela semula..tetiba dia nak plak..since that memang tak tukar botol dan puting dah..
yoomi ni kami simpan je..mana tau dia besar sikit dia tak memilih botol..standby je.

back to the main issue.
aku google cari sapa2 yang jual botol susu medela..sampai skang tak jumpa lagi..huhuhu.yang ada cuma breastpump je.agaknya tak ramai yang guna botol jenis tu kot.aku perhatikan kebanyakan orang prefer guna avent and tommee tippee. kalau botol yoomi aku tau nak cari puting kat mana yakni kat anakku shah alam.
kat situ je yang ada jual macam2 alat ganti untuk botol dan breastpump termasuk medela..habis macamana kalau puting susu haiqal bocor???have to find it sooner!!!!

korang2 yang comel lagi jelita, kalau ada info pasal puting medela tolong inform eh..jasa baik korang sangatlah dihargai..sayang aunties!!!*from haiqal*
tetiba plak anak aku pandai menaip eh..oyeaaa..sangatlah celik it kan...hakhakak!
ok.dah start merapu dah.
sebelum aku merapik panjang lebar lagi baik aku end kan entry ni skang..

Photo: Apa tengok2?!!:P
tolong eh korang.sian kat budak kecik kat atas neh..*muka baru bangun tido*
tq.
have a nice shool holiday bagi yang bercuti.babai!!:S


++wanita dan kecantikan++


assalamualaikum...

wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan..ok.arini aku nak jadi perunding kecantikan tak bertauliah.hehe! saje nak berkongsi information sikit..:))
sejak bersalinkan muhammad haiqal ni aku perasan badan makin kurus.mungkin disebabkan aku menyusukan haiqal sepenuhnya kot..kalau kurus sihat ok lagi..tapi masalahnya badan rasa lesu dan cepat letih..kulit makin kering dan tak bermaya..tak sama masa sebelum bersalin..huhuhu. bila perubahan makin ketara aku bertekad untuk melakukan sesuatu sebelum nampak berusia sebelum masa. dahla aku dan encik suami sebaya..dan nampak2 gaya, encik suami ni jenis yang awet muda..kulit dia memang elok cerah+licin!!! jika nak dibandingkan dengan si isteri memang berkilo kilometer jauh ketinggalan.so, dalam masa cuti ni aku survey2 produk yang bagus untuk skincare and health care. meh aku nak share hasil dapatan aku..

1. collagen
ada satu masa tu, collagen memang sangat meletop pop pop!!! sana sini semua nak jual produk yang ada collagen.tak kiralah dalam bentuk makanan (pil), minuman (jus/kopi), spray/sprinkle, dan macam2 bentuk lagi lah.sampaikan orang pening nak pilih yang mana satu..tapi rasanya khasiat collagen ni sama je kot.tak kisahlah dari brand mana sekalipon.. kebaikan collagen?
- anti-ageing
- menghidratkan kulit atau dalam erti kata lain, melembapkan kulit.
- mengembalikan keanjalan kulit
- meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
- menyuburkan (untuk kuku, rambut yang sihat dan lebat, dan bersinar)
- mencerahkan kulit kerana dapat mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

2. vitamin c
sekarang ni semua kecoh nak kulit putih gebu kemerah-merahan macam ADIRA ombak rindu..

actually aku pon perasan perubahan dia sebelum dan selepas..masa dalam af dulu takdelah putih gebu macamtu.skang ni perghhhh~macam snow white beb!!!!katanya adira mengamalkan vitamin c beutskin essence..hajat di hati ni teringin gak nak kulit secerah dia...so, terus google harga benda alah tu.sekali tengok price....ternganga kau!!!!hahahahah!untuk orang tak yang berapa kaya macam aku akan cakap harga dia agak mahal..tapi bagi orang yang tak kisah pasal price dan nak kelihatan cantik meletop, dorang akan beli...:)) terpulang kepada masing2 lah kan.. faedah vitamin c:
- membentuk kolagen
- meningkatkan sistem imun
- memerangi kanser
- mencantikkan kulit..ahaaa...yang ni aku cakap kalau amalkan vitamin c insyaAllah kulit akan jadi putih pinkish or reddish. tak pakai blusher pon boleh cantik.

 
cantekkkk!!!!!

