foundation:: (2005-2006)
ni zaman comel aku..sebab time ni aku tersangatlah tembam.macam belon nak meletup.huhu.jadi femes sebab aku asik kena denda masa orientation week.jiwa memberontak tanak jadi cikgu..tapi terpaksa.lama2 baru boleh adapt ngan surroundings n also cara belajar kat maktab. aku agak rock masa zaman foundation.abis semua lagu emo punk n underground music aku layan..hahaha.well.asal nak jadi artis kan.tetiba jadik artis murid-murid plak.boleh bikin school of rock lah i tell u.wakakaka.
first year degree:: (2007)
lulus pengajian foundation dengan jayanya.syukur.masa ni semua takde aim lagi nak mintak posting mana.sebab memikirkan kami ada masa 4 tahun lagi sebelum dipostingkan.hehe.tapi tengok akak2 n abang2 senior dapat sarawak gerun gak.tahun ni banyak gila main dari study.rasa diri dok muda remaja lagi kan.tu pasal huha sana sini tak tentu hala.hehe.time dah pandai dah ada boipren taw.terus kononnya bercintun macam monyet.even monyet pon malu ngan kami.haisyh..not good.not good.huhuh.T__T
second year degree:: (2008)
baru nak belajar start fokus sikit2 kat pelajaran.time ni fashion kena up to date.still rasa diri dok muda lagi waktu nih.haha.*geli*..aku rasa taun ni taun yang paling mencabar n banyak dugaan..lepas satu2 masalah datang..sampaikan aku rasa masalah tu macam takda kesudahan.boleh dikatakan tahun ayaq mata..kalah wan maimunah punya lakonan.hahaha.tapi tu semua aku anggap sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri aku sebagai seorang perempuan...:))
third year degree:: (2009)
alhamdulillah..tekad untuk berubah sebaik yang mungkin.takda masa untuk main2 lagi..fokus waktu ni adalah pelajaran..tahun digunakan sepenuhnya untuk muhasabah diri..yang mana yang tak elok, diperbetulkan...yang baik dipertingkatkan lagi..masalah makin berkurang.pelajaran semakin meningkat.syukur pada-Mu ya Allah~
fourth year degree:: (2010)
semua dah nampak perubahan yang sangat positif dalam diri aku..usaha untuk berubah menampakkan hasil...alhamdulillah..aku dah boleh rasa aura cikgu tu dah ada dalam diri berbanding masa mula2 dulu aku jejak kaki kat maktab..dan waktu ni gak aku dipertemukan dengan seseorang yang berjaya membuka hati aku untuk menyayangi dan disayangi..disebabkan dia aku tanam azam untuk mencari hala kesempurnaan diri..dia banyak bagi semangat untuk aku terus memajukan diri tanpa perlu menoleh ke belakang lagi..bersyukur yang tidak terhingga kepada-Nya..banyak masa aku dihabiskan kat rumah dan pelajaran pon semakin baik.
2011:
posting.yeah~hehe.
No comments:
Post a Comment