dalam satu kisah percintaan yang menarik..sepasang suami isteri berjalan di sebuah tasik yang indah. kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
isteri::
--> mengapa abang menyukai saya? mengapa abang mencintai saya?
suami::
--> abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang mencintai dan menyayangi sayang!
isteri::
--> abang tak boleh terangkan sebabnya?bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?
suami::
--> betul! abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!
isteri::
--> tak boleh beri bukti! saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki, semua tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. namun begitu, abang tidak boleh terangkan sebabnya.
si suami menarik nafas yang panjang dan dia berkata. "Baiklah!Abang mencintai Sayang sebab Sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman yang manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari kemudian si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu si isterinya tetap mendengar,
"Sayang!jika disebabkan suaramu aku mencintaimu...sekarang bolehkah kamu bersuara?tidak!oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu..
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau menunjukkannya??tidak!!oleh itu,,aku tidak boleh mencintaimu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau tersenyum??Tidak! oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan langkah aku mencintaimu..sekarang..bolehkan engkau melangkah??Tidak!Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang..aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi..adakah cinta memerlukan sebab??!tidak! aku masih mencintaimu dulu, kini dan selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik tidak boleh dipegang, dilihat..Namun begitu, ia boleh dirasakan dalam hati.."
Maka menitislah air mata isteri yang masih dalam keadaan koma itu...
credit to::
http://www.koleksicinta.co.cc/
alolololo~ semakin pandai die berkata2. tp mcam penah dgr je... heheh.
ReplyDelete