3. skincare product
tengah belajar nak cuba produk nour ain..sebelum order, aku tanya pendapat kawan2 kat fesbuk dulu untuk dapatkan testimoni dari pengguna tu sendiri.kebanyakannya cakap ok dan selamat untuk digunakan..so aku pon order lah.secara kebetulan, arini parcel nour ain sampai..tak sabar untuk guna...yeehoo!!


nanti kita tengok macamana pas sebulan pakai produk ni..

Tuesday, November 13, 2012

++dengki sampai mati++


assalamualaikum...

aku sangat sedih dan marah bila ada orang yang cuba memporak perandakan keluarga kami yang dibina hampir 30 tahun..selama ni ayah dan mak dah banyak bersabar dan berkorban demi menyelamatkan keluarga..huhu.Allahuakbar..sungguh besar kuasa-Mu ya Allah..sehingga sekarang masih utuh lagi ikatan mereka sebagai suami isteri..alhamdulillah..
yang aku tak faham..orang yang dengki tu tak abis2 nak pedajal orang lain..sampai ke tua tak boleh nak tengok orang lain bahagia..agaknya ko memang dah takde keje eh???*buat muka garang sambil tunjuk penumbuk* sampai sekarang memang taktau la sape punya angkara..tanak tuduh sesapa..sebab nanti kalau salah tuduh jadi fitnah..cuma aku tak sanggup tengok mak ayah aku sengsara dari mula kawin sampai sekarang..tapi aku yakin Allah tu maha pelindung..apa2 perkara yang terjadi sekalipon adalah dengan izin-Nya..semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dari hasad dengki sesama manusia..

aku berdoa semoga orang yang takde hati perut tu kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat..

kepada kawan2..jaga diri k.
jangan biarkan diri terjebak dengan permainan syaitan..semoga dirahmati Allah semuanya..

babai..
(sedikit tenang selepas sesi meluahkan perasaan kat blog.:)))


Tuesday, November 06, 2012

++berpuak++


assalamualaikum...

I hate racism..I hate being partial like seriously!!!!



Wednesday, October 24, 2012


assalamaualaikum..

the workload is killing me..like seriously..makin dekat dengan tarikh cuti sekolah makin terasa beban untuk menghabiskan keje2 yang perlu disiapkan dalam masa terdekat neh..dah mula rasa cabaran bila dah ada anak..rasa macam aku ni kecoh lebih jek..macam.."ek elehhh...anak baru sorang pon nak rasa kelam kabut..kami yang anak berderet ni ok jek..heh." *ok.dialog hanya rekaan minda aku sahaja.harap maklungggg*;p

bersyukur sangat bila tengok haiqal dah makin ok.selsema tu pon dah kurang..agaknya aku pulun sangat hisap hingus dia sehari semalam sampai hidung pon bau macam bawang putih sikit..miahahaha~!!loqlaq sangat aih!tapi memang betul pon.semalam aku makan nasi goreng banyak taruk bawang putih woooo~hehehe. esok sekolah dah start bercuti.so.its time for me untuk siapkan keje tertangguh..:) dan esok petang plak nak gerak balik shah alam untuk beraya bersama family mertua..hopefully perjalanan esok dipermudahkan dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju.amiinnn~

p/s: menikmati puding roti dan kek red velvet yang super sedapp...thanks to kak imah a.k.a babysitter haiqal sebab sudi bagi rasa..hehe.tak sangka she's good in baking and pastry.pasni kalau ada jamuan ingat nak tempah je kat dia.senang..dah tau rasa semuanya sedap...:))

take care semua..mmuahh~!!




Tuesday, October 23, 2012

++flu everywhere++


assalamualaikum..

sekarang agaknya memang musim demam kot...rata2 aku dengar banyak yang selsema lah..batuk2 then demam..pendek cerita flu everywhere..kesian kan.rasa macam tahun 2012 ni banyak sangat bencana, penyakit etc..terus rasa keinsafan yang tak terhingga.huhuhu. apa2 pon aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan terus menjadi hamba yang mendapat keredhaan dan keampunan-Nya..ammiinnn~

FYI, harini tak g sekolah pon.sebabnya haiqal dari semalam asik bersin2 lepas je balik dari rumah pengasuh..hurmm..badan panas dan memang ada simptom2 nak kena demam selsema.cepat2 aku bagi susu badan..susu ibu kan ada antibodi yang kuat..diharapkan dapatlah menghalang dari sakit..kesian taw kalau baby kecik2 kena demam selsema..yang kita dah besar panjang ni pon rimas kalau hidung sumbat apatah lagi si kecik ni kan..semalam haiqal merengek2 sebab dia rasa hidung dia tak selesa..nak tido pon macam terganggu dan bersin tak berhenti-henti..terus terang aku cakap aku memang tak boleh tengok keadaan dia macamtu..so aku call encik suami untuk bawa balik ubat untuk baby..

encik suami cakap, usually baby bawah 2 tahun memang dinasihatkan untuk makan ubat sebab dorang ni kecik lagi dan badan tak mampu lagi untuk terima kesan2 ubat-ubatan yang kuat..dikhuatiri takut memberi kesan kat otak. dengar je macam tu seriau aku dibuatnya.kesiannnya my baby...:((  abis nak buat macamana untuk meredakan selsema dia??then I called my mum yesterday and asked her whether is there a way on how to reduce his flu..my mum said I can used warm salt water to massage his little nose..insyaAllah lendiran hingus akan keluar right after the nose massaged. buat memang buat but still flu tanak hilang..takpelah..baru cuba sekali kan..dalam masa yang sama aku tak henti2 HISAP HINGUS haiqal..serius aku takde nak rasa geli ke ape ke..at least dia boleh bernafas sikit dengan selesa..sampai ke saat ni aku dok hisap hingus dia selang 10 minit kecuali time dia tidur..huhuhu.agaknya nila perasaan seorang ibu kan..rasanya mana2 ibu pon sanggup buat apa saja untuk keselamatan dan kesihatan anak dia. hopefully my baby cepat baik..mama rindu nak main ngan haiqal and dengar haiqal gelak kuat2..huhuhu.

p/s: hati agak gundah gulana sebab raya haji ni tak boleh nak balik kampung tengok ayah.:(( rasa berbelah bagi sangat2 since ayah mertua pon nak balik dari dubai untuk beraya dengan family..tak adil plak rasanya kalau tak balik shah alam sebab family mertua dah lama tak tengok haiqal..mak cakap ayah demam teruk..then sedu tak henti2 sampai rasa macam sesak nafas..selera makan takde.badan pon makin kurus..haritu tengok ayah ok je masa mak ayah datang sini dua minggu lepas..huhuhu..kesiannya kat ayah..semoga ayah cepat sembuh dan ceria macam biasa..YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, KAU KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK SELURUH AHLI KELUARGAKU..SEMBUHKANLAH PENYAKIT YANG MEMBELENGGU AYAHKU,IBUKU DAN ANAKKU...AMINNN~


Tuesday, October 16, 2012

++kelam kabut ka??++


assalamualaikum..

pening aku tengok gelagat budak2 kelas hujung nih..boleh plak dalam kelas masa jawab pekse yang sorang tuh berangan menari macam PSY sambil nyanyi lagu oppa gangnam style..omaaaiiiii~!!migrain aku dibuatnya. ada yang bagi tumpuan ada yang dok termenung sebab taktau nak isi apa.kesian gak aku tengok..
harap2nya adalah rezeki untuk mereka ni pada masa akan datang..sape tau tetiba dapat fortune.haaa...kan?kan?kan?

elok plak masa aku ngah update blog masa jaga pekse guru besar lalu sebelah kelas..alamakkk!!!mati aku..hakhakhakhak! minta maaf sesangat tuan guru besar...huhu.bukan apa..kalau aku dok saje karang masa ngah jaga pekse ada gak yang tetido kat meja guru ni...:p sekarang ni aku mengalami masalah KEMENGANTUKAN yang teramat sangat akibat berjaga malam untuk nyusukan anak.agaknya nilah apa yang ibu2 bekerja rasa bila ada anak kecik kan?pagi2 nak kena bangun awal..siapkan anak sebelum hantar dia kat rumah pengasuh..then kemas bilik and siapkan breakfast untuk encik suami..hampir setiap hari aku kelam kabut nak ke sekolah. kadang2 tu time aku sibuk2 bersiap2 time tulah dia tanya mana stokin dia..mana barang2 dia.adoiyai~jenuh...huhuhu.tapi nilah yang dikatakan pengalaman berharga.aku dah tak boleh nak penting kan diri dengan menghabiskan masa bersantai-santai tengok tv..g jalan2 kat supermarket and so on..keutamaan skang ni kat anak dan family..kalau aku dok relax banyak2 jawabnya tak makan anak laki..hahaha!

oh ya.para ibu sekalian...boleh tak share kat sini macamana pengalaman korang menguruskan rumahtangga????need tips to manage family and daily routine.

p/s: skang ni ngah mengusahakan sesuatu untuk kegunaan anak2 didik dan para guru..kalau berhasil akan di war2kan di sini.doa2 kan ye...:))


jaga diri hiasi peribadi..babai~:))

Monday, October 15, 2012

++tak sukalah!!++

assalamualaikum..

orang tua2 kata tak baik benci sesama manusia..dalam Islam pon cakap benda yang sama..masalahnya skang ni,aku ada memang tak boleh nak hadap muka orang tu pon.kalau boleh nak pandang pon tanak lepas apa yang dia buat kat aku..grrrrr....GERAM!!!asal tengok je muka dia rasa macam nak smash je ngan something.hahahaha!aku pon tak faham kenapa boleh jadi sampai macamni..ke aku je yang pandang dia macam muka orang mintak penampo???!uisyhh.bahaya sungguh mata aku ni.boleh plak main tafsir2 tengok muka orang then categorized muka orang tu muka orang baik, then muka orang ni MMP (muka minta pelempang)

sebenarnya aku pon tak suka benci2 kat orang nih. berusaha sedaya upaya supaya dijauhkan perasaan ni.rasa berdosa sangat2.huhuhuhu:(( I TAK SUKALAH!!!!!!

++siappppppp~++


assalamualaikum..

akhirnya rumah aku nampak jua rupa rumah...gumbiranya rasa hati!!!*joget2*
hampir dua minggu berkemas..kadang2 rasa bila lah nak abis kemas neh???asik2 bukak kotak then susun kat tempat yang sepatutnya..actually rumah jadi elok sikit pon sebab mak ayah tolong kemas sekali..dorang datang dari kedah minggu lepas untuk tolong jagakan haiqal sebab aku kena attend kursus..dorang ni dahla tak reti dok diam. pantang kalau tengok rumah semak sikit mesti nak kemas..hahaha!bila dah tengok banyak sangat kotak kat rumah aku mulalah mak dan ayah pening..serabut agaknya kot terus dorang tolong kemaskan sekali.jadinya sepanjang 4 hari berkursus macam2 dorang buat..siap pasangkan langsir, susun atur barang2 dapur lagi kau!hahaha!bila aku balik rumah je terus feeling home sweet home..sedap sikit mata memandang.:D

nanti aku update pasal umah aku ye!!

p/s: taula arini ari isnin..but jangan malas2 wokeyh!selamat bekerja semua..and good luck untuk murid2 ku yang bakal menduduki peperiksaan pksr2..:))


Sunday, October 07, 2012

++complete++

assalamualaikumm...


alhamdulillah..my baby boy is growing healthily..thanks to his baby sitter for taking good care of him while I am away for working..:) nowadays bukan senang nak cari pengasuh yang ok.kebanyakannya semua nak jaga budak disebabkan terpaksa cari duit tambahan.langsung takda feeling kasihkan budak..itu yang  risau tu..but luckily aku dapat jumpa dengan kak imah sekeluarga..memang nampak keluarga tu penyayang..bersabar je layan kerenah haiqal yang sometimes suka cranky tak tentu pasal.jenuh gak nak memujuk tuh..uhuhu.bertuah aku...:))
bila anak kita dijaga dengan baik so, janganlah kita berkira dengan pengasuh ye kawan2..even dalam bulan tu korang hantar anak dalam lebih kurang 3, 4 hari tapi janganlah bayar ikot hari..bukan apa..bagi aku once kita dah commit nak bagi dorang mengasuh maknanya kita dah tetapkan gaji setiap bulan untuk dorang..so.janganlah kita kedekut2 okeh!kalau kita baik dengan pengasuh insyaAllah pengasuh akan sayang kat anak kita lebih lagi..

rumah dah makin complete dengan keperluan yang diperlukan macam internet dan juga astro..at least kat rumah ni ada gak bunyi selain bunyi suara budak kecik tu dok main..hehe.sebelum pindah ni kami duduk kat rumah sewa sementara..duduk lebih kurang sebulan setengah sebelum masuk ke rumah yang skang..dalam tempoh tu aku langsung tak tengok tv sebab kawasan ni even pasang aerial tv but still susah nak dapat siaran..dahlah internet takde..agak sugul aku dok situ..nak pasang astro pon alang2 je since tau nak pindah lagi lepas tu.huhu. boleh bayangkan tak kehidupan aku tanpa tv dan internet???huarghhhh~!! hari2 encik suami kena hadap muka aku yang sugul..hahaha!kesian dia..kesiannnn..nasib baik dia faham..yelah..dia bukannya ada kat rumah selalu..most of his times semua kat spital..

tak dapat digambarkan dengan perkataan perasaan skarang ni..ditambah pula dengan kehadiran baby pertama.rasa macam hidup dah makin lengkap sebagai sebuah keluarga.bersyukur sangat..*alhamdulillah*
apa2 pon aku harap korang2 semua pon happy dengan kehidupan skarang..

take care girls!!!:D
babai~


ps::bila dah ada internet ni boleh update blog slalu..we'll see~hahaha!;p

Monday, October 01, 2012

++berpindah lagi++


assalamualaikum...

since pencawang digi terpacak berdekatan dengan area rumah&sekolah akhirnya aku boleh online jugek!!!yeay!!sebelum ni tensi tahap merampus sebab tak boleh online and tengok tv..boleh bayangkan tak betapa boringnya hidup aku?nasib ada pengarang jantung hati..tak lain tak bukan my lil prince muhammad haiqal..:))at least mama tak sunyi...balik sekolah je cepat2 ambil haiqal kat rumah pengasuh.walaupun penat janji aku happy tengok keletah dia..macamnilah perasaan bila ada baby gamaknya.

buat masa skang, untuk online aku terpaksa enable tethering and portable hotspot wi fi thru my phone..sebab kalau asik online guna phone je naik berpinau gak bijik mata nih.hikkss...;p plus, bateri fon pon cepat abis.errr...

actually sejak aku kembali mengajar ke sekolah ni macam2 hal yang terjadi..tapi terlalu peribadi untuk diceritakan.yang penting life must go on..tak boleh stress dan hidup kena sentiasa ceria..baru ada umpphhh!hehe.*but dalam hati siapa yang tahu..nasib ada suami yang sangat memahami dan penyabar.syukur!*

sedikit perkembagan, last week dah register astro and streamyx ..bukan apa, skang ni kan apa2 pon nak kena online..so internet memang benda yang wajib ada bagi semua.astro tu kena pasang gak sebab kat sini susah giler nak dapat siaran tv..maklumlah..keliling kami ni kan gunung2 and bukit..kena guna piring astro tu baru boleh dapat channel. petang semalam encik suami pegi tengok keadaan rumah sewa baru..so far, memang nampak ok lah..at least baru ada feeling home sweet home..toilet pon berselera lah sikit nak guna berbanding toilet rumah skang..rumah skang takde feel langsung nak melepas hajat..lama kelamaan boleh jadi buasir aku duduk sini.huahuahua!nasib sebulan je duduk sini..kalau tak..huhu

ingatkan hujung minggu ni kami nak start pindah barang sikit2.insyaAllah Ahad ni dah boleh duduk kat rumah sewa baru..then baru boleh punggah barang apa2 yang patut..semangat giler neh nak hias rumah even barang2 perabot yang ada tak semenggah mana..but takkan masuk2 rumah nak beli semua barang baru kan???
beli sikit2..it takes some times to complete the house..yang penting bersih dan selesa untuk didiami.

benda yang nak dibuat dalam rumah baru..

* get to find a new curtain...malulah kalau rumah togel.


curtain simple macamni pon jadilah..janji tak nampak orang dalam..

* then nak balut sofa..nak beli baru tak mampu...T__T


ingat nak balut warna brown or earth colour..tak nampak kotor sangat kan..


nice kan??simple je tengok..but dining hall kitorang warna pink..how to match??

* pasang cermin besar kat dining hall untuk reflects area luas.

* nak cari set meja makan baru.yang lama ada but macam nak mereput je..:(


dalam kepala otak ni kalau diikotkan macam2 nak letak..nak pasang wall paperlah..nak beli bunga pasu besarlah..then nak pasang frame2 gambar yang tak tergantung sepanjang kitorang kawin..sobs..sobs..sobs..sedih betul.

k lah..kita tengok dulu macamana keadaan ekonomi and rumah sewa kami..later on aku akan review rumah kami when the right time comes.

have a good day pals~
bye!

Thursday, September 20, 2012

++tips beri susu perahan++


assalamualaikum..


sesungguhnya memang aku teramatlah bizi skang ni..lama betul tak update blog..tidor toksah cakap lah..memang tak pernahnya cukup even baby tak banyak meragam.tapi disebabkan dia jenis yang kuat menyusu maka haruslah aku bangun hampir 3 kali setiap malam untuk susukan budak kecik yang tak berapa nak kecik sangat tuh.huahua..apa2 pon aku happy sangat dapat menyusukan anak sendiri.semoga susu tidak pernah putus untuk mengisi perut anakku..Ammminnnnn~~!

sepanjang 2 minggu lepas haiqal memang tak minum susu perahan dalam botol langsung..taktaulah sebab apa tiba2 je dia tanak minum susu kat rumah pengasuh..mau aku tak susah hati.sebab memang dah sedia maklum yang haiqal ni kuat minum..huhuhu.dah macam2 cara aku buat but still tanak..padahal sebelum ni dia ok je,takde masalah pon minum dalam botol..mula2 lepas dia tanak minum susu botol, kitorang cepat2 cari puting baru and botol baru..try bagi kat rumah..at the end he refused to bottlefed..
so, untuk mengelakan dia daripada dehydrate sepanjang aku bekerja sampai petang, waktu rehat mesti aku akan lari menyusukan anak kejap..tak pon kalau encik suami keje shift petang or malam dia akan bawa haiqal datang sekolah untuk menyusu...kesian kat encik suami..ulang alik dia..but tak pernah merungut cakap penat or what so ever..dia just nak pastikan anak dia dapat bekalan susu yang mencukupi.

oleh sebab dah puas mencuba macam2 cara untuk buat haiqal minum susu guna botol, so aku decide untuk balik kedah ikhtiar cara kampung pulak..jumpa mana2 ustaz supaya anak aku lembut hati untuk minum susu botol(EBM)..masa balik tu, mak senyum jek..dia cakap mesti ada sesuatu yang buat dia tetiba tanak minum EBM dalam botol..first thing first masa sampai kedah, mak suruh perah susu sikit untuk cuba bagi kat haiqal..
then mak riba haiqal and usap kepala dia lembut2..lepas selawat dan baca doa makan mak suap puting botol kat haiqal sikit2..once dia dah sedut, terus mak sumbat puting tu sepenuhnya dalam mulut dia..
alhamdulillah!!!senang je dia minum...aku macam tak percaya tengok dia minum susu..laju plak tu abis.hebat mak!!
since that day memang aku waktu siang aku bagi susu botol sepenuhnya.then malam baru direct bf.

jadinya harini, aku nak share tips nak bagi susu perahan kepada pengasuh mengikut cara kami...:))

1. jangan beri susu perahan menerusi botol ketika bayi betul2 lapar..masa tu kalau sumbat puting botol macamana sekalipon confirm dia akan mengamuk.beri susu ketika dia tengah tenang dan mamai baru bangun tido..:)

2. kalau boleh tunjukkan kepada pengasuh macamana korang panaskan susu..sebabnya ada sesetengah yang tak tau nak cairkan susu..then terus g rebus susu beku tu..hasilnya susu tu akan terlebih panas dan pecah lemak sampai naik lapisan kuning..baby takkan minum susu macamtu sebab rasanya tak sedap...jangan salahkan pengasuh..but as parents kita yang kena pantau untuk pastikan anak diberi susu dengan betul..

3. lepas susu dipanaskan, bayi plak minum tak habis...jangan biar susu tu di suhu bilik sehingga 2 jam..sebaliknya, cepat2 masukkan lebihan susu dalam botol tu dalam peti ais semula bahagian chiller...*susu yang dipanaskan tidak boleh dibekukan semula ok!* dalam masa dua jam make sure bayi habiskan susu lebihan tu dalam masa 2 jam..kalau tak habis gak, buang..!

4. biasanya aku akan simpan susu 3oz je dalam milk storage sebelum dibekukan.bukan apa..kadang2 kalau bagi yang 5oz punya tak habis pon sekali minum..so.better buat sikit2..tak membazir..

5. kalau nak senang beri susu yang dah cair kepada pengasuh..senang untuk dipanaskan.just rendamkam dalam air panas selama 5 minit then dah rasa suam2 terus bagi susu tu kat baby...

6. sebelum nak bagi susu bau susu terlebih dahulu untuk make sure susu tak busuk..kalau bau ok baru bagi susu tu kat baby..jangan lupa baca doa makan taw!:))


macam2 jenis puting yang kami guna untuk buat haiqal minum susu botol semula..tapi semua dia tanak..so.kami kekal guna botol and puting medela je...asalkan dia mau minum susu botol..takdelah aku susah hati..mudah-mudahan haiqal membesar dengan baik dan cukup zat..amiinN~:))